Sunday 22 September 2013

CINTA MISS EGO – CHAPTER 20

Sambil kakinya melangkah, Arianna menyanyi-nyanyi perlahan bagi menghilangkan sedikit kekusutan yang ada di kepalanya. Dia ingin terus naik ke biliknya tetapi apabila kakinya baru saja memijak anak tangga terakhir kedengaran suara Datin Seri Alia memanggilnya. Dengan segera kakinya di bawa ke bilik wanita tersebut.

“Yes mummy. Anything?” tanya Arianna pendek.

“Ari baru sampai ya. Malam nanti pakai baju yang mummy dah ambil dekat butik Auntie Ruhila tu ya.” Datin Seri Alia seakan-akan memberi arahan kepada anak gadisnya itu.

“Yang mana mummy?” dahi Arianna sudah berkerut memikirkan baju yang mana satu. Seingatnya dia belum lagi menghantar kain untuk menempah baju ke butik Auntie Ruhila itu. Pada fikirannya raya pun lambat lagi, jadi bila pulak dia menyuruh Datin Seri Alia untuk menempahkan baju untuknya.

“Baju french lace yang warna turquoise tu. Ingat tak yang mummy belikan dulu.” Datin Seri Alia memberi penjelasan lanjang lebar.

“Hah? Kenapa kena pakai baju yang vogue sangat ni mummy, ada apa-apa ke malam nanti?” Arianna sudah merasa curiga. Kata kenduri doa selamat aja, tapi kenapa sampai nak suruh dia pakai baju yang berlace-lace pulak ni. Ish! Ni yang tak sedap hati ni.

“Pakai ajelah. Dah lama baju tu siap. Sajalah mummy nak tengok Ari pakai malam ni.” Datin Seri Alia cuba memberi alasan yang di rasakan logik.

“Okaylah. Ari naik dulu.” Kalau dah itu kata mummynya dia ikutkan saja, malas nak fikir banyak-banyak buat sakit kepala saja.

“Oh! Lagi satu. Nanti pakai selendang yang mummy sediakan sekali tu.” Datin Seri Alia sudah pun tersenyum manis apabila Arianna hanya menurut saja katanya, kalau tidak mahu berjela-jela soalan yang keluar dari mulut anaknya itu.

“Orait mummy.” Setelah itu Arianna berpusing untuk naik ke biliknya. Dengan langkah yang perlahan dia mula memikirkan apakah sebenarnya agenda yang ada pada malam ini di rumah Iqram. Hatinya mula berkira-kira untuk menanyakan hal ini kepada Daniel. Tapi kalau Daniel tahu mesti lelaki itu sudah memberitahu kepadanya.

Dalam asyik memikirkan hal malam nanti, kedengaran azan Maghrib berkumandang di masjid yang berhampiran dengan banglonya. Dengan fikiran yang masih serabut memikirkan apa yang akan berlaku malam nanti, Arianna bangun menuju ke bilik air bagi membersihkan diri dan ingin menunaikan solat Maghrib.

Seusai mengerjakan solat Maghrib, Arianna segera bersiap. Arianna hanya mengenakan solekan nipis di wajahnya kerana dia tidak mahu kelihatan agak keterlaluan nanti. Tetapi baju yang hendak dipakainya nanti membuatkannya terfikir yang dia sudah pun agak terlebih pada majlis itu nanti.

Setelah mengenakan pakaian dan merasakan dirinya sudah bersiap sepenuhnya, Arianna berjalan keluar dari bilik dan menuju ke bawah. Setibanya di ruang tamu dia dapati daddy dan mummynya sudahpun duduk menunggu ahli keluarga yang lain. Arianna segera mendapatkan Dato’ Seri Aidil yang sedang berbual dengan Datin Seri Alia.

“Daddy…mummy.” Tegur Arianna seraya melabuhkan duduknya di sebelah kanan Dato’ Seri Aidil.

“Hmm you look beautiful my princess.Cepatlah daddy dapat menantu kalau macam ni tak gitu mummynya.” Kata Dato’ Seri Aidil bersama senyuman lebar sambil memandang Datin Seri Alia yang duduk di sebelah kirinya.

“Ish! Apa yang daddy merepek ni.” wajah Arianna sudah kemerah-merahan menahan malu.

“Betul apa yang daddy cakap tu Ari. Mummy ni terima aja siapa yang masuk meminang. Asalkan sedap mata memandang atau Ari dah ada yang berkenan di hati ke?” Datin Seri Alia sengaja mengusik anak gadisnya yang sudah tersipu-sipu menahan malu.

“Why are we talking about this?” Arianna cuba melarikan topik kerana sudah tidak sanggup rasanya mendengar bab-bab yang hangat ini.

Belum sempat daddy dan mummynya meneruskan perbualan dengan lebih lanjut, kedengaran suara Faheem yang membebel entah apa dari arah tangga. Faheem berlari laju menuju ke arah mereka yang sedang duduk di ruang tamu. Setelah semua ahli keluarganya sudah berada di ruang tamu, Arianna mula mengerutkan dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Mummy Ari, you look like a princess.” Teguran daripada Faheem mematikan lamunan Arianna.

“Aem…mummy Ari are a princess my dear. But thank you anyway.” Lantas Arianna mencium pipi si kecil itu.

“Jomlah kita gerak sekarang, nanti lama pulak diorang tunggu.” Isqandar sudah pun berjalan menuju ke pintu utama banglo.

“Wait… Ari nak tanya ni. Why are wearing like hari raya aje ni? Ada apa-apa occasion ke yang Ari tak tahu ni?” Arianna mula merasa pelik. Yalah nak pergi kenduri doa selamat aja pun tapi pakaian mereka dah macam nak pergi hantar rombongan pengantin pulak, warna baju semua sedondon.

“Aah nak pergi meminang si Iq tu. Betul tak daddy?” Isqandar berseloroh sambil memandang Arianna yang sudah bertukar riak wajah.

“Abang Is, its not funny okay.” Arianna sudah memuncungkan mulutnya tanda tidak berpuas hati. Tapi macam betul aja cakap abangnya itu. Arianna sudah berasa tidak sedap hati. Baru sahaja mulutnya ingin bertanya dengan lebih lanjut kedengaran bunyi telefon bimbit Isqandar memjerit minta diangkat.

“Assalamualaikum. Dah sampai? Okay sekejap.” Isqandar segera mematikan telefon bimbitnya dan melangkah menuju ke pintu tergesa-gesa.

Sampai? Siapa yang dah sampai pulak ni? Ish! Makin kusut dirasakan kepalanya ni, bisik hati Arianna. Mereka semua sudah pun berada di perkarangan banglo dan sudah bersedia untuk menaiki kereta Isqandar, tapi mana pulak abangnya itu menghilang.

Sedang Arianna mencari kelibat Isqandar kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan banglo dengan perlahan dan baru dia ternampak Isqandar berjalan perlahan menuju ke arah mereka yang menantinya di sisi kereta BMW X6 milik lelaki itu.

Arianna tercegat memandang Audi TT Quattro berwarna merah menyala yang sudahpun berhenti di hadapannya. Siapa punya kereta pulak ni? Dalam dia memikirkan siapakah pemilik kereta idamannya ini, kelihatan pintu di bahagian pemandu dibuka dari dalam.

Iqram yang berbaju melayu warna sedondon dengan Arianna melangkah keluar dari kereta bersama senyuman yang tersangat manis. Arianna sudah pun ternganga melihatkan gerangan yang memiliki Audi TT Quattro itu. Berapa banyak kereta dia ni ada dan buat apa dia ke sini sedangkan kenduri selamat adalah di rumah lelaki itu. Fikiran Arianna makin serabut dibuatnya.

“Ari naik kereta dengan Iq ya. Lagipun mana muat kalau semua nak naik kereta abang Is ni.” Isqandar sengaja memberi alasan begitu kerana ingin memberi peluang kepada Iqram untuk berbicara dengan Arianna.

“Eh! Apa ni abang Is…daddy?” bertambah kusut kepala Arianna dengan arahan Isqandar kepadanya.

“Daddy…mummy…abang Is.” Iqram menyalami tangan Dato’ Seri Aidil, Datin Seri Alia dan juga Isqandar. Iqram tersenyum memandang wajah Arianna yang sudah sedikit muncung. Adalah tu yang dia tak puas hati fikir Iqram.

“Dah jom kita gerak sekarang, nanti lambat pulak kita sampai. Ari naik aja dengan Iq tu, kesian dia dah datang sini.” Dato’ Seri Aidil bersuara setelah agak lama dia mendiamkan diri.

“Daddy…” Arianna sudah mula merengek seperti Faheem saja lagaknya.

“Just go will you. We gonna meet you there.”pujuk Dato’ Seri Aidil sambil mengusap lembut kepala Arianna seperti memujuk anak kecil saja.

“Okay. Fine!” kata Arianna sedikit keras. Wajahnya tak usah di cakaplah, memang sudah muncung sebatu. Yalah mana pernah di buat orang yang tuan rumah yang sedang mengadakan kenduri datang sendiri menjemputnya di rumah.

Iqram sengaja membukakan pintu di bahagian penumpang untuk Arianna bagi memujuk sedikit rasa rajuk yang sedang berada di hati gadis itu. Arianna hanya memberikan jelingan sebagai balasan. Geram sungguh hatinya dengan keadaan sekarang ini. Iqram hanya tersenyum walaupun Arianna sedang marah dengannya.

“Assalamualaikum.” Iqram cuba menegur buah hatinya ini setelah beberapa minit mereka memulakan perjalanan untuk ke rumah keluarganya. Arianna hanya membalas dengan cebikan di bibirnya.

“You know people say that if you tak jawab salam tu it’s a sin, baby.” Iqram cuba bergurau bagi mengurangkan hangat yang dirasakan pada Arianna.

“You tahu ke I jawab ke tak. I jawab dalam hati la.” Arianna masih membalas dengan nada yang menjengkelkan.

“Oh! really. Kenapa I tak nak dengar pulak. Oh! I know why? We didn’t synchronize our heart yet. So when can we do that, my dear?” Iqram sudah pun tersenyum-senyum memandang wajah Arianna yang sedikit kemerahan-merahan itu.

“Ish! You ingat I ni phone ke nak synchronize-synhcronize bagai.” Arianna sudah rasa sedikit terpujuk dengan kata-kata Iqram itu.

“By the way you look beautiful tonight, baby.” Puji Iqram ikhlas. Memang tadi dia agak terpegun melihat Arianna yang sungguh lain pada malam ini. Ini yang membuatkan dirinya tidak sabar untuk menjadikan Arianna suri hidupnya.

“Thank you.” Arianna sudah tersipu malu mendengarkan pujian dari Iqram. Eh! Yang aku ni nak rasa macam ni kenapa pulak. Aduh! Perubahan hormon ke? Arianna mula tidak senang duduk.

“Iq…” panggil Arianna manja. Aduhai, kenapa suara aku macam ni pulak. Mana nak letak muka ni. Rasa macam nak terjun aja dari kereta, gumam Arianna dalam hati.

‘Yes baby.” Iqram berasa senang hati mendengarkan suara Arianna yang kedengaran agak manja itu. Ini yang dia suka pada Arianna perubahan sikapnya yang sukar di jangka membuatkan Iqram ingin berdampingan dengan gadis itu. Tetapi adakalanya sikap Arianna itu akan membawa kepada keburukan. Takpelah kalau dah saying terpaksalah terima apa saja.

“Whose car is this?” Ish! Lain yang nak ditanya, lain pulak yang keluar dari mulut Arianna. Itulah kalau dah nampak kereta idaman hati perkara lain terus hilang dari fikiran.

“It’s yours baby.” Iqram menjawab pendek sambil mengerling kepada Arianna bagi melihat reaksinya.

“What?!!” jerit Arianna apabila mendengarkan jawapan dari Iqram itu.

“It’s for our engagement tonight.” Balas Iqram selamba.

“What engagement? Who’s engagement?” Arianna sudah mula merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan dari dirinya.

“Us.” Iqram hanya tersenyum sambil matanya masih memandang ke arah jalan raya di hadapan.

“Are you crazy? I don’t like it and it’s not funny Mr. Iqram. So please don’t talk rubbish.” Dadanya berdebar-debar apabila mendengar kata-kata Iqram itu. Something is really going to happen tonight. Dan Arianna tidak suka apabila memikirkan apa yang sebenarnya akan terjadi malam ini.

“Okay-okay. My bad. It’s my car.” And it would be yours soon, baby…sambung Iqram di dalam hati.

Arianna hanya mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar bagi menghilangkan rasa resah gelisah yang mula berada di dalam hatinya. Dia tidak suka apa yang dirasakan kini. Dan setiap kali hatinya merasa begini, dia pasti akan ada sesuatu yang dia tidak suka akan berlaku. Sedang dia masih cuba meredakan debaran yang seakan-akan susah untuk pergi dari hatinya, kereta Iqram sudahpun memasuki ke kawasan perumahan yang sangat elit pada pandangan mata kasarnya.

“Beautiful.” Kata Arianna perlahan apabila matanya terpaku ke arah rumah yang tersergam indah.

“Baby…” Iqram memegang lembut jari-jemari Arianna.

“Hmm…” Arianna sedikit tersentak dengan perlakuan Iqram terus saja memandang kepada lelaki itu.

“Whatever happens tonight just remember that I’ll always love you, okay.” Iqram cuba menenangkan hati Arianna dan juga hatinya yang sudah berlari rentak apabila mereka sudahpun sampai di villa keluarganya.

“What will happen? Are you hiding something from me? I don’t like surprise Iq. Never. Boleh tak you beritahu I exactly what’s the agenda for tonight?” Arianna memuntahkan soalan demi soalan.

Belum pun sempat Iqram membuka mulut untuk menjawab soalan Arianna, tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk oleh seseorang dari luar. Iqram segera berpaling untuk melihat siapa yang suka sangat mengganggu di saat-saat yang genting ini. Qeisha?! Ini lagi satu masalah. Apa lagi perempuan ni nak sebenarnya.

“Iq.” Panggil Arianna yang masih menantikan penjelasan daripada Iqram.

“Look…” baru saja dia membuka mulut, sekali lagi cermin tingkapnya di ketuk.

“Siapa tu?” Arianna pula merasa tidak puas hati apabila mendengar ketukan berkali-kali di cermin tingkap Iqram dan dia mula membuka pintu kereta untuk melihat siapa sebenarnya yang tidak sabar-sabar itu.

“Ari!” Iqram tidak sempat untuk menghalang Arianna yang secara tiba-tiba keluar dari keretanya. Aduh! Masalah…masalah.

“Qeisha!” Arianna menyebut nama gadis itu dengan sedikit terkejut. Apa dia buat di sini? Siapa dia dengan Iqram? Ada kena mengena ke? Bertambah serabut la kepala Arianna apabila melihatkan gadis yang suatu ketika dulu agak rapat dengannya.

“Kak Ari?” Qeisha juga memandangnya pelik.

Iqram keluar dari keretanya dengan perlahan sambil berdeham bagi menghilangkan rasa yang tidak menentu ini. Qeisha memandang Iqram dengan senyuman manis tapi senyuman itu mati apabila mendapati yang Iqram memakai baju melayu warna sedondon dengan Arianna. Terus saja dia menjeling ke arah Arianna dan berjalan masuk ke dalam rumah. Sakit hatinya melihatkan yang Iqram seakan-akan ada hubungan istimewa dengan Arianna.

“Who exactly is she?” Tanya Arianna tidak puas hati.

“She’s my cousin.” Iqram menjawab dengan agak perlahan.

“What?!... Oh my god… You are really killing me tonight, Iq.” Tangannya sudah pun berada di dahi. Semua rasa yang mula hadir di dalam hatinya sejak di rumah lagi kembali bertamu. This is not happening…this is not happening…bisiknya berulang kali.

“Ari…are you okay?” Iqram yang risau melihatkan reaksi Arianna mula berjalan menghampiri gadis itu.

“Ari…Iq. Jomlah masuk. Tetamu pun semua dah ke dalam tu.” Teguran dari Dato’ Seri Aidil mematikan terus hasrat Iqram untuk menenangkan Arianna. Memang betullah seperti kata Daniel…prepare for the worst.

“Okay.” Balas Iqram pendek seraya melangkah beriringan dengan Dato’ Seri Aidil dan ahli keluarganya yang lain.

“Ari…jom.” Panggil Datin Seri Alia apabila mendapati Arianna masih lagi tercegat di sisi kereta Iqram. Apa yang tak kena pulak ni. Datin Seri Alia menghampiri anak gadisnya itu.

“Ari. Kenapa ni? Tak sihat ke?” soal Datin Seri Alia apabila mendapati muka Arianna sedikit pucat dan tangannya mula meraba dahi gadis itu.

“Hah? Takdelah mummy. I’m okay. Jom kita masuk.” Dalih Arianna bersama senyuman yang dibuat-buat. Mereka kemudian berjalan bersama-sama masuk ke dalam rumah keluarga Iqram. Moga-moga tiada lagi sebarang kejutan yang akan berlaku malam ini kerana satu lagi kejutan, dia rasa dia tak mampu nak hadapinya lagi. Mau histeria dia malam ni, bisik hati Arianna.

Tuesday 17 September 2013

Cinta Miss Ego - Chapter 19

Cinta Miss Ego – Chapter 19

 

Sudah seminggu Arianna berbaik dengan Iqram dan sudah seminggu juga kejadian mimpi ngeri Arianna itu. Sejak mereka berbaik, rutin hidup Arianna juga berubah sedikit. Setiap pagi Iqram akan menjemputnya di rumah dan menghantarnya ke pejabat begitu juga pada sebelah petang.Kalau boleh setiap masa Iqram ingin berada di samping Arianna. Arianna juga suka apabila Iqram memanjakan dirinya. Kadang-kadang waktu makan tengahari pun Iqram sudah terpacak di pejabat Arianna.

 

“Ari,” panggil Daniel yang berdiri tercegat di hadapan gadis itu. Tetapi Arianna tidak memberikan respons yang sewaktu dengannya. Daniel mengerutkan dahinya. Ish! Apa kena pulak si Arianna ni? Nak kata senyum dengan aku, aku baru aja berdiri kat depan dia ni. Daniel membebel sendiri.

 

“Sayangku!” Daniel menjerit sedikit memanggil Arianna apabila dirasakan fikiran gadis itu tidak berada di sini sekarang.

 

“Oh mak kau!” Arianna melatah kecil akibat terkejut dengan panggilan Daniel sehingga terlepas Blackberrynya yang berada di tangannya. Apabila terpandangkan smartphone kesayangannya yang sudah pun mendarat di atas karpet, rasa geram mula bertahta di hati. Nasib baiklah jatuh atas karpet, kalaulah jatuh atas lantai tadi mahunya bersepai Blackberrynya itu.

 

“Daniel!! You ni kalau tak terkejutkan I tak boleh ke? See what happened to my BB.” Arianna memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

 

“Hello!! Miss Arianna, I’ve been calling your name since yesterday tau, tapi all you do is smiling aje. Nak kata I ada buat lawak takde pulak. Asyik day dreaming aje this week.I rasakan baiklah you suruh Iqram tu masuk meminang aje. Takdelah nanti orang tu tersenyum sorang-sorang..” Daniel memberi ceramah free kepada Arianna. Mulut Arianna hampir ternganga apabila mendengar Daniel melontarkan hujah-hujahnya.

 

“Wow! Daniel…I can’t believe you’re such a nag. Dahlah. Penat tau I dengar you pot pet pot pet. So what exactly do you want my dear?” Arianna sudah membuat suara manja.

 

“Malam ni you pergi kenduri rumah Iqram?” Daniel bertanyakan kepada Arianna mengenai jemputan kenduri kesyukuran yang telah di jemput oleh Iqram sekeluarga.

 

“Hmm…you rasa? I pergi ke tak?” Arianna menjawab dengan mimik muka yang sengaja diseriuskan.

 

Daniel mengangkat sebelah keningnya tanda tidak puas hati dengan pertanyaan Arianna itu. Takkanlah Arianna tak pergi pulak, bukan ke dia pelakon utama untuk malam ni. tapi manalah dia tahu wahai Mr. Daniel. Ish! Ni mesti sengaja nak kenakan akulah tu. Daniel menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

 

“You ni macam-macamlah Ari.” Daniel bersuara perlahan. Sungguh dia tidak pernah dan tidak akan jemu dengan tingkah Arianna.

 

“You too…must go, okay.” Arianna seolah-olah memberi arahan kepada Daniel.

 

“I don’t know, Ari. It seems I don’t fit in to be there. Lagi pun you won’t need me there kan?” Daniel cuba menbuat muka sedih. Sungguh hatinya merasa sedih setelah mengetahui perancangan Iqram pada malam ini. Berat sungguh hatinya untuk menghadirkan diri apabila memikirkan bahawa dirinya akan berduka. Tanpa sedar sebuak keluhan kecil dilepaskan.

 

“No, you have to come. Please Daniel…be there for me. In case anything happen.” Arianna sedaya upaya memujuk Daniel.

 

“In case anything happened? Apa you merepek ni? Nothing will happened la Ari. You ni fikir banyak sangat. Besides Iqram will be sticking to you like you two have been glued.” Daniel masih memberi alasan kepada Arianna kenapa dia tidak perlu pergi malam ini.

 

Fine! Don’t go.” Arianna memasamkan mukanya. Tersentap hatinya apabila Daniel tidak mahu pergi ke rumah Iqram malam nanti. Selama ini Daniel tidak pernah sekalipun menghampakan permintaannya.

 

Akhirnya Daniel menghamburkan tawanya apabila melihatkan muka Arianna yang mencuka. Arianna memandangnya pelik.

 

“Why are you laughing?” tanya Arianna. Mukanya masih lagi dimasamkan.

 

“I’m laughing at you. Janganlah cepat sangat merajuk. Of course I’ll be there my love. I saja je nak tengok you.” Daniel masih lagi dengan sisa-sisa tawanya.

 

“Daniel!! You are so…ergh!!” Rasa macam nak cekik-cekik aja si Daniel ni. Arianna terus berdiam diri.

 

“Ari…stop making your face like that. Look, I’m sorry okay.” Daniel pulak yang rasa bersalah apabila Arianna terus mendiamkan diri.

 

“No, I’m fine Daniel. Don’t worry about it. It just that…hmm takde apa-apalah. Nanti hantar I balik eh?” Arianna cuba mengalihkan perhatian Daniel daripada bertanya lanjut. Dia pun tidak  pasti apa yang di rasainya sekarang ini. Apabila memikirkan Daniel sentiasa ada untuknya, Arianna berasa sungguh terharu. Dia amat memerlukan lelaki ini dalam hidupnya.

 

“Ari, I know what you feel right now. Don’t bother to explain.” Kalau tidak mengenangkan hukum halal dan haram, sudah lama dia memeluk gadis dihadapannya ini. Sedang mereka berdua melayan perasaan masing-masing, kedengaran Blackberry Arianna mendendangkan lagu Someone Like You daripada Adele. Arianna sudah mengetahui siapa yang menelefonnya itu, kerana dia yang setkan lagu itu khas untuk Iqram.

 

“I’ll be in my office. Just answer the phone Ari, penat Iq nyanyi untuk you.” Sempat lagi Daniel mengusik Arianna apabila melihatkan gadis itu serba salah samada untuk menjawab atau tidak panggilan daripada Iqram itu.

 

“Daniel!” Arianna sudah menjerit sedikit kepada Daniel apabila sedar yang lelaki itu mengusiknya.

 

“Assalamualaikum.” Arianna terus memberi salam apabila dia menjawab panggilan telefon yang daripada tadi menjerit-jerit minta di angkat.

 

“Waalaikumussalam, baby.” Iqram menjawab lembut. Arianna tersenyum lebar apbila mendengar suara lembut Iqram.

 

“Hmm…” Arianna sudah tidak tahu untuk menjawab apa apabila terdengarkan suara Iqram.

 

“Sorry, petang ni Iq tak dapat jemput baby.” Iqram bersuara sayu. Sayu atau lebih kepada cemburu apabila mengetahui bahawa Daniel yang akan menghantar Arianna pulang ke rumah.

 

“It’s okay Iq. Lagi pun Daniel is willing to send me home.” Arianna cuba memujuk rasa bersalah Iqram atau lebih memujuk kepada rasa cemburu Iqram.

 

“Okay.” Iqram menjawab pendek sambil melepaskan keluhan kecil.

 

“Are you okay, Iq?” Arianna bertanya apabila mendengarkan suara Iqram. Is he jealous? Arianna bertanya di dalam sambil tersenyum.

 

“I’m okay, baby. Okaylah Iq ada kerja sikit ni. See you tonight. Assalamualaikum. I love you.”

 

“Waalaikumussalam, Iq.” Arianna membalas dengan senyuman lebar terukir di bibir.

 

Setelah mematikan talian telefon, Arianna menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Senyuman masih belum lagi hilang dari bibirnya. Entah apa yang berada di fikirannya pun dia tidak pasti. Memikirkan apa yang bakal terjadi pada malam ini membuatkan Arianna berasa sedikit gementar. Malam ini juga merupakan kali pertama Arianna bersua muka dengan kedua ibu bapa Iqram dan juga ahli keluarganya yang lain.

 

“Sayangku!” jerit Daniel apabila dia mendapati diri Arianna sememangnya tidak berada di situ sambil tertawa kecil. Arianna terkejut dengan sergahan dari Daniel lantas menarik muka tanda tidak puas hati.

 

“Enough with your teasing la Daniel. Penat tau.” Arianna mencebikkan bibirnya.

 

“Okay…okay…sorry. Tapi sejak bila asyik suka berangan aje ni.” Daniel masih dengan sisa tawanya.

 

“Bila masa I berangan. Kan I tengah buat kerja ni.” Arianna membela dirinya daripada tuduhan Daniel yang sememangnya tepat itu.

 

“Yeah right. Tak beranganlah sangat. Kalau tak berangan cuba you tengok jam dah pukul berapa sekarang ni? You tak nak balik ke?” Daniel tersenyum sinis. Masih lagi ada sisa-sisa untuk menyakat gadis kesayangannya ini.

 

“Hah? Oh my! I dah lambat. Ish! Ni semua you punya pasal.” Marah Arianna sambil tangannya laju mengemas dan menyimpan barang-barangnya di dalam laci.

 

“Eh! Kenapa I pulak yang kena ni?” Daniel masih lagi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Sungguh dia memang suka melihat gelagat Arianna yang mencuit hatinya. Secara tiba-tiba dia melepaskan keluhan kecil. Sampai bilakah dia harus begini?

 

“Ha! yang you mengeluh ni kenapa pulak?” soal Arianna apabila dia terdengar keluhan kecil Daniel walaupun ia cukup perlahan namun dapat ditangkap oleh pendengaran Arianna.

 

“Hah! Takde apa-apalah. I mengeluh sebab tunggu you lambat sangat ni.” Daniel cuba memberikan alasan yang dirasakan cukup logik padahal di dalam hati Tuhan ajalah yang tahu.

 

“Dah jom. You kena hantar I balik hari ni.” Arianna seakan-akan memberi arahan kepada Daniel.

 

“Yes madam. Your wish is my command, my love.” Daniel masih lagi mahu mengusik Arianna. Dia lebih dari sanggup untuk menghantar gadis kesayangannya ini pulang.

 

Mereka berjalan keluar beriringan. Arianna dengan bersahaja memegang erat lengan Daniel. Daniel hanya tersenyum. Adalah tu yang tak kena, teka Daniel di dalam hati.

 

Dalam perjalanan ke rumah Arianna, mereka hanya diam seribu bahasa. Daniel mengerling sekilas ke arah gadis yang asyik mengelamun sejak kebelakangan ini.

 

“You’re thinking too much, Ari.” akhirnya Daniel bersuara bagi memecahkan kesunyian yang amat tidak di gemarinya apabila bersama dengan Arianna.

 

“Apa you cakap?” Arianna mengerutkan dahinya sambil memandang muka Daniel.

 

“I was saying…You. Are. Thinking. Too. Much.” Sepatah-sepatah perkataan itu diucapkan oleh Daniel sambil tersenyum manis.

 

“What was I thinking?” Arianna bertanya kembali kepada Daniel. Sebenarnya apa yang berlegar-legar di fikirannya pun dia tidak pasti. Hanya Iqram yang berada di dalam fikirannya ini.

 

“Obviously la Ari.” Daniel masih lagi dengan tekaannya dan dia tahu apa yang di tekanya itu tidak pernah salah.

 

“Obviously…what?” Arianna masih mahu bermain tarik tali.

 

“Your face shows it off. So never deny it.” Daniel sudah menggelengkan kepalanya. Degil betul.

 

“Apa you ingat ni cerita Face Off ke?” Arianna masih cuba berdalih. Kemudian masing-masing menyepikan diri melayan perasaan.

 

“Ada aje kan nak menjawab mulut you tu.” Daniel berkata dengan nada tidak puas hati. Tetapi selepas itu dia tersenyum kecil apabila mengenangkan sikap Arianna.

 

“Kalau I tak jawab nanti you bising jugak. Jawab salah tak jawab pun salah. So what should I do, Mr. Daniel?” Arianna bertanya dengan mengelip-ngelipkan matanya lagak seperti budak kecil pula. Daniel sudah pun tertawa senang.

 

“Just be yourself, Ari. That should be enough, my love.”Daniel menjawab perlahan. Arianna hanya tersenyum mendengar jawapan Daniel.

 

Akhirnya kereta Daniel sudah pun tiba di hadapan pintu pagar rumah Arianna. Daniel menoleh ke arah Arianna yang sibuk menilik Blackberry-nya. Pandanganya jatuh ke wajah Arianna yang sentiasa mengacau bilaukan rentak hatinya itu. Terbit rasa sedikit kecewa dalam diri Daniel apabila mengenangkan apa yang bakal terjadi pada malam ini. Bolehkan dia mengawal perasaannya pada malam nanti? Daniel mengeluh perlahan.

 

“You tak nak balik ke, Ari or you want me to carry you inside my dear?” Daniel bertanya setelah dirasakan agak lama mereka berhenti di hadapan pintu pagar rumah Arianna.

 

“Hah? Oh ok…see you tonight. Arianna sudah tersenyum malu apabila mengingatkan yang dirinya sudah jauh mengelamun. Dengan segera dia meleraikan tali pinggang keledar dan mula melangkah keluar dari kereta Daniel.

 

Daniel hanya menggelengkan kepalanya memerhatikan gelagat Arianna. Tak habis-habis termenung, bebelnya di dalam hati. Sedang dia memerhatikan Arianna menuju ke dalam rumahnya sempat lagi fikiran Daniel melayang kepada perbualannya dengan Iqram pada tengahari tadi.

 

Are you sure you want to do this Iq?” tanya Daniel apabila mendapat tahu rancangan Iqram pada malam ini.

 

“Yes. 100% sure. Kenapa you tanya pulak?” Balas Iqram pendek.

 

“It’s just that she never ever like surprise, you know. So you have to prepare for the worst. Did you talk to Iskandar or uncle Aidil about this?” Daniel bertanya bersama senyuman nipis.

 

“Dah. They’ve agreed.” Iqram mengangguk-angguk bagi mengiakan kata-katanya.

 

“Ok. Kalau dah itu yang you cakap. But…just make sure the family’s doctor is there too, because someone’s might get hurt.” Daniel hanya memberikan pandangannya apabila di rasakan yang rancangan Iqram akan melukakan seseorang.

 

“Apa maksud you Daniel. Whose gonna get hurt?” Iqram sudah pun mengerutkan dahinya apabila mendengarkan cadangan Daniel yang dirasakan sangat pelik.

 

“Bukan macam tu maksud I. Cuma bila dah kenal Ari ni,she’s very unpredictable you know. So itu cuma precautious aje. But terpulang pada you la.”

 

Arianna berpaling ke belakang apabila mendapati Daniel masih tidak bergerak lagi dari perkarangan rumahnya. Ish! Apahal pulak tu, gumam Arianna. Dengan langkah yang agak perlahan Arianna menghampiri kereta Daniel. Setibanya di sisi kereta lelaki itu, Arianna mengetuk cermin tingkap sehingga menyebabkan Daniel tersentak sekaligus mematikan lamunannya. Daniel cepat-cepat menurunkan cermin tingkap keretanya sambil mengerutkan dahi.

 

“Kenapa Ari.” Daniel bertanya pelik.

 

“You tu…kenapa tak balik lagi? Ada problem ke Daniel?” Arianna sedikit risau apabila melihatkan Daniel yang agak keresahan ketika itu.

 

“I nak balik la ni. Saja tunggu you masuk sampai dalam nanti tak adalah I rindu dekat you.” Terpaksalah Daniel mereka alasan yang bukan-bukan bimbang sekiranya Arianna akan bertanya dengannya lebih lanjut.

 

“Ish! Merepek aje lah you ni.nak rindu apanya, malam nantikan jumpa lagi.” Arianna tersenyum senang apabila mendengarkan alasan Daniel walaupun dia tahu lelaki itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

 

“Okay I’ll make a move. Bye. Assalamualaikum.”

 

“Bye. Waalaikumussalam.” Dan kedua-duanya pun bergerak menuju ke destinasi masing-masing.