Monday 30 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 13

“ Mummy Ari,” tiba-tiba Faheem meluru masuk ke bilik Arianna.

            “ Ish! Aeem ni, terkejut mummy Ari tau.” Sudahlah kejutan yang berlaku sebentar tadi pun belum hilang lagi. Arianna mengurut dadanya yang dirasakan sedikit sesak.

            “ Daddy Iq cakap, tak baik tau mummy Ari buat camtu tadi.” Faheem menyampaikan bagi pihak Iqram.

            “ Mummy Ari buat apa?” Arianna bertanya sambil memangku Faheem.

            “ Nanti kejap…siapa daddy Iq?” Arianna baru perasan akan panggilan yang di gunakan oleh Faheem tadi.

            “ Daddy Iqram la.” Faheem menjawab selamba.

            “ Hah! Sejak bila pulak dia jadi daddy Iq ni.” Arianna sudah sedikit pening memikirkan kemunculan Iqram di rumah keluarganya dan juga panggilan mesra yang di berikan oleh Faheem. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?

            “ Daddy Iq kata nanti dia nak kahwin dengan mummy Ari, jadi Aeem kena panggil daddy Iq la.” Faheem menerangkan dengan panjang lebar

            “ Hah?! Merepek ajelah Aeem ni, Bila yang mummy Ari nak kahwin dengan daddy Iq tu?” Memandai aja si Iqram ni. Bila masa pulak aku nak kahwin dengan dia? Bercinta pun tak, takkanlah takde angin takde ribut tup-tup nak kahwin. Cik Arianna…takkanlah nak kena tunggu angin dengan ribut baru nak kahwin.

            “ Entah, daddy Iq yang cakap. Mummy Ari pergilah tanya dengan daddy Iq.” Faheem turun dari pangkuan Arianna dan terus berlari keluar dari biliknya.

            “ Aeem!” Arianna menjerit kecil. Ish! Takkanlah nak pergi tanya pulak. Kalau tanya mesti jawapannya akan buat aku malu sendiri. Hmm lantaklah dia nak cakap apa. Tapi apa dia buat kat sini? Baiklah kau pergi tanya tuan punya badan daripada berteka-teki. Buat pening kepala aja. Argh!! Malas nak layan.

            Arianna bangun daripada katil dan menuju ke almari pakainnya. Arianna mengenakan seluar track bersama dengan tshirt ‘Edward Cullen’ kesayangannya. Awal lagi ni, sempat pergi jogging sekejap. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Arianna pun melangkah ke pintu biliknya. Tiba sahaja di pintu, dia terhenti seketika. Macamana nak keluar ni? Arianna membuka pintu biliknya sedikit sambil mengamati keadaan di luar biliknya bagi memastikan tiada berlakunya keadaan yang mencurigakan.

            Setelah pasti keadaan di luar biliknya lengang, Arianna terus sahaja meluru ke arah tangga untuk turun ke bawah. Sampainya di bawah, Arianna sudah tercungap-cungap kerana berlari agak laju juga tadi. Ish! Yang aku ni nak mengelak daripada dia tu kenapa?

            Malas hendak memikirkan hal itu. Arianna meneruskan langkah untuk keluar. Sudah lama dia tidak berjogging di kawasan sekitar banglo keluarganya. Sedang Arianna menghampiri pintu pagar, dia terpandang sebuah kereta yang dirasakan bukan milik ahli keluarganya.

            Arianna berjalan perlahan-lahan menghampiri kereta tersebut. Wah! Aston Martin Vanquish! Takkan abang Is tukar kereta pulak. Arianna melemparkan pandangan mencari Bentley Continental GT milik Isqandar. Takde pulak. Setelah puas mengelilingi dan membelek kereta yang menarik perhatiannya, Arianna meneruskan langkahnya untuk pergi berjogging.

            Iqram melangkah masuk kebiliknya setelah berasa puas mengusik gadis yang memang selamanya telah berada di hatinya. Bibirnya sudah tersenyum lebar apabila melihat wajah terperanjat Arianna apabila Faheem mengajaknya untuk mengejutkan Arianna sebentar tadi.

            Iqram merebahkan badannya di atas katil bersaiz king itu. Awal lagi ni nak bangun, baik tidur sekejap. Dalam ingin melelapkan mata, sempat lagi Iqram memikirkan apakah reaksi Arianna apabila dia akan memberikan sesuatu yang istimewa kepada Arianna sebelum bertolak ke Port Dickson nanti. Akhirnya Iqram lena bersama senyuman terukir di bibir.

            Setelah dirasakan agak lama dia berjogging, Arianna mula menghalakan lariannya untuk balik ke rumah. Sewaktu dia melalui garaj di hadapan banglonya, sekali lagi dia membelek kereta Aston Martin Vanquish tersebut. Mungkin Isqandar tukar kereta. Arianna meneka di dalam hati. Nampaknya bolehlah pinjam kereta abang Is ni. Itupun kalau abang Is bagilah. Arianna merasakan yang dia tidak akan dapat melaram dengan kereta tersebut kerana dia tahu Isqandar sangat kedekut untuk memberi sesiapapun menyentuh keretanya.

            Arianna melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang kerana khuatir akan bertemu dengan Iqram di ruang tamu. Kelihatan mak Jah sedang leka menyiapkan sarapan pagi. Arianna berjalan perlahan-lahan menghampiri pembantu rumahnya.

            “ Assalamualaikum mak Jah.” Arianna menegur mak Jah dengan suara yang sedikit kuat. Terperanjat orang tua tu di buatnya.

            “ Ish! Ari ni. Terperanjat mak Jah. Kamu ni dari mana pulak?” tegur mak Jah.

            “ Ari pergi jogging tadi. Dah lama rasanya tak pergi jogging. Badan ni pun dah rasa berat semacam. Rasa tak larat aja tadi nak balik.” Arianna tergelak-gelak kecil.

            “ Hmm…ingat pergi manalah tadi. Kamu pergilah bersihkan diri dan bersiap. Kejap lagi dah boleh sarap.”

            “ Baiklah mak Jah.” Lantas Arianna mencuit pipi mak Jah dan terus berlari untuk naik ke biliknya.

            Langkah Arianna terhenti di kaki tangga. Arianna mendongakkan kepalanya  ke atas dan mula meninjau-ninjau keadaan di tangga kerana bimbang akan terserempak dengan Iqram. Apabila di pasti yang tiada sesiapa pun di laluan yang akan di gunakan terus sahaja dia berlari naik ke atas sehingga terlanggar Isqandar yang baru sahaja hendak turun ke bawah.

            “ Ari! Slow down. Ni yang macam pencuri aja lari kenapa?”  Isqandar memandang pelik ke arah Arianna.

            “ Oops! Sorry abang Is, tak sengaja. Ari nak cepat ni. Nak mandi jap, rasa rimas sebab baru balik jogging.” Arianna bercakap dengan laju. Time ni lah boleh terlanggar abang Is. Arianna berdoa agar Iqram tidak turun ke bawah pada waktu itu.

            “ Kalau ya pun tak payahlah nak berlari. Berjalan pun bolehkan? Buatnya Ari jatuh, siapa yang susah? Iqram jugak yang susah,” dalam pada membebelkan Arianna sempat lagi Isqandar mengusik adiknya itu.

            “ Dahlah abang Is ni. Ari malas nak cakap lagi. Sikit-sikit Iqram aja yang dia sebut.” Arianna meneruskan langkah menuju ke atas dengan menghentak-hentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

            Arianna menghempaskan sedikit pintu biliknya. Huh! Sikit-sikit Iqram. Apa kena dengan semua orang ni? Dahlah mamat tu tiba-tiba aja muncul dalam rumah ni. Arianna duduk di birai katil sambil memikirkan hal Iqram. Eh! Yang aku ni nak fikirkan pasal dia kenapa pulak? Tak boleh jadi ni. Arianna bangkit dan menuju ke bilik air.

            Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Arianna turun ke bawah. Kali ini dia sudah bersedia jika terserempak dengan Iqram. Arianna menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Okay! Ready. Go.

            Arianna selamat tiba di ruang makan dengan selamatnya. Dia menarik nafas lega  kerana Iqram tidak berada di situ lagi. Semua ahli keluarganya sudah pun berada di tempat duduk masing-masing kecuali Isqandar. Kenapa abang Is duduk tempat lain pulak ni?

            “ Morning daddy.” Arianna melangkah menghampiri Dato’ Seri Aidil dan memberikan ciuman di pipi.

            “ Morning Ari.”

            “ Morning mummy.” Arianna pergi mendapatkan Datin Seri Alia pula yang duduk bersetentang dengan Dato’ Seri Aidil.

            “ Morning Ari. Lena tidur?” Datin Seri Alia sekadar berbasa basi.

            “ Mestilah lena mummy. Kan buah hati dia ada kat sini.” Isqandar pula menyampuk. Arianna sudah memberikan jelingan maut kepada Isqandar. Argh! Geramnya rasa.

            Arianna duduk di sebelah kanan daddynya. Siapa yang pandai-pandai atur tempat duduk ni? Kenapa abang Is tak duduk tempat biasa? Ni mesti ada kena mengena dengan Iqram. Hmm mana dia ni, semua orang dah ada. Macam anak raja pulak, turun lambat. Arianna mula merungut.

            Iqram mengenakan kemeja hitam  yang di padankan dengan seluar slack hitam. Setelah mengemaskan semua barang-barangnya dia pun keluar dari bilik dan melangkah untuk turun ke bawah.

            Masih ada beberapa anak tangga untuk sampai ke bawah apabila Iqram terdengar gelak ketawa di ruang makan yang berhampiran. Aduh! Semua orang dah ada ke? Tu la siapa suruh sambung tidur tadi, kan dah lambat. Iqram menyalahkan diri sendiri. Setelah meletakkan barang-barangnya di tepi tangga, Iqram berjalan dengan agak perlahan menuju ke ruang makan.

            Arianna terbuai seketika apabila terpandangkan Iqram yang baru sampai di situ. Aduhai!  Kenapalah kau handsome sangat hari ni? Ish! Bukan ke memang hari-hari handsome. Can I kiss you? Eh! Apa yang aku merepek ni. Arianna menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sendiri.

            Iqram terus menghampiri Dato’ Seri Aidil dan tunduk menyalami tangan orang tua itu kerana semasa dia sampai semalam Dato’ Seri Aidil telah pun masuk tidur.

            “ Assalamualaikum, daddy.”

            “ Waalaikumussalam, Iq.” Dato’ Seri Aidil menjawab ringkas. Kemudian Iqram pergi mendapatkan Datin Seri Alia pula.

            Arianna yang sedang minum itu terus sahaja menyemburkan air yang di minumnya.

            “ Kenapa Ari?” Alana bertanya kepada Arianna yang duduk bersebelahan dengannya sambil menggosok lembut belakang Arianna.

            “ Takde apa-apa. Air ni panas sangat.” Arianna cuba berdalih.

            “ Assalamualaikum, mummy,” lantas dia tunduk menyalami Datin Seri Alia.

            “ Waalaikumussalam, Iqram. Dah pergi duduk, kita breakfast dulu.”

            Daddy? Mummy? Aku salah dengar ke? Arianna hanya memandang akan gerak geri Iqram.

            Iqram sudah tersenyum kecil kerana dia dapat mengagak kenapa Arianna bereaksi seperti itu. Iqram mengambil tempat berhadapan dengan Arianna. Hmm dapatlah dia menatap puas-puas wajah kekasih hatinya itu..

            “ Abang Is…did you change your car? Arianna tidak dapat menahan lagi untuk mengetahui kereta yang telah menarik perhatiannya pagi tadi.

            “ Why would I change my car? Kereta abang Is tu kan baru lagi.” Isqandar menjawab pertanyaan Arianna tanpa menyedari perkara yang tersirat di sebalik soalan adiknya itu.

            “ So who’s own that Aston Martin Vanquish?” Arianna mengambil cawannya dan mula menghirup air perlahan-lahan. Takkan daddy punya pulak, Arianna berkata di dalam hati.

            “ It’s mine.” Kedengaran Iqram bersuara.

            Arianna sudah pun menyemburkan airnya buat kali kedua. Damn it! Apa kena dengan kau ni Arianna?

            “ Ari!” Semua sudah menjerit ke arahnya kecuali Iqram yang sudah tersenyum kecil. Ish! Sukalah tu kenakan aku.

            “ Sorry.”

            Mereka semua kembali menikmati sarapan pagi yang sedikit terganggu tadi. sesekali pandangan mata Arianna dan Iqram bertemu. Masing-masing seperti memendam rasa yang sudah mula bertapak di hati. Isqandar yang perasan akan aksi mereka tersenyum senang.

            “ Is nak bertolak pukul berapa nanti?” Dato’ Seri Aidil bertanya kepada Isqandar.
           
            “ Lepas breakfast ni, kami terus pergi daddy.”

            “ Abang Is nak pergi mana?” Arianna pula bertanya.

            “ Abang Is dengan Iq nak pergi Port Dickson. Ada meeting kat sana. Lepas tu nak pergi tengok site.”

            “ Hah?!” Apa hal kena pergi dengan Iqram pulak. Makin serabut kepala Arianna memikirkannya.

            Arianna terus mendiamkan diri. Nanti lagi banyak yang ditanya lagi banyak pula perkara yang memeningkan kepalanya. Baik dia diam saja.

            Setelah selesai bersarapan mereka beralih ke ruang tamu. Isqandar dan Iqram sedang menyiapkan barang-barang mereka untuk di bawa ke Port Dickson.

            “ Okaylah daddy, mummy…Is nak pergi ni.” Isqandar bersalam dengan kedua orang tuanya.

            “ Iq pergi dulu daddy, mummy.” Iqram turut menyalami tangan Dato’ Seri Aidil dan juga Datin Seri Alia.

            “ Drive safely Is. Jaga diri baik-baik Iq. Apa-apa hal jangan lupa call.” Dato’ Seri Aidil memberikan pesanan.

            Setelah itu Dato’ Seri Aidil naik ke tingkat atas untuk bersiap ke pejabat di ikuti oleh Datin Seri Alia. Tinggalah mereka berlima di situ.

            Arianna sudah mula tidak senang duduk apabila Isqandar pergi mendapatkan kak Alana dan Faheem. Tiba-tiba Iqram sudah berada di sebelahnya.

            “ Sayang…do you wanna see the car?” Iqram cuba mengumpan Arianna keluar dari rumah supaya dia berpeluang untuk berbual berdua walaupun untuk seketika.

            Aduhailah Iqram. Kalaulah macam ni selalu, mahu aku cakap dengan daddy dan mummy masuk meminang aja. Arianna menggumam perlahan.

            “ Okay, sure.” Arianna menjawab pendek dan seraya itu dia bangun menuju ke pintu. Iqram sudah tersenyum apabila Arianna bersetuju untuk pergi melihat keretanya.

            Mereka berjalan beriringan. Arianna sudah sedikit keresahan. Jantungnya sudah tidak tahu mendendangkan lagu apa. Cepatlah masa berlalu. Rasa dah macam berjalan atas angin aja ni.

            Arianna terus sahaja menghampiri pintu kereta di bahagian sebelah pemandu kereta kerana dia pasti yang Iqram akan pergi ke tempat pemandu kereta. Setelah alarm kereta di tekan, Iqram segera pergi ke tempat Arianna berdiri.

            Ish! Dia nak buat apa ni? Arianna sudah semakin tidak keruan. Iqram perasan akan perubahan wajah Arianna. Sayang ooii, relax okay. I am nervous too. Iqram sudah tersenyum.

            Iqram menghampiri Arianna perlahan-lahan. Arianna sudah berganjak sedikit ke belakang. Iqram membuka pintu kereta dan terus mengambil barang yang ingin di berikan kepada Arianna di dalam dashboard keretanya.

            Arianna terpandangkan barang yang berada di tangan Iqram. CD dan kotak Tiffany & Co. Wait…Tiffany & Co.? Is he proposing to me? OMG! Dia dah gila agaknya. Arianna sudah memandang Iqram dengan kerutan di dahi.

            Iqram menghulurkan barang yang di pegangnya dan menghulurkan kepada Arianna. Arianna hanya memandang sepi pemberian Iqram. Lalu Iqram mencapai tangan Arianna dan meletakkan pemberiannya di atas telapak tangan gadis itu. Dia tahu Arianna pasti terkejut dengan pemberiannya itu.

            “ What are you doing Iqram? Why are you giving me this? Are you…?” Arianna tidak dapat meneruskan kata-katanya. Ini bukan kejutan yang dia harapkan.

            “ Look baby…it’s not that. I mean…it’s not like what you’re thinking.” Iqram tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Arianna akan apa yang dia rasa terhadapnya.

            Baby? Aduhai En. Iqram. Bolehkah saya pengsan sekarang? Arianna berkata di dalam hati.

            “ Okay…what I’m thinking right now?’ Arianna bertanya kepada Iqram bagi menghilangkan debaran yang menggila di dadanya.

            “ Okay…let me explain. It’s not like I’m proposing to you. It just that…I want you to be someone special to me. You know I love you. Iq tak paksa baby pakai cincin tu. But if you think you’re ready…just wear it. At least I know where do I stand.” Iqram berasa puas setelah dapat meluahkan apa yang dia rasa.

            Arianna sudah tergamam. Is he for real? Susah untuk dia mempercayai kata-kata Iqram. Tapi tipulah kalau dia tidak terharu dengan kata-kata Iqram. Arianna tidak pernah mendapat layanan sebegini daripada mana-mana lelaki yang pernah cuba mendekati dirinya. Not even from Qarl.

            “ Baby? Are you okay?” Iqram berasa sedikit resah apabila Arianna hanya berdiri kaku tanpa sebarang reaksi.

            “ Hah?!” Arianna tersentak.

            “ Are you okay?” Iqram bertanya lagi.

            “ Do I look like I’m okay?” Arianna membalas dengan soalan juga.

            “ I’m sorry if you don’t like this. Tapi Iq dah cukup lama simpan benda ni. I just don’t want to lose you again.”

            “ But Iq this is way too fast. I need time. Lagipun kita baru aja kenal.” Arianna meminta agar Iqram memahami akan situasi dirinya sekarang ini, padahal di dalam hati sudah tersenyum gembira. Ish! Takkanlah nak terima terus. Nanti Iqram ingat memang aku ni dah memang suka kat dia pulak. Arianna membebel sendiri.

            “ Okay baby.” Iqram membalas pendek. Tanpa sedar Iqram telah menggenggam tangan kiri Arianna. Terasa seperti tidak mahu di lepaskan. Arianna hanya membiarkan sahaja perbuatan Iqram. Mereka hanya berdiri kaku tanpa berbicara. Lidah terasa kelu. Hanya mata sahaja berbicara.

            “ Can I see the ring?” Akhirnya Arianna bersuara bila di rasakan mereka agak lama berdiam diri.

            “ Sure.” Iqram melepaskan genggaman tangannya dan mengambil kotak yang berwarna biru turquoise itu dan membukanya untuk Arianna.

            “ Do you wanna try it?” Iqram cuba untuk mengumpan Arianna agar gadis itu memakai cincin pemberiannya. Arianna sudah sedikit tergamam apabila melihat cincin tersebut. Cincin platinum bertatahkan berlian berbentuk hati berwarna pink dan di kelilingi dengan berlian yang kecil.

            “ Okay.” Tanpa sedar Arianna terus sahaja menghulurkan tangannya kepada Iqram. Lantas Iqram terus menyarungkan cincin tersebut di jari manis Arianna. Iqram sudah tersenyum lebar.

            “ It’s so beautiful.” Arianna berkata sambil matanya merenung kepada cincin pemberian Iqram itu.

            Aksi mereka berdua sedang di intai oleh kedua-dua orang tua Arianna yang berada di atas. Mereka sudah tersenyum gembira apabila melihat Arianna boleh menerima Iqram walaupun masih lagi terlalu awal untuk mereka membuat sebarang spekulasi.

            “ Iq! Jom.” Isqandar memanggil Iqram kerana sudah sampai masanya untuk bertolak ke Port Dickson. Sebenarnya Isqandar sudah pun mengetahui rancangan Iqram pagi itu. Jadi dia sengaja memberikan Iqram sedikit masa untuknya agar berpeluang berbicara dengan Arianna.

            “ Okay abang Is.”

            Arianna tersentak sedikit dengan laungan Isqandar itu. Lalu dia terlihat cincin pemberian Iqram sudah pun tersarung di jari manis tangan kanannya. Ish! Bila masa aku pakai cincin ni pulak. Aduh! Buat malu aja. Dia segera ingin menanggalkan cincin yang di pakainya itu.

            “ Are you sure you want to do that?” Iqram segera bertanya kepada Arianna apabila dia terlihatkan akan gadis itu yang cuba menanggalkan cincin yang sudah sedia tersarung di jarinya.

            “ Do what?” Arianna bertanya kembali kepada Iqram.

            “ Do that.” Iqram menghalakan matanya ke arah tangan Arianna yang sedang cuba mengeluarkan cincin di jari manisnya.

            “ Yes!…I mean no!…I mean…I don’t know…” Damn! Arianna sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Lalu dia hanya membiarkan saja cincin itu di jarinya. Iqram sudah tersenyum lebar.

            “ Iq nak pergi ni. So baby please take a good care of yourself. Suruh Daniel temankan kalau baby nak pergi ke mana-mana. Don’t go wandering around the world  on your own okay. Jaga kereta Iq macam baby jaga hati Iq yang dah lama Iq beri pada baby.” Arianna hanya mengangguk apabila mendengar pesanan daripada Iqram.

            “ Love you.” Iqram menggenggam jari jemari Arianna sebelum bergerak menuju ke arah kereta Isqandar.

            “ Love you too, sayang.” Arianna berkata perlahan.

            “ I know.” Iqram berpaling lantas mengenyitkan matanya kepada Arianna. Ish! Macamana dia boleh dengar pulak ni. Sikit punya slow apa aku cakap. Arianna sudah tertunduk memandang lantai garaj. Dia merasakan yang mukanya sudah sedikit panas.

            Iqram masuk ke tempat penumpang di bahagian hadapan. Setelah menutupkan pintu kereta Iqram menurunkan cermin kereta agar dia dapat melihat wajah Arianna sebelum bertolak pergi.

            ‘ I’m gonna miss you, baby’ Iqram hanya berkata di dalam hati sambil merenung ke arah Arianna. Seolah-olah apa yang di kata itu dapat di dengar oleh Arianna. Iqram melambaikan tangannya ke arah Arianna.

            ‘ I miss you too.’ Arianna berkata di dalam hati seakan-akan menjawab kepada kata-kata Iqram itu. Arianna mengangkat tangannya untuk membalas lambaian daripada iqram. Aduhai! Hati kenapa terasa sayu melihat pemergian Iqram. Terasa ingin menangis. OMG! Arianna wake up! Arianna sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Apa kena dengan aku ni?

            Setelah kereta Isqandar hilang dari pandangan matanya, Arianna mengatur langkah untuk masuk ke dalam. Arianna terus sahaja naik ke atas untuk ke biliknya. sampai sahaja di biliknya, Arianna terus mengunci pintu bilik agar dia tidak mendapat gangguan daripada sesiapa terutama Faheem. Arianna segera meletakkan CD pemberian Iqram di dalam CD player. Arianna berjalan ke arah katil sebelum merebahkan badannya untuk mendengar apakah yang terkandung di dalam CD tersebut.

            Terdengar alunan irama yang sedikit membuai perasaannya. Arianna merenung cincin di jarinya sambil mendengar bait-bait lirik lagu yang sedang di mainkan.

Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

6 comments:

  1. waaaaahhhhh...romantiknya Iqram...Ari dah melted ke? hihihi...kak pe lagi..up la n3 baru lagi hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhe....insyallah nanti ada lah tu chapter baru

      Delete
  2. aik.. x kan ari dah cair kot..
    mana boleh cair lagi..
    kata ego kan???
    mana boleh cair secepat itu...
    wakakakaka..

    ReplyDelete
  3. kak bila hang nak up n3 baru nih....cepat la...nak lagi!!!!

    ReplyDelete