Arianna tiba di apartmentnya sewaktu azan Maghrib
berkumandang. Hmm sedang eloklah tu. Manakala Arissa belum balik lagi daripada
berdating. Ke manalah agaknya dia pergi, Arianna berkata dalam hati. Ah!
Lantaklah dia nak pergi mana pun, bukannya si Arissa tu budak kecil lagi.
Setelah
membuka semua lampu yang ada di ruang tamu, dapur dan juga biliknya, Arianna
merebahkan badan di atas sofa yang bertentangan dengan home teater kesayangannya.
Arianna memejamkan mata buat seketika. Ni kalau terus tidur ni best jugakkan. Mengenangkan
yang dirinya masih belum lagi menunaikan solat Maghrib maka dengan segera dia
bangkit menuju ke biliknya.
Arianna
terus mencapai tuala yang berada di penyidai dan mula melangkah ke bilik air. Belum
pun sempat Arianna masuk ke bilik air, dia terdengar BB-nya berbunyi. Siapalah
call time Maghrib ni, Arianna membebel. Lantas dia mengambil BB-nya dan
mendapati Arissa yang membuat panggilan telefon. Hmm tahu pun nak call, ingat
tak tahu tadi. Arianna dengan malas menjawab panggilan tersebut.
“ Hello,
Arissa. Ha! Kenapa call ni?” Arianna terus sahaja bertanya.
“ Adoi! Tak
boleh ke aku call ni? Aku nak bagitau yang aku balik lambat sikit. Kau tak
payahlah tunggu aku balik okay.”
“ Okay. Tapi
nanti kalau kau balik tu, suruh si Ben hantar kau sampai depan pintu. Takut apa-apa
jadi pulak.” Arianna berpesan kepada Arissa.
“ Eh! Sayang
jugak kau dekat aku ek.” Kedengaran Arissa tergelak kecil.
“ Aah! Aku
kan sayang gila dekat kau. Dahl ah aku nak bersiram ni. Okay selamat berdating
ya cik Arissa.”
“ Okay,
bye.”
Setelah
menamatkan perbualannya dengan Arissa, Arianna mendapati terdapat satu mesej di
Blackberry Messenger-nya. Lalu Arianna terus menekan icon Blackberry Messenger
untuk melihat apakah mesej tersebut. Arianna mendapati satu friends request di
situ dan apabila dia melihat nama yang tertera itu terus sahaja bibirnya
menguntumkan senyuman. Akhirnya dapat jugak pin number saya ya Mr. Iqram. Namun
di dalam hati tertanya-tanya siapakah yang sungguh berbaik hati memberikan
Iqram pin numbernya itu. Hmm ini mesti Abang Is atau Daniel atau mungkin jugak
Ben. Alah lantaklah dia dapat dari mana pun. Tetapi Ariann tidak terus menekan
icon ‘Accept’, dia biarkan sahaja request daripada Iqram itu. Kejap lagi ya
saya ‘Accept’ wahai Mr. Iqram ku sayang. Arianna masih ingin bermain tarik tali
dengan Iqram. Rasa seronok pulak.
Arianna
meletakkan BB-nya di atas katil dan dia terus melangkah ke bilik air untuk
membersihkan diri dan jugak bersolat.
Dalam bilik
air pun Arianna sudah tersenyum-senyum apabila mengingati si Iqram. Beginilah agaknya
kalau orang yang tengah hangat bercinta. Setiap masa aja akan tersenyum
sendiri. Dah macam orang terlebih makan ubat lagaknya. Setelah selesai bersiram
dan memakai baju, Arianna terus bersolat Maghrib.
Selesai saja
bersolat, Arianna menghampiri wardrobenya untuk memilih pakaian yang hendak di
pakai pada keesokan hari. Maklumlah esokkan hari bekerja. Hmm asyik pakai pants
aja, apakata esok kita pakai sesuatu yang lain, Arianna berkata sendirian
sambil tersenyum. Arianna mencapai baju yang sudah di pilih dan segera menbawa
ke iron board yang terdapat di dalam biliknya. Baiklah dia menggosok baju dulu,
lepas tu bolehlah dia merehatkan diri sambil menonton tv. Arianna terlupa
seketika mengenai ‘friends request’ Iqram itu.
Arianna
melangkah keluar menuju ke ruang tamu dan mencapai remote Astro Beyond-nya lantas
terus menekan button on. Sambil menunggu rancangan kegemarannya bersiaran,
Arianna membelek-belek BB-nya. Aduh! Baru dia teringat tentang request yang
telah dihantar oleh Iqram itu. Arianna masih berfikir samada mahu menerima
ataupun tidak. Ish! Orang dah send request tu kau pulak yang mengada-ngada. Argh!
Accept ajalah. Bukannya dia ada depan mata pun.
Setelah itu
Arianna meletakkan BB-nya di sisi kerana rancangan kegemarannya sudah pun bermula,
apa lagi kalau bukan NCIS:LA. Walaupun siri tersebut adalah siaran ulangan,
Arianna tetap juga mahu melihatnya. Janganlah cuba-cuba menghalang Arianna
daripada melihat rancangan kegemarannya itu, mahu boleh meletus perang dunia.
Sedang asyik
mengadap NCIS:LA, Arianna dapat mendengar BB-nya berbunyi menandakan ada mesej
masuk. Arianna sudah tersenyum lebar walaupun dia belum melihat siapakah yang
menghantar mesej tersebut seperti seakan pasti siapa orangnya. Arianna dengan
segera menekan icon BBM. Ha! Kan sudah dijangkakan, senyuman Arianna semakin
melebar bahkan dia sudah tersengih apabila melihat nama yang tertera di chat
box-nya, Iqram-lah siapa lagi.
~ Salam my dear.
Aduhai
Iqramku janganlah terlebih mengayat daku, nanti susah jadinya.
~ Salam.
Arianna
hanya membalas pendek. Takkanlah dia nak letak my love pulak. Nanti Iqram
perasan pulak yang dia memang menyukai dirinya.
~ What are you doing now?
~ Watching my boyfriend.
~ Huh? Come again.
Arianna
sudak tersengih apabila melihat Iqram menghantar emoticon question mark itu.
~ Tengah tengok NCIS:LA la.
~ Oh. I thought apalah tadi.
Arianna pun
tahu bermacam-macam andaian dan persoalan yang berada dalam kepala Iqram,
sebagaimana begitu juga dengan dirinya.
~ So don’t u wanna know where I’ve got ur pin number.
~ I don’t want to know besides it doesn’t matter.
Alahai
Arianna cakap ajalah yang kau tu memang sangat nak tahu siapa yang sungguh baik
hati bagi pin number kau tu.
~ Esok you kerja kan.
~ Aah. Kenalah pergi kerja. I takde pulak gazette bagi cuti
esok.
Ish!
Arianna ni, tak pernahnya nak jawab elok-elok.
Iqram hanya
menghantar emoticon big smile.
~ Okaylah Arianna. Ive got to go, lagipun I baru sampai
rumah. Even though I still have a lot to ask you and I know you need a rest
too.
~ Okay. Take care and good nite Iqram.
~ Sweet dreams. Love you.
Huh?! Si iqram
ni biar betul. Arianna hanya membiarkan saja mesej terakhir yang dihantar Iqram
tanpa membalas apa-apa. Ish! Takkanlah aku nak jawab pulak. Ini namanya
terlebih sudah.
Selepas
meletakkan BB-nya di sisi, hajat di hati Arianna ingin menyambung kembali
menonton tv. Tapi sudah terang lagi bersuluh. Matanya saja yang mengadap tv
tetapi fikirannya melayang entah kemana. Sudahlah tersenyum-senyum sendiri
macam ada cerita lucu pulak. Hai! Sudahlah Arianna baiklah kau masuk tidur. Lantas
Arianna menekan butang off di remote Astro-nya dan terus menapak ke bilik.
Arianna
terus merebahkan badan di atas tilam empuknya. Nak tidur pun Arianna masih
tersengih-sengih lagi. Hmm susah kalau orang dah tersampuk sawan angau ni. Tidur
ajalah Arianna ooiii. Semoga bermimpikan saya ya Mr Iqram.
angau tak sudah ni.. hehe..
ReplyDelete