Monday 22 October 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 17



Setelah selesai bercakap di telefon, Iqram berjalan menuju ke arah Arianna yang berdiri kaku memandangnya. Betul kata Isqandar, Arianna sendiri akan datang kepadanya. Hmmm, mungkin sudah hilang rasa marah gadis itu kepada dirinya. Rasa ingin sahaja dia memeluk Arianna ketika ini bagi menghilangkan rasa rindu yang menebal.

Arianna hanya berdiri kaku apabila Iqram menghampiri dirinya. Mukanya sudah terasa membahang. Jantungnya sudah tidak tahu mendendangkan rentak apa. Arianna menundukkan wajahnya apabila Iqram betul-betul berdiri di hadapannya. Tidak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan Iqram. Ish! Apa dah jadi dengan kau ni Arianna.

“Baby…” Iqram memanggil Arianna dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Arianna mendongak dan memandang wajah Iqram. Iqram membelai pipi Arianna dengan ibu jari kanannya.

“I miss you.” Arianna terbuai seketika. Masa seolah-olah terhenti buat mereka berdua. Iqram mendekatkan wajahnya dengan wajah Arianna. Arianna memejamkan matanya apabila merasakan wajah mereka terlalu hampir. Bibir mereka hampir bertaut apabila kedengaran pintu bilik Iqram di ketuk dari luar. Iqram menghela nafas perlahan sebelum membuka matanya. Iqram mengusap perlahan bibir Arianna dengan ibu jari kanannya. Arianna tergamam seketika. Setelah menurunkan tangannya Iqram berjalan menuju ke pintu biliknya.

“Iq.” Panggil Isqandar apabila Iqram membukakan pintu dari dalam.

“Abang Is…anything you need?” Iqram bertanya sambil bagi menghilangkan debaran di dada. Isqandar yang terkaku seketika mula menguntumkan senyuman.

“Iq…it’s okay…this thing can wait…please continue your discussion…abang Is pergi dulu and be careful Iq.” Isqandar sudah pun ketawa kecil apabila terpandangkan Arianna berada di situ.

‘Be careful?!’ Telinga Arianna sudah terasa panas apabila mendengar pesanan Isqandar kepada Iqram. Ingin saja Arianna menjerit ke arah Isqandar. Argh!! Geramnya rasa.

“And nice to see you here Ari.” Sempat lagi Isqandar memerli adiknya itu lalu dia terus keluar dari bilik Iqram.

“Abang Is!!!” akhirnya Arianna menjerit ke arah Isqandar. Dia tahu yang Isqandar memerlinya. Ingin saja dia membaling Isqandar dengan sesuatu tapi di tahan saja kerana dia masih berada di bilik Iqram. Iqram! Apabila teringatkan lelaki itu, Arianna lantas menoleh memandang Iqram. Iqram memandangnya bersama senyuman yang cukup membuatkan dirinya cair macam icecream yang dibiarkan tidak di makan. Ish! Ini tak boleh jadi ni, sebelum aku terjebak dengan melakukan benda yang di luar kawalan baik aku ajak Iqram pergi dari sini, Arianna berkata di dalam hati.
“Iq…can we go to same place safe?” Arianna bertanya kepada Iqram.

“Safe?” terkejut Iqram mendengarkan pertanyaan Arianna itu.

“Yup…you tak dengarkan abang Is pesan kat you, be careful tadi. Besides I don’t know if I can control the heat. So it’s better for you that we go somewhere else.” Sebenarnya I yang takut tinggal berdua dengan you kat sini, Encik Iqram ooii. 

“Okay.” Iqram sudah menggelengkan kepalanya sambil ketawa apabila mendengarkan jawapan Arianna. Itulah yang membuatkan dirinya sangat merindui gadis itu. Walaupun kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulut Arianna akan menyakitkan hati tetapi padanya Arianna tidak bermuka-muka. Apa yang di kata itulah yang dirasanya. Iqram dengan segera mengemas mejanya dan mencapai kunci kereta yang terletak elok di situ.

“Hello…abang Is. Iq nak balik ni, so anything you need?” Iqram bertanya kepada Isqandar kerana bimbang jika Isqandar memerlukan pertolongannya.

“Okay, assalamualaikum abang Is.” Setelah mendengarkan jawapan dari Isqandar, Iqram terus melangkah menuju ke pintu biliknya.

“After you ma’am.” Iqram membuka pintu biliknya dan menyuruh Arianna keluar dahulu. Hmm sangat gentleman ya Mr Iqram. Arianna melangkah keluar dari bilik Iqram dengan sebuah senyuman di bibir. Apabila berada di luar bilik itu baruArianna merasakan yang dirinya dapat bernafas dengan sempurna.

Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat Iqram dan menuju ke arah lif. Di dalam lif nafas Arianna sudah sedikit sesak apabila sekali lagi dia hanya berdua dengan Iqram. Sesakali pandangan mereka bertaut. Ish! Lamanya lif ni nak sampai bawah, Arianna membebel di dalam hati. Bibir Iqram sudah menguntumkan senyuman. Entah apalah yang di fikirkannya. Mungkin terfikirkan kejadian yang berlaku di dalam bilik tadi agaknya. Apabila teringatkan kejadian itu, muka Arianna kembali panas.

Apabila sampai di tingkat 15 lif berhenti dan terbuka. Lega sedikit rasanya apabila kelihatan beberapa orang masuk ke dalam perut lif. Eh! Ramailah pulak. Arianna dan Iqram terpaksa mengundurkan diri kebelakang dan kedudukan mereka tersangatlah rapat. Wahai jantung bersabarlah, pujuk Arianna. Arianna menoleh sekilas ke arah Iqram dan dia mendapati Iqram sudah tersenyum lebar. Argh!! Geramnya kerana dia merasakan yang Iqram sangat menyukai keadaan mereka sekarang ini. Arianna sudah pun menjeling kepada Iqram.

“That’s not funny, Iq.” Arianna berkata dengan nada yang geram lantas dia memeluk tubuhnya dengan muka yang mencuka.

“Baby…please, sorry okay. Bukan salah Iq pun kita macam ni.” Iqram cuba memujuk tetapi bibirnya masih tersenyum. Arianna tidak memberi sebarang tindak balas. Mukanya masih lagi masam.

Akhirnya lif sampai di bawah. Arianna menarik nafas lega dan laju sahaja kakinya melangkah keluar dari lif. Tiba-tiba Arianna terasa seperti lengannya di pegang seseorang. Dia menoleh dan mendapati Iqram yang menarik lengannya.

“Ish! Ni apa main tarik-tarik lengan orang ni.” Arianna menarik lengannya supaya lepas dari pegangan Iqram.

“Sorry, I have to. Baby tu nak pergi mana? Menonong aja jalan. My car is over there.” Seraya itu Iqram menunjuk ke arah tempat keretanya terletak. Aduh! Malunya muka. Itulah asyik sangat nak layan rasa marah, muka Arianna sudah merah padam. Mereka berjalan menuju ke kereta Iqram.

“Why do you have to parked your car so far Iq? Wait…daddy tak bagi you special parking ke?” Arianna merungut apabila kakinya sudah terasa sedikit lenguh. Arianna sudah pun menghentikan langkahnya. Dahlah cuaca sedikit panas pada petang ni. Mengada-ngada betul.

“Pagi tadi Iq terlambat…so kenalah parking jauh sikit. Daddy bagi but I don’t like to use it cause people will be gossiping about it. Come bukannya jauh lagi pun.” Iqram mencapai tangan Arianna dan menggenggam erat seolah-olah tidak mahu di lepaskan. Aduh! Macam nak pengsan rasanya apabila Iqram menggenggam erat tangannya.

Iqram membukakan pintu di bahagian penumpang untuk Arianna apabila mereka sampai di keretanya. Setelah menghidupkan enjin kereta, Iqram memandu keluar keretanya bagi menuju ke destinasi yang tidak pasti. Arianna menekan button radio yang terdapat di ruang hadapan kereta kesayangan Iqram. Lama-lama kalau duduk diam aja, memang boleh mati lemas, Arianna mengomel di dalam hati. Kedengaran lagu OST Saiful Nita berkumandang. Hmmm sedap jugak lagu ni. Sedang Arianna mendengar bait-bait lagu itu, tiba-tiba Iqram meraih jari-jemarinya dan menggenggam erat. Arianna menjeling sekilas ke arah tangannya yang di dalam genggaman Iqram sebelum memandang ke luar.  Tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Masing-masing hanya melayan perasaan yang masih di pendamkan.

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

12 comments:

  1. owh sweetnyer...bahaya nih dorg berdua, baik kawen kn cpt2...

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa.....pendeknya kak...asal x wat panjang2, pasni dah raya....x tau bila plak next n3 huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya ni sepatutnya masuk dlm chapter 16......adeh

      Delete
  3. bagilah kawen, jangan lupa jemput aku ya, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arianna for sure kawen tapi dgn siapa.......hmmmm

      Delete
  4. Izzati:tq kak leena...terubat rinduku dgn Ari dan Iq...:)

    ReplyDelete
  5. Waaaaaa so sweet!!! Nak lagi :) comel ke Iqram ni hehe

    ReplyDelete
  6. Suka potong steam kan....knp ending dgn lagu...huhuhuhu cepatla kawinkan diaorg.....mesti romantikkan...ada tak lelaki mcm iqram ni????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks nak bg kawen ka...bercinta pun blom...tp kawen ke diorg...hmmmmm lariiiiiii

      Delete