“Excuse me, miss. Someone give you this.” Tiba-tiba
seorang pelayan di kafe itu memberikan sesuatu kepada Melia. Melia yang sedang
berbual sambil bergelak ketawa bersama dua rakannya, Tinie dan Aina terdiam
seketika. Dahinya sudah berkerut-kerut memandang name card yang dihulurkan oleh
gadis pelayan itu.
“Siapa bagi, Yatie?” Melia bertanya kepada gadis yang
bernama Yatie itu tanpa mengambil name card yang masih di pegang elok olehnya.
Yatie segera memusingkan sedikit badannya agar Melia dapat melihat siapakah
gerangan yang memberinya name card itu.
Melia segera menoleh ke tempat yang di duduki oleh
seorang lelaki. Tengku Ryan?! Apabila terpandangkan lelaki itu, Melia membuat
muka menyampah dan mencebikkan bibirnya. Kalau setakat jantan tu, memang ke
tong sampah ajalah name card tu.
“Siapa yang bagi Melia?” Tanya Tinie kepada Melia
apabila dia mendapati rakannya itu tidak mengambil name card yang dihulurkan
oleh Yatie.
“Bak sini aku tengok name card tu.” Lantas Aina terus
mengambil name card yang masih berada di tangan Yatie. Setelah itu Yatie mula
meninggalkan meja mereka bertiga.
“Tengku Ryan?” Tinie dan Aina bersuara serentak.
“Wei!...kau tak nak ke. Sebelum ni sibuk sangat
mengadu takde orang nakkan kau. Ni dah depan mata jual mahal pulak. Tengku lagi
tu.” Tinie mula dengan ceramah motivasinya. Melia diam tidak memberi sebarang
respons.
“Eh! Kalau setakat the most eligible and richest
player in this country, baik tak payah.” Melia berkata dengan geram. Tapi
kenapa dia nak rasa geram pulak atau selama ini dia ada menaruh hati pada
Tengku Ryan.
“Player? Macamana kau tahu dia tu player ke tidak?”
Aina pula bertanya dengan rasa tidak puas hati. Dia dapat merasakan Melia ada
menyembunyikan sesuatu darinya dan juga Tinie.
“Hmmm…akukan ada WiFi, tentulah aku tahu.” Melia cuba
berdalih. Memang selama ini dia mengikuti segala perkembangan mengenai Tengku
Ryan.
“Dah. Bak sini name card tu.” Melia terus merampas
name card yang berada di tangan Aina. Melia mengambil pen di dalam sling begnya
dan menulis sesuatu di belakang name card tersebut. Kemudian Melia memanggil
Yatie. Yatie dengan segera menghampiri meja mereka.
“Yatie tolong bagi balik name card ni pada dia.” Melia
meminta Yatie untuk memulangkan name card itu pada tuan punya badan.
“Okay.” Yatie mengambil name card yang dihulurkan oleh
Melia.
“Thanks Yatie.” Sempat Melia mengucapkan terima kasih
kepada Yatie sambil tersenyum. Setelah itu Yatie melangkah pergi menuju ke arah
Tengku Ryan.
Setelah melihat Yatie berlalu pergi, Melia sudah
tersenyum-senyum. Rasa nak ketawa pun ada jugak tapi ditahan sahaja.
“Yang kau ni tersengih-sengih, apahal pulak?” Tinie
bertanya sambil memandang Melia dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.
“Hmmm takde apa-apalah. Eh! Jomlah balik, banyak lagi
kerja aku kat kedai tu.” Melia ingin melarikan diri dari di tanya oleh Aina dan
Tinie. Diorang ni kalau dah mula bertanya, silap-silap sampai petang dia
tersangkut kat sini.
“Macamlah dia sorang yang banyak kerja.” Tinie menyampuk.
Melia sudah tersengih-sengih. Kemudian mereka semua bangun untuk balik ke
pejabat masing-masing.
Melia mencapai sunglasses Rayban yang dihadiahkan oleh
abangnya dan menyarungkan ke mukanya. Dia bukan suka sangat pun nak pakai
sunglassesnya itu tetapi ada agenda di sebaliknya. Tinie dan Aina hanya
mengekori dari belakang sambil menggelengkan kepala. Apa kenalah dengan si
Melia ni? Tinie dan Aina berpandangan sesama sendiri. Lantaklah Melia.
Sewaktu mereka menghampiri meja yang diduduki oleh
Tengku Ryan, mata Melia sempat mengerling ke arah lelaki itu. Melia dapat
melihat wajah Tengku Ryan yang berkerut apabila melihatkan name card yang telah
dikembalikan kepadanya. Ingat semua perempuan bboleh termakan ke dengan cara
kau tu, well I’m not one of them okay, Melia berkata dalam hati. Dalam hati
Melia sudah ketawa kemenangan. Melia memberikan senyuman sinis apabila
tiba-tiba Tengku Ryan memandangnya.
Tengku Ryan berasa amat terkejut apabila pelayan kafe
tadi mengembalikan name card miliknya itu semula. Kemudian dia terpandangkan
tulisan di belakang name cardnya.
~ Thanks but no thanks.~
What the hell? Tidak pernah sepanjang hidupnya berlaku
kejadian seperti ini. Dia merasakan dirinya seolah-olah di hina. Apa tak cukup
ke dengan wajahnya yang dirasakan memang menjadi kegilaan semua perempuan, name
card itu sekadar info sampingan aja supaya perempuan-perempuan itu semua
mengetahui siapa dia. Tapi kali ini ternyata modus operandinya tidak menjadi.
Tengku Ryan mengangkat wajahnya dan melihat ke arah gadis yang terang dan nyata
sangat berani memulangkan name cardnya itu dan dia terpandangkan senyuman sinis
gadis itu kepadanya. You’re mine! Desis Tengku Ryan.
Melia, Tinie dan Aina terus sahaja melangkah keluar
dari kafe yang memang selalu menjadi tempat mereka melepak pada waktu makan
tengahari. Sampai di luar kafe, mereka berpecah haluan. Aina menuju ke
pejabatnya yang terletak berhampiran di kawasan itu manakala Melia dan Tinie
melangkah menuju ke sebuah kedai buku dan juga kafe kecil yang terletak di
seberang jalan.
Kedai buku berserta kafe itu kepunyaan Melia, stelah
menamatkan pengajiannya setahun yang lepas dia meminta izin daripada
keluarganya untuk membuka perniagaan sendiri. Berserta sedikit duit peninggalan
arwah ayahnya dan juga sokongan daripada ibu, kakak dan abangnya akhirnya
tercapai cita-cita Melia untuk memiliki perniagaan sendiri walaupun secara
kecil-kecilan pada mulanya.
Sekarang ini dia berasa cukup bahagia apabila dapat
melakukan perkara yang dia amat suka dalam hidupnya dan lebih membahagiakan
apabila perniagaannya berkembang maju. Pada mulanya kedai yang di miliki hanya
satu lot sahaja dan pada awal tahun dia telah mengambil satu lagi lot kedai
yang bersebelahan bagi mengembangkan perniagaannya. Kini dia mempunyai dua
orang pekerja dan juga Tinie yang membantu menguruskan perniagaannya.
Di dalam kedai buku tersebut terdapat kafe kecil dan
beberapa buah meja dan kerusi bagi memudahkan pengunjung yang ingin membaca
sambil menikmati secawan kopi. Kafe itu hanya menyediakan minuman dan makanan
ringan sahaja seperti sandwich dan juga beberapa jenis kek.
Melia terus berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya
yang terletak di bahagian belakang. Keluasan biliknya sederhana sahaja, tetapi
cukup memuatkan kerusi dan juga meja untuknya bekerja. Terdapat juga dua buah
sofa kecil untuk tetamu yang datang.
Melia terus membuka laptop yang memang tersedia di
atas mejanya. Hari ini banyak stok novel baru yang sampai. Nampaknya dia dan
Tinie terpaksalah balik sedikit lewat dari biasa. Kedai bukunya menjual novel
dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Ini kerana dia amat gemar membaca
novel di dalam kedua-dua bahasa tersebut.
Terdapat juga sedikit buku biography dan juga travel guide. Dalam Melia
sibuk megemaskini stok novel-novelnya yang baru sampai itu, kedengaran ketukan
di pintu biliknya.
“Masuk.” Melia bersuara tanpa mengalihkan wajahnya
daripada laptop. Siapa lagi kalau bukan Tinie yang ingin berjumpa dengannya.
Tinie memulas tombol pintu dari luar dan melangkah
masuk ke dalam bilik pejabat Melia dan duduk di salah satu sofa yang terdapat
di situ. Mata Melia masih lagi terpaku menghadap laptopnya. Sibuk sangatlah tu,
gumam Tinie.
“Mel.” Tinie memanggil perlahan.
“Hmm…” Hanya itu tindakbalas daripada Melia.
“Banyak lagi ke kerja kau tu.” Tinie bertanya lagi.
“Hmm…” lagi sekali Melia menjawab begitu.
“Kau keluar sekejap boleh tak?’ Tinie cuba berkias.
“Kenapa?’ Melia memandang Tinie dengan rasa pelik.
“Keluar ajalah. Sekejap je.” Tinie masih lagi cuba
memujuk agar Melia bersetuju untuk keluar.
“Banyak lagi ni nak siapkan. Kalau cepat siap cepatlah
boleh balik nanti.” Melia cuba memberikan alasan kepada Tinie.
“Hmm…takpalah macam tu. Aku keluar dulu.” Akhirnya
Tinie mengalah dan berlalu keluar.
Melia hanya memerhati Tinie keluar dari biliknya. Dia
bersandar di kerusinya memikirkan perangai Tinie yang sedikit pelik. Yang nak
suruh aku keluar beria-ia tu kenapa pulak? Melia bertanya sendiri. Akhirnya dia
bangun dan meninggalkan kerjanya buat seketika. Setelah keluar dari biliknya
Melia mula mencari-cari kelibat Tinie. Ish! Mana pulak dia ni pergi. Setelah
terpandangkan kelibat Tinie, Melia melangkah menghampirinya.
“Wei! Kau ni intai siapa?” Melia menyergah Tinie dari
belakang.
“Ish! Kau ni kalau ya pun janganlah nak sergah macam
tu.” Tinie memasamkan sedikit mukanya.
“Sorry, sorry.” Melia meminta maaf walaupun dia tahu
Tinie bukannya marah sangat pun pada dia.
“Yalah.” Balas Tinie.
“Hah yang kau suruh aku keluar dari tadi tu kenapa?
Ada gossip panas ke?” Melia bertanya kepada Tinie apakah yang menyebabkan dia
terpaksa keluar dari biliknya.
“Tu…cuba kau tengok siapa?” Tinie memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah meja dan kerusi yang terletak berhampiran dengan tingkap
kedainya. Melia menoleh. What?! Tengku Ryan!!
“Bila dia sampai?” Melia sudah mengerutkan dahinya.
Apa dia nak sebenarnya? Tak faham bahasa ke apa yang aku tulis tadi? Melia mula
memerah otaknya supaya berfikir dengan lebih efisien.
“Baru je. Aku rasa dia memang betul-betul nak kenal
dengan kau lah Mel. Sebab tu dia datang sini.” Tinie cuba mengagak.
“Tak payahlah nak berangan sangat yang dia tu nak
kenal dengan aku. Kalau ya pun…hmmm tak ingin aku.” Melia mencebikkan bibirnya.
“Yalah…sekarang tak nak. Esok kalau dah terjatuh hati
baru padan muka kau.” Bidas Tinie.
“Dahlah, malas aku nak layan. Banyak lagi kerja aku
tu.” Kata Melia lalu berlalu pergi meninggalkan Tinie.
Melia menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.
Dalam sedar tak sedar jam sudah menunjukkan hampir 8 malam. Melia masih lagi
sibuk menyusun novel-novel yang baru sampai. Sedang dia asyik membuat kerjanya,
tiba-tiba Tinie datang berdiri di sebelahnya.
“Hmm ni nak apa berdiri tercegat sebelah aku ni.
Daripada kau tercegat macam tu ada baiknya kau tolong aku ni.” Melia menegur
Tinie yang masih lagi berdiri di sebelahnya tanpa sebarang kata-kata.
“Err…Mel…boleh tak aku balik sekarang…aku dah janji dengan
Aina tadi nak tengok wayang kejap lagi. Tapi nanti kau tinggal sorang pulak kat
kedai.” Tinie agak serba-salah untuk meninggalkan Melia seorang diri di kedai
memandang hari sudah menginjak malam tetapi dia sudah berjanji dengan Aina
untuk menonton wayang pada malam ini.
Melia tidak memberi sebarang respons, malah mukanya
sengaja di seriuskan. Melia sengaja hendak mendera Tinie. Tangannya masih lagi
lincah menyusun novel-novel di rak buku. Dalam hati nak ketawa pun ada jugak
apabila melihat muka Tinie sedikit berubah.
“Mel…” panggil Tinie dengan lembut.
“Ish! Kau ni panggil aku macam tu, berdiri semua bulu
roma yang ada kat aku ni tau.” Akhirnya tawa Melia meledak apabila melihat
wajah Tinie yang seperti hendak menangis.
“Mel!! Kau ni memang suka buli aku kan.” Tinie
menampar perlahan lengan Melia tanda tidak puas hati.
“Alah tu bukan bulilah. Tu namanya aku nak bermanja
dengan kau.” Melia masih lagi dengan sisa-sisa tawanya.
“Aku pergi dulu eh. Kau tak nak ikut kitorang ke?”
Tinie masih lagi meminta izin dari Melia.
“Pergilah. Malas aku nak ikut. Lagipun tinggal sikit
aja ni. Kita jumpa malam nanti kat rumah.” Melia memang jarang sekali mengikuti
Tinie dan Aina menonton wayang.
“Okay. Tapi kau jangan lama sangat kat kedai. Lagipun
dah malam ni. Budak berdua tu pun dah balik. Risau pulak aku nak tinggalkan kau
sorang-sorang ni.” Tinie mula memberi ceramah percumanya.
“Daripada kau bagi ceramah free kat sini lebih baiklah
kau pergi cepat. Selama ni bukan aku tak pernah balik lambat pun. Kau janganlah
risau, kejap lagi aku balik.” Melia berjanji kepada Tinie yang dia tidak akan
pulang lewat.
“Okay, aku pergi dulu…bye. Apa-apa call.” Tinie
berjalan meninggalkan Melia dan melangkah keluar dari kedai.
Setelah Tinie hilang dari pandangannya, Melia
menyambung kembali kerja-kerjanya. Sesekali tangannya mengurut perlahan
tengkuknya. Melia melihat jam di pergelangan tangannya. Hmm dah pukul 8.30
malam. Penatnya rasa hari ni. Apabila terpandangkan beberapa kotak yang masih
belum di usik, Melia mengeluh perlahan. Sambung esok ajalah, Melia berkata di
dalm hati.
Melia berhenti dari menyusun novel dan berjalan menuju
ke bilik pejabatnya. Setelah mengemas meja kerjanya, Melia mencapai sling begnya
dan menutup suis lampu bilik. Setelah menutup pintu bilik pejabat dan memastikan
semua suis lampu sudah di padamkan Melia
berjalan menuju ke pintu kedai. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Ish!
Kenapa rasa lain macam pulak ni. Sedang Melia mengunci pintu kedainya,
tiba-tiba dia merasakan seseorang berdiri di belakangnya.
aduyai ... mula2 jew dah geram nie..
ReplyDeleteKenapa geram pulak lynn...
DeleteArrrrrr best3,,,,, sambung lagiiii
ReplyDeleteNursyafika......nanti k sambung
Deletehahahaa.... ryan my sexy bad boy.... gediks la melia ni... xmahu konon.... bestzzz sangatzzz
ReplyDelete.................zm................
Zm......tq
Deletehaishhh... tergantung la plak...
ReplyDeletesis sambung n3 byk2 sikit..
semangat nk baca ni..ekekekek
~~~eliza elza~~~
Eliza...insyallah akan di sambung...
Deletebestt..akak suka klu crite yg ncn brutal sikit..gudjob sis!!
ReplyDeleteThank you sis Maizatul Azlina.....muaaaahhhhsss
Delete