Cinta Miss Ego – Chapter 19
Sudah seminggu Arianna berbaik dengan Iqram dan sudah seminggu juga kejadian mimpi ngeri Arianna itu. Sejak mereka berbaik, rutin hidup Arianna juga berubah sedikit. Setiap pagi Iqram akan menjemputnya di rumah dan menghantarnya ke pejabat begitu juga pada sebelah petang.Kalau boleh setiap masa Iqram ingin berada di samping Arianna. Arianna juga suka apabila Iqram memanjakan dirinya. Kadang-kadang waktu makan tengahari pun Iqram sudah terpacak di pejabat Arianna.
“Ari,” panggil Daniel yang berdiri tercegat di hadapan gadis itu. Tetapi Arianna tidak memberikan respons yang sewaktu dengannya. Daniel mengerutkan dahinya. Ish! Apa kena pulak si Arianna ni? Nak kata senyum dengan aku, aku baru aja berdiri kat depan dia ni. Daniel membebel sendiri.
“Sayangku!” Daniel menjerit sedikit memanggil Arianna apabila dirasakan fikiran gadis itu tidak berada di sini sekarang.
“Oh mak kau!” Arianna melatah kecil akibat terkejut dengan panggilan Daniel sehingga terlepas Blackberrynya yang berada di tangannya. Apabila terpandangkan smartphone kesayangannya yang sudah pun mendarat di atas karpet, rasa geram mula bertahta di hati. Nasib baiklah jatuh atas karpet, kalaulah jatuh atas lantai tadi mahunya bersepai Blackberrynya itu.
“Daniel!! You ni kalau tak terkejutkan I tak boleh ke? See what happened to my BB.” Arianna memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.
“Hello!! Miss Arianna, I’ve been calling your name since yesterday tau, tapi all you do is smiling aje. Nak kata I ada buat lawak takde pulak. Asyik day dreaming aje this week.I rasakan baiklah you suruh Iqram tu masuk meminang aje. Takdelah nanti orang tu tersenyum sorang-sorang..” Daniel memberi ceramah free kepada Arianna. Mulut Arianna hampir ternganga apabila mendengar Daniel melontarkan hujah-hujahnya.
“Wow! Daniel…I can’t believe you’re such a nag. Dahlah. Penat tau I dengar you pot pet pot pet. So what exactly do you want my dear?” Arianna sudah membuat suara manja.
“Malam ni you pergi kenduri rumah Iqram?” Daniel bertanyakan kepada Arianna mengenai jemputan kenduri kesyukuran yang telah di jemput oleh Iqram sekeluarga.
“Hmm…you rasa? I pergi ke tak?” Arianna menjawab dengan mimik muka yang sengaja diseriuskan.
Daniel mengangkat sebelah keningnya tanda tidak puas hati dengan pertanyaan Arianna itu. Takkanlah Arianna tak pergi pulak, bukan ke dia pelakon utama untuk malam ni. tapi manalah dia tahu wahai Mr. Daniel. Ish! Ni mesti sengaja nak kenakan akulah tu. Daniel menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“You ni macam-macamlah Ari.” Daniel bersuara perlahan. Sungguh dia tidak pernah dan tidak akan jemu dengan tingkah Arianna.
“You too…must go, okay.” Arianna seolah-olah memberi arahan kepada Daniel.
“I don’t know, Ari. It seems I don’t fit in to be there. Lagi pun you won’t need me there kan?” Daniel cuba menbuat muka sedih. Sungguh hatinya merasa sedih setelah mengetahui perancangan Iqram pada malam ini. Berat sungguh hatinya untuk menghadirkan diri apabila memikirkan bahawa dirinya akan berduka. Tanpa sedar sebuak keluhan kecil dilepaskan.
“No, you have to come. Please Daniel…be there for me. In case anything happen.” Arianna sedaya upaya memujuk Daniel.
“In case anything happened? Apa you merepek ni? Nothing will happened la Ari. You ni fikir banyak sangat. Besides Iqram will be sticking to you like you two have been glued.” Daniel masih memberi alasan kepada Arianna kenapa dia tidak perlu pergi malam ini.
“Fine! Don’t go.” Arianna memasamkan mukanya. Tersentap hatinya apabila Daniel tidak mahu pergi ke rumah Iqram malam nanti. Selama ini Daniel tidak pernah sekalipun menghampakan permintaannya.
Akhirnya Daniel menghamburkan tawanya apabila melihatkan muka Arianna yang mencuka. Arianna memandangnya pelik.
“Why are you laughing?” tanya Arianna. Mukanya masih lagi dimasamkan.
“I’m laughing at you. Janganlah cepat sangat merajuk. Of course I’ll be there my love. I saja je nak tengok you.” Daniel masih lagi dengan sisa-sisa tawanya.
“Daniel!! You are so…ergh!!” Rasa macam nak cekik-cekik aja si Daniel ni. Arianna terus berdiam diri.
“Ari…stop making your face like that. Look, I’m sorry okay.” Daniel pulak yang rasa bersalah apabila Arianna terus mendiamkan diri.
“No, I’m fine Daniel. Don’t worry about it. It just that…hmm takde apa-apalah. Nanti hantar I balik eh?” Arianna cuba mengalihkan perhatian Daniel daripada bertanya lanjut. Dia pun tidak pasti apa yang di rasainya sekarang ini. Apabila memikirkan Daniel sentiasa ada untuknya, Arianna berasa sungguh terharu. Dia amat memerlukan lelaki ini dalam hidupnya.
“Ari, I know what you feel right now. Don’t bother to explain.” Kalau tidak mengenangkan hukum halal dan haram, sudah lama dia memeluk gadis dihadapannya ini. Sedang mereka berdua melayan perasaan masing-masing, kedengaran Blackberry Arianna mendendangkan lagu Someone Like You daripada Adele. Arianna sudah mengetahui siapa yang menelefonnya itu, kerana dia yang setkan lagu itu khas untuk Iqram.
“I’ll be in my office. Just answer the phone Ari, penat Iq nyanyi untuk you.” Sempat lagi Daniel mengusik Arianna apabila melihatkan gadis itu serba salah samada untuk menjawab atau tidak panggilan daripada Iqram itu.
“Daniel!” Arianna sudah menjerit sedikit kepada Daniel apabila sedar yang lelaki itu mengusiknya.
“Assalamualaikum.” Arianna terus memberi salam apabila dia menjawab panggilan telefon yang daripada tadi menjerit-jerit minta di angkat.
“Waalaikumussalam, baby.” Iqram menjawab lembut. Arianna tersenyum lebar apbila mendengar suara lembut Iqram.
“Hmm…” Arianna sudah tidak tahu untuk menjawab apa apabila terdengarkan suara Iqram.
“Sorry, petang ni Iq tak dapat jemput baby.” Iqram bersuara sayu. Sayu atau lebih kepada cemburu apabila mengetahui bahawa Daniel yang akan menghantar Arianna pulang ke rumah.
“It’s okay Iq. Lagi pun Daniel is willing to send me home.” Arianna cuba memujuk rasa bersalah Iqram atau lebih memujuk kepada rasa cemburu Iqram.
“Okay.” Iqram menjawab pendek sambil melepaskan keluhan kecil.
“Are you okay, Iq?” Arianna bertanya apabila mendengarkan suara Iqram. Is he jealous? Arianna bertanya di dalam sambil tersenyum.
“I’m okay, baby. Okaylah Iq ada kerja sikit ni. See you tonight. Assalamualaikum. I love you.”
“Waalaikumussalam, Iq.” Arianna membalas dengan senyuman lebar terukir di bibir.
Setelah mematikan talian telefon, Arianna menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Senyuman masih belum lagi hilang dari bibirnya. Entah apa yang berada di fikirannya pun dia tidak pasti. Memikirkan apa yang bakal terjadi pada malam ini membuatkan Arianna berasa sedikit gementar. Malam ini juga merupakan kali pertama Arianna bersua muka dengan kedua ibu bapa Iqram dan juga ahli keluarganya yang lain.
“Sayangku!” jerit Daniel apabila dia mendapati diri Arianna sememangnya tidak berada di situ sambil tertawa kecil. Arianna terkejut dengan sergahan dari Daniel lantas menarik muka tanda tidak puas hati.
“Enough with your teasing la Daniel. Penat tau.” Arianna mencebikkan bibirnya.
“Okay…okay…sorry. Tapi sejak bila asyik suka berangan aje ni.” Daniel masih dengan sisa tawanya.
“Bila masa I berangan. Kan I tengah buat kerja ni.” Arianna membela dirinya daripada tuduhan Daniel yang sememangnya tepat itu.
“Yeah right. Tak beranganlah sangat. Kalau tak berangan cuba you tengok jam dah pukul berapa sekarang ni? You tak nak balik ke?” Daniel tersenyum sinis. Masih lagi ada sisa-sisa untuk menyakat gadis kesayangannya ini.
“Hah? Oh my! I dah lambat. Ish! Ni semua you punya pasal.” Marah Arianna sambil tangannya laju mengemas dan menyimpan barang-barangnya di dalam laci.
“Eh! Kenapa I pulak yang kena ni?” Daniel masih lagi tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Sungguh dia memang suka melihat gelagat Arianna yang mencuit hatinya. Secara tiba-tiba dia melepaskan keluhan kecil. Sampai bilakah dia harus begini?
“Ha! yang you mengeluh ni kenapa pulak?” soal Arianna apabila dia terdengar keluhan kecil Daniel walaupun ia cukup perlahan namun dapat ditangkap oleh pendengaran Arianna.
“Hah! Takde apa-apalah. I mengeluh sebab tunggu you lambat sangat ni.” Daniel cuba memberikan alasan yang dirasakan cukup logik padahal di dalam hati Tuhan ajalah yang tahu.
“Dah jom. You kena hantar I balik hari ni.” Arianna seakan-akan memberi arahan kepada Daniel.
“Yes madam. Your wish is my command, my love.” Daniel masih lagi mahu mengusik Arianna. Dia lebih dari sanggup untuk menghantar gadis kesayangannya ini pulang.
Mereka berjalan keluar beriringan. Arianna dengan bersahaja memegang erat lengan Daniel. Daniel hanya tersenyum. Adalah tu yang tak kena, teka Daniel di dalam hati.
Dalam perjalanan ke rumah Arianna, mereka hanya diam seribu bahasa. Daniel mengerling sekilas ke arah gadis yang asyik mengelamun sejak kebelakangan ini.
“You’re thinking too much, Ari.” akhirnya Daniel bersuara bagi memecahkan kesunyian yang amat tidak di gemarinya apabila bersama dengan Arianna.
“Apa you cakap?” Arianna mengerutkan dahinya sambil memandang muka Daniel.
“I was saying…You. Are. Thinking. Too. Much.” Sepatah-sepatah perkataan itu diucapkan oleh Daniel sambil tersenyum manis.
“What was I thinking?” Arianna bertanya kembali kepada Daniel. Sebenarnya apa yang berlegar-legar di fikirannya pun dia tidak pasti. Hanya Iqram yang berada di dalam fikirannya ini.
“Obviously la Ari.” Daniel masih lagi dengan tekaannya dan dia tahu apa yang di tekanya itu tidak pernah salah.
“Obviously…what?” Arianna masih mahu bermain tarik tali.
“Your face shows it off. So never deny it.” Daniel sudah menggelengkan kepalanya. Degil betul.
“Apa you ingat ni cerita Face Off ke?” Arianna masih cuba berdalih. Kemudian masing-masing menyepikan diri melayan perasaan.
“Ada aje kan nak menjawab mulut you tu.” Daniel berkata dengan nada tidak puas hati. Tetapi selepas itu dia tersenyum kecil apabila mengenangkan sikap Arianna.
“Kalau I tak jawab nanti you bising jugak. Jawab salah tak jawab pun salah. So what should I do, Mr. Daniel?” Arianna bertanya dengan mengelip-ngelipkan matanya lagak seperti budak kecil pula. Daniel sudah pun tertawa senang.
“Just be yourself, Ari. That should be enough, my love.”Daniel menjawab perlahan. Arianna hanya tersenyum mendengar jawapan Daniel.
Akhirnya kereta Daniel sudah pun tiba di hadapan pintu pagar rumah Arianna. Daniel menoleh ke arah Arianna yang sibuk menilik Blackberry-nya. Pandanganya jatuh ke wajah Arianna yang sentiasa mengacau bilaukan rentak hatinya itu. Terbit rasa sedikit kecewa dalam diri Daniel apabila mengenangkan apa yang bakal terjadi pada malam ini. Bolehkan dia mengawal perasaannya pada malam nanti? Daniel mengeluh perlahan.
“You tak nak balik ke, Ari or you want me to carry you inside my dear?” Daniel bertanya setelah dirasakan agak lama mereka berhenti di hadapan pintu pagar rumah Arianna.
“Hah? Oh ok…see you tonight.” Arianna sudah tersenyum malu apabila mengingatkan yang dirinya sudah jauh mengelamun. Dengan segera dia meleraikan tali pinggang keledar dan mula melangkah keluar dari kereta Daniel.
Daniel hanya menggelengkan kepalanya memerhatikan gelagat Arianna. Tak habis-habis termenung, bebelnya di dalam hati. Sedang dia memerhatikan Arianna menuju ke dalam rumahnya sempat lagi fikiran Daniel melayang kepada perbualannya dengan Iqram pada tengahari tadi.
“Are you sure you want to do this Iq?” tanya Daniel apabila mendapat tahu rancangan Iqram pada malam ini.
“Yes. 100% sure. Kenapa you tanya pulak?” Balas Iqram pendek.
“It’s just that she never ever like surprise, you know. So you have to prepare for the worst. Did you talk to Iskandar or uncle Aidil about this?” Daniel bertanya bersama senyuman nipis.
“Dah. They’ve agreed.” Iqram mengangguk-angguk bagi mengiakan kata-katanya.
“Ok. Kalau dah itu yang you cakap. But…just make sure the family’s doctor is there too, because someone’s might get hurt.” Daniel hanya memberikan pandangannya apabila di rasakan yang rancangan Iqram akan melukakan seseorang.
“Apa maksud you Daniel. Whose gonna get hurt?” Iqram sudah pun mengerutkan dahinya apabila mendengarkan cadangan Daniel yang dirasakan sangat pelik.
“Bukan macam tu maksud I. Cuma bila dah kenal Ari ni,she’s very unpredictable you know. So itu cuma precautious aje. But terpulang pada you la.”
Arianna berpaling ke belakang apabila mendapati Daniel masih tidak bergerak lagi dari perkarangan rumahnya. Ish! Apahal pulak tu, gumam Arianna. Dengan langkah yang agak perlahan Arianna menghampiri kereta Daniel. Setibanya di sisi kereta lelaki itu, Arianna mengetuk cermin tingkap sehingga menyebabkan Daniel tersentak sekaligus mematikan lamunannya. Daniel cepat-cepat menurunkan cermin tingkap keretanya sambil mengerutkan dahi.
“Kenapa Ari.” Daniel bertanya pelik.
“You tu…kenapa tak balik lagi? Ada problem ke Daniel?” Arianna sedikit risau apabila melihatkan Daniel yang agak keresahan ketika itu.
“I nak balik la ni. Saja tunggu you masuk sampai dalam nanti tak adalah I rindu dekat you.” Terpaksalah Daniel mereka alasan yang bukan-bukan bimbang sekiranya Arianna akan bertanya dengannya lebih lanjut.
“Ish! Merepek aje lah you ni.nak rindu apanya, malam nantikan jumpa lagi.” Arianna tersenyum senang apabila mendengarkan alasan Daniel walaupun dia tahu lelaki itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya.
“Okay I’ll make a move. Bye. Assalamualaikum.”
“Bye. Waalaikumussalam.” Dan kedua-duanya pun bergerak menuju ke destinasi masing-masing.
No comments:
Post a Comment