CHAPTER 14
Hampir empat hari
Isqandar dan Iqram berada di Port Dickson. Selama itu juga Arianna seperti
orang yang kematian suami. Arianna berasa sakit hati apabila Iqram langsung
tidak menghubunginya. Takkanlah sibuk sangat sampai nak call pun tak boleh ataupun
mesej. Arianna merungut sendirian.
Daniel berjalan menghampiri meja Arianna. Sudah beberapa
hari gadis itu seperti berada di dunianya sendiri. Daniel berdiri tercegat di
hadapan Arianna. Arianna langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya merenung
ke arah Daniel tetapi tidak pasti apa yang di renungnya.
“Ehem…ehem…” Daniel berdeham apabila agak lama juga dia
berdiri di hadapan Arianna.
“Daniel!” Arianna sedikit terkejut dengan kemunculan
Daniel.
“What’s wrong with you my dear?” Daniel memulakan edisi
siasat ke atas Arianna.
“Huh?! What’s wrong with me? Nothing’s wrong. Kenapa you
tanya macam tu?” Arianna cuba
menyembunyikan apa yang berlaku ke atas dirinya. Takkanlah dia nak ceritakan pada
Daniel pulak. Tapi bukan ke selama ni dia akan menceritakan apa sahaja yang
berlaku dalam hidupnya kepada Daniel. Hmm entahlah.
“Come onlah sayang…I can see it all over your face. Ni
mesti pasal Iqram kan ?”
Daniel meneka walaupun dia pasti yang tekaannya itu betul.
“Takde maknyanya pasal Iqram.” Arianna sudah mencebik
apabila mendengarkan nama lelaki itu. memang betul Iqram yang membuatkan
dirinya seperti huru-hara beberapa hari ini. Tapi takkan nak mengiakan pulak
tekaan Daniel itu.
“Okay…if you say so. Ni you taknak balik ke? Cuba you tengok
jam dah pukul berapa?” Daniel turut melihat ke arah jam yang terletak di tepi
pintu biliknya.
“Hmm…jomlah balik.” Arianna bersuara lemah.
Setelah mengemaskan barang-barangnya, Arianna dan Daniel
berjalan keluar beriringan. Apabila sampai sahaja di lobi, Arianna berjalan
keluar sambil memaut lengan Daniel. Daniel memandang Arianna dengan sedikit
kerutan di dahi.
“What?” Arianna memandang wajah Daniel.
“Seriously…there is something wrong with you.” Daniel
berkata sambil tersenyum. Daniel malas untuk bertanya lebih-lebih kepada
Arianna kerana dia khuatir angin monsun mana pulak yang akan keluar daripada
gadis itu. Daniel hanya melayan kerenah Arianna.
“You nak balik terus ke? It’s still early. Kita pergi
minum dulu, okay.” Daniel mengajak Arianna bagi menceriakan sedikit hati gadis
kesayangannya yang sudah beberapa hari kelihatan monyok.
“Okay. Tempat biasa?” Arianna bertanya pendek.
“Yup…tempat biasa. Okay, see you there. Drive safely.”
Daniel berpesan kepada Arianna dan berlalu pergi untuk mendapatkan keretanya.
Sebenarnya Arianna berasa malas hendak pergi minum
bersama Daniel. Dia pun tidak pasti kenapa moodnya pada minggu ini sudah kacau
bilau. Tetapi mengenangkan yang Daniel sentiasa berada di sisinya, dia ikutkan
saja.
Arianna sengaja memandu keretanya dengan perlahan.
Biarlah Daniel sampai dulu. Sesampainya dia di Starbuck Setia Tropika, Arianna
melangkah keluar dari keretanya dengan lemah sekali. Ish! Rasa macam nak balik
rumah aja. Tapi kesian pulak pada Daniel, mesti dia dah tunggu aku kat dalam.
Arianna berkata di dalam hati.
Langkah Arianna terhenti apabila dia terperasan seseorang
yang amat dikenalinya sedang berdiri di sebelah Daniel. Iqram? Damn you! Muka
Arianna sudah sedikit berbahang menahan marah. Iqram memandang Arianna bersama
senyuman yang cukup manis dirasakan. Rindunya dia pada gadis itu.
Arianna pantas mengeluarkan Blackberry-nya dari handbag
lantas mendail nombor Daniel. Dari jauh Daniel memandang smart phone-nya dan
Arianna bersilih ganti. Ada
sedikit kerutan di wajah Daniel. Kenapa pulak ni? Daniel mengomel perlahan.
“What’s wrong?” Daniel terus sahaja bertanya tanpa
memberikan salam kepada Arianna.
“Sorry Daniel, I nak balik. We’ll talk later, okay. Bye.”
Arianna terus mematikan perbualan. Arianna memusingkan badannya dan melangkah
ke keretanya dengan cepat. Argh!!! Sakitnya hati. Arianna memandu Mini Cooper S-nya
dengan agak laju.
Iqram sedikit tergamam apabila melihat Arianna melangkah
pergi. Iqram menoleh ke arah Daniel dengan kerutan di dahi.
“What happen?” Iqram bertanya.
“You are in serious trouble man…” Daniel berkata sambil
menepuk bahu Iqram.
“What?” soal Iqram sedikit bingung.
“Aku tak tau what’s going on between both of you…tapi cuba kau ingat
what you’ve done or not selama kau takde a few days ni.” Daniel menerangkan
kepada Iqram.
Wajah Iqram sudah berkerut-kerut memikirkan apa yang di
perkatakan oleh Daniel. Setelah dapat mengagak kenapa Arianna marah kepadanya,
Iqram hanya mengeluh kecil. Masak aku macam ni.
“Habis tu berapa lama pulak dia nak berangin dengan aku
ni?” Iqram bertanya kepada Daniel kerana dia pasti hanya Daniel yang mengetahui
angin Arianna.
“Hmm…if you’ve got lucky…one month…if not…2 bulan…3
bulan…setahun…so kenalah kau bersabar if you really want her.” Daniel sudah
tersenyum-senyum melihatkan wajah mencuka Iqram.
“Seriously Daniel…you are just joking, right?” Iqram
seakan tidak mempercayai apa yang di cakapkan oleh Daniel.
“I am dead serious…dahlah…jangan fikir sangat…kita minum
dulu.”
Setibanya Arianna di rumah, dia terus meletakkan
keretanya di garaj belakang. Arianna keluar dari keretanya dan berjalan menuju
ke arah Aston Martin Vanquish milik Iqram dengan perasaan yang sangat marah.
Arianna menendang kereta Iqram bagi menghilangkan sakit dihatinya. Aduh! Sakit pulak
kaki aku ni. Dalam sibuk menggosok-gosok perlahan kakinya, Arianna mendapat
idea yang sangat bernas untuk mengenakan Iqram.
Arianna bergegas lari ke belakang rumah untuk masuk ke
dapur. Arianna melihatkan kawasan di sekitar dapur. Hmm..mak Jah takde. Arianna
menyelongkar tempat terletaknya pisau-pisau. Setelah mendapatkan pisau yang di
rasakan sesuai, dia terus berlari keluar.
Arianna sudah pun berdiri di tepi kereta Iqram bersama
pisau di genggaman tangannya. Dengan rasa tidak bersalah Arianna terus
membenamkan mata pisau ke atas salah satu tayar kereta Aston Martin Vanquish
itu sepertimana rasa sakit dihatinya. Kemudian dia mengeluarkan angin ke atas
tayar yang selebihnya. Cukuplah satu aja dia rosakkan tayar kereta Iqram,
kesian pulak kalau nak ganti kempat-empat tayar nanti. Setelah berpuas hati
dengan tindakannya, Arianna berlalu masuk ke dalam bersama senyuman terukir di
bibir. Huh! Jahatnya aku. Arianna berkata sendirian.
Iqram meminta pertolongan Daniel untuk menhantarnya ke
rumah Arianna. Iqram ingin mengambil keretanya dan dia berharap agar Arianna
ingin bertemu dengannya.
“Thanks Daniel. See you around.” Iqram terus keluar dari
kereta Daniel dan berjalan menuju ke pintu pagar banglo keluarga Arianna
“Welcome. See you.” Daniel terus berlalu pergi.
Iqram sudah berdiri di tepi pintu pagar banglo milik
keluarga Arianna. Perasannya sedikit berdebar, seakan ada sesuatu yang bakal
terjadi. Jari Iqram pantas menekan loceng yang elok terletak di tepi pintu
pagar itu. Seketika kemudian, pintu pagar itu di buka dari dalam.
“Assalamualaikum abang Is.” Iqram memberikan salam sambil
menyalami tangan Isqandar.
“Waalaikumussalam Iq. Masuklah dulu, lagipun dah nak
Maghrib ni. Solat dulu kat sini.” Isqandar mempelawa Iqram memandang waktu
Maghrib sudah hampir.
“Okay.” Iqram membalas pendek. Nasib baik dia meminta
Isqandar menghantarnya pulang ke rumah sewaktu mereka sampai dari Port Dickson
tadi. Jadi sempatlah dia menukar pakaiannya, rasa rimas pulak kalau memakai
baju yang sama seharian. Mereka berjalan masuk beriringan.
“Iq boleh guna bilik Iq tu.” Isqandar mengarahkan Iqram
untuk menggunakan bilik yang terletak berhadapan bilik Arianna itu.
“Okay abang Is. Iq naik dulu.” Iqram melangkah menuju ke
bilik yang pernah di gunakannya sebelum ini.
Sampainya di mata tangga terakhir, Iqram terpandangkan
Arianna yang baru ingin melangkah keluar dari biliknya. Iqram sudah tersenyum
sedikit. Dia hanya berdiri di situ.
Arianna baru sahaja ingin turun ke bawah. Terasa seperti
dirinya di perhatikan, Arianna pantas mendongakkan wajahnya. Apabila
terpandangkan wajah Iqram, Arianna pantas berundur dan menghempaskan sedikit
pintu biliknya. Argh! Kenapa dia boleh ada kat atas pulak? Arianna
menghempaskan tubuhnya di atas katil. Hatinya bertambah sakit apabila
terlihatkan wajah Iqram tadi.
Iqram sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Hmm…memang masalah, masalah. Iqram melangkah masuk ke bilik bagi mengerjakan
solat Maghrib. Seusai solat, Iqram keluar dari bilik dan terus menuju ke bawah.
Terdengar sedikit keriuhan di ruang tamu. Iqram segera mengatur langkahnya.
Kelihatan semua ahli keluarga Dato’ Seri Aidil berada di situ termasuklah
Arianna.
“Daddy.” Iqram menegur Dato’ Seri Aidil dan menyalami
tangan orang tua itu.
“Mummy.” Tangan Datin Seri Alia turut di salamnya.
Iqram kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan
Isqandar. Iqram dapat melihat dengan jelas wajah Arianna yang mencebik.
Hmmm…marah sungguh gadis itu terhadapnya.
“Iq, makan dulu kat sini ya sebelum balik.” Datin Seri
Alia mempelawa Iqram untuk makan malam bersama memandangkan dia sudah
menyediakan hidangan yang agak banyak juga tadi.
“Okay, mummy.” Iqram menjawab bersama sebuah senyuman.
Rezeki jangan di tolak. Dapatlah dia menatap wajah Arianna bagi menghilangkan
rindunya walaupun dia tahu saat ini Arianna seakan menyampah dengannya.
‘Hmm…senyumlah puas-puas Iqram, kejap lagi kau tahulah.’
Arianna membebel di dalam hati. Apabila Iqram memandangnya dengan senyuman
terukir di bibir, Arianna membalas dengan jelingan mautnya tanda tidak puas
hati.
“Jom kita makan…tu mak Jah kamu dah panggil.” Dato’ Seri
Aidil sudah pun bangun dari duduknya di ikuti dengan mereka yang lain menuju ke
ruang makan.
Setelah masing-masing mengambil tempat, mereka pun
menikmati hidangan dengan berselera sekali kecuali Arianna. Isqandar perasan
akan perubahan wajah Arianna sejak dari gadis itu melihat wajah Iqram. Apa
ajalah yang tak kena tu? Isqandar malas mahu bertanyakan kepada Arianna apatah
lagi melihatkan wajah cemberut adiknya itu.
Selesai makan malam, Iqram meminta izin untuk pulang.
Setelah bersalam dengan Dato’ Seri Aidil dan juga Datin Seri Alia, Iqram dan
Isqandar berjalan beriringan keluar. Arianna sudah pun menghilangkan diri.
Sampai sahaja di kereta, mulut Iqram hampir ternganga
apabila mendapati keempat-empat tayar keretanya pancit dan salah satunya
seperti di robek menggunakan benda yang tajam.
“What the hell?!” Isqandar terjerit kecil apabila
melihatkan keadaan kereta Iqram.
“Ari!!!” Jeritan Isqandar bagaikan halilintar. Dia sudah
dapat mengagak ini semua pastinya perbuatan Arianna.
“Abang Is…it’s okay.” Iqram cuba untuk memujuk Isqandar. Dia
tahu Isqandar sedang marah, ya lah siapa yang tak marah apabila kereta
kesayangan di perlakukan sebegitu. Tetapi dia tak mahu Arianna di marahi.
“No! It’s not okay. She’s too much.” Isqandar mendengus.
Isqandar berasa sangat geram. Entah apa yang merasuk adiknya sehingga sanggup
bertindak sedemikian dia pun tidak tahu.
“Abang Is…it’s just a tyre. Don’t worry about it. Cuma Iq nak minta
tolong abang is hantarkan Iq balik rumah. Esok pagi baru Iq ambil kereta ni.”
“Okay. Iq tunggu sini kejap. Abang Is pergi ambil
kereta.” Isqandar sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Iqram hanya merenung sepi kereta kesayangannya. ‘You love
me so much thats why you act like this.’ Iqram berkata di dalam hati sambil
tersenyum lebar.
Arianna sedari tadi memerhatikan Iqram dan Isqandar, mula
berasa lebih sakit hati apabila terlihatkan senyuman yang terukir di bibir
Iqram. Tayar kereta dah dirosakkan pun boleh tersenyum lagi. Argh!!! Geramnya
rasa. Arianna menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Di sedang memikirkan
bagaimana cara lagi untuk menyakitkan hati lelaki itu. Tapi yang aku nak emo
sangat ni kenapa? Miss Arianna…you are seriously fall for him…just admit it.
Hati kecil Arianna berkata. Huh! Takda maknanya.
Isqandar menghentikan keretanya di hadapan pintu pagar
villa milik keluarga Iqram.
“Thanks abang Is. Tolong berikan benda ni pada Ari.”
Iqram sudahpun mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya.
“Don’t pamper her too much Iq. Nanti makin menjadi-jadi
perangai dia.” Isqandar masih lagi tidak berpuas hati terhadap Arianna.
Iqram hanya tersenyum mendengarkan rungutan Isqandar itu.
Iqram akui akan kebenaran kata-kata Isqandar itu. Tapi kalau hati dah sayang,
buatlah apa pun, memang tidak akan ada sebarang effect pun.
“Okaylah abang Is balik dulu. Have a good rest and really
sorry for your car. Assalamualaikum.”
“It’s not your fault abang Is. Don’t worry about it.
Waalaikumussalam.” Iqram melangkah keluar dari kereta Isqandar dan mula mengatur langkah masuk ke villa
keluarganya.
Setelah memarkirkan Bentley Continental GT-nya. Isqandar
bergegas masuk ke dalam banglo keluarganya. Kakinya laju melangkah naik ke atas
menuju bilik Arianna. Isqandar mengetuk pintu bilik adiknya itu dengan kasar.
Arianna membuka pintunya dengan malas.
“What are you doing?!” Isqandar bertanya dengan kasar.
“Buat apa pulak ni abang Is?” Arianna menjawab
seolah-olah tidak mengetahui apa-apa.
“You are too much Ari.” Isqandar ingin berlalu pergi
kerana dia khuatir dirinya akan bertindak di luar kawalan. Tetapi apabila
teringatkan barang yang diberikan Iqram kepadanya tadi, dia lantas masuk ke
dalam bilik Arianna dan menuju ke meja solek dan meletakkan sesuatu di situ.
“Despite everything that you have done, he still love
you. And this is for you.” Isqandar berlalu keluar.
Dato’ Seri Aidil telah pun berada di hadapan pintu bilik
Arianna dari tadi lagi. Dia naik ke atas apabila terdengarkan suara Isqandar
yang sedikit kuat.
“Apa yang berlaku ni Is?” Dato’ Seri Aidil sempat
bertanya kepada Isqandar yang telah pun berada di muka pintu bilik Arianna.
“You should ask your lovely daughter ni, daddy. She’s
really going overboard.” Isqandar berlalu pergi.
Arianna sudah pun bergerak menuju ke meja soleknya. Dia ingin
melihat apakah yang di letakkan oleh Isqandar sebentar tadi.
“Can I come in?” Pertanyaan Dato’ Seri Aidil meyebabkan
Arianna sedikit tersentak.
“Daddy…since when do you need my permission to come in
here?”
“Since you are not in a good mood young lady. Nanti daddy
kena tempias Hurricane Katrina pulak.” Dato’ Seri Aidil sudah tersenyum.
“Daddy!!!”
Arianna duduk di birai katil bersebelahan Dato’ Seri
Aidil. Kepalanya di lentokkan di atas bahu Dato’ Seri Aidil. Sudah lama dia
tidak bermanja-manja begini. Rindunya rasa.
“Now tell me, what have you done this time?” Dato’ Seri
Aidil juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.
Arianna diam seketika.
“Hmm...I’m damaging his car tyre.” Arianna menjawab
dengan perlahan.
“What?!” Dato Seri Aidil agak terkejut dengan jawapan
yang keluar dari mulut Arianna.
“Ala…satu aja yang Ari rosakkan, bukannya semua pun. Tapikan…yang
lain tu Ari dah pancitkan.” Arianna sudah tersengih-sengih seperti orang yang
tidak bersalah.
Dato’ Seri Aidil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak
menyangka Arianna sanggup bertindak sedemikian. Mesti ada sesuatu yang Iqram
lakukan sehingga menyebabkan Arianna bertindak di luar kawalan.
“What have he done to you sampai Ari buat macam tu?” Dato’
Seri Aidil masih lagi berlembut. Dia tahu kerenah anaknya yang seorang ini,
kalau makin di marah makin memberontak. Mungkin silapnya juga kerana terlalu
memanjakan Arianna daripada kecil lagi.
Arianna hanya mendiamkan diri. Takkan dia nak cakap sebab
mengapa dia merosakkan tayar kereta Iqram hanya kerana lelaki itu tidak
menghubunginya selama Iqram berada di Port Dickson. Mahu kena gelak aja dengan
daddy.
“Kenapa diam aja ni? Tak nak share dengan daddy ke?” Dato’
Seri Aidil memandang wajah Arianna dengan penuh kasih.
Arianna sudah berasa serba salah samada nak ceritakan
ataupun tidak kepada Dato’ Seri Aidil. Akhirnya dia hanya mengangkat kedua-dua
bahunya tanda tidak tahu apa yang sepatutnya dia buat.
Dato’ Seri Aidil seakan memahami perasaan Arianna ketika
ini. Dia memeluk bahu Arianna dan memberikan kucupan di kepala anak gadisnya
itu.
“Ari…you know that everybody loves you including Iq. So don’t
be cruel to him anymore. He’s a good guy.” Dato’ Seri Aidil cuba menasihati
Arianna.
Arianna hanya mengangguk perlahan bagi mengiakan
kata-kata Dato’ Seri Aidil. Kalau tak, mahu panjang lebar nanti dia kena bebel
dengan daddy.
Dato’ Seri Aidil bangun dari duduknya dan mula melangkah
untk keluar dari bilik Arianna. Setibanya di muka pintu, dia berpaling.
“Ari…I need you to apologize to him, okay.”
“I will think about it.” Ish! Ada ke patut aku yang nak
kena minta maaf dengan dia. No way! Siapa yang mulakan dulu. Baru aja sakit
hatinya ingin reda tetapi apabila Dato’ Sei Aidil menyuruhnya meminta maaf
dengan Iqrammakin meluap-luaplah api kemarahannya.
Kemudian Dato’ Seri Aidil pun berjalan meninggalkan bilik
Arianna. Arianna pantas menutup pintu biliknya dan berlari ke meja solek. Kelihatan
kotak kecil yang amat di kenali terletak elok di situ. Arianna terus membuka
kotak Tiffany & Co itu. Di dalamnya terdapat ‘heart shape platinum charm
bracelet’. Iqram ni dah gila agaknya. Kalaulah macam ni selalu, confirm aku
boleh gilakan kau, Iqram. Arianna sudah pun membelek-belek pemberian Iqram itu.
Terdapat ayat yang telah di ‘engraved’ kan pada charm bracelet itu.
~ I LOVE YOU FOREVER ~ IQRAM
Arianna sudah terasa seperti berada di awang-awangan. Lalu
dia memakai gelang tersebut di tangan kirinya. Orang dah bagi, pakai ajalah. Tak
salahkan. Arianna sudah tersenyum sendirian. Dia kemudiannya berjalan menuju ke
arah CD player miliknya. Arianna memainkan CD pemberian Iqram tempoh hari. Rasanya
masih ada lagi lagu yang belum didengarnya daripada CD tersebut. Arianna sudah
pun berbaring di atas katilnya sambil melayan lagu yang di beri khas daripada
Iqram.
It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing
The smile on your face
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all
All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Lets me know
That you need me
There's a truth
In your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say
Nothing at all
All day long
I can hear people
Talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
Try as they may
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
They could never define
What's been said
Between your
Heart and mine
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know
That you need me
(You say it best
When you say
Nothing at all
You say it best
When you say
Nothing at all)
fuhhhhh...when u say nothing at all 2...kak Keira nak2 gak bracelet 2....confirm lawa....
ReplyDeleteNak bracelet tu eh....nanti den beli untuk diri den dulu.....hik3
Deleteberbaloi jugak nunggu lama nih.. hehe
ReplyDeleteHik3
Deletearrrrrrr..... best gilerrrr,,,, so sweetttttt :)
ReplyDeleteThank you nursyafika
Deleteso sweet..like Iqram!!1
ReplyDeleteSis Maizatul tq
Deletealahai..... best betul arianna dpt bf cam iqram.....
ReplyDeleteAida hik3
Deletetyping error berdeham - berdehem
ReplyDeletesis ayat nie cer baca balik, sorry ya.. sudah or jadi kacau bilau yg sesuai..."Dia pun tidak pasti kenapa moodnya pada minggu ini sudah kacau bilau"...
Lynn noted
Delete