Tuesday 14 August 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 14



CHAPTER 14

Hampir empat hari Isqandar dan Iqram berada di Port Dickson. Selama itu juga Arianna seperti orang yang kematian suami. Arianna berasa sakit hati apabila Iqram langsung tidak menghubunginya. Takkanlah sibuk sangat sampai nak call pun tak boleh ataupun mesej. Arianna merungut sendirian.

            Daniel berjalan menghampiri meja Arianna. Sudah beberapa hari gadis itu seperti berada di dunianya sendiri. Daniel berdiri tercegat di hadapan Arianna. Arianna langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya merenung ke arah Daniel tetapi tidak pasti apa yang di renungnya.

            “Ehem…ehem…” Daniel berdeham apabila agak lama juga dia berdiri di hadapan Arianna.

            “Daniel!” Arianna sedikit terkejut dengan kemunculan Daniel.

            “What’s wrong with you my dear?” Daniel memulakan edisi siasat ke atas Arianna.

        “Huh?! What’s wrong with me? Nothing’s wrong. Kenapa you tanya macam tu?” Arianna cuba menyembunyikan apa yang berlaku ke atas dirinya. Takkanlah dia nak ceritakan pada Daniel pulak. Tapi bukan ke selama ni dia akan menceritakan apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya kepada Daniel. Hmm entahlah.

            “Come onlah sayang…I can see it all over your face. Ni mesti pasal Iqram kan?” Daniel meneka walaupun dia pasti yang tekaannya itu betul.

            “Takde maknyanya pasal Iqram.” Arianna sudah mencebik apabila mendengarkan nama lelaki itu. memang betul Iqram yang membuatkan dirinya seperti huru-hara beberapa hari ini. Tapi takkan nak mengiakan pulak tekaan Daniel itu.

            “Okay…if you say so. Ni you taknak balik ke? Cuba you tengok jam dah pukul berapa?” Daniel turut melihat ke arah jam yang terletak di tepi pintu biliknya.

            “Hmm…jomlah balik.” Arianna bersuara lemah.

        Setelah mengemaskan barang-barangnya, Arianna dan Daniel berjalan keluar beriringan. Apabila sampai sahaja di lobi, Arianna berjalan keluar sambil memaut lengan Daniel. Daniel memandang Arianna dengan sedikit kerutan di dahi.

            “What?” Arianna memandang wajah Daniel.

           “Seriously…there is something wrong with you.” Daniel berkata sambil tersenyum. Daniel malas untuk bertanya lebih-lebih kepada Arianna kerana dia khuatir angin monsun mana pulak yang akan keluar daripada gadis itu. Daniel hanya melayan kerenah Arianna.

            “You nak balik terus ke? It’s still early. Kita pergi minum dulu, okay.” Daniel mengajak Arianna bagi menceriakan sedikit hati gadis kesayangannya yang sudah beberapa hari kelihatan monyok.

            “Okay. Tempat biasa?” Arianna bertanya pendek.

          “Yup…tempat biasa. Okay, see you there. Drive safely.” Daniel berpesan kepada Arianna dan berlalu pergi untuk mendapatkan keretanya.

            Sebenarnya Arianna berasa malas hendak pergi minum bersama Daniel. Dia pun tidak pasti kenapa moodnya pada minggu ini sudah kacau bilau. Tetapi mengenangkan yang Daniel sentiasa berada di sisinya, dia ikutkan saja.

            Arianna sengaja memandu keretanya dengan perlahan. Biarlah Daniel sampai dulu. Sesampainya dia di Starbuck Setia Tropika, Arianna melangkah keluar dari keretanya dengan lemah sekali. Ish! Rasa macam nak balik rumah aja. Tapi kesian pulak pada Daniel, mesti dia dah tunggu aku kat dalam. Arianna berkata di dalam hati.

            Langkah Arianna terhenti apabila dia terperasan seseorang yang amat dikenalinya sedang berdiri di sebelah Daniel. Iqram? Damn you! Muka Arianna sudah sedikit berbahang menahan marah. Iqram memandang Arianna bersama senyuman yang cukup manis dirasakan. Rindunya dia pada gadis itu.

            Arianna pantas mengeluarkan Blackberry-nya dari handbag lantas mendail nombor Daniel. Dari jauh Daniel memandang smart phone-nya dan Arianna bersilih ganti. Ada sedikit kerutan di wajah Daniel. Kenapa pulak ni? Daniel mengomel perlahan.

            “What’s wrong?” Daniel terus sahaja bertanya tanpa memberikan salam kepada Arianna.

            “Sorry Daniel, I nak balik. We’ll talk later, okay. Bye.” Arianna terus mematikan perbualan. Arianna memusingkan badannya dan melangkah ke keretanya dengan cepat. Argh!!! Sakitnya hati. Arianna memandu Mini Cooper S-nya dengan agak laju.

            Iqram sedikit tergamam apabila melihat Arianna melangkah pergi. Iqram menoleh ke arah Daniel dengan kerutan di dahi.

            “What happen?” Iqram bertanya.

            “You are in serious trouble man…” Daniel berkata sambil menepuk bahu Iqram.

            “What?” soal Iqram sedikit bingung.

            “Aku tak tau what’s going on between both of you…tapi cuba kau ingat what you’ve done or not selama kau takde a few days ni.” Daniel menerangkan kepada Iqram.

            Wajah Iqram sudah berkerut-kerut memikirkan apa yang di perkatakan oleh Daniel. Setelah dapat mengagak kenapa Arianna marah kepadanya, Iqram hanya mengeluh kecil. Masak aku macam ni.

            “Habis tu berapa lama pulak dia nak berangin dengan aku ni?” Iqram bertanya kepada Daniel kerana dia pasti hanya Daniel yang mengetahui angin Arianna.

            “Hmm…if you’ve got lucky…one month…if not…2 bulan…3 bulan…setahun…so kenalah kau bersabar if you really want her.” Daniel sudah tersenyum-senyum melihatkan wajah mencuka Iqram.

            “Seriously Daniel…you are just joking, right?” Iqram seakan tidak mempercayai apa yang di cakapkan oleh Daniel.

            “I am dead serious…dahlah…jangan fikir sangat…kita minum dulu.”

            Setibanya Arianna di rumah, dia terus meletakkan keretanya di garaj belakang. Arianna keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah Aston Martin Vanquish milik Iqram dengan perasaan yang sangat marah. Arianna menendang kereta Iqram bagi menghilangkan sakit dihatinya. Aduh! Sakit pulak kaki aku ni. Dalam sibuk menggosok-gosok perlahan kakinya, Arianna mendapat idea yang sangat bernas untuk mengenakan Iqram.

            Arianna bergegas lari ke belakang rumah untuk masuk ke dapur. Arianna melihatkan kawasan di sekitar dapur. Hmm..mak Jah takde. Arianna menyelongkar tempat terletaknya pisau-pisau. Setelah mendapatkan pisau yang di rasakan sesuai, dia terus berlari keluar.

            Arianna sudah pun berdiri di tepi kereta Iqram bersama pisau di genggaman tangannya. Dengan rasa tidak bersalah Arianna terus membenamkan mata pisau ke atas salah satu tayar kereta Aston Martin Vanquish itu sepertimana rasa sakit dihatinya. Kemudian dia mengeluarkan angin ke atas tayar yang selebihnya. Cukuplah satu aja dia rosakkan tayar kereta Iqram, kesian pulak kalau nak ganti kempat-empat tayar nanti. Setelah berpuas hati dengan tindakannya, Arianna berlalu masuk ke dalam bersama senyuman terukir di bibir. Huh! Jahatnya aku. Arianna berkata sendirian.

            Iqram meminta pertolongan Daniel untuk menhantarnya ke rumah Arianna. Iqram ingin mengambil keretanya dan dia berharap agar Arianna ingin bertemu dengannya.

            “Thanks Daniel. See you around.” Iqram terus keluar dari kereta Daniel dan berjalan menuju ke pintu pagar banglo keluarga Arianna

            “Welcome. See you.” Daniel terus berlalu pergi.

            Iqram sudah berdiri di tepi pintu pagar banglo milik keluarga Arianna. Perasannya sedikit berdebar, seakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Jari Iqram pantas menekan loceng yang elok terletak di tepi pintu pagar itu. Seketika kemudian, pintu pagar itu di buka dari dalam.

            “Assalamualaikum abang Is.” Iqram memberikan salam sambil menyalami tangan Isqandar.

            “Waalaikumussalam Iq. Masuklah dulu, lagipun dah nak Maghrib ni. Solat dulu kat sini.” Isqandar mempelawa Iqram memandang waktu Maghrib sudah hampir.

           “Okay.” Iqram membalas pendek. Nasib baik dia meminta Isqandar menghantarnya pulang ke rumah sewaktu mereka sampai dari Port Dickson tadi. Jadi sempatlah dia menukar pakaiannya, rasa rimas pulak kalau memakai baju yang sama seharian. Mereka berjalan masuk beriringan.

           “Iq boleh guna bilik Iq tu.” Isqandar mengarahkan Iqram untuk menggunakan bilik yang terletak berhadapan bilik Arianna itu.

            “Okay abang Is. Iq naik dulu.” Iqram melangkah menuju ke bilik yang pernah di gunakannya sebelum ini.
           
            Sampainya di mata tangga terakhir, Iqram terpandangkan Arianna yang baru ingin melangkah keluar dari biliknya. Iqram sudah tersenyum sedikit. Dia hanya berdiri di situ.

            Arianna baru sahaja ingin turun ke bawah. Terasa seperti dirinya di perhatikan, Arianna pantas mendongakkan wajahnya. Apabila terpandangkan wajah Iqram, Arianna pantas berundur dan menghempaskan sedikit pintu biliknya. Argh! Kenapa dia boleh ada kat atas pulak? Arianna menghempaskan tubuhnya di atas katil. Hatinya bertambah sakit apabila terlihatkan wajah Iqram tadi.

            Iqram sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hmm…memang masalah, masalah. Iqram melangkah masuk ke bilik bagi mengerjakan solat Maghrib. Seusai solat, Iqram keluar dari bilik dan terus menuju ke bawah. Terdengar sedikit keriuhan di ruang tamu. Iqram segera mengatur langkahnya. Kelihatan semua ahli keluarga Dato’ Seri Aidil berada di situ termasuklah Arianna.

            “Daddy.” Iqram menegur Dato’ Seri Aidil dan menyalami tangan orang tua itu.

            “Mummy.” Tangan Datin Seri Alia turut di salamnya.

            Iqram kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan Isqandar. Iqram dapat melihat dengan jelas wajah Arianna yang mencebik. Hmmm…marah sungguh gadis itu terhadapnya.

            “Iq, makan dulu kat sini ya sebelum balik.” Datin Seri Alia mempelawa Iqram untuk makan malam bersama memandangkan dia sudah menyediakan hidangan yang agak banyak juga tadi.

            “Okay, mummy.” Iqram menjawab bersama sebuah senyuman. Rezeki jangan di tolak. Dapatlah dia menatap wajah Arianna bagi menghilangkan rindunya walaupun dia tahu saat ini Arianna seakan menyampah dengannya.

            ‘Hmm…senyumlah puas-puas Iqram, kejap lagi kau tahulah.’ Arianna membebel di dalam hati. Apabila Iqram memandangnya dengan senyuman terukir di bibir, Arianna membalas dengan jelingan mautnya tanda tidak puas hati.

            “Jom kita makan…tu mak Jah kamu dah panggil.” Dato’ Seri Aidil sudah pun bangun dari duduknya di ikuti dengan mereka yang lain menuju ke ruang makan.

            Setelah masing-masing mengambil tempat, mereka pun menikmati hidangan dengan berselera sekali kecuali Arianna. Isqandar perasan akan perubahan wajah Arianna sejak dari gadis itu melihat wajah Iqram. Apa ajalah yang tak kena tu? Isqandar malas mahu bertanyakan kepada Arianna apatah lagi melihatkan wajah cemberut adiknya itu.

            Selesai makan malam, Iqram meminta izin untuk pulang. Setelah bersalam dengan Dato’ Seri Aidil dan juga Datin Seri Alia, Iqram dan Isqandar berjalan beriringan keluar. Arianna sudah pun menghilangkan diri.

            Sampai sahaja di kereta, mulut Iqram hampir ternganga apabila mendapati keempat-empat tayar keretanya pancit dan salah satunya seperti di robek menggunakan benda yang tajam.

            “What the hell?!” Isqandar terjerit kecil apabila melihatkan keadaan kereta Iqram.

            “Ari!!!” Jeritan Isqandar bagaikan halilintar. Dia sudah dapat mengagak ini semua pastinya perbuatan Arianna.
           
            “Abang Is…it’s okay.” Iqram cuba untuk memujuk Isqandar. Dia tahu Isqandar sedang marah, ya lah siapa yang tak marah apabila kereta kesayangan di perlakukan sebegitu. Tetapi dia tak mahu Arianna di marahi.

            “No! It’s not okay. She’s too much.” Isqandar mendengus. Isqandar berasa sangat geram. Entah apa yang merasuk adiknya sehingga sanggup bertindak sedemikian dia pun tidak tahu.

            “Abang Is…it’s just a tyre.  Don’t worry about it. Cuma Iq nak minta tolong abang is hantarkan Iq balik rumah. Esok pagi baru Iq ambil kereta ni.”

            “Okay. Iq tunggu sini kejap. Abang Is pergi ambil kereta.” Isqandar sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

            Iqram hanya merenung sepi kereta kesayangannya. ‘You love me so much thats why you act like this.’ Iqram berkata di dalam hati sambil tersenyum lebar.

            Arianna sedari tadi memerhatikan Iqram dan Isqandar, mula berasa lebih sakit hati apabila terlihatkan senyuman yang terukir di bibir Iqram. Tayar kereta dah dirosakkan pun boleh tersenyum lagi. Argh!!! Geramnya rasa. Arianna menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Di sedang memikirkan bagaimana cara lagi untuk menyakitkan hati lelaki itu. Tapi yang aku nak emo sangat ni kenapa? Miss Arianna…you are seriously fall for him…just admit it. Hati kecil Arianna berkata. Huh! Takda maknanya.

            Isqandar menghentikan keretanya di hadapan pintu pagar villa milik keluarga Iqram.

            “Thanks abang Is. Tolong berikan benda ni pada Ari.” Iqram sudahpun mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya.

            “Don’t pamper her too much Iq. Nanti makin menjadi-jadi perangai dia.” Isqandar masih lagi tidak berpuas hati terhadap Arianna.

            Iqram hanya tersenyum mendengarkan rungutan Isqandar itu. Iqram akui akan kebenaran kata-kata Isqandar itu. Tapi kalau hati dah sayang, buatlah apa pun, memang tidak akan ada sebarang effect pun.

            “Okaylah abang Is balik dulu. Have a good rest and really sorry for your car. Assalamualaikum.”

            “It’s not your fault abang Is. Don’t worry about it. Waalaikumussalam.” Iqram melangkah keluar dari kereta Isqandar dan  mula mengatur langkah masuk ke villa keluarganya.

            Setelah memarkirkan Bentley Continental GT-nya. Isqandar bergegas masuk ke dalam banglo keluarganya. Kakinya laju melangkah naik ke atas menuju bilik Arianna. Isqandar mengetuk pintu bilik adiknya itu dengan kasar. Arianna membuka pintunya dengan malas.

            “What are you doing?!” Isqandar bertanya dengan kasar.

            “Buat apa pulak ni abang Is?” Arianna menjawab seolah-olah tidak mengetahui apa-apa.

            “You are too much Ari.” Isqandar ingin berlalu pergi kerana dia khuatir dirinya akan bertindak di luar kawalan. Tetapi apabila teringatkan barang yang diberikan Iqram kepadanya tadi, dia lantas masuk ke dalam bilik Arianna dan menuju ke meja solek dan meletakkan sesuatu di situ.

            “Despite everything that you have done, he still love you. And this is for you.” Isqandar berlalu keluar.

            Dato’ Seri Aidil telah pun berada di hadapan pintu bilik Arianna dari tadi lagi. Dia naik ke atas apabila terdengarkan suara Isqandar yang sedikit kuat.

            “Apa yang berlaku ni Is?” Dato’ Seri Aidil sempat bertanya kepada Isqandar yang telah pun berada di muka pintu bilik Arianna.

            “You should ask your lovely daughter ni, daddy. She’s really going overboard.” Isqandar berlalu pergi.

            Arianna sudah pun bergerak menuju ke meja soleknya. Dia ingin melihat apakah yang di letakkan oleh Isqandar sebentar tadi.

            “Can I come in?” Pertanyaan Dato’ Seri Aidil meyebabkan Arianna sedikit tersentak.

            “Daddy…since when do you need my permission to come in here?”

            “Since you are not in a good mood young lady. Nanti daddy kena tempias Hurricane Katrina pulak.” Dato’ Seri Aidil sudah tersenyum.

            “Daddy!!!”

            Arianna duduk di birai katil bersebelahan Dato’ Seri Aidil. Kepalanya di lentokkan di atas bahu Dato’ Seri Aidil. Sudah lama dia tidak bermanja-manja begini. Rindunya rasa.

            “Now tell me, what have you done this time?” Dato’ Seri Aidil juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

            Arianna diam seketika.

            “Hmm...I’m damaging his car tyre.” Arianna menjawab dengan perlahan.

            “What?!” Dato Seri Aidil agak terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Arianna.

            “Ala…satu aja yang Ari rosakkan, bukannya semua pun. Tapikan…yang lain tu Ari dah pancitkan.” Arianna sudah tersengih-sengih seperti orang yang tidak bersalah.

            Dato’ Seri Aidil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka Arianna sanggup bertindak sedemikian. Mesti ada sesuatu yang Iqram lakukan sehingga menyebabkan Arianna bertindak di luar kawalan.

            “What have he done to you sampai Ari buat macam tu?” Dato’ Seri Aidil masih lagi berlembut. Dia tahu kerenah anaknya yang seorang ini, kalau makin di marah makin memberontak. Mungkin silapnya juga kerana terlalu memanjakan Arianna daripada kecil lagi.

            Arianna hanya mendiamkan diri. Takkan dia nak cakap sebab mengapa dia merosakkan tayar kereta Iqram hanya kerana lelaki itu tidak menghubunginya selama Iqram berada di Port Dickson. Mahu kena gelak aja dengan daddy.

            “Kenapa diam aja ni? Tak nak share dengan daddy ke?” Dato’ Seri Aidil memandang wajah Arianna dengan penuh kasih.

            Arianna sudah berasa serba salah samada nak ceritakan ataupun tidak kepada Dato’ Seri Aidil. Akhirnya dia hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu apa yang sepatutnya dia buat.

            Dato’ Seri Aidil seakan memahami perasaan Arianna ketika ini. Dia memeluk bahu Arianna dan memberikan kucupan di kepala anak gadisnya itu.

            “Ari…you know that everybody loves you including Iq. So don’t be cruel to him anymore. He’s a good guy.” Dato’ Seri Aidil cuba menasihati Arianna.

            Arianna hanya mengangguk perlahan bagi mengiakan kata-kata Dato’ Seri Aidil. Kalau tak, mahu panjang lebar nanti dia kena bebel dengan daddy.

            Dato’ Seri Aidil bangun dari duduknya dan mula melangkah untk keluar dari bilik Arianna. Setibanya di muka pintu, dia berpaling.

            “Ari…I need you to apologize to him, okay.”

            “I will think about it.” Ish! Ada ke patut aku yang nak kena minta maaf dengan dia. No way! Siapa yang mulakan dulu. Baru aja sakit hatinya ingin reda tetapi apabila Dato’ Sei Aidil menyuruhnya meminta maaf dengan Iqrammakin meluap-luaplah api kemarahannya.

            Kemudian Dato’ Seri Aidil pun berjalan meninggalkan bilik Arianna. Arianna pantas menutup pintu biliknya dan berlari ke meja solek. Kelihatan kotak kecil yang amat di kenali terletak elok di situ. Arianna terus membuka kotak Tiffany & Co itu. Di dalamnya terdapat ‘heart shape platinum charm bracelet’. Iqram ni dah gila agaknya. Kalaulah macam ni selalu, confirm aku boleh gilakan kau, Iqram. Arianna sudah pun membelek-belek pemberian Iqram itu. Terdapat ayat yang telah di ‘engraved’ kan pada charm bracelet itu.

            ~ I LOVE YOU FOREVER ~ IQRAM

            Arianna sudah terasa seperti berada di awang-awangan. Lalu dia memakai gelang tersebut di tangan kirinya. Orang dah bagi, pakai ajalah. Tak salahkan. Arianna sudah tersenyum sendirian. Dia kemudiannya berjalan menuju ke arah CD player miliknya. Arianna memainkan CD pemberian Iqram tempoh hari. Rasanya masih ada lagi lagu yang belum didengarnya daripada CD tersebut. Arianna sudah pun berbaring di atas katilnya sambil melayan lagu yang di beri khas daripada Iqram.

It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing

The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all

All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd

Try as they may
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me

(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)