Thursday, 19 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 12


Malam itu, keluarga Arianna makan malam bersama. Rasa sungguh seronok apabila dapat berkumpul begini. Sudah lama rasanya Arianna tidak merasai suasana begini. Suasana di meja kelihatan amat meriah sekali dengan gelak ketawa mereka sekeluarga.

            Tetapi dalam keriuhan itu, Arianna masih dapat melihat dengan jelas pandangan Isqandar kepadanya yang amat sukar untuk diteka. ‘Apasal abang Is asyik tengok aku aja dari tadi ni?’ Arianna bersuara di dalam hati. ‘ Takkan dia tahu pasal kes tengahari tadi pulak?’ Teka Arianna lagi.

            “ Mummy Ari.” Dalam Arianna pening memikirkan pasal Isqandar, dia ditegur oleh anak buah kesayangannya yang baru berusia 4 tahun itu.

            “ Yes, Aeem.” Arianna membalas teguran Faheem sambil mencuit pipi gebu si kecil itu.

            “ Malam ni, Aeem nak tidur dengan mummy Ari, okay? Rindulah kat mummy Ari. Nanti kita main game PSP sama-sama nak? Lepas tu kita tengok DVD Spiderman yang baru tu.” Faheem menyatakan hasratnya itu.

            “ Amboi! Banyaknya request dia,” kata Arianna sambil tersenyum.

            “ Bolehlah mummy Ari.” Faheem masih lagi memujuk Arianna.

            “ For you…anything okay.” Arianna menyatakan persetujuannya.

            “ Hmm…tapi nanti jangan tidur lewat sangat okay. Kesian kat mummy Ari, esokkan dia kerja.” Kakak ipar Arianna pula menyampuk.

            “ Okay, mama.”

            Isqandar sekeluarga sememangnya tinggal bersama dengan Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang mengandungkan anak kedua mereka.

            “ Kak Alana, Ari nak tanya ni.” Arianna bercakap agak perlahan kerana khuatir semua yang ada di situ akan mendengar apa yang ingin ditanya.

            “ Apa dia?” Alana juga membalas dengan perlahan.

            “ Kenapa dari tadi abang Is asyik tengok Ari aja? Ari ada buat salah ke?”

            “ Entah, manalah akak tahu. Ari ada buat salah ke?” Kakak iparnya bertanya kembali pada Arianna.

            “ Ish! Mana ada Ari ada buat salah, apalah akak ni.” Arianna membalas dengan sedikit mencebik.

            “ Hmm…abang Is tengok maybe dia rindu dengan adik dia yang sorang ni kot. Yalah dah lama tak balik rumah daddy dengan mummy-kan.” Alana berkata sambil tergelak kecil.

            “ Yalah sangat rindu kat Ari.” Arianna masih tidak berpuas hati.

            Selesai sahaja makan malam tersebut, mereka sekeluarga berkumpul pula di ruang rehat yang berhadapan dengan kolam renang sambil menikmati kopi panas yang di bawa oleh pembantu rumah mereka sebentar tadi.

            Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia sangat seronok melihat anak cucunya semua dapat berkumpul bersama. Rasanya sudah agak lama mereka tidak berkumpul seperti malam ini.

            Sedang Arianna seronok duduk berborak dan bergurau senda, tiba-tiba Isqandar bersuara kepadanya.

            “ Malam ni kawan abang Is datang and tidur sini.”

            Arianna sedikit pelik kerana selama ini tidak pernah pun kawan Isqandar tidur di rumah mereka. Dan yang menjadi lebih pelik, kenapa nak beritahu aku pulak? Arianna memandang Isqandar dengan sedikit kerutan didahi.

            “ Siapa abang Is? Ari kenal tak? Handsome tak?” Arianna ingin cuba mengorek daripada Isqandar tentang kawannya itu.

            “ Ish! Ari ni, handsome aja yang dia tanya. By the way nanti sebelum tidur tu, please wear something proper ya cik Ari.” Isqandar mengingatkan adiknya itu kerana dia amat mengetahui yang Arianna suka tidur dengan shortnya sahaja.

            “ Erk…ya lah, nanti Ari pakai jubah masa nak tidur.” Arianna berkata sambil menjelirkan lidah tanda tidak puas hati. Apa kes sampai nak tidur pun kena bersopan santun pulak ni. Bukannya aku tidur kat luar pun. Arianna masih lagi membebel di dalam hati.

            “ And one more thing, jangan sibuk nak skodeng kawan abang Is tu sebab dia akan tidur kat guest room yang berdepan dengan bilik Ari tu.”

            “ Aduh! Banyaknya syarat-syarat, macam Ari pulak yang menumpang tidur kat sini.” Arianna sudah mencebikkan bibirnya tanda protes, menyampah pun ada jugak.

            “ Ari…jangan macam tu. Abang Is tu cuma bagi nasihat. That means he loves you.” Dato’ Seri Aidil yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba menyampuk.

            “ Okay, fine…whatever.” Arianna sudah mula rasa meluat pada kawan Isqandar walaupun belum bertemu muka. Mana taknya, dahlah datang tidur rumah orang, tuan rumah pulak kena syarat macam-macam. Hello! This is my house too, okay. Arianna hanya mampu meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di dalam hati sahaja.

            “ Dahlah…jom Aeem, kita naik atas main PSP lagi bagus.” Arianna segera mengajak Faheem untuk naik ke atas. Duduk kat sini lama-lama nanti entah apa-apa syarat pulak yang akan keluar dari mulut Isqandar. Baik blah cepat-cepat.

            “ Kejap…ada lagi satu,” cepat saja Isqandar memintas apabila mendapati Arianna seperti ingin melarikan diri dan dia sengaja ingin mengusik adiknya.

            “ Apa lagi ni abang Is?” Arianna sudah mempamerkan wajah yang sememangnya akan meletup bila-bila masa.

            “ Kalau abang Is nampak Ari skodeng kawan abang Is tu, abang Is suruh daddy dengan mummy pergi pinangkan terus kawan abang Is tu untuk Ari.” Isqandar berkata dengan muka yang selamba.

            “ What?!!! Are you insane?! I’m off. Malas nak layan abang Is lagi.” Arianna segera bangun dan ingin melangkah pergi ke biliknya. Lagi lama dia disitu, bertambah sakit hati jadinya.

            Arianna melangkah menghampiri kedua orang tuanya, lalu menyalami dan mencium pipi mereka.

            “ Good night, daddy. Love you.”

            “ Good night, Ari. Love you too.” Dato’ Seri Aidil  membalas dengan pelukan yang erat.

            “ Good night, mummy. Love you.”

            “ Good night. Love you too.” Datin Seri Alia member ciuman ke kedua-dua pipi anak bongsunya itu.

            “ Kak Alana, good night. Good night untuk baby jugak ya.” Arianna berkata sambil memegang perut kakak iparnya itu.

            Setelah itu dia terus memimpin tangan Faheem untuk sama-sama naik ke atas.

            “ Eh!...dekat abang Is tak wish good night pun.” Isqandar sengaja ingin menaikkan darah Arianna yang sedah sedia memndidih itu. Isqandar sudah tergelak-gelak kecil apabila melihat reaksi Arianna.

            “ Huh! Malas nak cakap dengan abang Is lagi.” Lantas dia terus berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat tiga.

            “ Don’t forget to lock your bedroom door.” Isqandar masih lagi mahu mengusik Arianna dan dia sudah menghamburkan tawanya yang ditahan-tahan daripada tadi.

            “ Daddy!!!!” Jerit Arianna. Rasa marahnya sudah todak dapat ditahan lagi.

            “ Sudah-sudahlah tu abang. Nanti mengamuk pulak si Ari tu.” Alana bersuara apabila melihat yang suaminya itu sudah terlebih bergurau.

            “ Pukul berapa nanti Iqram sampai?” Datin Seri Alia pula bertanyakan kepada Isqandar.

            “ Mungkin lewat sikit mummy. Dia nak packing barang dulu. Nanti biar Is aja yang tunggu dia. Daddy dengan mummy pergilah rest dulu.”

            “ Ari tak tahu ke yang Iqram datang tidur sini?” Kali ini Dato’ Seri Aidil pula bersuara.

            “ Is sengaja tak beritahu dia. Saja nak surprise kat dia.” Isqandar tersenyum apabila memikirkan akan reaksi Arianna apabila melihat Iqram nanti.

            “ Ari dah tahu ke siapa Iqram?” Dato’ Seri Aidil masih lagi bertanyakan Isqandar mengenai hal Iqram dan Arianna itu.

            “ Is tak ceritakan lagi. Iq nak ceritakan sendiri nanti. Dia kata, biar surprise.” Isqandar memberi penjelasan.

            “ Hmm…apa-apa ajalah kamu semua ni. Jangan surprise tak menjadi sudah. Takut gigit jari aja si Iqram tu.” Datin Seri Alia menyampuk tiba-tiba.

            “ Insyallah mummy. Is tengok Ari tu pun macam suka aja kat Iqram. Kita berdoa ajalah semoga terbuka pintu hati dia untuk Iqram. Lagipun Iqram tu dah lama kita kenal. Cuma Ari aja yang tak perasan lagi.”

            “ Okaylah Is, daddy dengan mummy nak naik atas dulu. Jangan kamu tertidur pulak menunggu Iqram sampai.” Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia mula mengatur langkah menuju ke tingkat dua kediaman banglo tersebut.

            “ Okay daddy…mummy. Good night.” Isqaandar membalas pendek.

            “ Jom sayang. Kita naik atas. Tak elok baby tidur lambat.” Isqandar mengajak isterinya untuk naik ke atas kerana dia pasti yang isterinya juga ingin berehat.

            Setelah memastikan semua pintu dan tingkap yang berada di ruang bawah sudah dikunci dan alarm juga sudah di pasang, Isqandar dan Alana berjalan sambil berpimpin tangan untuk naik ke tingkat dua. Bilik tidur mereka juga terletak di tingkat yang sama dengan bilik tidur daddy dan mummynya.

            Sampai saja di bilik, Isqandar mencapai smartphonenya dan mendail nombor Iqram.

            “ Assalamualaikum Iq.” Isqandar memulakan bicara.

            “ Waalaikumussalam abang Is.”

            “ Nanti Iq sampai, Iq call abang Is, okay.” Isqandar terus sahaja menyatakan tujuannya menelefon Iqram.

            “ Okay, abang Is.”

            “ Okay. Assalamualaikum.”

            “ Waalaikumussalam.” Iqram membalas salam.

            Arianna masuk ke biliknya dengan perasaan yang sedikit sebal. Entah apa-apalah yang abangya merepek tadi. Geram dibuatnya. Ah! Malas nak fikir. Layan Faheem lagi bagus.

            “ Mummy Ari, cepatlah main PSP ni.” Faheem sudah mula tidak sabar.

            “ Okay, mummy Ari datang ni. Tapi malam ni kita main game aja ya. Lepas tu tidur.”

            “ Okay.” Faheem menjawab sepatah.


Bilik tidur Arianna de lengkapi dengan set home theathre dan juga video game. Sebab itulah Faheem suka tidur dengan Arianna apabila gadis itu pulang ke rumah.

Iqram sampai di rumah keluarga Arianna hampir ke tengah malam. Setelah meletakkan kereta kesayangannya di garaj yang terletak di hadapan banglo tersebut, Iqram segera melangkah keluar sambil membawa barang-barangnya. Dia berjalan menuju ke tempat Isqandar berdiri sambil menunggunya.

“ Assalamualaikum, abang Is. Sorry lewat sikit. Papa dengan mama kirim salam.” Iqram menyalami tangan Isqandar.

            “ It’s okay. Abang Is pun belum tidur lagi. Waalaikumussalam. Dah jom kita masuk.” Isqandar berjalan masuk ke dalam dan diekori oleh Iqram.

            Mereka sama-sama menuju ke tingkat atas sekali. Isqandar berhenti di hadapan pintu bilik tetamu yang terletak berhadapan dengan bilik Arianna.

            “ This is you room to be, so have a good rest.” Isqandar tersenyum apabila melihat reaksi Iqram. Bilik tetamu itu sepatutnya menjadi bilik Arianna kerana ia agak besar sedikit tetapi Arianna tidak mahu bilik itu.

            “ Ish! Room to be pulak abang Is ni. Tuan punya badan pun belum tentu setuju.” Ada sedikit nada kehampaan dalam suara Iqram itu.

            “ Insyallah Iq. Iq kenalah usaha lebih sedikit.”

            “ Hmm…yalah. Okaylah good night abang Is.” Lantas Iqram menutup pintu bilik dan melangkah ke katil yang bersaiz king itu. Tidak sabar rasanya untuk melihat Arianna esok. Sabarlah wahai hati. Takkan larinya gunung dikejar. Wei! Gunung tu memanglah tak boleh lari, yang larinya manusia.

            Arianna baru sahaja hendak melelapkan matanya apabila terdengar seperti orang berbual-bual dan membuka pintu bilik tetamu. Kawan abang Is dah sampai agaknya. Kalau skodeng best jugak ni. Tetapi apabila teringatkan kata-kata abangnya selepas makan malam tadi, dibatalkan sahaja niat murninya itu. Esok tengok ajalah puas-puas. Kalau handsome bolehlah buat calon boyfriend. Tapi Iqram nak letak kat mana pulak. Iqram?! Apa kes? Sah kau ni nak angau dengan si Iqram tu. Tidurlah wahai cik Arianna.

            Esok pagi, Arianna terjaga apabila alarm clock di BB-nya berbunyi setelah beberapa kali. Aduh! Malasnya nak bangun. Tangan Arianna meraba-raba di sebelah tempat tidurnya. Hmm…ni mesti dah turun pergi ke bilik papa dan mamanya.

            Arianna sudah menarik kembali comforter sehingga menutupi sebahagian dari mukanya. Sejuk-sejuk ni, sambung tidur best jugak. Eh! Tak boleh jadi ni, nanti ada yang terbabas tidur sampai ke tengahari. Arianna bergegas bangun dan terus menuju ke bilik air.

            Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Arianna mendengar ketukan di pintu biliknya. Ni mesti Faheem, Arianna meneka. Setelah meletakkan telekung dan sejadah yang telah dilipatnya, Arianna melangkah ke pintu. Arianna memulas tombol pintu biliknya dengan segera kerana dia pasti yang mengetuk pintu biliknya itu adalah si kecil gebu itu.

            “ Argh!!!!” Kedengaran Arianna menjerit. Lantas pintu biliknya ditutup akibat daripada terkejut.

            Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Iqram?! Arianna beristighfar sambil memegang dadanya yang dirasakan sudah sedikit huru-hara. Dia hanya duduk di birai katil. Tidak tahu hendak buat apa.

10 comments:

  1. dah baca..ada typing error.. x dpt ku membayangkan wajah terkezut arianna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks still ada lagi eh error...
      Takpe malam nanti den btolkan

      Delete
    2. i like it...cepat lah buat sambungannya...rasa tak sabar pulak..

      Delete
  2. lagi.. lagi.. lagi... aku tidak suka menunggu.. hihi

    ReplyDelete
  3. ape nih...gantung2 kak....nak agi la.....huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Strawberry chocolate.....baru ada thrill.......adeh

    ReplyDelete
  5. Yaayyyy best plak n3 kali ni,,,nk lagiiii

    ReplyDelete