Tuesday, 18 September 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 15



Setelah penat berjogging sebentar tadi, Arianna hanya terbaring lesu di dalam biliknya. Masih terbayang-bayang di ruang matanya kejadian semalam. Apabila terpandangkan kereta milik Iqram, Arianna berasa sedikit bersalah. Dia pun tidak tahu apa yang merasuk dirinya sehingga sanggup bertindak sedemikian. Tetapi apabila teringatkan senyuman di bibir Iqram walaupun setelah keretanya diperlakukan begitu membuatkan hati Arianna bertambah sakit. Sebab itulah dia tidak menjawab segala panggilan dan juga mesej daripada Iqram.

Sedang dia asyik melayan perasaannya, Arianna terdengar deruman enjin superbike. Ish! Siapa pulak yang datang menyemak pagi-pagi buta ni. Arianna membebel sendirian. Arianna bangkit dari katilnya dan ingin menjengah melihat siapakah yang mengganggu relaxnya pada pagi ini. Apabila terpandangkan Ducati Diavel milik Iqram, Arianna sudah tersenyum gembira. Eh! yang aku suka ni kenapa pulak? Aduh! Arianna fokus okay, kan kau sepatutnya marah kat dia.

Setelah meletakkan superbikenya, Iqram berjalan menuju masuk ke banglo keluarga Arianna. Iqram sempat mendongak ke atas melihat ke tingkap bilik Arianna. Iqram sempat memberikan senyuman yang paling manis kepada Arianna apabila dia terpandangkan gadis itu. Arianna memberikan jelingan maut kepada Iqram apabila lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya. Huh! Menyampah betul.

Isqandar menanti Iqram di pintu utama banglo tersebut. Isqandar merasa kasihan kepada Iqram apabila mengenangkan apa yang Arianna buat semalam. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk menggantikan tayar kereta Iqram yang sudah rosak.

"Assalamualaikum abang Is." seraya itu Iqram bersalam dengan Isqandar.

"Waalaikumussalam Iq. Jom masuk, kita breakfast dulu." pelawa Isqandar.

Isqandar dan Iqram berjalan beriringan menuju ke ruang makan. Kelihatan Dato' Seri Aidil, Datin Seri Alia dan juga kak Alana sudah pun berada di situ. Iqram menuju ke arah mereka untuk bersalaman. Hmm nampaknya peluang untuk menatap wajah Arianna pada pagi ini amat tipis dirasakan. Iqram pasti yang gadis itu sedang marah dengannya.

"Duduklah Iq. Breakfast dulu."tegur Dato' Seri Aidil.

Iqram hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mengambil tempat yang biasa di dudukinya. Mereka semua menikmati sarapan pagi dengan sunyi sepi. Tidak kedengaran sebarang perbualan dari mereka semua. Mungkin masing-masing masih teringat akan peristiwa semalam.

"Pukul berapa towing car sampai Iq." Dato' Seri Aidil memecahkan kesunyian.

"Dalam pukul 10, daddy." Iqram membalas pendek.

Dato' Seri Aidil terangguk-angguk mendengarkan jawapan dari Iqram.

"Is...nanti tolong bayarkan ya tayar kereta Iq tu." Dato' Seri Aidil seakan memberi arahan kepada Isqandar.

"Okay." Isqandar menjawab pendek. Kalau Dato' Seri Aidil tidak menyuruhnya pun, dia sendiri akan membayarnya.

"Eh! Takpelah daddy. Iq boleh bayar sendiri." Iqram merasa segan untuk menerima pertolongan dari Dato' Seri Aidil walaupun ianya memang nyata kesalahan Arianna. Apabila menyebut nama gadis itu, Iqram sudah tersenyum-senyum.

"No Iq. Daddy insist nak bayar. Sebab ni semua salah daddy. Ari shouldn't have done that." Dato' Seri Aidil merasa terkilan dengan perbuatan Arianna.

"Daddy...it's okay. Bukan salah sesiapa pun. Ari is just expressing herself." Iqram masih lagi membela Arianna.

"You are seriously spoiling her, Iq." Isqandar masih tidak berpuas hati dengan ayat Iqram itu. Iqram hanya tersenyum mendengar keluhan dari mulut Isqandar.

"Mummy pun rasa bersalah jugak Iq. Ari tu dah melampau. Harap-harap nanti Iq bolehlah tegur dengan perangai dia tu. Kami semua ni dah takdanya dia nak dengar." Datin Seri Alia pula menyampuk.

"Insyaallah mummy." Iqram menjawab sambil terangguk-anguk.

Setelah selesai bersarapan, Iqram dan Isqandar berjalan menuju keluar banglo. Mereka duduk di bawah gazebo yang terletak di halaman banglo tersebut sambil menantikan towing car untuk mengambil kereta Iqram.

"Abang Is..." Iqram memanggil perlahan.

"Hmm..." jawab Isqandar sambil memandang wajah Iqram.

"Macamana nak pujuk Ari ni, abang Is?" Iqram bertanya dengan agak perlahan kerana mukanya sudah pun di rasakan berbahang menahan malu bertanyakan perkara itu kepada Isqandar.

"Iq tak payah susahkan diri. She will come to you. Dia nak fikir angin dia aja, angin orang dia tak fikir pulak. Ni...abang Is nak tanya, apa yang Iq buat sampai Ari angin satu macam." Isqandar mengerutkan dahinya apabila memikirkan apakah yang telah Iqram lakukan sampai Ari sanggup merosakkan tayar kerta lelaki itu.

"Takpelah abang Is." Takkanlah nak cakap dekat abang Is pulak sebab apa Ari buat macam tu.

"Tak payahlah nak cover line untuk si Ari tu. Esok dia pijak kepala Iq pulak. Dia punya angin tu tak kira masa." Isqandar menggeleng-gelengkan kepala.

Iqram tersenyum mendengar bebelan Isqandar. Dalam memikirkan cara untuk memujuk Arianna, akhirnya Iqram mendapat satu idea tetapi memerlukan pertolongan daripada Isqandar.

"Abang Is...I need a favor from you." Iqram diam seketika. Serba salah pulak dirasakannya.

"Apa dia?"

"Boleh tak kita buat BBQ malam ni kat sini...but don't mention that's my idea." Iqram mengharapkan Isqandar bersetuju dengan cadangannya.

"Hmm...sounds good. Rumah ni pun dah lama tak buat makan-makan." Isqandar terus menyatakan persetujuannya walaupun dia tahu di sebalik permintaan Iqram itu.

"Thanks abang Is." Iqram tersenyum lebar. Harap-harap dapatlah dia memujuk Arianna pada malam nanti.

"Sekejap lagi kita pergi beli barang, okay." Isqandar sudah mula memikirkan menu untuk BBQ pada malam nanti.

"Okay."

Sedang rancak mereka berbual, akhirnya towing car pun tiba. Setelah towing car itu membawa kereta Iqram, Isqandar terus mengajak Iqram untuk mencari barang-barang yang diperlukan untuk BBQ nanti.

Arianna memerhatikan gelagat Isqandar dan Iqram dari jendela biliknya. Tak balik-balik lagi ke. Eh! Abang Is dengan Iqram nak pergi mana pulak tu. Arianna mengerutkan dahinya apabila terpandangkan Isqandar dan Iqram menaiki kereta Isqandar dan berlalu pergi. Argh! Malas nak fikir. Arianna berjalan keluar dari biliknya dan berlari turun ke dapur. Lapar pulak perut ni. Tulah tadi sombong sangat tak nak turun makan.

Setelah menghabiskan sarapannya, Arianna terus naik ke biliknya semula. Ish! Boringnya hari ni. Nak buat apa ni? Nak membaca novel Inggeris koleksinya rasa malas pulak. Arianna sudahpun ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Akhirnya dia mencapai Blackberrynya dan mendail nombor seseorang.

"Daniel!" Arianna terus saja menerjah tanpa memberi salam.

"Assalamualaikum wahai cik Arianna." Daniel sengaja menyindir dengan memberi salam. Tahu nak terjah aja si Arianna ni.

"Ooppss, sorry...waalaikumussalam." Arianna sudah tergelak kecil. Tulah main terjah aja.

"Hmm...nak ajak I pergi mana pulak hari ni?" Daniel faham sangat dengan sikap Arianna.

"Hehehe...macam tahu-tahu aja you ni. Ni yang I sayang lebih kat you ni Daniel." Arianna memang menyayangi Daniel tetapi sampai ke tahap mana hanya dia saja yang tahu.

"Yalah tu sayang I. But you love Iqram more-kan?" Daniel sengaja mengusik Arianna walaupun hatinya sakit apabila menyebut nama Iqram.

"What's wrong withyou guys? Sikit-sikit Iqram. Bosan tau." Arianna sudah mencebik. Geram rasanya apabila Daniel menyebut nama Iqram. Daniel sudahpun melepaskan tawanya.

"Ooppss, sorry okay. So nak pergi mana hari ni." Daniel segera menukar topik. Angin gadis ini bukan boleh dibuat main.

"Jom movie. But you have to pick me up. I malas nak drive." Arianna sudah tersenyum gembira.

"Okay, 1 hour...I sampai."Daniel menyatakan persetujuan.

"Okay bye." Arianna meletakkan Blackberrynya di atas katil dan segera melangkah menghampiri almari pakaiannya.

Setelah bersiap sesimple yang mungkin, Arianna berlari-lari anak turun ke bawah untuk menantikan kedatangan Daniel. Seketika kemudian, Arianna terdengar deruman kereta memasuki perkarangan banglo. Kelihatan BMW X6 yang di pandu Isqandar dan diikuti oleh Nissan Fairlady milik Daniel.

Arianna tersenyum melihatkan kereta Daniel. Dia segera menyarungkan kasut conversenya dan melangkah menghampiri kereta Daniel. Kelihatan Daniel membuka pintu kereta dan menuju ke arah Isqandar dan Iqram. Arianna sudahpun duduk di dalam kereta dan memerhatikan tingkah mereka bertiga yang sedang rancak berbual. Sesekali Arianna melihat Iqram menoleh ke arahnya. Hmm...jealouslah tu. Dalam hati Arianna sudah tersenyum gembira. Beberapa minit kemudian, Daniel kembali ke keretanya diikuti oleh Iqram. Eh! Dia ni nak buat apa pulak. Arianna sudah sedikit resah. Daniel masuk ke dalam kereta dan memandang Arianna.

"Kenapa?" Arianna menyoal Daniel dengan kerutan di dahi.

"Iq nak cakap dengan you kejap. Pergilah." Arianna sudah memasamkan mukanya tanda protes. Arianna hanya membatukan diri sambil memeluk tubuh. Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Degil betul, gerutu Daniel di dalam hati.

"If you love me, pergilah jumpa dia sekejap." Daniel cuba memujuk. Arianna merengus kasar dan membuka pintu kereta dengan agak kuat sehingga terkena Iqram yang berada di luar. Padan muka.

"Aduh." Iqram menggosok perlahan kakinya yang terkena pintu kereta Daniel itu.

"What do you want?" Arianna bertanya dengan agak kasar. Mukanya memang tak usah di bayangkanlah. Dah macam tapai basi pun ada.

"Baby..." Iqram memanggil lembut. Mahu tak cukup oksigen kalau macam ni, Arianna sudah pun rasa sedikit lemas dengan panggilan dari Iqram.

"You nak apa sebenarnya ni?" Arianna sengaja bertanya dengan kasar bagi menutup bermacam rasa yang melanda dirinya sekarang ini.

"Where are you going? Baby tak cakap dengan Iq pun." Iqram sudahpun membuat muka sedihnya.

"Wait...why must I tell you? So kalau takda apa-apa lagi...may I?" Arianna berpaling untuk masuk ke dalam kereta sambil membebel tidak puas hati. Tiba-tiba pergelangan tangan kirinya di pegang oleh seseorang. Arianna menoleh. Iqram sudah tersenyum lebar apabila melihat bracelet pemberiannya terletak cantik di situ. Arianna yang baru perasan akan hal tersebut terus merentap tangannya. Eee!!! Malunya. Aduh! Mana nak letak muka ni. Arianna masuk ke dalam kereta dengan muka yang berbahang.

Daniel mengerling sekilas ke arah Arianna yang sedang mencuka. Apa ajalah yang tak puas hati tu agaknya, Daniel hanya berkata di dalam hati kerana dia tidak mahu menambahkan lagi angin yang sedia ada. Daniel terus memandu keluar dari banglo keluarga Arianna dan menuju ke Tebrau City.

Iqram hanya melihat pemergian Arianna dan Daniel dengan rasa bercampur baur. Sedih kerana Arianna masih lagi marah kepadanya. Gembira kerana Arianna sudi menerima pemberiannya. Takpelah at least dia dah pakai bracelet tu, Iqram menyedapkan hati sendiri. Iqram berpaling menuju ke dalam banglo bagi mendapatkan Isqandar.

Setelah selamat meletakkan kereta di tempat yang di sediakan, Daniel dan Arianna keluar dari kereta dan menuju ke panggung wayang. Arianna memegang erat lengan Daniel. Daniel yang memahami akan perangai Arianna itu hanya membiarkan saja.

"Do you want to talk about it?" Daniel bertanya kerana dia pasti Arianna seperti ingin bercerita dengannya apa yang terbuku di hati.

Arianna hanya berdiam diri. Dia langsung tidak menjawab pertanyaan Daniel. Fikirannya melayang entah ke mana. Daniel terpaksa menghentikan langkah mereka apabila di rasakan Arianna seperti tidak berada di situ.

"What's wrong?" Arianna bertanya kepada Daniel kerana sedikit terkejut.

"Are you sure you wanna see a movie or you nak balik?" Daniel memberikan soalan bagi menjawab pertanyaan Arianna.

"Yes, I'm sure." Itulah yang keluar dari mulut Arianna walaupun hatinya tidak lagi ingin berada di situ.

"Okay...but..." Daniel memandang tepat ke wajah Arianna.

"But?" Arianna bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Janganlah buat muka macam Faheem bila tak dapat main PSP. Hilang selera I tau." kata Daniel bagi menceriakan keadaan. Seraya itu Arianna menampar lengan Daniel. Ish! Teruk sangat ke muka aku ni.

"Ya lah...sorry...dah jom nanti lambat pulak" Arianna sudahpun tersenyum. Dia tidak sepatutnya membuat Daniel tempat untuk melepaskan segala rasa yang ada.

Mereka memilih untuk melihat The Expendables 2. Arianna memang tidak akan memilih cerita cinta kerana memang tak kena dengan jiwanya. Setelah membeli tiket, mereka terus masuk ke 'house' yang tertera di tiket.

Setelah siap menolong Isqandar menyediakan barang-barang untuk BBQ malam nanti, Iqram meminta diri untuk pulang. Iqram menuju ke arah Isqandar yang sedang mengatur kerusi dan meja. Isqandar telahpun menelefon beberapa orang rakan Arianna bagi memeriahkan lagi BBQ malam nanti. Dengan Daniel pun sudah dimaklumkan cuma Arianna saja yang tidak tahu.

"Abang Is...Iq balik dulu. Need to change though. Lepas maghrib nanti Iq datang." Iqram bersalam dengan Isqandar.

"Okay...wait...malam nanti datang dengan apa?" soal Isqandar.

"Naik tu lah." jawab Iqram sambil menghalakan pandangan ke Ducati Diavel miliknya.

"No!" Isqandar sudah terjerit kecil.

"Kenapa pulak abang Is?" tanya Iqram sedikit hairan.

"Malam-malam bawak motor bahaya. Nanti abang Is ambil kunci kereta Ari. Dia yang buat hal biar dia yang bertanggungjawab." Isqandar berlalu pergi bagi mengambil kunci Mini Cooper S adiknya itu. Iqram tersenyum lebar. Hmm dapatlah lepas rindu sikit.

Apabila tamat sahaja cerita yang ditonton, Daniel melayan Arianna berjalan-jalan di situ. Dari satu kedai ke satu kedai mereka lawat tapi takda apa yang di beli pun. Daniel melihat jam di tangannya, dah hampir pukul 6 petang.

"Sayangku...jom balik." Nak ajak Arianna balik kenalah lemah lembut sikit. Kalau tak nanti confirm dia buat muka.

"Okay jom." Sebenarnya dia dari tadi lagi dah teruja nak balik apabila teringatkan insiden sebelum dia keluar rumah tadi. Dia dapat melihat dengan jelas Isqandarmembawa barang yang agak banyak masuk ke dalam banglo. Entah apa rancangan abang Is. Dah tu pergi beli barang dengan Iqram pulak. Something fishy here.

Iqram mencapai kunci kereta yang dihulurkan Isqandar dengan hati yang gembira. Dia memandu dengan hati yang berbunga sambil bernyanyi perlahan. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaannya ketika ini. Wake up Iq. Kau tak sedar ke yang dia tu masih lagi marahkan kau. Bisik hati kecilnya.

Arianna terpandangkan superbike milik Iqram masih lagi berada di situ. Eh! Dah tak reti nak balik ke? Arianna berasa panas hati. Dia menuju masuk ke dalam banglo dengan langkah yang sedikit kasar. Argh! Geramnya rasa. Arianna menuju ke biliknya kerana ingin membersihkan diri. Lagipun waktu maghrib sudah hampir.

Selesai saja bersolat, Arianna segera membaringkan tubuhnya di atas katil kerana dia merasa sedikit penat. Bukan dirinya saja yang penat malah fikirannya juga penat memikirkan apakah agenda tersembunyi Isqandar dan juga Iqram.

Sedang Arianna membelek-belek bracelet dan juga cincin pemberian Iqram, dia terdengar ketukan di pintu biliknya. Ada aja yang nak kacau daun. Arianna segera menyimpan bracelet dan cincin tersebut di meja kecil yang terletak di sisi katilnya. Arianna membuka pintu biliknya dengan malas.

"Mummy Ari! Jom..." Faheem sudah pun menarik tangan Arianna untuk turun ke bawah.

"Eh! Aeem nak ajak mummy Ari pergi mana ni?" Arianna mengerutkan dahinya sambil memandang ke wajah Faheem.

"Jomlah kita turun kat pool...malam ni papa dengan daddy Iq buat BBQ tau mummy Ari." Faheem masih lagi menarik-narik tangan Arianna agar mengikutinya.

"Hah! BBQ? Ish! Biar betul ni Aeem." Arianna seakan tidak mempercayai kata-kata si kecil itu.

"Yup! Betullah tu cakap Aeem. Lagipun dah lama kita tak buat makan-makan. And one more thing, I've already invited a few of your friends." kata Isqandar yang tiba-tiba saja muncul di situ.

"What?!...Who?" Sukalah tu buat kejutan yang boleh menyebabkan serangan jantung.

"Daniel, Arissa, Ben, Syed, Zack, Syam...and of course la Iq sekali. And please wear something proper will you?" Kemudian Isqandar berlalu turun bersama dengan Faheem.

Argh!!! Tahap geram Arianna sudah mencapai ke tahap maksimum. Kenapalah semua orang suka buat dirinya sakit hati. Ini mesti pasal Iqram. Sejak lelaki itu muncul hidupnya dirasakan tidak aman. Relax Arianna. Tarik nafas. Kemudian Arianna mengatur langkah menuju ke almari pakaiannya. Hmm nak pakai baju apa ni? Eh! Kenapa kau nak fikir sangat pakai nak pakai baju apa? Selama ni tak pernah pun kau ambil kisah pakai baju apa pun atau you want to impressed Iqram.

Arianna mengenakan seluar 3 quarter yang berwarna putih dan di padankan dengan blaus tanpa lengan berwarna putih juga. Arianna mengikat tinggi rambutnya bagi menampakkan lehernya yang jinjang itu. Wei! Kau nak goda siapa ni? Dia hanya memakai lip gloss dan sedikit blusher. Setelah berpuas hati, Arianna turun ke bawah dengan rasa berdebar-debar. Aduhai! Hati janganlah kau buat perangai malam ni.

Terdengar sedikit keriuhan di tepi kolam renang. Mungkin semua orang dah sampai agaknya, teka Arianna. Selepas menyarungkan sandal Ipanemanya, Arianna berjalan perlahan mendekati mereka. Apabila dia semakin hampir tiba-tiba mereka semua menoleh melihat kearahnya. Eh! Kenapa semua orang tengok aku macam tu sekali? Arianna terasa ingin saja dia berlari masuk ke dalam semula. Tapi nanti apa kata mereka nanti.

"Ari...wei rindu gila aku dekat kau." Arisa menuju ke arah Arianna yang kelihatan sudah berdiri kaku lantas dia memeluk gadis itu.

"Arissa...miss you too." Arianna membalas erat pelukan Arissa. Memang dia pun rindu pada sahabatnya itu.

"Apa cerita baru? Kau dengan Iqram macamana? Si Qarl tu pulak apa cerita?" Si Arissa ni kalau dah bertanya tak menyempat-nyempat. Kalau boleh semua dia nak tanya sekaligus.

"Kau ni kalau ya pun...bagilah aku makan dulu, lapar ni." Arianna tergelak kecil apabila mengenangkan perangai Arissa.

"Ish! Kau ni makan aja yang ingat." Mereka berjalan bergandingan menuju ke arah kawan-kawan Arianna yang lain.

Setelah bertegur sapa dengan mereka, Arissa menarik tangan Arianna untuk duduk bersama dengannya. Apa lagi kalau bukan nak bergossip lagipun macam dah lama mereka tak berjumpa. Arianna hanya menceritakan serba sedikit sahaja kepada Arissa apa yang terjadi kepada dirinya. Takkan nak cerita semua pulak, buat malu aja nanti. Sedang Arianna rancak berbual dengan Arissa dia terdengar seperti bunyi enjin Mini Cooper S-nya. Wait...siapa bawak kereta aku pulak ni? Iqram?! Arianna segera bangun dari tempat duduknya tetapi di tahan oleh Isqandar.

"I'm the one who let him used your car. And please don't make a scene tonight. Kesian dekat Iq." Isqandar berkata dengan agak perlahan agar tiada siapa yang mendengarnya kecuali Arianna. Arianna memandang abangnya dengan pandangan tidak puas hati.

"Fine." Arianna mengangkat kedua-dua tangannya seolah-olah menyerah kalah. Jaga kau Iqram. Hatinya bertambahlah sakit apabila abangnya sendiri yang memberikan kebenaran kepada Iqram untuk memandu keretanya. Hello! Tak ada siapa pun yang berani sentuh kereta kesayangan aku tu okay kecuali daddy. Arianna mula melangkah untuk pergi dari situ. Dia takut kalau dia hilang kawalan apabila ternampak akan Iqram. Baru sahaja beberapa langkah terasa lengannya di pegang oleh seseorang.

"Where are you going sayangku?" Daniel tersenyum melihat Arianna. Daniel dapat merasakan api kemarahan yang ada dalam diri Arianna.

"Before I killed someone...its better for me to leave." Arianna berkata dengan muka yang masam mencuka.

"Are you sure you want to kill him?" Daniel berbisik perlahan kepada Arianna sambil mengisyaratkan matanya supaya gadis itu menoleh ke belakang. Arianna dengan pantas menoleh.

Apabila terlihatkan Iqram berjalan menuju ke arah mereka dengan gayanya membuatkan Arianna terlupa seketika akan kemarahannya. Kenapalah En. Iqram ni suka sangat buat hati aku ni tak tentu hala? Sedang dia asyik melihat Iqram, Arianna ditegur oleh Daniel.

“Ehem…I thought somebody want to kill someone tonight…tapi rasanya macam tak jadi kot.” Daniel ketawa melihatkan Arianna yang sudahpun memasamkan mukanya.

“Okay…I tak usik you lagi…dah jom temankan I makan.” Daniel mengajak Arianna bagi meredakan segala macam rasa yang ada pada gadis itu.

Iqram berjalan menuju ke arah Arianna yang sedang asyik mengambil makanan. Dia hanya berdiri mendiamkan diri di belakang Arianna. Terasa ingin saja dia memeluk gadis itu. Sungguh dia teramat rindukan Arianna.

Arianna yang tidak menyedari akan kehadiran Iqram memusingkan badannya untuk kembali ke meja di tepi kolam renang itu. Arianna tersentak melihatkan Iqram yang berada dekat dengannya. Terasa debaran di dada yang semakin menggila.

"I miss you, baby?" Iqram semakin mendekatkan dirinya dengan Arianna. Arianna terbuai seketika.

"Stop. Stay away from me." Setelah menyedari yang dia hampir hilang kewarasan dirinya Arianna segera ingin berlalu pergi. Tetapi langkahnya terhenti dan dia berpatah balik ke Iqram.

"Tell me something. Do you really miss me? Cause I've got a little bit confused here." Arianna bertanya kepada Iqram.

"Yes."

"Do not play with my feelings. There's no calls from you, not even a message. Ever heard actions always speak louder than words ...and now you tell me that you miss me? Well nice try mister." Kemudian Arianna terus berlalu pergi meninggalkan Iqram.

Arianna mendapatkan Daniel yang telah pun duduk bersama rakannya yang lain. Arissa memandangnya dengan muka yang penuh tanda tanya. Arianna hanya menggeleng kepala bagi menyatakan bahawa keadaan dirinya okay. Sambil menikmati makanan, mereka berbual-bual bagi menghilangkan rasa bosan.

Arianna yang dari tadi terpandangkan set karaoke yang terletak elok di situ mula merasa sedikit teruja untuk berkaraoke. Hmm dah lama rasa tak menyumbangkan suara yang tak berapa nak sedap ni. Tapi takkanlah nak menyanyi sorang-sorang pulak. Arianna berbisik sesuatu kepada Daniel sambil tersenyum. Daniel ikutkan sahaja kehendak Arianna. Arianna menarik tangan Daniel agar lelaki itu ikut bersamanya berkaraoke. Setelah memilih lagu Muara Hati nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza dan Hafiz, Arianna mencapai dua mikrofon yang ada di situ dan menghulurkan kepada Daniel yang berada di belakangnya tanpa menoleh.

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Arianna tersentak apabila mendengarkan yang suara itu bukanlah milik Daniel lalu dia berpaling. Iqram?!! Arianna melihat Daniel tersengih-sengih di tempat duduknya yang tidak berapa jauh dari situ. Apa aku nak buat ni? Arianna memandang ke depan, semua mata melihat kea rah mereka berdua. Apabila terpandangkan daddy dan mummynya, Arianna menarik nafas. Just pretend that it was a show, Arianna.

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Arianna merasakan tangannya digenggam oleh seseorang. Iqram!!! You are too much. Arianna hanya menjerit di dalam hati. Nanti kau sekejap lagi. Ish! Lama pulak rasa lagu ni nak habis. Sabar Arianna.

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali ooo…

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…ooo…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu…biarkan aku merasuk dalam hati…cinta…

Tamat sahaja lagu yang dinyanyikan, Arianna terus berlari dari situ tanpa mempedulikan semua orang. Argh!!! Marahnya sudah tidak boleh ditahan lagi. Apabila terlihat Ducati Diavel milik Iqram pantas sahaja kakinya melangkah menghampirinya dan dengan sengaja Arianna menjatuhkan superbike milik lelaki itu tanpa belas kasihan. Setelah itu Arianna terus berlari masuk ke dalam banglo dan menuju ke biliknya. 

9 comments:

  1. perghhhhhh...abis la ducati 2...panas baran x abis2 ari ni la...Iq sabo jo la yo hhahahhaha

    ReplyDelete
  2. Izzati:best3x...kak leena ade typo dekat perkataan "kea rah" patutnya "ke arah"...hihihi...cant wait for the next chapter...:)

    ReplyDelete
  3. Perghhhh..Penangan cinta memang dahsyat.

    ReplyDelete
  4. Bahahahaha Ariana sgt lawak!!!! Omo sweet giler Ariana ngn iqram!!!!!

    ReplyDelete
  5. sabar iq...... ducati plak jadi sasaran si ari ni...

    ReplyDelete
  6. adoiii ~
    marah je abeh jahanam harta benda
    mula2 tayar .. now ducati ..
    ammmmaaaa ~ :'(

    ReplyDelete