Tengahari itu, Iqram terus sahaja balik ke pejabatnya dan ingin menemui Isqandar. Rasa di hatinya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dia harus memberitahu kepada Isqandar akan apa yang berlaku. Tetapi bimbang pula jika Arianna tidak menyukai akan apa yang dilakukan walaupun hakikatnya dia lebih bimbangkan keadaan diri Arianna itu.
Sebenarnya Iqram sudah lama berhubungan dengan keluarga Arianna terutama sekali Isqandar. Segala kejadian yang berlaku kepada Arianna semuanya telah dikhabarkan sendiri oleh Isqandar kepadanya. Cuma Arianna sahaja yang belum mengetahui akan dirinya yang sebenar. Iqram sengaja meminta keluarga Arianna merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Arianna.
Daripada tahun lepas lagi Iqram ingin mengajak keluarganya pulang ke Malaysia setelah agak lama mereka menetap di negara orang. Semenjak dia mengetahui yang Arianna mula berhubungan dengan Qarl, dia sudah tidak sabar-sabar ingin terbang balik ke Malaysia. Dan apabila Isqandar memberitahunya tentang kejadian yang menimpa Arianna, sakit hatinya makin meluap-luap. Rasa ingin saja dia melenyapkan Qarl dari muka bumi ini. Tetapi dia masih lagi boleh berfikir dengan waras. Cuma sekarang ini dendamnya terhadap Qarl itu tidak akan padam. Kerana itulah dia berusaha sedaya upaya memujuk papa dan mamanya agar mereka pulang ke Malaysia.
Apabila sekembalinya ke tanah air 3 bulan yang lepas, Iqram mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat kepunyaan keluarga Arianna buat sementara waktu. Tujuannya hanyalah untuk mendekatkan dirinya dengan Arianna. Tetapi perasaannya hampa apabila mendapati Arianna tidak bekerja di situ.
‘ Ish! Mana abang Is ni pergi pulak ni?’ Iqram sudah seperti cacing kepanasan di dalam bilik pejabatnya kerana menantikan Isqandar. Serba tidak kena sahaja dirinya ini.
Akhirnya Iqram melangkah keluar dan ingin menjengah ke bilik Isqandar untuk melihat samada Isqandar sudah berada di biliknya ataupun tidak. Apabila ternampak sahaja akan kelibat Isqandar, Iqram terus meluru masuk tanpa sempat mengetuk pintu.
“ Abang Is!.” Iqram memanggil Isqandar dengan nada yang sedikit kuat sambil menarik kerusi yang terletak berhadapan dengan meja Isqandar.
“ Iq! Ish! Terkejut abang Is. Kenapa muka tu macam huru-hara aja abang Is tengok?” Isqandar bertanya kepada Iqram kerana melihatkan kekusutan yang terserlah di wajah anak muda itu.
“ Erm…erm…” Aduh! Ni nak cakap ke tak nak ni. Iqram sudah mula rasa serba salah apabila dia mula terfikir samada tindakannya ini betul ataupun tidak.
“ Hey! What’s wrong Iq? Sampai tergagap-gagap nak cakap.” Isqandar merenung akan diri iqram yang sedikit resah itu.
“ I don’t know if I should say this to you, abang Is.” Iqram masih lagi rasa ragu-ragu.
“ If this is concerning Arianna, then you should tell me.” Isqandar seperti dapat meneka apa yang ingin di perkatakan oleh Iqram.
“ Okay. Iq akan beritahu but can you promise me that you won’t ask her about it?” Iqram meminta Isqandar berjanji agar tidak bertanyakan hal yang akan di beritahu itu kepada Arianna. Dia bimbang jika Arianna akan mula membencinya jika Arianna mengetahui bahawa dia yang memberitahu kepada Isqandar akan kejadian tengahari tadi.
“ You have to tell me first, Iq. Then I’ll consider whether I should ask her or not.” Isqandar tidak mahu berjanji kerana khuatir jika dia tidak dapat mengotakan janjinya itu.
Iqram mengeluh perlahan. Terasa dirinya berada dalam situasi yang amat sukar.
“ Sebenarnya tengahari tadi Iq pergi jumpa Arianna.” Iqram memulakan cerita.
“ Then?” sampuk Isqandar.
“ Someone showed up.” Iqram masih lagi mahu berteka teki.
“ Who? Wait…don’t tell me it was him.” Isqandar sudah mula mengerutkan dahinya. Apabila terfikirkan tentang itu, Isqandar mula rasa panas.
“ It was him, abang Is.” Iqram berkata dengan perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Isqandar.
“ Damn it!” Isqandar menghentakkan mejanya dengan tangan.
“ Daniel tahu pasal ni?” Isqandar bertanya kepada Iqram walaupun dia pasti yang Daniel sudah maklum akan hal tersebut.
“ Daniel was there…thanks to him. Kebetulan dia nak cari Arianna, kalau dia takde tadi…Iq pun tak tahu apa nak jadi tadi. But abang Is jangan risau okay, Arianna takde apa-apa. She’s fine.” Iqram menerangkan dengan panjang lebar.
“ No, she’s not fine Iq. Abang Is tahu sangat dengan Ari tu.” Isqandar sudah meletakkan tangan di dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“ Abang Is tengah fikir apa ni?” Iqram sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui apa yang berada di dalam fikiran Isqandar.
Tanpa menjawab pertanyaan daripada Iqram, Isqandar terus saja mengangkat gagang telefon dan mendail nombor seseorang.
“ Assalamualaikum, Daniel.” Isqandar memberi salam apabila talian di sebelah sana berjawab.
“ Waalaikumussalam, Is. Anything I can help you?” Daniel terus bertanya kepada Isqandar walaupun di dalam hatinya sudah dapat meneka apa yang bakal dekehendaki oleh Isqandar daripadanya.
“ Boleh jumpa aku tak petang ni? It’s urgent.” Isqandar tidak mahu menyatakan kenapa dia ingin menelefon Daniel kerana baginya hal ini tidak boleh dibincangkan melalui telefon sahaja. Bagi Isqandar, mereke bertiga perlu berbuat sesuatu agar Arianna tidak akan lagi ditimpa bermacam-macam lagi kejadian yang tidak diingini.
“ Orait bro. Tapi nak jumpa kat mana? Tempat biasa ke?” Daniel terus menyatakan persetujuanb bersama sebuah keluhan.
“ Yup…tempat biasa. Okay, see you then. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Daniel seolah-olah berada di dunianya sendiri apabila memikirkan tujuan Isqandar ingin berjumpa dengannya petang nanti mesti berkaitan dengan kejadian tengahari tadi telah membuatkan Daniel bertanya sendiri. Daripada mana Isqandar dapat tahu mengenai hal itu. Dia teringatkan seseorang, Iqram! Ini kerana hanya Iqram dan dirinya sahaja yang berada di situ. Tapi tak mungkinlah Iqram yang memberitahu kepada Isqandar. Daniel memikirkan hal itu tanpa menyedari kehadiran Arianna di dalam biliknya.
Setelah meletakkan gagang telefon, Isqandar memandang Iqram yang sedang duduk dihadapannya.
“ Abang Is nak Iq pun ikut sekali pergi jumpa Daniel petang ni.” Isqandar seakan-akan memberi arahan kepada Iqram.
“ Tapi abang Is…” Iqram sudah kematian kata.
“ Tapi apa pulak ni?” Isqandar mengerutkan dahinya.
“ Daniel tak tahu yang selama ni Iq kerja dengan abang Is.” Iqram mula menggaru-garu keningnya kerana memikirkan apa yang dia cuba sembunyikan selama ini akan terbongkar juga. Tapi sampai bila dia nak rahsiakan daripada pengetahuan sahabatnya, lebih-lebih lagi Daniel. Lambat laun Daniel akan tahu juga. Cuma dia fikir masih belum tiba masanya untuk dia menceritakan segalanya kepada Daniel.
“ Iq…lama-lama simpan, nanti Iq jugak yang akan pening sendiri. Maybe this is the time to tell everyone, especially Daniel. Kalau Iq masih tak nak Arianna tahu, takpelah. At least tell Daniel. Kalau tak mahu cerita semuanya, cerita sikit-sikit aja dulu.” Isqandar memberi pendapat kepada Iqram.
“ Okay abang Is.” Iqram hanya menjawab pendek. Mungkin ada betulnya cakap Isqandar itu.
“ One more thing abang Is…esok pagi atau malam ni kita pergi Port Dickson?” Iqram mula teringatkan yang mereka berdua harus pergi melawat ke tapak projek di Port Dickson esok.
“ Kita pergi esok pagi aja. Kalau boleh iq tidur aja kat rumah abang Is malam ni. Senang sikit nak bertolak esok pagi. Tak payahlah nak kelam kabut.” Isqandar member cadangan kepada Iqram.
“ Ish! Seganlah abang Is, nanti apa pulak kata uncle dengan aunty.” Iqram saja member alasan padahal dalam hati sudah bernyanyi riang.
“ Aik…bukan dah kena panggil daddy dengan mummy ke?” Isqandar sudah tersenyum-senyum.
“ Okaylah abang Is…Iq keluar dulu eh. Nak settelkan sikit lagi kerja tu.” Iqram merasakan wajahnya sudah kemerahan apabila mendengar Isqandar berkata begitu.
“ Okay.” Isqandar masih lagi tersenyum-senyum memandang Iqram. Dia amat memahami apa yang di rasakan oleh Iqram sekarang ini. Yalah dia pun pernah melaluinya sewaktu ketika dahulu. Apabila orang yang dipuja selama ini masih belum dapat dimiliki, sudah tentu segala benda yang dibuat tidak akan menjadi.
Mereka pun meneruskan kerja yang sedikit terganggu sebentar tadi sehingga ke petang. Isqandar mengerling sekilas jam ditangannya. Apabila dia pasti yang Daniel sudah pun pergi ke tempat yang dijanjikan, Isqandar pun mengemas mejanya dan bersiap-siap untuk pergi.
Apabila dia keluar dari biliknya, terus sahaja dia melangkah menuju ke bilik Iqram yang berada tidak jauh dari biliknya. Isqandar mendapati pintu bilik Iqram terbuka, lalu dia terus saja masuk.
“ Iq…dah settle ke semua? Kalau dah…jomlah kita pergi.” Isqandar mengajak Iqram pergi dengan segera kerana dia tidak suka orang ternanti-nanti.
“ Okay…jom.”
Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat. Sehingga di tempat parking, mereka terpisah kerana Iqram menunggang motosikal sementara Isqandar memandu kereta.
“ Okay…jumpa kat sana abang Is.” Iqram berkata seraya mengangkat tangannya.
“ Okay.”
Petang itu setelah menemani Arianna sehingga sampai ke rumah keluarganya, Daniel terus menuju ke tempat yang dijanjikan.
Apabila dia sampai di Starbucks Coffee yang terletak di Setia Tropika itu, Daniel meliarkan matanya mencari kereta Isqandar. Bimbang juga jika dia terlewat. Hmmm nasib Isqandar tidak sampai lagi.
Setelah meletakkan keretanya di tempat yang disediakan, Daniel melangkah masuk ke dalam coffee house tersebut. Sudah agak lama juga dia tidak datang ke sini. Selalunya dia akan ke sini bersama Arianna serta Syam, Syed dan juga Zack. Cuma sekarang ini masing-masing sedikit sibuk dengan jadual harian yang padat.
Daniel terus mencari tempat duduk yang dirasakan agak sesuai untuk mereka berbual. Sedang Daniel mula memikirkan kes tengahri tadi, dia melihat Isqandar berjalan menuju ke arahnya. Tetapi dia perasan yang ada seseorang bersama dengan Isqandar. Daniel mengerutkan dahinya. Apa Iqram buat bersama dengan Isqandar? Adakah Iqram juga yang memberitahu kepada Isqandar akan kejadian tengahari tadi? Semakin pening Daniel memikirkannya apatah lagi semenjak kemunculan Iqram.
Ok.. But masih ada yg kureng...
ReplyDeleteGud try..
All the best....
Nak next n3...
Tq Tie Tinie
DeleteWill try to improve
terlalu awal pula ingin mendedahkan hubungan antara iskandar dan iqram..cukup sekadar kami tahu iqram bekerja dengan iskandar..biar suspen sikit..mesti org fikir si iqram nie kaki ngadu...
ReplyDeleteNoted lynn
DeleteNk lagi nk lagi !!!!!!! Best3
ReplyDeleteEca a sassin insyallah
ReplyDeletetapi buat masa ni iq and ari mengizinkan saya bercuti. . .
Adeh laarrrriiiii