Tuesday 3 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 9




Daniel berpaling ingin melangkah pergi dari situ. Tetapi dia terdengar seseorang memanggilnya. Lantas dia menoleh. Daniel berasa terkejut apabila melihat Iqram yang memanggilnya.

            “ Iqram, what are you still doing here? Aku ingat kau dah blah tadi.” Daniel bertanya kepada Iqram dengan sedikit tanda tanya.

            “ Aku patah balik tadi. Nasib si jantan puaka tu dah berambus. Kalau tak, mahu makan penumbuk aku ni lagi.” Iqram masih tidak berpuas hati pada kejadian yang berlaku sebentar tadi.

            “ So, apa kau buat kat sini lagi. Nak jumpa Arianna ke?” Daniel mengangkat keningnya sambil tersenyum.

            “ Ni aku ada bungkuskan dia makan, dia mesti lapar tu. We’re supposed to go lunch together tadi. Tapi tak jadi disebabkan agenda yang di luar kawalan tadi. kau tolong bagikan pada dia, boleh?” Iqram meminta pertolongan kepada Daniel demi gadis kesayangannya.

            “ Oh, no wonderlah Arianna hari ni macam lost in translation aje, rupa-rupanya ada date dengan kaulah ni.” Daniel tersengih-sengih walaupun dalam hatinya berasa cemburu. Daniel dapat merasakan yang Iqram sudah pun mula mendapat tempat di hati Arianna walaupun gadis itu tidak akan mengaku secara terang-terangan.

            “ It’s not really a datelah. Aku tahu kalau aku ajak dia confirm dia tak nak pergi. So aku terus jelah terjah dia kat sini pagi tadi.” Iqram mula memberi penjelasan pada Daniel.

            “ Memang dia susah sikit kalau orang nak ajak date…kecuali dengan aku jelah.” Daniel berkata sambil tergelak. Dia saja berkata begitu kerana ingin membuat Iqram cemburu.

            “ Tak payahlah nak buat aku jealous Daniel. I’ll make sure she’s mine soon.” Iqram membalas kata-kata Daniel dengan confidentnya.

            “ Well…good luck to you.” Daniel hanya ingin meyedapkan hatinya sahaja walaupun dia sudah pasti akan hati Arianna.

            “ And one more thing, Daniel. I really need a favor from you.”

            “ Hmm…apa dia?”

            “ I would be away for a couple of days. Could you watch her for me?” Iqram hanya mengharapkan kepada Daniel. Setelah kejadian yang berlaku tadi, dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Arianna.

            “ You are really like her, don’t you?” Daniel bertanya inginkan kepastian daripada Iqram tentang hati dan perasaannya.

            “ Daniel, it’s not only I like her, but I love her. Dulu, kini dan selamnya.” Iqram memberitahu Daniel seolah-olah sudah tidak boleh dibendung lagi rasa hatinya.

            “ Wait…apa maksud kau dengan dulu, kini dan selamanya?” Daniel berasa pelik dengan kenyataan Iqram. Mana tidaknya, Iqram baru sahaja berjumpa dengan Arianna. Mcamana pulak Iqram boleh cintakan Arianna daripada dulu lagi.

            Iqram hanya tersenyum apabila mendengar soalan daripada Daniel.

            “ Nanti kau akan tahu jugak, Daniel. So in the mean time, please take care of her, will you?”

            “ Iqram, I always watched her. Don’t worry about it. Kau pergi aja buat kerja kau tu, jangan sampai kena buang kerja sudah.” Daniel berkata sambil ketawa.

            “ okay, got to go bro. See you soon. And say to her..I miss her.” Lantas Iqram bersalam dengan Daniel dan mula mengatur langkah meninggalkan bangunan pejabat berkenaan.

            Setelah kelibat Iqram hilang dari pandangan mata, Daniel pun menuju ke arah lif untuk pergi ke pejabatnya, lagipun waktu makan tengahari sudah pun habis.

            Sampai sahaja di office, Daniel terus saja menuju ke tempat duduk Arianna. Ish! Mana pulak perempuan ni pergi? Daniel mengeluh kecil. Ni mesti dalam bilik air, apa lagi kalau tak menangis.

            Setelah beberapa ketika berada di tempat Arianna, Daniel mula berdiri dan melangkah untuk menuju ke biliknya.

            Arianna terus sahaja menuju ke bilik air yang berada di tingkat pejabatnya. Dia menangis sepuas-puas hatinya di situ. Walaupun luaran Arianna nampak sedikit kasar tetapi sebenarnya Arianna seorang yang sangat sensitif dan manja. Sebagai anak bongsu dalam keluarga sudah tentulah dia dimanjakan oleh daddy dan abangnya.

            Arianna merasa sungguh geram, sedih dan juga takut apabila mengingati kejadian tadi. Dia bimbang sekiranya apa yang berlaku pada dirinya setahun yang lepas akan berulang lagi. Apa yang harus dia buat sekarang ini? Kalau abang dan daddynya tahu mengenai kejadian tadi, sure dia kena berhenti kerja sekarang jugak. Argh! Kenapalah jantan sial tu ada lagi kat sini? Dia harus meminta pertolongan Daniel.

            Setelah memastikan yang raut wajahnya tidak lagi seperti orang yang tidak terurus, Arianna melangkah keluar dan menuju ke arah bilik Daniel yang juga merupakan boss keciknya di pejabat itu.

            Arianna terus sahaja masuk ke bilik Daniel tanpa mengetuk atau pun member salam. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak berhadapan dengan Daniel. Ah! Redah ajelah. Takkan Daniel nak marah pulak. Kelihatan Daniel tidak perasan akan kehadiran Arianna di dalam biliknya.

            “ Daniel.” Arianna memanggil perlahan.

            “ Ish! Arianna, kalau ya pun bagilah salam dulu. Ini bukan you sorang aje yang masuk wad tu, dengan diri I yang handsome ni pun boleh duduk sekali kat situ.” Daniel mengurut dadanya apabila terkejut dengan kehadiran Arianna.

            Arianna hanya tergelak kecil melihatkan reaksi Daniel yang terkejut itu. Ha! Tahupun sakit hati. Kalau dia buat orang terperanjat, boleh pulak. Arianna membebel di dalam hati.

            “ Ni…your love bungkuskan you makanan. Padanlah macam mengelak aje hari ni, rupa-rupanya orang tu ada date.” Daniel menyindir Arianna.

            “ Ish! Mana ada date. I pun tak tahu yang Iqram nak datang sini.” Arianna masih lagi ingin menyembunyikan perkara yang sebenar daripada Daniel.

            “ Cik Arianna ku sayang, tak payahlah nak cover line lagi. Sayang you tu dah explain dengan panjang lebar tadi.” Daniel tergelak besar apabila melihat wajah Arianna yang sudah di cebikkan itu.

            “ Dahlah, malas nak layan you.” Arianna terus bangun bersama bungkusan yang di belikan oleh Iqram dan ingin berlalu dari situ. Dia sudah terlupa agenda sebenar kenapa dia memasuki bilik Daniel.

            “ Wait…I think starts from today, you should go back to your parents.” Daniel seakan-akan memberi arahan kepada Arianna.

            “ Hah?! Kenapa pulak? Nanti  they will get suspicious la. Lagipun dah lama I tak balik sana. Look I promise you, if anything, I terus call you okay. Don’t worry la Daniel, nothing will happen.” Arianna berusaha untuk memujuk Daniel.

            “ Nope…either you balik rumah your parents or I will tell Isqandar about today’s incident.” Daniel mula mengugut Arianna kerana dengan cara ini sahaja Arianna akan mendengar katanya.

            “ It’s not fair Daniel.” Arianna sudah memasamkan sedikit mukanya tanda tidak berpuas hati apabila Daniel mengugutnya begitu.

            “ Look Arianna, now you just adding one more person who loves you including me and your family. We don’t want anything to happen to you. So the choice is yours.” Daniel memberi kata dua kepada Arianna.

            “ Okay fine! Whatever you said.” Arianna terus sahaja keluar dari bilik Daniel dengan hati yang berbuku. Ini semua jantan tak guna tu punya pasal. Argh! Arianna menjerit di dalam hati. Geramnya.

            Setelah sampai di tempat duduknya, Arianna mencapai gagang telefon dan nombor telefon Arissa did ail dengan segera. Dia harus memberitahu kepada Arissa mengenai hal tadi.

            “ Assalamualaikum cik Arissa ku sayang.” Arianna memberikan salam apabila talian di sebelah sana berjawab.

            “ Waalaikumussalam cik Arianna. Apa mimpi kau ni call aku time office?” Arissa terus bertanya kepada Arianna.

            “ Ish! Kau ni tak baik tau cakap macam tu. Aku rindulah kat kau.” Arianna berkata sambil ketawa.

            “ Ya lah sangat rindu kat aku.” Ni mesti ada hal, kalau tidak takde maknanya si Arianna ni akan menhubungi dirinya, Arissa meneka.

            “ Actuallykan…aku nak beritahu kau ni. Petang ni aku kena balik rumah family aku la. Ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku tengahari tadi.” Eh! Dah macam baca beritalah pulak si Arianna ni.

            “ Hah?! Kejadian apa pulak ni…citer lah kat aku sikit.” Arissa seperti tidak sabar hendak mengetahui kejadian yang berlaku ke atas Arianna.

            “ Hmmm…kau jangan terkejut pulak.”

            “ Tak beritahu lagi macamana aku nak terkejut pulak.”

            “ Someone is appearing in front of me tengahari tadi.” Arianna berkata ringkas.

            “ Hah?! Siapa? Iqram ke?”

            “Ish! Kalau Iqram yang muncul depan mata aku tadi tak payahlah aku sibuk-sibuk nak beritahu kat kau.”

            “ Habis tu siapa?” Arissa masih lagi bertanya dengan nada tidak puas hati.

            “ Mr. Q.” Arianna malas hendak menyebut nama Qarl, dia biarkan Arissa meneka.

            “ Hah?! Qarl? Wei! Apa dia buat kat sini lagi. Bukan ke dia sudah melenyapkan diri dari Malaysia ni.” Arissa berasa sungguh terkejut mendengar nama lelaki itu.

            “ Hmmm…itu aku tak boleh nak jawab. Apa kata kau tanya dia sendiri.”

            “ Banyaklah kau nak suruh aku tanya dia. Habis tu macamana kau sekarang ni?” Arissa bimbang juga akan keadaan diri membernya itu.

            “ Aku macam ni jelah, kau nak suruh aku macamana lagi. Kau jangan risau, buat sementara waktu ni aku balik dulu rumah family aku. Dia tak berani nak kacau aku kat sana. Cuma aku bimbang nanti dia ganggu kau pulak. Kau okay ke tinggal sorang kat rumah tu.” Arianna juga bimbang memikirkan yang dia terpaksa membiarkan Arissa tinggal bersendirian.

            “ Takpe, nanti aku suruh Ben hantar dan ambil aku kat depan pintu rumah. Dahlah kau jangan risau pasal aku pulak. Kau tu kena jaga diri kau. Nanti kesian ada orang menangis pulak kalau apa-apa jadi kat kau.” Arissa masih sempat lagi bergurau dalam situasi begini.

            “ Eh! Memanglah ada orang akan menangis kalau apa-apa jadi kat aku cik Arissa oooiii!! Habis family aku tu tak termasuk dalam senarai ke?” Arianna sengaja berdalih, bukannya dia tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Arissa itu.

            “ Maksud aku orang yang dah mula terjatuh hati kat kaulah. Saja je kan buat tak paham.”

            “ Hmm…apa-apalah makcik. Okaylah Arissa, aku ada kerja lagi ni nak buat. Apa-apa hal kau call aku tau. Assalamualaikum.” Adalah sangat kerja yang nak dibuatnya tu ek, Arianna berkata dalam hati.

            “ Okay, waalaikumussalam.”

            Gagang telefon diletakkan ke tempat asal apabila selesai sesi perbualan dengan Arissa. Setelah itu Arianna kembali seperti pagi tadi, asyik termenung saja. Satu kerja pun hari ni dia tak buat. Nasiblah boss keciknya itu Daniel, kalau orang lain…confirm dia dah kena berhenti kerja.

            Dalam sedar tak sedar jam sudah menujukkan hamper ke pukul 6 petang. Daniel sudah pun mengemas biliknya untuk pulang. Hari ni hanya tinggal dia dan Arianna sahaja di pejabat. Mereka yang lain buat kerja di luar. Terasa sedikit sunyi, kalau tidak mahu sampai ke petang riuh rendah dengan gelak ketawa mereka semua.

            Apabila kaki melangkah keluar dari biliknya, Daniel dapat menangkap kelibat Arianna yang masih berada di mejanya. Kenapa tak balik lagi ni? Daniel bertanya sendiri sambil kaki terus melangkah menghampiri ke tempat Arianna.

            “ Kenapa tak balik lagi ni Arianna?” Daniel terus sahaja bertanya.

            “ Hah?!” Arianna sedikit terkejut.

            “ Dah jom I temankan you balik. You jangan nak fikir sangat pasal kes tengahari tadi tu.”

            Arianna menutup komputer dan menyimpan segala barang yang tidak di perlukan di dalam laci lalu mencapai handbagnya dan terus berdiri untuk melangkah meninggalkan pejabat itu bersama-sama Daniel. Mereka berjalan beriringan sehingga menuju ke tempat letak kereta.

            “ You tunggu salam kereta sekejap. I nak amik kereta I and lock the doors, okay.” Daniel berpesan supaya Arianna menunggu sebentar kerana dia ingin mengambil keretanya.

            Arianna menjawab dengan anggukan kepala sahaja. Dia pun sudah malas hendak melawan cakap Daniel kerana dia pasti yang Daniel akan mengugutnya jika dia enggan mendengar kata-kata lelaki tersebut.

            Setelah kereta Daniel menghampiri kereta Arianna, Daniel memberi isyarat supaya Arianna bergerak dahulu sementara dia akan mengekorinya daripada belakang. Arianna hanya menurut sahaja.

            Arianna dan Daniel, masing-masing memandu dengan kelajuan yang sederhana kerana rumah keluarga Arianna bukanlah jauh sangat. Lebih kurang 20 minit memandu, mereka akhirnya tiba di hadapan pintu pagar sebuah banglo tiga tingkat milik keluarga Arianna.

            Arianna mencapai Blackberry-nya dan mendail nombor telefon bimbit Daniel.

            “ Hello Daniel…you tak payah singgah okay. Nanti I takut abang Is tanya you bukan-bukan pulak.” Arianna terus sahaja tidak membenarkan Daniel untuk singgah di rumah keluarganya kerana khuatir akan menimbulkan pelbagai soalan jika mereka melihat Daniel menemaninya balik lebih-lebih lagi abangnya, Isqandar.
           
            “ Okay. Take care. Apa-apa call I. Bye Arianna. Love you.”

            “ Bye Daniel. Love you too.” Arianna meletakkan BB-nya di sisi dan terus mencapai remote bagi membuka pintu pagar automatic rumah keluarganya itu. Setelah itu dia memandu Mini Cooper S-nya sehingga tiba di garaj. Dia melepaskan sedikit keluhan kerana merasakan dirinya terlalu letih walaupun dia tidak melakukan sebarang kerja di pejabat tadi.

5 comments:

  1. walaweiii..sudah suspengssss....jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  2. aduyai pakwe ensem p outstation ke mana plak tue.. sis add button share & Like FB kat dlm blog..senang tau nak LIKE sambil promote u punya chapter nia..

    ReplyDelete