Thursday 7 June 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 1


“Ish…lembab betullah perempuan ni nak sampai.” Arianna mula membebel bila time yang dijanjikan tidak ditepati. “ Perut aku ni dahlah mula berdondang sayang, si Arissa ni pulak dok terhegeh-hegeh” Bisik hati kecil Arianna lagi.

            Hampir sejam Arianna berdiri di hadapan Secret Recipe, AEON Tebrau City menantikan kedatangan member baiknya, Arissa bersama dengan boyfriendnya Ben. Naik angin Arianna dengan dua manusia yang tidak menepati masa ni.

            Sedang Arianna membelek-belek dengan tekun Blackberrynya sambil tersenyum-senyum sendiri macam orang dah terkena sawan, akhirnya sampai jugak orang yang dinanti-nantikan.

            Dari jauh Arianna dapat melihat kedatangan Arissa bukan berdua tapi bertiga. “Wah! Ini boleh dijadikan sumber inspirasi selepas seharian kena marah dengan ‘boss’ kat office tadi.”  Arianna berkata di dalam hati.

            “Wait…wait, who is the handsome guy with them?” Handsome la pulak mamat tu. Ish gatalnya. Mulalah penyakit miang Arianna datang semula. 

            Apabila mereka sampai di depan Arianna, Arissa terus memperkenalkan si mamat handsome tu kepadanya.

            “Hai Arianna, sorry we all lambat sikit., we all pergi fetch mamat yang suka menyibuk ni. So Arianna, this is our friend Iqram. Iqram, meet my best friend forever, Arianna.” 

            “ Hai, Iqram, nice to meet you.” Jantung Arianna mula berdegup kencang sambil control ayu. Ayu ke?.
           
            “ Hai, Arianna, nice to meet you too.”

            Aduh, sedapnya suara dia. Hmmm confirm tidur lena malam ni. Eh sebelum ni tak lena ke.

            Arianna terus tersenyum lebar sambil memberi isyarat mata kepada Arissa, supaya bercerita dengan lebih lanjut pasal si Iqram tu. Ish lebih lah pulak Arianna ni. Adeh.

            “ Jomlah guys, kita makan dulu. Arianna is starving.” Arissa sengaja nak mengenakan Arianna.

            “ Wei, apsal aku pulak, bukan kau ke yang dah tak sabar nak makan.” Arianna mulalah tidak puas hati.

            Tanpa membuang lebih banyak masa, kami semua terus masuk ke dalam Secret Recipe. Tapi tangan Arianna pantas menarik lengan Arissa sehingga badannya terdorong ke belakang sedikit. Mereka berjalan perlahan-lahan di belakang dua jejaka Malaya.

            “ Wei….kau ni apa kes pulak main tarik-tarik ni,” teriak Arissa.

            “ Ish, kalau ye pun slow la sikit volume kau tu.” bisik Arianna.

            “ Ha…apa kes….cerciter, cerciter.” Arissa mula mengajuk Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

            “Takdelah…Cuma a bit curious. As far as I know, kau tak pernah pun mention kat aku pasal si Iqram tu.”

            “ Memanglah aku tak pernah mention, sebab dia bukan kawan aku. Dia member Ben. And for your info Miss Arianna, dia baru je balik dari oversea. Hmmm puas hati.”

            “ Eh mana boleh puas hati lagi, dah ada girlfriend ke, ada wife ke, ada skandal ke…..cuba mai habaq kat aku.”

            “ Yang kau ni dah macam Desperate Wives je aku tengok, apa kes?”perli Arissa

            “ Ish…mulut kau ni kan memang takde insurans kan.” balas Arianna.

            “ Dahlah…kita makan dulu. Lepas tu balik tidur. Aku penat la, hari ni banyak kerja kat opis.”

            “ Eh, bukan tadi janji nak tengok movie ke? “

            “ Erk….bila pulak aku buat janji macam tu ek? “ Arissa buat muka blur.

            “ Hehehehe…..just try my luck, mana tau kau nak pergi tengok movie ke lepas ni.” 

            Arianna memang sure si Arissa ni takkan nak pergi punya tengok movie kalau malam hari bekerja walaupun esoknya hari tak bekerja, muka pun dah macam tapai basi. Isk tak baik tau betul si Arianna ni. Dia lah kawan aku yang sanggup bertahan with all of my attitude.

            Setelah mendapat tempat duduk masing-masing, seorang waitress pun datang sambil menghulurkan menu dan berlalu pergi .

            Arianna, Arissa, Iqram dan Ben sudah mula menilik satu persatu menu tersebut dan membuat pesanan. Setelah itu, Ben mula menyambung perbualan dengan Iqram tentang bisnesnya. “Time makan pun nak bincang pasal kerja” gerutu hati Arianna. 

            Hmmmm sungguh membosankan, Arianna pun apa lagi laju je mengeluarkan Blackberrynya dan ber’bbm’. Arissa mula buat muka denganku kerana dia tidak mengendahkannya dan tidak menggemari bila Arianna mula ber”bbm”.

            “ Eh…Arianna, kalau tak mengadap BB kau tu satu hari agak-agak boleh mati ke?” Arissa mulalah mengeluarkan ayat-ayat cintanya pada Arianna.

            “ Alah yang kau sakit hati sangat tu kenapa? Bukan kau pun ada ke?”

            “ Memanglah aku pun ada, tapi takdelah 24 jam pun nak mengadap benda tu. Dahlah tu, simpanlah BB tu, naik menyampah aku tengok.”

            “ Ya lah, ya lah……demi kau tau ni, aku letak tepi sekejap.” Arianna pun meletakkan di atas meja BB kesayangannya itu. Arianna sempat melihat sekilas kepada Iqram yang mengerling sedikit ke arahnya apabila dia meletakkan BB-nya di atas meja. 

            “ Uiks…apa kes ya tengok-tengok aku punya BB? Kenapa Mr. Iqramku sayang, wanna my pin number ke? Hehehe…” Arianna yang perasan ni hanya bertanya di dalam hati.

            Arianna baru sahaja hendak memulakan perbualan dengan Arissa, tetapi terbantut apabila seorang pelayan mula membawa pesanan makanan ke meja kami. Sebelum memulakan makan, Iqram dengan rela hati membaca doa makan. Hmmm rela ke? Atau nak control macho depan dua orang Perempuan Melayu Terakhir ni. Adoi! Anak siapalah yang mula perasan terlebih ni? Lebih lama aku mengadap si Iqram ni, lagi huru-hara hormon dalam badan aku ni. Ish! Cepatlah sikit masa berlalu. Tapi sedapnya suara dia. Setelah itu kami pun mulakan santapan sambil diselang selikan dengan borak kosong. 

            “ So Arianna, sekarang ni you tengah buat apa?” Iqram memulakan soalan yang dituju khas kepada Arianna.

            “ Tengah buat apa? I tengah makan lah ni…” Arianna menjawab selamba. Tapi betullah kan apa yang aku jawab tu. Dalam hati dah berdekah-dekah aku ketawa. Jahatnya aku ni kan.

            “ Ish…Arianna, kau ni memang suka betul jawab macam tu.” Arissa menunjukkan tidak puas hatinya pada Arianna.

            “ Betul apa aku jawab tu.” balas Arianna.

            “ I taulah you tengah makan. What I mean is what are you doing for a living? Dah kerja ke or masih study?” Iqram bertanya kembali. 

            “ Oh, kalau pasal tu….I dah kerja…kalau tak kerja, harta siapa pulak yang I nak habiskan.” Isk kenapalah aku boleh jawab macam tu. Hmmm something is very wrong with me today.

            “ Arianna ni memang macam ni Iqram, so kau janganlah ambil hati dengan jawapan dia yang memang menyakitkan hati tu.” Ben tiba-tiba menyampuk.

            “ Mr Ben, did I say something wrong or when is it I ever hurt you?” Arianna menjeling kepada Ben.

            “ It’s ok, no heart feelings.” Iqram bersuara.

            “ See…Mr. Ben, you aje yang terasa lebih-lebih.” Arianna menjawab sinis.

            Hampir satu jam baru kami selesai menghadap makanan. Bila dah kenyang ni mulalah aku ni, nak bergerak pun malas. Kalau boleh nak suruh orang dukung je sampai ke kereta. Mata pun dah mula mengantuk.

            “ Okay guys, jomlah balik…I’m really tired today.” Arissa bersuara. 
            Si Arissa ni dia punya penat mengalahkan buat kerja berat pulak. 

            “ Jomlah…eh kau ni nak balik dengan siapa Arissa? Nak suruh Ben hantar ke nak balik dengan aku sekali?” Arianna bertanya pada Arissa.

            “ Dengan kau ajelah. Ben mesti nak melepak lagi dengan si Iqram tu.”

            “ Okay.” Arianna menjawab sepatah.

            Kami pun mula bangun dan bergerak keluar dari Secret Recipe dan mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta. Arissa berjalan beriringan bersama dengan Ben. Ish ni yang lemah ni. Habis aku ni nak jalan dengan siapa lagi kalau bukan Iqram. Hai-lah hati, bawak-bawaklah bersabar ya. Jangan kau terkeluar sudah. 

            “ Dah lama ke you guna BB?” Iqram bersuara setelah seketika kami berjalan bersama.

            “ Takdelah lama…takdelah baru sangat.” Wei apa punya jawapanlah. 

            “ So…can I have your BB pin number then?” Aku terpaksa menahan diri dari melompat suka apabila Iqram bertanyakan soalan itu. Sabar ya Arianna. Control please.

            “ What for? I mean…do you use BB?” cewah what for konon. Menggedik betul.

            “ Yes, I’m using it now?” Iqram berkata sambil mengeluarkan BB-nya dari kocek seluarnya.

            “ Wah! New model eh?”

            “ So…”

            “ So?” Arianna bertanya sambil menaikkan sebelah keningnya, ala-ala penyanyi Ziana Zain tu.

            “ Your pin numberlah, sayang. Slow pulak you ni.” Erk…aku ni tak salah dengarkan. Buat tak tahu ajalah Arianna. Dia saja je tu. Jangan perasan okay.

            
“ Okay ke you guna model tu….I rasa macam nak tukar jugaklah BB I ni.” Arianna cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka kerana dia rasakan terlalu cepat untuk Iqram berada dalam hidupnya walaupun hanya sebagai kawan. 
           
            “  So far okay aje. Kenapa you nak tukar pulak BB tu? ” Iqram bertanya kepada Arianna.

            “ Saja je nak tukar….tengok model baru keluar ni rasa macam best pulak.”

            Kami meneruskan berjalan ke tempat membayar parking. Kebetulan aku dan Ben memarkirkan kereta di tempat yang sama. Arianna dapat melihat riak muka Iqram yang sedikit terkejut apabila melihat kereta yang dibawanya. Mesti dalam kepala Iqram tu bermacam-macam persoalan yang timbul. Lantaklah apa yang dia nak fikir.

            “ Okay, see you around Arianna and really nice meeting you. But your pin number mana?” Sempat lagi Iqram bertanya mengenai hal tersebut.

            “ Try to get it by yourself but not from me. And really really nice meeting you.” Arianna berkata perlahan sambil tersenyum. Isk terasa macam nak cium pipi awak ajekan Iqram. Anak siapalah ni. Oi! Sudah-sudahlah tu berangan Arianna. Wake up, please.

            “ Okay B, nanti sayang sampai rumah, sayang call okay.” Arissa berbicara dengan Ben. Arianna mulalah membuat memek muka macam nak muntah. Eleh nak muntah ke jeles. Yalah siapa nak panggil kau sayangkan. Sedih sungguh rasa.

            “ Okay sayang.” Ben menjawab. Arianna memandang Ben sambil mencebik. Yalah aku tahulah kau sayang kat dia Ben.

            “ See you Arianna.” Ben berkata pada Arianna.

            “ See you Ben.”

            Arianna dan Arissa mula masuk ke dalam kereta. Belum sempat Arianna masuk, terdengar Iqram bersuara.

            “ Drive safely, okay. And I’ll make sure I’ll get your pin number.”

            “Well good luck then.” Arianna berkata sambil tersenyum dengan rasa berlagaknya tapi rasanya dia berhak untuk menjual mahal pada Iqram kerana tak naklah nampak macam perempuan yang lebih teruja daripada lelaki.
           
            Kemudian Arianna terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Dan mereka terus keluar dari ruang parking AEON Tebrau City.


P/s: Trying to do something different.......enjoy reading this to whoever that read.......muaaaahhhhhsss

8 comments:

  1. wee... sweetny Iqram..
    hehehe..
    confirm iqram akan jadi buah hati aku yg seterusnya.. hahahah...

    ReplyDelete
  2. Thank you for liking him Ms Tie Tinie.............

    ReplyDelete
  3. aku rasa macam muda 20 thn bila baca, hehe

    ReplyDelete
  4. boleh tak tolong carikan pakwe cam si Iqram tue utk saya.. please cepatkan keluaran novel nie.. sebab tak suka baca kat blog.. pening nak skroll down & up..hehehehe .. really falling in love....

    ReplyDelete
  5. hehehehe... style adriana bercakap sebijik penulis dia ar.... suker2..

    ReplyDelete