Tuesday, 10 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 11


Isqandar menuju ke meja yang diduduki oleh Daniel bersama dengan Iqram. Terdapat sedikit kerutan di wajah Daniel. Isqandar sudah dapat mengagak yang Daniel akan bertanya bermacam soalan apabila terpandangkan kehadiran Iqram bersamanya. Ah! Biarlah Iqram yang menceritakan sendiri. Isqandar tidak mahu masuk campur, yang penting sekarang ini ialah Arianna.

“ Hai! Daniel.” Iqram terlebih dahulu menegur bersama sebuah senyuman yang cuba di maniskan.

“ Hai!” Daniel menjawab sepatah sambil bersalam dengan Iqram.

 “ Is.” Daniel menegur Isqandar. “ Daniel…sorry if we’re a bit late.” Isqandar bimbang jika kehadirannya agak terlewat walaupun dia pasti Daniel tidak berapa kisah.

 “ Takde hal-lah bro. Aku pun baru aja sampai ni. Eh! Pergilah beli minuman dulu. Nanti kalau dah duduk berborak…nak minum pun lupa pulak.” Daniel sengaja bergurau bagi menghilangkan gemuruhnya apabila teringatkan tujuan Isqandar ingin menemuinya petang ini. Dan yang lebih menjadi tanda tanya ialah mengapa Iqram turut bersama dengan Isqandar.

“ Abang Is nak minum apa…biar Iq yang belikan.” Iqram terus sahaja volunteer dirinya pergi membelikan minuman untuk mereka berdua. Dia sengaja berbuat begitu kerana dapat merasakan yang Daniel sudah mula memberikan pandangan yang penuh dengan persoalan di kepala.

“ Belikan abang Is dark mocha…panas okay.” “ Okay.” Iqram pun melangkah meninggalkan mereka berdua. Apabila Iqram sudah berjalan agak jauh, Daniel memandang Isqandar dengan seribu pertanyaan di wajah.

“ Is…what’s going on?”

“ What?” Isqandar bertanya kembali seolah-olah tidak mengerti akan persoalan yang bermain di fikiran Daniel itu. Tiba-tiba telefon Isqandar berbunyi menandakan ada mesej masuk. Terus sahaja Isqandar membaca mesej tersebut apabila mendapati yang Iqram menghantar mesej kepadanya.

~ Abang Is. Please don’t tell Daniel anything. Nanti Iq sendiri yang akan cerita kat dia.

“ Kenapa Is?” Daniel bertanya lagi setelah Isqandar masih lagi tidak menjawab pertanyaannya tadi.

“ Sekarang ni, aku jumpa kau pasal Arianna. So if you want to discuss anything besides Arianna…then you should ask him yourself, Daniel.”

Daniel terdiam seketika. Dia sepatutnya sedar yang sekarang ini hal Arianna yang lebih penting daripada persoalan-persoalan yang bermain di mindanya. Ah! Pasal Iqram tu lambat laun pasti dia akan tahu juga. Tidak lama kemudian Iqram menatang sebuah dulang bersama dengan dua minuman yang dibeli untuk dirinya dan juga Isqandar.

“ So Daniel, can you tell me what’s going on this afternoon?” Isqandar mula bertanya kepada Daniel kerana ingin mendengar cerita dari mulut Daniel sendiri.

Daniel mengeluh perlahan. Sebenarnya dia serba salah untuk memberitahu kepada Isqandar. Memang pada mulanya Daniel ingin memberitahu kepada Isqandar mengenai kemunculan Qarl di pejabatnya tengahari tadi. Tetapi apabila memikirkan Arianna, dia batalkan sahaja niatnya itu. Dia sendiri akan memastikan keselamatan Arianna terjaga.

“ Is…I think you’ve already know about it.” Daniel berkata sambil mengerling sekilas ke arah Iqram. Terbit pula rasa geram di hati. Kalau Iqram tak mengadu pada Isqandar pasti Isqandar tidak mengetahui pasal hal tengahari tersebut dan tak payahlah dia bersemuka dengan Isqandar pada petang ini.

“ Aku Cuma nak dengar dari mulut kau. And I’m sure Ari won’t let you to tell me kan?” Isqandar hanya meneka, tetapi dia pasti yang Arianna tidak membenarkan Daniel mengadu hal itu kepadanya.

“ Bukan macam tu Is. Aku Cuma tak nak kau risau. Lagipun aku dah suruh Ari balik rumah parents kau malam ni. Don’t worry…aku make sure Ari takde apa-apa. Kalau perkara ni aku dah tak boleh nak handle nanti aku bagitahulah kat kau.” Daniel memberikan kepastian kepada Isqandar.

Iqram sudah tersenyum sendiri apabila mendengar bahawa Arianna pulang ke rumah keluarganya. Dapatlah dia melepaskan rindu pada gadis itu sebelum dia pergi ke Port Dickson esok. Tidak sabar rasanya untuk melihat reaksi Arianna apabila melihat akan dirinya yang berada di bawah bumbung yang sama.

Daniel perasan akan tingkah Iqram yang sudah tersenyum-senyum sendiri itu. Eh! Apa kes pulak si Iqram ni? Aku ada buat lawak ke? Daniel membebel di dalam hati.

 “ I need a favor from both of you. Kalau boleh jangan biarkan Ari seorang diri. Make sure someone’s will always be with her. Aku tak nak insiden tahun lepas terjadi lagi.” Isqandar berkata bersama sebuah keluhan yang dirasakan amat berat sekali.

“ Don’t worry Is, I will always be around.” Memang selama ini pun Daniel yang sentiasa ada di sisi Arianna. Tetapi apabila Isqandar turut meminta Iqram agar turut menjaga akan keselamatan diri Arianna, hatinya sedikit terusik. Daniel akui memang dia cemburu kerana semenjak kemunculan Iqram, lelaki itu seolah-olah telah mencuri perhatian dari semua orang termasuklah Arianna.

“ So Iq?” Isqandar menoleh kepada Iqram.

“ Hah?! Apa dia abang Is?” Iqram sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tulah asyik berangan aja. Buat malu betullah kau ni Iqram.

“ Ish! Berangan pulak dia ni. Abang Is cakap…lepas ni make sure jangan biarkan Ari sorang-sorang. Make sure one of you ada dengan dia. And if anything happen terus inform.” Isqandar mengulangi lagi apa yang telah dia cakapkan tadi.

“ Iq, okay aje abang Is.” Mestilah okaykan. Yalah, bolehlah dia berkepit dengan Arianna selalu. Apalah kau ni iqram, ke situ pulak yang difikir.

“ Okay kalau macam tu aku balik dulu Daniel. Lagipun dah nak maghrib ni.” Lantas Isqandar bangun dan bersalam dengan Daniel.

“ Okay Is, jumpa lagi nanti. You too Iqram.” Daniel juga bangun dari duduknya kerana dia juga ingin pulang ke rumah.

 “ Okay Daniel.” Iqram turut bersalam dengan Daniel. Kemudian mereka melangkah menuju ke kenderaan masing-masing.

“ Abang Is balik dulu, Iq nak balik rumah…nak packing barang. Iq rasa lambat sikit kot Iq sampai rumah abang Is. Nanti Iq call abang Is eh.” Iqram berkata kepada Isqandar supaya Isqandar tidak ternanti-nantikan dia malam nanti.

“ Okay.” Iskandar menjawab sepatah.

Arianna sudah pun meletakkan keretanya di dalam garaj yang terletak agak ke belakang sedikit di dalam kawasan banglo milik keluarganya itu. Dia malas hendak meletakkan keretanya di garaj hadapan kerana Isqandar selalu meletakkan keretanya di situ. Dia memerhati garaj tersebut, hmm daddy dah balik. Dia melangkah keluar dari keretanya dengan perlahan sekali. Rasa macam hendak balik ke rumahnya saja. Dia masih belum bersedia untuk balik ke rumah ini lagi. Masih teringat-ingat akan pertengkaran yang berlaku antara dia dengan daddynya. Tetapi apabila memikirkan keadaan yang agak berbahaya, dia terpaksa akur juga untuk berada di sini.

Arianna berjalan menuju ke bahagian belakang rumah. Dia malas hendak masuk melalui pintu hadapan. Arianna masih lagi rasa gugup sekiranya dia berjumpa dengan daddynya di pintu hadapan. Masuk ikut dapur ajalah jawabnya.

Setibanya di pintu dapur yang sedikit terbuka itu, Arianna menjengukkan kepalanya ke dalam. Macam takde orang aja. Dia melangkah masuk dan tiba-tiba Mak Jah, pembantu rumahnya muncul entah dari mana.

“ Ya Allah! Budak bertuah ni. Terkejut Mak Jah. Apasal nak balik tak bagitahu ni.” Mak Jah sedikit terkejut melihatkan Arianna yang tiba-tiba muncul di dapur rumah itu.

“ Assalamualaikum Mak Jah. Saja je nak bagi surprise.” Arianna sengaja memberi alasan begitu. Dia tak nak seisi rumah ini tahu mengapa dia balik ke sini dalam keadaan terkejut.

“ Waalaikumussalam. Ha! Apa yang tercegat aja tu. Pergilah masuk. Takkan nak berdiri kat situ sampai esok pulak.” Arianna geli hati apabila mendengar bebelan pembantu rumahnya itu. Mummnya pun tak pernah membebel seperti itu.

“ Nak masuklah ni. Mak Jah yang tahan-tahan Ari.” Arianna sudah tersenyum-senyum.

“ Eh! Bila pulak mak Jah tahan kamu pulak ni Ari?” Mak Jah mula bertanya dengan riak tidak puas hati.

 “ Ala mak Jah ni, Ari gurau ajalah. Rindu betul nak dengar mak Jah membebel. Kat rumah tu dengar suara Arissa aja, tak best betul.” Arianna berkata sambil ketawa kecil.

“ Kalau rindu…kenapa tak balik selalu. Ni dah dekat tiga bulan baru nak nampak batang hidung. Tak payah lah nak merajuk lama-lama. Daddy Ari tu dah rindu sangat dengan Ari. Pergilah jumpa dia.” Mak Jah seakan memberi arahan kepada Arianna.

“ Hmm, yalah. Ari masuk dulu ya mak Jah. Tapi daddy dengan mummy kat mana mak Jah?” “ Daddy dengan mummy Ari kat depan kolam, tengah minum petang. Nanti mak Jah bawakkan air untuk Ari ya.” “ Okay mak Jah. Ari pergi dulu, nanti kita borak lagi eh.” Lantas Arianna melangkah menuju ke kolam renang yang terdapat di bahagian tepi banglo tersebut. Ish! Seram sejuk pulak dibuatnya.

“ Assalamualaikum mummy.” Arianna menegur Datin Seri Alia lantas dia menyalami dan memeluk tubuh mummy-nya itu. “ Waalaikumussalam. Rindunya mummy kat Ari. Kenapa tak call bagitau nak balik ni? Ada apa-apa ke?” Datin Seri Alia bertanya kerana tidak mempercayai Arianna tiba-tiba sahaja balik ke sini. Dia bimbang sekiranya terjadi perkara yang tidak elok ke atas anak bongsunya itu.

“ Dah lama Ari tak balikkan, dah rindu giler kat semua orang…tu yang Ari balik ni.” Arianna mencipta lagi alasan bagi menutup perkara yang sebenar. Kemudian dia berpaling kepada daddynya pula.

“ Assalamualaikum daddy.” Arianna menegur Dato’ Seri Aidil dengan nada yang cukup perlahan. Air mata sudah mula berlinangan. Arianna terlalu merindui lelaki itu. Dia akui memang dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Lalu dia tunduk menyalami tangan lelaki tersebut. Tiba-tiba dirinya dipeluk erat oleh Dato’ Seri Aidil.

 “ I’m sorry dad.” Terasa air matanya sudah pun mengalir di pipi.

“ Daddy tak pernah pun marahkan Ari. Maybe I’m a bit harsh to you, tapi Ari taukan yang daddy sayangkan Ari. Stop crying. Mari kita minum dulu.” Dato’ Seri Aidil mengusap perlahan kepala Arianna. Sayangnya terhadap anak bongsunya itu memang tidak berbelah bagi.

Arianna mengesat perlahan sisa air mata yang mengalir di pipinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Dato’ Seri Aidil sambil melentokkan kepalanya di bahu daddynya itu. Sudah lama rasanya dia tidak bermanja dengan Dato’ Seri Aidil. Tulah siapa suruh merajuk lama-lamakan? Padan muka. Arianna hanya membebel di dalam hati.

Datin Seri Alia hanya memerhatikan sahaja gelagat kedua beranak itu. Dia amat memahami akan kerinduan mereka. Sebenarnya suami dan anaknya itu sama sahaja, dua-dua degil. Apa yang di kata itulah yang mesti di dengar oleh semua orang. Dan pertengkaran yang terjadi tiga bulan lepas disebabkan ego masing-masing yang meninggi.

Setelah menghabiskan minuman petang, mereka semua berjalan masuk ke dalam rumah. Arianna berjalan sambil memegang erat lengan Dato’ Seri Aidil seolah-olah tidak mahu berpisah lagi. Datin Seri Alia hanya mengekori dari belakang sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kalau dah jumpa, macam tak boleh dipisahkan langsung. Tapi kalau dah bertengkar, nak pandang muka masing-masing pun tak nak. Datin Seri Alia membebel sambil tersenyum.

3 comments:

  1. Best2...bila Ariana nk jumpak Iqram ni..tak sabarrr

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. X sabar nak bce lagi.. Cepat la sambong.. Hehe..(•͡.̮ •͡ )....

    ReplyDelete