Arianna hanya diam seribu bahasa. Di dalam kepalanya masih
lagi terbayangkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Ish! Macamana nak main
bowling ni kalau fikirannya tidak menentu. Fokus Ariana, fokus. Jangan di
fikirkan sangat. Nanti kau tahu jugak jawapannya. Aduhai nak tunggu tahu
jawapan tulah yang akan membuatkan keadaan akan bertambah huru-hara.
“ So
sayangku, nak main berapa game ni?” Daniel bertanya secara tiba-tiba.
Arianna
segera menoleh kepada Daniel dan dia perasan yang ‘the boys’ yang lain semuanya
sudah sampai. Bila mereka sampai pun dia tak pasti. Tulah asyik memikirkan
sangat hal tadi sampai mereka datang pun Arianna tidak bertegur sapa lagi.
“ Macam
biasa ajalah.” Arianna menjawab pertanyaan Daniel tadi. Lantas Arianna pergi
mendapatkan ‘the boys’ dan bersalam dengan mereka.
“ Eh korang
ni kalau datang tak pernahnya cepat ek. Apa nak kena make-up dulu ke?” Arianna
bertanya kepada Zack, Syed dan Syam.
“ Ala relaxlah makcik, ni kan dah sampai.” Syed
menjawab bagi pihak mereka semua.
“ Eh
Arianna, tu siapa?” Zack bertanya sambil memuncungkan bibir kea rah Iqram.
“ Tu bakal
boyfriend aku. So korang jangan cuba
nak goda ya.” Arianna berkata sambil tergelak-gelak.
“ Wei! Kau
ingat kita ni speisis apa nak goda dia pulak. Sengal betul.” Syam tiba-tiba
bersuara.
“ Ala aku bergurau senda
pun tak boleh ke? Yang kau terlebih rasa ni kenapa Syam? Datang bulan ke?”
Arianna masih lagi mahu menyakat Syam sambil ketawa. Hmm hilang sudah
persoalan-persoalan yang berada dibenaknya kini. Kehadiran mereka amat
disenangi oleh Arianna.
Iqram hanya
memerhati tingkah laku Arianna bersama rakan-rakan lelakinya yang lain. Ada sesuatu yang mengusik
hatinya. Takkanlah cemburu pulak. Sedangkan mereka baru sahaja berjumpa. Iqram
merasakan Arianna sangat susah untuk didekati. Tapi apabila melihat betapa
mesranya Arianna dengan rakan-rakan lelakinya membuatkan dia berasa sedikit
cemburu.
“ Dah…jom,
kita borak sambil main bowling. Nanti kalau berbual aja sampai tahun depan pun
tak habis.” Arianna berkata lantas memusingkan badannya menghadap Daniel dan
Iqram. Arianna terkaku seketika apabila mendapati Iqram merenungnya. Ish!
Janganlah main renung-renung macam tu Iqram. Arianna cepat-cepat mengalihkan
pandangannya. Nanti kalau pandang lama-lama mahu dia bertindak di luar batas
pulak. Sabar ya wahai Cik Arianna.
Mereka
kemudiannya mengadakan sesi suai kenal dengan Iqram. Arianna hanya mendiamkan
diri. Malas hendak mengganggu sesi suai kenal tu. Selalunya Arianna tidak
begini. Tingkah laku Arianna menjadi perhatian Daniel. Daniel juga merasakan
yang Arianna berada di luar kebiasaan dirinya. Selalunya Ariannalah orang yang
paling kecoh bertanyakan itu dan ini jika ada member baru yang bersama mereka.
Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja.
“ Hari ni kan kenapa ada orang tu
macam terkena sampuk aja.” Daniel berkata sambil memandang Arianna. Tapi
ternyata Arianna seperti berada di tempat lain. Hanya dirinya saja yang berada
di sini. ‘The Boys’ juga turut menoleh kepada Arianna.
“ Wei! Kau
ni apa kes pulak? Daripada tadi termenung sana
termenung sini.” Syed menyergah Arianna.
“ Huh?!”
Arianna terkebil-kebil apabila di sergah oleh Syed. Aduh! Macamana aku boleh
berangan tak habis ni. Arianna berkata di dalam hati.
“ Sorry
guys. Dah jomlah kita start. Cepat habis cepat sikit aku boleh balik.” Dan
cepat jugak aku boleh stabilkan jantung aku ni, sambung Arianna di dalam hati.
“ Hmm
memang peliklah aku tengok kau hari ni Arianna.” Syam pulak bersuara.
“ Apa yang
pelik pulak?”
“ Mana tak
pelik. Selalunya kaulah orang yang paling last balik. Itupun lepas kitorang ni
paksa kau balik. Kalau tak paksa balik mau tidur dalam kereta.” Syed
menambahkan lagi perisa. Riak muka Arianna sudah berubah sedikit. Malu, marah,
geram dan macam-macam rasa yang dia rasakan sekarang ini.
“ Guys
please. Cukup-cukuplah tu. Nanti pusat bowling ni bertukar jadi apa pun tak
tau. Kali ni bukan ribut aje yang datang. Mau puting beliung terus.” Tiba-tiba
Iqram menyampuk bersama senyuman mengusik yang sudah pastinya ditujukan khas
untuk Arianna.
Wah! Lelaki
ini makin berani mengenakan diri Arianna. Ini nak melancarkan perang ke apa.
Arianna hanya mampu menjeling sekilas ke arah Iqram. Arianna malas hendak
menyerang balas kata-kata Iqram. Baginya belum masanya lagi atau sebenarnya dia
tidak mahu berbuat begitu kerana lelaki ini sudah mengusik sedikit hatinya.
Setelah itu
mereka pun memulakan permainan bowling. Arianna berasa sedikit tidak selesa
kerana dia merasakan setiap gerak-gerinya menjadi perhatian Iqram. Walaupun
begitu Arianna masih mampu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dalam
hati hanya Tuhan saja yang tahu perasaanya bagaimana. Rasa mahu sahaja dia
balik ke rumah. Bertahanlah Arianna.
Setiap kali
balingan bola bowling berjaya menjatuhkan kesemua pin yang ada, Arianna akan
ber’high five’ dengan mereka semua kecuali Iqram. Reaksi Arianna telah
membuatkan Iqram berasa sedikit cemburu. Arianna juga dapat merasakannya
daripada reaksi wajah Iqram.
Akhirnya
tamatlah permainan bowling mereka. Mereka pun mengemaskan barang masing-masing.
Setelah itu mereka pun melangkah keluar daripada pusat bowling tersebut. Dalam
pada itu sempat juga si Iqram mengambil beg bowling Arianna untuk dibawanya
sehingga ke kereta Arianna.
“ What are
you doing?” Arianna bertanya kepada Iqram kerana sedikit terperanjat dengan
aksi lelaki tersebut.
“ Biar I
bawak beg you. Lagipun beg ni berat. I taknaklah you cedera pulak nanti.” Iqram
menjawab perlahan.
“ Hmm suka hati youlah.” Arianna kononnya
malas nak layan tetapi dalam hati dah terloncat-loncat kesukaan.
Daniel
mengajak mereka makan tengahari di sebuah restoran yang terdapat berhadapan
dengan Danga Bay. Arianna pada mulanya rasa serba salah kerana dia merasa
seperti tidak cukup oksigen saja bila terpaksa berdepan dengan Iqram. Tetapi setelah
dipujuk oleh ‘the boys’ akhirnya dia mengalah juga.
Sampai di
kereta, Arianna segera membuka bonet bagi memudahkan Iqram meletakkan beg
bowling di situ.
“ Thanks
Iqram.”
“ For you
sayang, anything.” Iqram menjawab sambil mengenyitkan matanya ke arah Arianna.
Setelah itu dia terus berlalu mendapatkan Daniel. Kalau diikutkan rasa hatinya
mahu sahaja Iqram menaiki kereta bersama Arianna kerana dia tahu gadis itu
datang berseorangan tadi.
Aduhai En.
Iqram janganlah buat hatiku ini berdebar-debar. Sudah tidak sanggup rasanya
untuk mempertahankan apa yang dia rasa daripada pengetahuan Iqram. Sabarlah
wahai Arianna. Takkan lari gunung dikejar. Memanglah gunung tu tak lari, yang
larinya tu manusia. Aduh! Ada-ada aja si Arianna ni.
Setelah itu
mereka masing-masing menuju ke tempat yang telah di cadangkan oleh Daniel.
Arianna hanya memandu seorang diri. Buat masa ini dia perlukan masa untuk
bersendirian walaupun perjalanan ke Danga Bay itu tidaklah jauh mana.
Arianna
sengaja memandu keretanya dengan perlahan. Mahu sahaja dia balik ke rumah
terus. Tetapi memandangkan yang dia sudah berjanji dengan ‘the boys’ yang dia
akan menyertai mereka, maka dia pergi juga dengan hati yang tidak keruan.
Arianna
merupakan orang yang terakhir sampai di restoran tersebut. Setelah meletakkan
kereta di tempat letak kereta yang disediakan, Arianna keluar dari keretanya
dengan langkah yang amat perlahan sekali. Setibanya di dalam restoran itu,
Arianna meliarkan matanya mencari di mana mereka duduk.
Apabila
Arianna menghampiri meja mereka dia dapati hanya satu tempat duduk sahaja yang
belum diduduki. Arianna terpaksa duduk di antara Iqram dan Daniel kerana hanya
kerusi itu sahaja yang kosong. Tentu ini kerja ‘the boys’ ataupun kerja Iqram. Ariann
mengerling sekilas ke arah Iqram dan lelaki itu seperti menyembunyikan senyuman
yang terukir dibibir. Sah! Ini mesti kerja dia. Arianna mendengus di dalam
hati. Argh! Geramnya dia rasa.
Arianna and
‘the boys’ menikmati makanan masing-masing sambil berbual dan bergurau senda. Telatah
Arianna di meja makan pun menjadi perhatian Iqram. Iqram berasa cemburu apabila
Arianna asyik berkongsi makanan dan minuman bersama mereka. Kelihatan hubungan
mereka dengan Arianna sangat rapat. Hmm dia kena membuat sesuatu agar dirinya
diberi perhatian yang sama oleh Arianna.
Sedang
Arianna ingin mencapai gelas minumannya, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang
terlebih dahulu mencapainya dan dengan selamba orang itu menyedut airnya
sehingga tinggal setengah gelas. Mulut Arianna hamper saja ternganga setelah
mendapati Iqram yang mengambil minumannya.
“ That’s my
drink, you know?” Arianna bercakap agak perlahan dan dia tidak mahu yang lain
mendengar sekiranya dia naik angin sebentar nanti.
“ I know.”
Iqram menjawab selamba.
“Habis tu
kenapa you minum jugak.”
“ Well,
miss Arianna…sharing is caring.” Iqram sengaja ingin melihat sejauh mana
kemarahan Arianna.
“ What?!!”
suara Arianna sedikit meninggi. Dalam hati Arianna sudah berbuku-buku menahan
geram. Aduh! Kenapalah mamat sorang ni boleh buat aku hangin satu badan ni. Relax
Arianna. Jangan bertindak di luar kewarasan kau. Control ayu sikit. Nak control
ayu apanya lagi kalau dia dah mula buat aku geram. Nasib baik ‘the boys’ tak
perasankan mereka. Arianna terus menjeling Iqram dengan wajah yang sememangnya
nampak tersangat marah. Arianna menyambung makan makanannya dengan perasaan
yang sedikit panas.
“ Arianna,
what’s wrong?” Daniel bertanya kepada Arianna apabila mendapati riak muka
Arianna sedikit berubah seperti menahan marah.
“ Nothing
Daniel.” Arianna menjawab pendek.
Nak tak nak
Arianna terpaksa juga menghabiskan baki minumannya yang tinggal separuh itu.
Arianna dapat lihat dengan jelas yang Iqram melihatnya sambil tersenyum. Ish! Ada
jugak yang kena backhand ni, getus Arianna.
Arianna
meminta diri untuk pulang ke rumah apabila mereka semua selesai menghabiskan
makanan masing-masing. Hari pun telah menginjak ke petang. Elok sangatlah kalau
dia dapat pulang ke rumah dan merehatkan badannya yang terasa kepenatan
seteleah seharian keluar. Lagipun esok merupakan hari bekerja.
“ Okay,
guys see you around soon.” Lantas Arianna bersalaman dengan mereka semua, tidak
terkecuali Iqram juga. Takkanlah dia tidak mahu bersalam dengan Iqram, nanti
timbul pula syak wasangka di dalam kepala ‘the boys’ tu.
Daniel dan
Iqram menghantarnya sehingga ke keretanya. Macamlah aku ni tak boleh berjalan
sendiri ke kereta. Tapi setelah mengenali Daniel sekian lama, Arianna pasti
lelaki itu tidak akan sama sekali membenarkan Arianna berjalan seorang diri.
“ Drive
safely okay Arianna, love you.” Daniel berkata kepada Arianna
“ I will
Daniel, bye…love you.” Arianna membalas kata Daniel.
“ Love you
too.” Tiba-tiba Iqram menyampuk sambil tersenyum.
P/s: thank you for reading this……..muuuaaaahhhhhssss
No comments:
Post a Comment