Sunday, 22 September 2013

CINTA MISS EGO – CHAPTER 20

Sambil kakinya melangkah, Arianna menyanyi-nyanyi perlahan bagi menghilangkan sedikit kekusutan yang ada di kepalanya. Dia ingin terus naik ke biliknya tetapi apabila kakinya baru saja memijak anak tangga terakhir kedengaran suara Datin Seri Alia memanggilnya. Dengan segera kakinya di bawa ke bilik wanita tersebut.

“Yes mummy. Anything?” tanya Arianna pendek.

“Ari baru sampai ya. Malam nanti pakai baju yang mummy dah ambil dekat butik Auntie Ruhila tu ya.” Datin Seri Alia seakan-akan memberi arahan kepada anak gadisnya itu.

“Yang mana mummy?” dahi Arianna sudah berkerut memikirkan baju yang mana satu. Seingatnya dia belum lagi menghantar kain untuk menempah baju ke butik Auntie Ruhila itu. Pada fikirannya raya pun lambat lagi, jadi bila pulak dia menyuruh Datin Seri Alia untuk menempahkan baju untuknya.

“Baju french lace yang warna turquoise tu. Ingat tak yang mummy belikan dulu.” Datin Seri Alia memberi penjelasan lanjang lebar.

“Hah? Kenapa kena pakai baju yang vogue sangat ni mummy, ada apa-apa ke malam nanti?” Arianna sudah merasa curiga. Kata kenduri doa selamat aja, tapi kenapa sampai nak suruh dia pakai baju yang berlace-lace pulak ni. Ish! Ni yang tak sedap hati ni.

“Pakai ajelah. Dah lama baju tu siap. Sajalah mummy nak tengok Ari pakai malam ni.” Datin Seri Alia cuba memberi alasan yang di rasakan logik.

“Okaylah. Ari naik dulu.” Kalau dah itu kata mummynya dia ikutkan saja, malas nak fikir banyak-banyak buat sakit kepala saja.

“Oh! Lagi satu. Nanti pakai selendang yang mummy sediakan sekali tu.” Datin Seri Alia sudah pun tersenyum manis apabila Arianna hanya menurut saja katanya, kalau tidak mahu berjela-jela soalan yang keluar dari mulut anaknya itu.

“Orait mummy.” Setelah itu Arianna berpusing untuk naik ke biliknya. Dengan langkah yang perlahan dia mula memikirkan apakah sebenarnya agenda yang ada pada malam ini di rumah Iqram. Hatinya mula berkira-kira untuk menanyakan hal ini kepada Daniel. Tapi kalau Daniel tahu mesti lelaki itu sudah memberitahu kepadanya.

Dalam asyik memikirkan hal malam nanti, kedengaran azan Maghrib berkumandang di masjid yang berhampiran dengan banglonya. Dengan fikiran yang masih serabut memikirkan apa yang akan berlaku malam nanti, Arianna bangun menuju ke bilik air bagi membersihkan diri dan ingin menunaikan solat Maghrib.

Seusai mengerjakan solat Maghrib, Arianna segera bersiap. Arianna hanya mengenakan solekan nipis di wajahnya kerana dia tidak mahu kelihatan agak keterlaluan nanti. Tetapi baju yang hendak dipakainya nanti membuatkannya terfikir yang dia sudah pun agak terlebih pada majlis itu nanti.

Setelah mengenakan pakaian dan merasakan dirinya sudah bersiap sepenuhnya, Arianna berjalan keluar dari bilik dan menuju ke bawah. Setibanya di ruang tamu dia dapati daddy dan mummynya sudahpun duduk menunggu ahli keluarga yang lain. Arianna segera mendapatkan Dato’ Seri Aidil yang sedang berbual dengan Datin Seri Alia.

“Daddy…mummy.” Tegur Arianna seraya melabuhkan duduknya di sebelah kanan Dato’ Seri Aidil.

“Hmm you look beautiful my princess.Cepatlah daddy dapat menantu kalau macam ni tak gitu mummynya.” Kata Dato’ Seri Aidil bersama senyuman lebar sambil memandang Datin Seri Alia yang duduk di sebelah kirinya.

“Ish! Apa yang daddy merepek ni.” wajah Arianna sudah kemerah-merahan menahan malu.

“Betul apa yang daddy cakap tu Ari. Mummy ni terima aja siapa yang masuk meminang. Asalkan sedap mata memandang atau Ari dah ada yang berkenan di hati ke?” Datin Seri Alia sengaja mengusik anak gadisnya yang sudah tersipu-sipu menahan malu.

“Why are we talking about this?” Arianna cuba melarikan topik kerana sudah tidak sanggup rasanya mendengar bab-bab yang hangat ini.

Belum sempat daddy dan mummynya meneruskan perbualan dengan lebih lanjut, kedengaran suara Faheem yang membebel entah apa dari arah tangga. Faheem berlari laju menuju ke arah mereka yang sedang duduk di ruang tamu. Setelah semua ahli keluarganya sudah berada di ruang tamu, Arianna mula mengerutkan dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

“Mummy Ari, you look like a princess.” Teguran daripada Faheem mematikan lamunan Arianna.

“Aem…mummy Ari are a princess my dear. But thank you anyway.” Lantas Arianna mencium pipi si kecil itu.

“Jomlah kita gerak sekarang, nanti lama pulak diorang tunggu.” Isqandar sudah pun berjalan menuju ke pintu utama banglo.

“Wait… Ari nak tanya ni. Why are wearing like hari raya aje ni? Ada apa-apa occasion ke yang Ari tak tahu ni?” Arianna mula merasa pelik. Yalah nak pergi kenduri doa selamat aja pun tapi pakaian mereka dah macam nak pergi hantar rombongan pengantin pulak, warna baju semua sedondon.

“Aah nak pergi meminang si Iq tu. Betul tak daddy?” Isqandar berseloroh sambil memandang Arianna yang sudah bertukar riak wajah.

“Abang Is, its not funny okay.” Arianna sudah memuncungkan mulutnya tanda tidak berpuas hati. Tapi macam betul aja cakap abangnya itu. Arianna sudah berasa tidak sedap hati. Baru sahaja mulutnya ingin bertanya dengan lebih lanjut kedengaran bunyi telefon bimbit Isqandar memjerit minta diangkat.

“Assalamualaikum. Dah sampai? Okay sekejap.” Isqandar segera mematikan telefon bimbitnya dan melangkah menuju ke pintu tergesa-gesa.

Sampai? Siapa yang dah sampai pulak ni? Ish! Makin kusut dirasakan kepalanya ni, bisik hati Arianna. Mereka semua sudah pun berada di perkarangan banglo dan sudah bersedia untuk menaiki kereta Isqandar, tapi mana pulak abangnya itu menghilang.

Sedang Arianna mencari kelibat Isqandar kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan banglo dengan perlahan dan baru dia ternampak Isqandar berjalan perlahan menuju ke arah mereka yang menantinya di sisi kereta BMW X6 milik lelaki itu.

Arianna tercegat memandang Audi TT Quattro berwarna merah menyala yang sudahpun berhenti di hadapannya. Siapa punya kereta pulak ni? Dalam dia memikirkan siapakah pemilik kereta idamannya ini, kelihatan pintu di bahagian pemandu dibuka dari dalam.

Iqram yang berbaju melayu warna sedondon dengan Arianna melangkah keluar dari kereta bersama senyuman yang tersangat manis. Arianna sudah pun ternganga melihatkan gerangan yang memiliki Audi TT Quattro itu. Berapa banyak kereta dia ni ada dan buat apa dia ke sini sedangkan kenduri selamat adalah di rumah lelaki itu. Fikiran Arianna makin serabut dibuatnya.

“Ari naik kereta dengan Iq ya. Lagipun mana muat kalau semua nak naik kereta abang Is ni.” Isqandar sengaja memberi alasan begitu kerana ingin memberi peluang kepada Iqram untuk berbicara dengan Arianna.

“Eh! Apa ni abang Is…daddy?” bertambah kusut kepala Arianna dengan arahan Isqandar kepadanya.

“Daddy…mummy…abang Is.” Iqram menyalami tangan Dato’ Seri Aidil, Datin Seri Alia dan juga Isqandar. Iqram tersenyum memandang wajah Arianna yang sudah sedikit muncung. Adalah tu yang dia tak puas hati fikir Iqram.

“Dah jom kita gerak sekarang, nanti lambat pulak kita sampai. Ari naik aja dengan Iq tu, kesian dia dah datang sini.” Dato’ Seri Aidil bersuara setelah agak lama dia mendiamkan diri.

“Daddy…” Arianna sudah mula merengek seperti Faheem saja lagaknya.

“Just go will you. We gonna meet you there.”pujuk Dato’ Seri Aidil sambil mengusap lembut kepala Arianna seperti memujuk anak kecil saja.

“Okay. Fine!” kata Arianna sedikit keras. Wajahnya tak usah di cakaplah, memang sudah muncung sebatu. Yalah mana pernah di buat orang yang tuan rumah yang sedang mengadakan kenduri datang sendiri menjemputnya di rumah.

Iqram sengaja membukakan pintu di bahagian penumpang untuk Arianna bagi memujuk sedikit rasa rajuk yang sedang berada di hati gadis itu. Arianna hanya memberikan jelingan sebagai balasan. Geram sungguh hatinya dengan keadaan sekarang ini. Iqram hanya tersenyum walaupun Arianna sedang marah dengannya.

“Assalamualaikum.” Iqram cuba menegur buah hatinya ini setelah beberapa minit mereka memulakan perjalanan untuk ke rumah keluarganya. Arianna hanya membalas dengan cebikan di bibirnya.

“You know people say that if you tak jawab salam tu it’s a sin, baby.” Iqram cuba bergurau bagi mengurangkan hangat yang dirasakan pada Arianna.

“You tahu ke I jawab ke tak. I jawab dalam hati la.” Arianna masih membalas dengan nada yang menjengkelkan.

“Oh! really. Kenapa I tak nak dengar pulak. Oh! I know why? We didn’t synchronize our heart yet. So when can we do that, my dear?” Iqram sudah pun tersenyum-senyum memandang wajah Arianna yang sedikit kemerahan-merahan itu.

“Ish! You ingat I ni phone ke nak synchronize-synhcronize bagai.” Arianna sudah rasa sedikit terpujuk dengan kata-kata Iqram itu.

“By the way you look beautiful tonight, baby.” Puji Iqram ikhlas. Memang tadi dia agak terpegun melihat Arianna yang sungguh lain pada malam ini. Ini yang membuatkan dirinya tidak sabar untuk menjadikan Arianna suri hidupnya.

“Thank you.” Arianna sudah tersipu malu mendengarkan pujian dari Iqram. Eh! Yang aku ni nak rasa macam ni kenapa pulak. Aduh! Perubahan hormon ke? Arianna mula tidak senang duduk.

“Iq…” panggil Arianna manja. Aduhai, kenapa suara aku macam ni pulak. Mana nak letak muka ni. Rasa macam nak terjun aja dari kereta, gumam Arianna dalam hati.

‘Yes baby.” Iqram berasa senang hati mendengarkan suara Arianna yang kedengaran agak manja itu. Ini yang dia suka pada Arianna perubahan sikapnya yang sukar di jangka membuatkan Iqram ingin berdampingan dengan gadis itu. Tetapi adakalanya sikap Arianna itu akan membawa kepada keburukan. Takpelah kalau dah saying terpaksalah terima apa saja.

“Whose car is this?” Ish! Lain yang nak ditanya, lain pulak yang keluar dari mulut Arianna. Itulah kalau dah nampak kereta idaman hati perkara lain terus hilang dari fikiran.

“It’s yours baby.” Iqram menjawab pendek sambil mengerling kepada Arianna bagi melihat reaksinya.

“What?!!” jerit Arianna apabila mendengarkan jawapan dari Iqram itu.

“It’s for our engagement tonight.” Balas Iqram selamba.

“What engagement? Who’s engagement?” Arianna sudah mula merasakan ada sesuatu yang dirahsiakan dari dirinya.

“Us.” Iqram hanya tersenyum sambil matanya masih memandang ke arah jalan raya di hadapan.

“Are you crazy? I don’t like it and it’s not funny Mr. Iqram. So please don’t talk rubbish.” Dadanya berdebar-debar apabila mendengar kata-kata Iqram itu. Something is really going to happen tonight. Dan Arianna tidak suka apabila memikirkan apa yang sebenarnya akan terjadi malam ini.

“Okay-okay. My bad. It’s my car.” And it would be yours soon, baby…sambung Iqram di dalam hati.

Arianna hanya mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar bagi menghilangkan rasa resah gelisah yang mula berada di dalam hatinya. Dia tidak suka apa yang dirasakan kini. Dan setiap kali hatinya merasa begini, dia pasti akan ada sesuatu yang dia tidak suka akan berlaku. Sedang dia masih cuba meredakan debaran yang seakan-akan susah untuk pergi dari hatinya, kereta Iqram sudahpun memasuki ke kawasan perumahan yang sangat elit pada pandangan mata kasarnya.

“Beautiful.” Kata Arianna perlahan apabila matanya terpaku ke arah rumah yang tersergam indah.

“Baby…” Iqram memegang lembut jari-jemari Arianna.

“Hmm…” Arianna sedikit tersentak dengan perlakuan Iqram terus saja memandang kepada lelaki itu.

“Whatever happens tonight just remember that I’ll always love you, okay.” Iqram cuba menenangkan hati Arianna dan juga hatinya yang sudah berlari rentak apabila mereka sudahpun sampai di villa keluarganya.

“What will happen? Are you hiding something from me? I don’t like surprise Iq. Never. Boleh tak you beritahu I exactly what’s the agenda for tonight?” Arianna memuntahkan soalan demi soalan.

Belum pun sempat Iqram membuka mulut untuk menjawab soalan Arianna, tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk oleh seseorang dari luar. Iqram segera berpaling untuk melihat siapa yang suka sangat mengganggu di saat-saat yang genting ini. Qeisha?! Ini lagi satu masalah. Apa lagi perempuan ni nak sebenarnya.

“Iq.” Panggil Arianna yang masih menantikan penjelasan daripada Iqram.

“Look…” baru saja dia membuka mulut, sekali lagi cermin tingkapnya di ketuk.

“Siapa tu?” Arianna pula merasa tidak puas hati apabila mendengar ketukan berkali-kali di cermin tingkap Iqram dan dia mula membuka pintu kereta untuk melihat siapa sebenarnya yang tidak sabar-sabar itu.

“Ari!” Iqram tidak sempat untuk menghalang Arianna yang secara tiba-tiba keluar dari keretanya. Aduh! Masalah…masalah.

“Qeisha!” Arianna menyebut nama gadis itu dengan sedikit terkejut. Apa dia buat di sini? Siapa dia dengan Iqram? Ada kena mengena ke? Bertambah serabut la kepala Arianna apabila melihatkan gadis yang suatu ketika dulu agak rapat dengannya.

“Kak Ari?” Qeisha juga memandangnya pelik.

Iqram keluar dari keretanya dengan perlahan sambil berdeham bagi menghilangkan rasa yang tidak menentu ini. Qeisha memandang Iqram dengan senyuman manis tapi senyuman itu mati apabila mendapati yang Iqram memakai baju melayu warna sedondon dengan Arianna. Terus saja dia menjeling ke arah Arianna dan berjalan masuk ke dalam rumah. Sakit hatinya melihatkan yang Iqram seakan-akan ada hubungan istimewa dengan Arianna.

“Who exactly is she?” Tanya Arianna tidak puas hati.

“She’s my cousin.” Iqram menjawab dengan agak perlahan.

“What?!... Oh my god… You are really killing me tonight, Iq.” Tangannya sudah pun berada di dahi. Semua rasa yang mula hadir di dalam hatinya sejak di rumah lagi kembali bertamu. This is not happening…this is not happening…bisiknya berulang kali.

“Ari…are you okay?” Iqram yang risau melihatkan reaksi Arianna mula berjalan menghampiri gadis itu.

“Ari…Iq. Jomlah masuk. Tetamu pun semua dah ke dalam tu.” Teguran dari Dato’ Seri Aidil mematikan terus hasrat Iqram untuk menenangkan Arianna. Memang betullah seperti kata Daniel…prepare for the worst.

“Okay.” Balas Iqram pendek seraya melangkah beriringan dengan Dato’ Seri Aidil dan ahli keluarganya yang lain.

“Ari…jom.” Panggil Datin Seri Alia apabila mendapati Arianna masih lagi tercegat di sisi kereta Iqram. Apa yang tak kena pulak ni. Datin Seri Alia menghampiri anak gadisnya itu.

“Ari. Kenapa ni? Tak sihat ke?” soal Datin Seri Alia apabila mendapati muka Arianna sedikit pucat dan tangannya mula meraba dahi gadis itu.

“Hah? Takdelah mummy. I’m okay. Jom kita masuk.” Dalih Arianna bersama senyuman yang dibuat-buat. Mereka kemudian berjalan bersama-sama masuk ke dalam rumah keluarga Iqram. Moga-moga tiada lagi sebarang kejutan yang akan berlaku malam ini kerana satu lagi kejutan, dia rasa dia tak mampu nak hadapinya lagi. Mau histeria dia malam ni, bisik hati Arianna.

No comments:

Post a Comment