Sampai saja ke tempat yang telah dijanjikan, Arianna
terus meletakkan keretanya di tempat yang telah disediakan. Hmm nasib tak
banyak kereta hari ni, selalunya pada hujung minggu begini pasti tempat bowling
ini sudah dipenuhi ramai. Mungkin hari masih awal lagi.
Dari dalam kereta Arianna
meninjau-ninjau kawasan sekitar mencari kereta-kereta ‘the boys’. Tapi satu
kereta pun dia tak nampak. Dia yang cepat sampai atau salah time ni.
Sedang berkira-kira mahu
menelefon salah seorang dari ‘the boys’ tu, Arianna terpandang kelibat sebuah
kereta yang dikenali masuk ke tempat meletak kereta pusat bowling itu. Hmm
panjang pun umur si Daniel ni. Tapi macam pelik pulak, selalu Daniel orang
pertama yang akan sampai kalau ada sebarang’social meeting’ yang akan diadakan.
Mungkin dia ada hal kot, Arianna membuat andaian sendiri.
Arianna
keluar daripada kereta dan membuka bonet kereta untuk mengambil bowling bag.
Setelah itu Arianna terus menuju ke arah kereta Daniel untuk mendapatkan lelaki
itu.
Baru
beberapa tapak melangkah dari keretanya, Arianna terhenti apabila terpandangkan
seseorang yang melangkah keluar dari kereta Daniel.Ya Allah! Apa Iqram buat kat
sini? Kenapa dia ada bersama dengan Daniel? Bukan ke dia sepatutnya ikut Arissa
dengan Ben? Apa kena mengena dia dengan Daniel? Bertalu-talu soalan yang keluar
dari dalam fikiran Arianna. Takkan nak patah balik. Aduh! Macamana ni. Relax
Arianna, tarik nafas dalam-dalam okay. Cool. Jangan biar Iqram tengok kau dah
menggelabah semacam. Mahu tak gelabah, jantung ni dah macam rasa nak terkeluar
aja ni. Arianna berpatah balik ke keretanya dan terus membuka bonet kereta
seolah-olah tertinggal sesuatu. Hmm bijakkan.
Iqram hanya
bersandar di tepi kereta Daniel dengan sebelah tangannya di masukkan ke dalam
kocek seluar jeansnya sambil menantikan Daniel mengeluarkan barang daripada
bonet kereta. Janganlah buat pose macam tu Encik Iqram. Aduhailah hati ini,
bawa-bawalah bersabar.
Setelah itu
Arianna terus menutup bonet kereta dan kakinya melangkah ke arah Daniel dan
Iqram.
“ Hai!
sayangku Arianna.” Ish! Si Daniel ni time nilah nak bersayang-sayang dengan aku
pulak. Tapi aku dengan Daniel pun memang selalunya macam tu pun. Arianna tahu
yang Daniel memang menyukainya dari dulu lagi. Tapi nak buat macamanakan, kalau
dah hati ni tak boleh nak terima si Daniel tu.
“ Hai! My
love Daniel.” Arianna hanya mengikut rentak Daniel. Arianna dapat melihat
sedikit kerutan di wajah Iqram. Dalam hati Arianna tersenyum suka apabila
melihat perubahan wajah Iqram. Hmmm mesti dalam fikiran Iqram itu telah terdapat
bermacam version mengenai hubungan Arianna dengan Daniel. Fikirlah Iqram.
Jangan otak tu terkeluar dari kepala sudah.
“ And
Arianna meet my friend Iqram.” Daniel memperkenalkan Iqram kepada Arianna
macamlah mereka itu tidak mengenali antara satu sama lain.
“ Actually
Daniel, we’ve met before and we’ve dinner yesterday…together.” Iqram mencelah
sambil tersenyum-senyum
Ish! Sibuk
betul si Iqram ni menjawab. Cakap je lah belum kenal. Si Daniel ni bukannya
boleh kalau ada member-member dia yang dah kenal dengan aku ni. Nanti mulalah
sesi orientasi akan bermula.
“ Really!
Well, what a surprise? Si Arianna ni bukannya senang kau nak ajak date.” Daniel
berkata kepada Iqram tetapi wajahnya di halakan kearah Arianna dengan kening
terangkat seolah-olah bertanya kepada Arianna ‘What’s going on?’
“ Actually
we had dinner with my friend Arissa and Ben…not just the two of us okay.”
Arianna mulalah rasa sedikit menyampah dengan Iqram. Tapi menyampah sayang
gitu.
“ So Iqram,
you kenal Arissa dengan Ben ke?” Daniel bertanya pada Iqram.
“ Yup. I
rapat dengan Ben.”
“ Oh!.”
Daniel berkata sepatah
“ So
sayangku Arianna, kenapa susah sangat nak jumpa you sekarang ni? Kalau I tak
beria-ia buat game harini, memang payahlah nak nampak batang hidung you tu.” Daniel
bertanya dengan rasa tidak puas hati.
Memang
benar kata Daniel. Sejak kebelakangan ini memang Arianna sedikit sibuk. Sibuk
dengan apa, itu memang tidak dapat dipastikan. Bukannya sibuk pun Cuma malas
nak keluar rumah. Duduk melepak aje dekat rumah.
“ Ala
relaxlah sayangku, nikan I dah datang. Eh! Mana yang lain. Tak nampak bayang
pun lagi. Masing-masing bersiap
mengalahkan anak dara.” Arianna mula membebel.
“ Jomlah
kita masuk dulu. Kejap lagi diorang sampailah tu. Si Arianna ni pun bukannya
boleh duduk lama-lama berpanas kat luar ni. Nanti mulalah angin monsun semua
tiba.” Daniel berkata sambil tergelek-gelak. Arianna mengerling Iqram sekilas
dan mendapati lelaki itu pun turut sama menggelakkan dirinya.
“ Eh! Tahu
pun you ek Mr. Daniel. Yalah nanti my parents pelik pulak masa I baby dulu
cerah macam bulan mengambang tu and bila dah besar tiba-tiba jadi gelap gelita
pulak.”
“ Dah jom
masuk. Tu baru cakap sikit dah datang ribut. Kalau cakap banyak-banyak nanti
tak tau apa yang datang pulak nanti.” Iqram tiba-tiba menyampuk.
Oh! Lelaki
ini sudah pandai nak mengenakan aku ya. Well let’s see. Arianna berkata dalam
hati. Mereka bertiga melangkah masuk ke pusat bowling tersebut. Sampai saja di
dalam Arianna mendengar jeritan seseorang yang amat dikenali.
“ Arianna!”
Seorang lelaki menjerit dan melambai ke arah Arianna. Arianna yang pada mulanya
rasa agak terkejut terus melebarkan senyuman setelah melihat siapakah gerangan
yang menjerit itu. Arianna mengeluh kecil di dalam hati. Kenapalah terjumpa
time macam ni. Masalah betul. Arianna cuba bereaksi setenang mungkin. Sure kena
lecture lagi ni.
“ Excuse me
Daniel, Iqram. I nak jumpa someone kejap. You guys go ahead okay.” Arianna
berkata sambil memandang Daniel seperti meminta supaya Daniel membawa Iqram jauh
dari situ.
“ Jom
Iqram, kita pergi sebelah sana.” Daniel seperti memahami keadaan Arianna dengan
segera mengajak Iqram pergi dari situ. Hanya Daniel sahaja yang tahu kenapa
Arianna bertindak begitu. Daniel saja yang mengetahui apa-apa saja yang berlaku
dalam hidup Arianna. Mereka berdua memang sangat rapat dan Arianna menberi
kepercayaan yang penuh kepada Daniel.
Dari
kejauhan Iqram masih lagi memerhatikan gerak geri Arianna. Bermacam-macam
persoalan yang timbul di dalam fikirannya. Persoalan semalam pun Iqram masih
belum mendapatkan jawapan, di tambah pula dengan kejadian sebentar tadi. Orang
yang tak pernah kena migraine pun boleh kena kalau asyik memikirkan
soalan-soalan yang belum tentu boleh diperolehi jawapannya.
Setibanya
Arianna di depan lelaki itu, dia tunduk menyalami dan mencium tangan lelaki
tersebut. Kemudian tidak semena-mena lelaki tersebut memeluk Arianna tetapi
tidak lama.
“ What
happened to you? Kenapa dah lama tak balik rumah? Abah miss you a lot, you
know. We’re miss you a lot too, Arianna.” Isqandar bertanya kepada adiknya yang
seorang itu.
Arianna
kelihata serba salah. Lagipun kawan-kawan abangnya ramai yang berada di situ.
Arianna tidak mahu dirinya di lecture oleh Isqandar di hadapan kawan-kawannya.
“ Abang Is,
please…can we talk about this some other time? Nanti Arianna baliklah, okay.”
Arianna mula merayu kepada Isqandar.
“ Promise.”
Isqandar menyuruh Arianna berjanji kepadanya.
“ Promise.”
Arianna berjanji hanya untuk meyedapkan hati Isqandar saja.
“ Okay
Abang Is…I have to go. Really miss you Abang Is. Okay guys, good to see you all
today.” Arianna menegur rakan-rakan abangnya.
“ Come…I
walked you there.” Isqandar berkata kepada Arianna.
“ No!”
Arianna terjerit kecil apabila Isqandar berkata begitu.
“ Why? It’s
Daniel isn’t it? Abang Is pun nak jumpa Daniel jugak, dah lama tak jumpa dia.”
Isqandar memberikan alasan.
“ Okay
Abang Is.” Arianna terpaksa juga membenarkan Isqandar menemaninya ke tempat
Daniel dan Iqram berada. Dalam hati tak tau nak explain macamana dah.
Isqandar
mengiringi Arianna sehingga berhadapan dengan Daniel dan Iqram.
“ Hai
Daniel…Iqram.” Isqandar menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Daniel dan
Iqram.
‘Wait…did
Abang Is mention Iqram’s name?’ Aduh! Ni sudah masuk kes berat ni. Macamana
abang Is boleh kenal pulak dengan mamat ni. Arianna ingin saja bertanya kepada
Isqandar tetapi memandangkan keadaan yang tidak sesuai jadi dia diamkan saja
beribu solan yang berada dalam kepalanya itu.
“ Hai…Abang
Is.” Iqram membalas teguran Isqandar.
“
Isqandar…well long time no see you, man?” lantas Daniel memeluk Isqandar
seperti sudah lama tidak berjumpa.
‘Abang Is”.
Arianna mendengar Iqram memanggil Isqandar dengan panggilan abang. Wei! Ini
memang sudah kes berat. Siapakah Iqram sebenarnya?
“ Nanti
datang rumah Daniel. Dah lama kau tak lepak kat rumah. Ajak Iqram sekali.”
Isqandar mengajak Daniel dan Iqram.
Arianna
sudah tidak terkata. Dia hanya mampu mendengar saja. Arianna pun tak tahu
reaksi wajahnya macamana sekarang ini. Rasa macam hendak mengajak Isqandar
pergi ke tempat lain supaya senang dia bertanyakan pasal Iqram. Tapi nanti
nampak macam desperate sangatlah pulak. Jadi dia hanya membisu seribu bahasa,
macam ayam berak kapur pun ada juga.
“ Okay…I
will Isqandar.” Daniel hanya menjawab pendek.
“ Okay, got
to go. And please watched her Daniel.” Isqandar member pesan kepada Daniel
supaya menjaga Arianna. Hmmm macamlah Arianna tu budak kecil lagi. Kemudian
Isqandar memeluk Arianna sebelum dia melangkah meninggalkan mereka.
“ Take
care, okay. I love you.” Isqandar berkata kepada Arianna
“ I love
you too, Abang Is.” Arianna hanya mampu memandang Isqandar melangkah pergi meninggalkan
mereka untuk bersama-sama dengan rakan-rakannya. Fikiran Arianna sudah terbang
hilang entah kemana. Ini semua gara-gara kejadian yang berlaku sebentar tadi.
P/s: Hope you will enjoy reading it as much as I've enjoy writing it..................muaaahhhhhssss
urmmmm... misteri... misteri...
ReplyDeleteHehehe
Delete