Jam sudah
menunjukkan hampir ke waktu lunch. Daniel mengerling sekilas ke arah tempat
duduk Arianna dan daripada pagi lagi Daniel mendapati yang tingkah Arianna
sedikit pelik. Tidak seperti seperti selalu lagaknya. Mesti ada sesuatu yang
berlaku, kalau tak takkanlah sepanjang hari perempuan tu senyap sepanjang hari.
Selalunya mulut dialah yang paling bising di office ni, Daniel membebel
sendiri.
Daniel mula
mengemas mejanya yang sedikit berselerak dan mula mengatur langkah ke tempat
duduk Arianna. Hmm nampak sangat fikiran si Arianna ni berada di luar kawasan
yang sewaktu dengannya. Yalah selalunya belum lagi waktu lunch dialah orang
yang akan terpacak di hadapan meja Daniel. Nampak gayanya aku kena siasat jugak
apa yang telah berlaku, Daniel masih rasa tidak puas hati.
Setelah
sampai di meja Arianna, Daniel terus saja duduk di sisi meja.
“Ehem!”
Daniel berdehem agak kuat sehingga menyebabkab Arianna sedikit tersentak.
“ Ish! You
nikan Daniel. Suka sangat buat I terkejut. Macam ni hari-hari…confirm I dah masuk wad kat hospital tu.” Arianna bekata dengan rasa tidak puas hati.
“ Dah tak
nak pergi lunch ke sayangku?” Daniel bertanya kepada Arianna.
“ Hah?!”
Ish! Kalau ya pun Arianna janganlah nampak sangat kau ni gelabah semacam bila
Daniel bertanyakan pasal lunch tu. Relax okay.
“ You ni
kenapa? Daripada pagi I tengok lain macam aje.” Daniel mula ingin membuat edisi
siasat terhadap Arianna.
“ Lain
macam apa. Mana ada. I macam biasa je.” Arianna masih lagi ingin menidakkan
kebenaran pada kata-kata Daniel itu.
“ Takpelah
kalau macam tu. Jom kita pergi lunch, I dah lapar ni.” Daniel masih lagi
mengajak Arianna.
“ Ermm…you
turun dulu, nanti I datang kejap lagi okay.” Arianna masih lagi ingin berdalih.
“ You are
so weird today Arianna.” Daniel berkata sambil merenung muka Arianna.
“ Are you
having a lunch date today?” Daniel bertanya pada Arianna.
“
Hah?!...Ish! Mana ada and whom I should be dating, Daniel?” Aduh! Arianna you
are really in big trouble. Macam tahu-tahu saja si Daniel yang Iqram hendak
berjumpa dengannya pada tengahari ini.
“ Okay. If
you say so…I tunggu you kat tempat biasa. Jangan lambat.” Daniel mula berdiri
dan mengatur langkah untuk keluar daripada office.
“ Okay.”
Arianna menjawab sepatah. Fuh! Lega. Tapi macamana kalau Daniel nampak iqram
dekat bawah nanti. Aduh! Masak aku macam ni, Arianna mula rasa macam nak lari
aje. Hmm nanti lama-lama Daniel tahu jugak. Ah! Lantaklah.
Arianna
mengambil purse Coach-nya berserta Blackberry dan juga Galaxy Note. Apalah
banyak sangat nak bawak tu ya Cik Arianna. Arianna membelek BB-nya sambil
berjalan menuju kea rah lif. Si mamat ni pun bukannya tahu nak mesej apa-apa
pasal tengahari ni. Entah jadi entah tidak. Arianna mula membebel di dalam
hati. Dia ingat aku ni nak jadi pak pacak agaknya nak tunggu. Tapi yang aku pun
beria-ia sangat tu kenapa. Arianna hanya menggelengkan kepala apabila
memikirkan perkara tersebut.
Setibanya
di bawah, Arianna terus melangkah keluar dengan harapan yang Iqram sudah berada
di situ. Jangan Daniel pun ada sekali sudahlah. Arianna berkata dalam hati.
Arianna
meliarkan mata memandang ke kiri dan kanan untuk mencari wajah Iqram. Hampeh
betul. Itulah yang kau beria-ia sangat percaya cakap dia tu kenapa. Mulalah
Arianna geram. Lepas ni memang tak nak layan dah, tapi sanggup ke kalau tak nak
layan.
Baru sahaja
Arianna ingin melangkah pergi dari situ, dia ternampak sebuah motorbike masuk
ke perkarangan meletakkan kenderaan yang berhadapan dengan bagunan pejabat di
situ.
Wow! Who is
riding that new Ducati Diavel? Hmm very impressive. Arianna hanya berdiri
tempat tadi semata-mata ingin melihat siapakah gerangan yang menaiki motorbike
itu.
Apabila si
penunggang motorbike itu turun dan membuka helmet full face-nya dan memandang
Arianna sambil tersenyum manis, Arianna dengan tiba-tiba menutup mulutnya
dengan tangan. Iqram?! Arianna sudah kehilangan kata-kata. Kenapalah suka
membuat hatiku ini sering mendendangkan rentak yang lintang pukang. Arianna
mengeluh sedikit. Kalau macam ni hari-hari, harus aku melarikan diri daripada berjumpa
dengan dia.
Iqram mula
mengaturkan langkah menuju ke arah Arianna. Arianna hanya memerhatikan gaya Iqram
dari tempatnya berdiri. nasib dia memakai sunglasses Ed Hardy-nya, jadi
takdelah nampak sangat yang dia memerhatikan si Iqram.
“
Assalamualaikum.” Iqram menyapa Arianna apabila tiba di hadapannya.
“
Waalaikumussalam.” Arianna menjawab ringkas.
“ Lama ke
you tunggu?”
“ Lama
jugak, dari semalam.” Ish! Arianna ni. Cubalah jawab tu elok-elok.
Iqram hanya
tergelak kecil apabila mendengarkan jawapan daripada Arianna. Dia sebenarnya
suka pada cara Arianna yang begitu walaupun ada sesetengah orang yang tidak
boleh menerimanya. Padanya Arianna menunjukkan sikapnya yang sebenar. Bukan macam
segelintir perempuan yang suka menyembunyikan keadaan diri mereka sebenar.
“ Jomlah,
nanti lambat pulak you masuk office.” Iqram mengajak Arianna.
Terdapat sepasang
mata yang memerhatikan gelagat Arianna dan Iqram dari tempat yang tidak berapa
jauh. Hatinya berasa sungguh sakit apabila melihatkan kemesraan yang dipamerkan
oleh pasangan itu. Hmm sudah ada mangsa terbaru ya Miss Arianna. Dia terus saja
melangkah ingin mendapatkan Arianna dan dia juga tidak peduli akan apa yang bakalterjadi seterusnya.
“ Hai!
Sayang.” Lelaki itu menyapa dan tanpa memikirkan keadaan sekeliling terus saja
memeluk Arianna.
Arianna
tergamam dengan tindakan lelaki tersebut lantas dia menolak kuat sehingga
lelaki itu terdorong ke belakang sedikit. Hatinya sungguh sakit apabila
sewenang-wenangya diperlakukan sebegitu di tempat terbuka apatah lagi di
hadapan Iqram. Nanti apa pula tanggapan Iqram terhadapnya.
“What the
hell are you doing?!!” Arianna terus bertanya dengan suara yang sedikit
meninggi kepada lelaki tersebut. Tetapi apabila dia melihat gerangan yang
memeluknya, matanya seakan-akan hendak terkeluar. Qarl!! Damn it.
“ You?!”
Arianna sudah mengeluh di dalam hati. Apalah nasib aku hari ni. Kenapalah si
mangkuk ayun ni boleh ada kat sini. Aduh! Makin serabut kepalanya.
Iqram yang
memerhatikan dari tadi sudah mengerutkan dahinya. Sudahlah persoalan-persoalan
yang lepas pun masih belum berjawab. Ini ditambah lagi dengan persoalan yang
baru. Mahu pecah kepalanya memikirkan hal tersebut.
“ What are
you doing here? Apa yang you nak lagi ni?” Arianna sudah sedikit berasa geram. Mahu
sahaja dia mengajak Iqram melangkah pergi dari situ.
“ Sayang,
kenapa you nak marah-marah ni? I miss you a lot sebab tu I datang sini. Lagipun
you asyik mengelak aja dari jumpa I.” Qarl sengaja hendak menaikkan darah
Arianna.
“ Eh! You dengar
sini baik-baik ya Mr. Qarl cause I won’t say it again. I’m not avoiding you but
I don’t want to see you again…ever?” Setelah itu Arianna menarik lengan Iqram untuk
mengajaknya beredar dari situ. Lagi lama dia dekat situ lagi huru-hara
dirasakan harinya. Iqram hanya mengikut langkah Arianna.
“ Arianna…janganlah
sombong sangat. Oh! I know it. Sebab you dah ada mangsa barukan. That’s why you
are avoiding me.” Qarl masih lagi tidak berpuas hati.
Apabila
mendengarkan kata-kata Qarl itu, langkah Arianna tiba-tiba sahaja terhenti. Ish!
Memang nak kenakan jantan ni. Namun Iqram pula yang menarik tangan Arianna
supaya mereka pergi dari situ kerana dia dapat merasakan akan berlakunya pekara
yang tidak elok. Tetapi tindakan Iqram hanyalah sia-sia apabila Arianna sudah
memusingkan badannya menghadap Qarl.
“ Eh! Kalau
aku ada mangsa baru pun apa kau peduli. Jangan nak menyibuk dalam hidup aku
lagi boleh tak?!” Arianna rasa macam mahu menumbuk saja muka Qarl itu. Sungguh
kalaulah dia tahu akan berlakunya perkara ini sudah pasti dia tidak akan turun
makan tadi.
“ Miss
Arianna…you listen here. You are mine. And I will make sure no one will ever
get you.” Qarl berkata sambil tangannya ingin menyentuh pipi Arianna.
“ Don’t
touch me! And get lost!.” Arianna menepis tangan Qarl agak kasar. Arianna sudah
dapat merasakan yang dia tidak boleh lagi mengawal emosinya. Dan dia paling
tidak suka kalau dia berasa teramat marah kerana air matanya mulalah akan
melimpah macam air hujan. Bukan kerana rasa sedih tapi kerana rasa marah yang
tidak tahu sudah sampai ke tahap mana.
“ Wei! She
said don’t touch her…don’t you understand Mr?” Iqram yang sedari tadi hanya
menjadi pemerhati mula bersuara. Hatinya juga sakit apabila melihat orang yang
dia suka diperlakukan begitu.
“ Eh! Who the
hell are you to interfere? Ini antara aku dengan dia.” Qarl bersuara dengan
lagaknya.
“ Well…her
problem is also mine.” Iqram juga menjawab dengan rasa yang sedikit marah.
Mereka merenung
antara satu sama lain dan tangan masing-masing sudah bersiap sedia untuk
melepaskan amarah. Arianna yang dari tadi mendiamkan diri mula menarik tangan
Iqram untuk mengajaknya pergi dari situ bagi mengelakkan perkara yang
bukan-bukan terjadi.
Arianna
berpaling untuk pergi dari situ. Tetapi dengan pantas Qarl memegang bahunya
menghalang daripada dia pergi dari situ. Iqram yang melihatkan perkara itu terus
saja melepaskan tumbukan ke muka Qarl. Hmm nak sangatkan rasa penumbuk aku,
Iqram berkata dalam hati.
Qarl sudah hamper
terjatuh apabila menerima tumbukan free daripada Iqram. Kurang ajar! Desis Qarl.
Dia ingin membalas tumbukan Iqram. Dia mula mengepal tangannya.
“ Qarl! Back
off!” Daniel menjerit apabila melihatkan pergaduhan yang melibatkan dua manusia
yang amat dia kenali itu. Daniel mula mengeluh di dalam hati. Arianna. Spontan nama
itu disebutnya dalam hati lantas dia menoleh kepada Arianna. Apabila terpandangkan
wajah Arianna, Daniel turut merasakan beban yang di tanggung oleh gadis itu
sekarang ini.
Daniel melangkah
merapati Arianna, Iqram dan juga Qarl. Seketika dia berpandangan dengan Arianna.
Walaupun mata Arianna di tutupi oleh sunglassesnya, Daniel dapat merasai yang
mata Arianna sudah pun dipenuhi dengan air mata yang hanya menunggu masa untuk
berjuraian. Daniel seolah-olah menyuruh Arianna pergi dari situ walaupun tanpa
bersuara.
Arianna
ingin melangkah pergi apabila memahami isyarat mata daripada Daniel. Dia
berpaling ingin pergi dari situ. Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila
tangannya digenggam oleh Iqram. Arianna menoleh seketika kerana terkejut.
Arianna hanya membalas genggaman tangan Iqram dan sebelah lagi tangannya menunjukkan
BB-nya kepada Iqram seolah-olah berkata kepada lelaki itu supaya menghubunginya
melalui alat itu sahaja.
Setelah
kelibat Arianna hilang dari pandangan mata mereka bertiga, Daniel mula
memandang Iqram dan Qarl silih berganti.
“ Iqram, I think
you better go. Petang nanti kita jumpa okay.” Daniel berkata kepada Iqram
sambil menyalami tangan lelaki itu.
“ Okay.”
Iqram membalas pendek. Dia pun sudah malas untuk berada di situ apatah lagi
lunch date-nya dengan Arianna telah pun rosak. Dia pun melangkah pergi mendapatkan
motorbike-nya dan terus menderum laju.
“ So what
are you really doing here Qarl?” Daniel mula menyoal kepada Qarl. Dia berasa
sedikit hairan apabila melihat lelaki itu berada di sini. Setahunya Qarl sudah
pun pergi ke London selepas kejadian tahun lepas. Itupun setelah di beri
warning oleh keluarga Arianna.
“ What I’m
doing here is none of your concern Daniel.” Qarl berkata sambil mencebik. Sudahlah
dia sakit hati melihat Arianna bersama lelaki lain tadi. Ini terpaksa
mengahadap muka Daniel pulak. Dia bukannya tak tahu yang Daniel memang ada hati
dengan Arianna daripada dulu lagi.
“ If your
existence here just to do more damage to Arianna…well…it is my concern, Mr.
Qarl.” Memang tak reti bahasa agaknya si Qarl ni.
“ Well…well…well.
Aku tak sangka kau ni masih lagi sayangkan Arianna walaupun dah terang-terang
dia tolak kau. Kau ni jenis tak tahu malu ke?” Qarl mula mengenakan Daniel.
Sebenarnya dia sedkit geram apabila Daniel sentiasa berada di sisi Arianna dari
dulu sampailah sekarang.
“ Malu atau
tidak, itu bukan urusan kau dan aku rasa lebih baik kau pergi dari sini.”
Daniel mula menghalau Qarl. Dengan lelaki seperti Qarl ni tak payahlah nak
berbudi bahasa sangat. Buat menyakitkan hati aja.
aku suka tiap kali part Arianna buat 'lawyer buruk' hehehehe..
ReplyDeleteerrr.. dah ada konflik nih
She wishes to be a lawyer......hahahaa
ReplyDelete