Hampir sebulan Arianna tidak melayan panggilan telefon ataupun mesej daripada Iqram semenjak dari malam BBQ. Dia pun tidak pasti mengapa dia begitu marah kepada Iqram. Mungkin dalam hatinya sudah ada bunga-bunga cinta untuk lelaki itu. Arianna melihat jam di tangan, baru pukul 4 petang. Kalau hari ni nak balik awal, agak -agak Daniel bagi tak? Arianna bertanya di dalam hati. Arianna sudahpun bangun menuju ke bilik Daniel.
"Daniel..." Arianna memanggil perlahan setelah mengetuk pintu bilik pejabat lelaki itu
"Yes." Daniel mendongakkan wajahnya dan memandang kepada Arianna.
"Boleh tak I balik awal harini." Arianna bertanya dengan nada suara yang sengaja di manjakan.
"What's wrong? You nak balik dengan siapa? Kan pagi tadi I yang ambil you kat rumah." Daniel sengaja ingin membuat edisi siasat. Bukan dia tidak tahu yang gadis di hadapannya ini sudahpun merindui Iqram.
"Hmmm...I ada hal sikit. I will take a cab okay."
"Miss Ari...you know that I'm your guardian kan. So unless you tell me what you're up to, you are not going anywhere." Daniel mula menggunakan kuasa yang di berikan oleh Isqandar kepadanya.
"It's not fair!" Arianna sudah pun membuat muka tidak puas hati dan terus berlalu pergi. Geram sungguh hatinya.
Daniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Arianna memang seorang yang sangat degil. Daniel melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke meja Arianna. Di lihat gadis itu sudah pun memasamkan mukanya. Daniel menarik kerusi yang terletak di hadapan meja Arianna.
"Look Ari...I tak nak apa-apa jadi kat you. It's not just Isqandar I've to answered if anything happened to you." Daniel memberikan alasan yang memang dirasakan tersangat masuk di akal.
Arianna memandang Daniel dengan perasaan serba salah. Kalau dia memberitahu hal sebenar, malulah dia. Mana nak letak muka ni. Mau kena bahankan aja.
"I nak jumpa Isqandar." Arianna berkata perlahan. Dia tahu itu bukanlah alasan yang paling bernas. Tetapi Arianna sudah kehabisan idea.
Daniel mengerutkan dahinya apabila mendengar akan jawapan dari mulut Arianna. Nak jumpa Isqandar? Pelik. Daniel masih memikirkan jawapan Arianna seolah-olah tidak memahami apa yang di beritahu oleh Arianna sebentar tadi. Setelah agak lama menggerakkan otaknya supaya berfungsi dengan efficient, akhirnya Daniel mengukirkan senyuman.
"Okay." Daniel menjawab pendek lantas dia bangun dari duduk dan berlalu menuju kebiliknya.
Arianna berasa sedikit terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Daniel. Okay aja. Arianna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ish! Mesti Daniel dah dapat agak aku nak jumpa siapa. Arianna sedar dia sebenarnya tidak boleh menyembunyikan apa-apa pun daripada pengetahuan Daniel. Nak tak nak dia harus juga memberitahu Daniel. Arianna melangkah dengan lemah menuju ke bilik Daniel.
"Daniel." Arianna memanggil perlahan setelah mengetuk pintu bilik lelaki itu. Arianna duduk di hadapan Daniel dengan muka yang serba salah.
"Yes my dear." Daniel sudah tersenyum memandang Arianna.
"Actually I...err...hmmm..." lidah Arianna sudah kelu untuk berkata-kata.
"You don't have to explain it to me...it's about time pun you pergi jumpa dia. Janganlah marah dia lama-lama sangat, nanti you dengan I jugak yang susah." Daniel menjawab bagi pihak Arianna.
"Kenapa pulak I dengan you yang susah?" Arianna bertanya pelik.
"Yalah...I susah because I have to look at your sullen face everyday...and it make me losing my mood too. And as for you...you susah sebab menanggung rindu lama sangat." Daniel menerangkan panjang lebar sambil tersenyum.
"You!!!" Ada aje Daniel nak mengenakan dirinya tapi memang betul jugak apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Cuma dia saja yang menafikan. Sampai bila kau nak macam ni Arianna, ego tak bertempat, kata hatinya. Arianna tersenyum sendiri apabila memikirkan apa yang telah dia buat sejak kebelakangan ini.
"Kalau nak senyum sorang-sorang baiklah you pergi sekarang. Nanti I pulak yang datang angin tengok you." Daniel berasa sedikit cemburu melihatkan gelagat Arianna.
"Okaylah. I pergi dulu. Love you Daniel." kata Arianna seraya bangun dari duduknya dan berlalu pergi.
Daniel melepaskan keluhan kecil apabila Arianna berlalu pergi. Sampai bila aku harus menunggu Arianna. Dengan kemunculan Iqram sekarang lagilah dirasakan harapannya amat tipis sekali untuk menawan hati Arianna. Tapi selagi Arianna tidak terikat dengan mana-mana ikatan, Daniel merasakan dirinya masih berpeluang.
"Ari!" Daniel memanggil Arianna apabila gadis itu sudah pun hampir ke muka pintu untuk keluar.
"Yes." Arianna menoleh apabila terdengarkan panggilan dari Daniel. Dirinya berasa pelik apabila Daniel berjalan ke arahnya dengan memegang kunci kereta di tangannya. Eh! Daniel ni nak buat apa pulak.
"Come, I hantar you." Lantas tangannya membukakan pintu untuk Arianna.
"No need Daniel. I boleh naik cab aje." Ish! Takkanlah nak suruh Daniel hantar pulak.
"I insist, Ari. I tak nak apa-apa jadi kat you." Daniel sudah berjalan menuju ke lif.
Di dalam kereta mereka hanya diam melayan perasaan masing-masing. Arianna memandang Daniel. Dia berasa terharu dengan layanan yang diberikan oleh lelaki itu. Padanya Daniel merupakan seorang lelaki yang di rasakan mempunyai pakej yang cukup lengkap. Semua yang diimpikan oleh setiap lelaki di muka bumi ini rasanya ada pada Daniel. Daniel bagi Arianna sudah cukup kacak di pandangan matanya ditambah pula dengan kerjaya yang ada memang di rasakan cukup sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Tapi apabila Daniel meluahkan rasa hati pada dirinya, Arianna menolak. Dia pun tidak pasti kenapa dia tidak boleh menerima Daniel di dalam hatinya.
"Enough staring at me, Miss Ari?" Daniel bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.
"I don't know what I'm gonna do without you Daniel. If I've ever lost you...I'm sure I will not survive." Arianna meluahkan apa yang dirasakan sekarang seolah-olah dia akan kehilangan Daniel satu hari nanti.
"Don't worry Ari, I will stick to you until you had enough with me." I'm the one who will not survive if I've lost you, Ari...Daniel menyambung dalam hati. Bilakah harinya akan tiba? Daniel mengeluh perlahan.
"I wil never had enough of you, Daniel." Memang betul Arianna sentiasa memerlukan Daniel supaya sentiasa berada di sisinya.
Kemudian mereka mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing. Setelah sampai di Menara Tropez, Daniel pun memberhentikan keretanya berhampiran pintu masuk. Arianna mengucapkan terima kasih kepada Daniel kerana bersusah payah menghantarnya. Arianna tahu yang Daniel menyayangi dirinya dan sanggup melayan apa saja kerenahnya.
"Call me if you need anything even though you won't need it right now." Daniel sempat berpesan kepada Arianna bersama sebuah senyuman.
"I will and love you Daniel. Bye. Assalamualaikum." Arianna berjalan masuk apabila kereta Daniel hilang dari pandangannya. Baru beberapa langkah menuju ke arah lif yang terletak di lobi bangunan tersebut, Arianna berhenti tiba-tiba. Eh! Apa aku buat kat sini? Betul ke apa yang aku buat ni? Arianna kelihatan serba salah. Dia segera berpaling untuk pergi dari situ. Apabila dia berpaling, matanya menangkap pandangan Dato' Seri Aidil yang betul-betul berdiri berhadapan dengannya. Opsss..kali ini dia tersilap langkah. Arianna sudah tersengeh memandang daddynya.
"Daddy..." Arianna menegur Dato' Seri Aidil lantas memeluk erat lengan orang tua itu bagi menghilangkan debaran di dada.
"Ari? What are you doing here?" Dato' Seri Aidil bertanya kerana dia berasa pelik apabila Arianna tiba-tiba muncul.
"Hmm...saja je Ari datang sini, lagipun dah lama Ari tak melawat kawasan." Arianna memberikan jawapan yang dirasakan memang tak masuk akal. Ah! Lantaklah. Kemudian mereka masuk ke dalam lif bersama. Arianna hanya mendiamkan diri, tidak tahu hendak berbual apa dengan daddynya dalam keadaan begini. Aduh! Malunya.
"Ari nak jumpa Iq ya?" tiba-tiba Dato' Seri Aidil bertanya sambil memandang anak gadisnya dengan senyuman.
"Daddy!!" Arianna menjerit perlahan. Mukanya sudah terasa bahang. Malu apabila daddynya dapat meneka apa yang ingin dilakukan.
"Ari, you shouldn't be ashamed of what you are doing right now. It's about time you say sorry to him. Come, daddy tunjukkan bilik Iq.” Dato’Seri Aidil terus melangkah keluar apabila lif tersebut sampai di tingkat yang sepatutnya.
"Wait…he's in the same floor with you and abang Is…wow! I'm impressed.” Iqram, siapakah kau sebenarnya sehinggakan kau mampu berada di tingkat ini? Arianna mula pening memikirkan situasi yang mungkin tiada jawapannya pada masa ini.
"Well, he is a very impressive young man and more over he's my future son in law. Memanglah sepatutnya dia berada di sini.” Dato’Seri Aidil memberikan kenyataan yang mengejutkan Arianna.
"Seriously dad…that is not funny.”Future son in law? Biar betul daddy ni. Seram sejuk dibuatnya. Makin lama makin pening Arianna memikirkan mengenai Iqram.
Apabila sampai di hadapan pintu bilik yang tertera nama Iqram bin Tan Sri Dzulqarnain. What? Dia anak Tan Sri? Patutlah. Tapi kenapa yang sibuk sangat kerja dengan daddy ni. Bertambah pening kepala Arianna dibuatnya.
"Sitie, Iqram ada tetamu tak?”Dato’Seri Aidil bertanya kepada setiausaha Iqram.
"Tak ada Dato’Seri. Dato’Seri nak jumpa dia ke?”Sitie bertanya kembali kepada Dato’Seri Aidil. Dato’Seri Aidil hanya mengangguk. Sitie sudah pun mengangkat telefonnya untuk menyatakan kedatangan Dato’Seri Aidil kepada Iqram.
Arianna yang berdiri di sebelah Dato’Seri Aidil memandang ke arah setiausaha Iqram. Hmm cantik orangnya, bertudung litup, bersopan santun, mesti Iqram suka dapat setiausaha macam ni. Jealous ke, cik Arianna? Ish! Arianna menggelengkan kepalanya. Kemudian Sitie berjalan untuk membuka pintu bilik Iqram.
"Silakan Dato' Seri." Sitie memberikan senyuman manis ke arah Dato’Seri Aidil dan juga Arianna. Arianna berjalan perlahan di belakang daddynya. Debaran di dada sudah semakin huru hara. Rasa macam nak berlari keluar dari sini saja.
"Iq.”Dato' Seri Aidil menegur Iqram yang sedang asyik membuat kerja.
"Daddy.”Iqram segera bangun dari tempat duduknya dan melangkah mendapatkan Dato’Seri Aidil.
"Ada orang nak jumpa Iq.”Lantas Dato’Seri Aidil memalingkan sedikit tubuhnya. Iqram dan Arianna sudah tergaman melihatkan diri masing-masing. Dato' Seri Aidil yang berada di antara mereka berdua hanya tersenyum melihatkan mereka berdua.
"Ehem…" Dato' Seri Aidil berdehem bagi mengembalikan fikiran mereka berdua yang telah hilang entah kemana.
"I will give you two some privacy to talk. Iq…daddy pergi dulu.”Dato’Seri Aidil berpaling pula kepada Arianna.
"Ari…talk nicely…and please do not make a scene here.”Dato’Seri Aidil berkata dengan agak perlahan sebelum melangkah pergi.
"And please don't fight again." Sempat lagi Dato' Seri Aidil berpesan kepada mereka berdua sebelum menutup pintu bilik Iqram.
Suasana sepi menyelebungi mereka berdua seolah-olah mereka berada di dunia yang lain ataupun masing-masing menahan apa yang dirasakan dalam diri sendiri. Akhirnya kebisuan mereka di kejutkan oleh bunyi telefon bimbit Iqram. Iqram yang baru tersedar segera menjawab panggilan telefon tersebut. Arianna yang juga baru sedar dari khayalannya mula berasa seperti cacing kepanasan. Ish! Tak boleh jadi ni.
mata bertentang mata.... lidah pula kelu utk berkata2.....
ReplyDeleteArrrrrr bestnya.....nk lagiiiiii xpuas la....
ReplyDeleteTq Tengku Anys...
DeleteSuka suka suka suka...
ReplyDelete