Tuesday 13 November 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 18



Malam itu, Arianna berbual panjang dengan Iqram sehinggakan Blackberry-nya kehabisan bateri. Entah pukul berapa mereka letak telefon pun dia tidak perasan. Arianna melelapkan matanya bersama sebuah senyuman bahagia.

Arianna terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa haus. Aduh! Malasnya nak turun ke dapur. Dalam keadaan dirinya yang separuh sedar itu, dia merasakan kehadiran seseorang dalam biliknya tidurnya. Arianna seboleh-bolehnya mencelikkan matanya yang sememangnya tidak larat untuk di buka. Apabila pandangan matanya sedah sedikit jelas, Arianna merasakan nyawanya seakan sudah keluar meninggalkan tubuhnya. Qarl?! Macamana dia boleh ada dalam bilik aku ni. Daddy! Mummy! Abang Is! Tolong Ari, tetapi Arianna hanya mampu menjerit di dalam hati. Badannya sudah menggigil. Kakinya seakan di gam di lantai. Dirinya hanya berdiri kaku di sisi katilnya. Otaknya tidak boleh berfungsi dengan betul pada saat ini. Dilihatnya Qarl tersenyum memandangnya.

“Qarl? What are you doing here?” Arianna bertanya dengan nada suara yang dirasakan sehabis tenang.

Qarl yang memandang dari meja solek Arianna mula melangkah perlahan menuju ke arahnya. Nafas Arianna sudah tidak menentu.

“Sayang…” Qarl memanggil Arianna sambil mengusap perlahan pipi gadis itu.

“Kau nak apa ni? Macamana kau boleh ada dalam bilik aku?” Arianna sedaya upaya menyembunyikan debaran yang sudah hampir menyesakkan dadanya.

“I’ve told you before…you’re mine. Takda siapa yang boleh rampas apa yang sepatutnya jadi milik I.” Qarl terus memeluk Arianna dan mendekatkan bibirnya ke bibir gadis itu. Dengan segala tenaga yang ada dalam dirinya, Arianna berusaha untuk menolak tubuh Qarl. Tetapi dia tersilap langkah apabila dirinya sudah jatuh terbaring di atas katil.

Qarl memandang Arianna dengan senyuman lebar apabila melihatkan keadaan gadis itu. Mata Arianna sudah bergenang. Dia hanya mampu berdoa dalm hati agar dirinya selamat.

“Tolonglah Qarl, jangan buat aku macam ni.” Arianna merayu apabila Qarl sudah pun berada di atas dirinya. Arianna menangis teresak-esak.

“Daddy! Mummy! Abang Is!” Arianna menjerit sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.

“Shhh…no one will hear you, sayang. Don’t you remember where your room is?” Qarl mengingatkan Arianna kalau dia menjerit sekalipun memang tiada siapa yang akan mendengarnya memandangkan bilik gadis itu berada di tingkat atas sekali.

“Argh!! No!!” Arianna menjerit sekali lagi dan berusaha untuk melepaskan dirinya. Dalam dirinya meronta-ronta, Arianna membuka mata dan mendapati tiada sesiapa pun di dalam biliknya.

Arianna bingkas bangun dari katilnya dan menekan suis lampu biliknya. Matanya liar memandang keadaan biliknya yang sudah terang benderang itu. Arianna beristighfar di dalam hati. Dia melangkahkan kakinya menuju ke bilik air. Arianna membasuh mukanya puas-puas. Dalam hatinya berasa lega kerana dia hanya bermimpi.

Keluar dari bilik air, Arianna melihat jam yang terletak di atas meja yang bersebelahan dengan katilnya. Huh! Baru pukul 3.30 pagi. Arianna duduk bersandar di atas katilnya. Matanya sudah tidak boleh lelap. Ish! Apa nak buat ni. Tekaknya terasa kering. Dia tidak berani untuk turun sendirian ke dapur setelah apa yang di alami sebentar tadi walaupun ianya sebuah mimpi.

Arianna mencapai Blackberrynya dan mula mendail nombor seseorang. Harap-harap dia tak tidur lagi, Arianna berkata dalam hati.

“Ari? What’s wrong? Are you okay?” tanpa sempat memberi salam terus sahaja panggilan telefon Arianna di terjah.

“Daniel, slow down. I’m okay.” Arianna tergelak kecil. Lega rasanya dapat bercakap dengan Daniel.

“You’re not a good liar Ari. It’s 3.30 in the morning. Don’t tell me you are okay.” Daniel memang terkejut apabila menerima panggilan daripada gadis itu. Mujurlah dia belum tidur lagi.

“I’m really okay, Daniel. It’s just that…hmmm.” Arianna mengeluh perlahan. Kalau dia bercerita kepada Daniel, mesti lelaki itu akan berasa risau. Tetapi kalau dia tak bercerita, dirinya pula yang akan berasa tidak keruan.

“Spill, Ari. You know what I will do if you don’t tell me now.” Daniel mula mengugut Arianna.

“Daniel…it’s nothing. It just that I couldn’t sleep and I need someone to talked to.” Arianna cuba berdalih walaupun dia tahu Daniel tidak akan mempercayainya.

“Ari, kalau you tak beritahu sekarang, I’ll be there in less than 30 minutes, so what say you?” Daniel masih lagi tidak berpuas hati dengan alasan yang Arianna berikan padanya.

“Okay,okay. I’ll tell you. Ish! Susahnya kalau bercakap dengan you ni. Selagi tak dapat apa yang you nak selagi tulah you akan dera I.” Arianna ketawa kecil bagi menghilangkan resah di hati.

“Speak Ari.” Daniel masih lagi memaksa agar Arianna bercerita kepadanya.

“I just had a bad dream, that’s all.” Arianna berkata perlahan.

“Bad dream? Tell me all about it, Ari.” Daniel masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan Arianna.
“It’s him, Daniel. He’s here in my room and it felt so real. Now I couldn’t sleep.” Arianna mengeluh perlahan.

“Are you really okay, Ari. Do you want me to be there?” Daniel bertanya lembut. Sungguh dia amat risaukan gadis kesayangannya itu.

“No! Kalau you datang sini pagi-pagi buta ni, nanti family I ingat apa pulak even though I need you now.” Arianna berkata sayu. Kedengaran Arianna teresak kecil. Daniel sudah tidak senang duduk di rumahnya.

“Okay. Calm down Ari. Breathe. I datang sekarang okay.” Sebolehnya Daniel mahu berada di sisi Arianna pada saat ini.

“Daniel…I’m okay. Just stay on the phone, please.” Arianna masih lagi teresak-esak.

“I will.” Daniel menjawab pendek. Mereka berbual dari satu topik ke satu topik sehinggalah waktu subuh. Kemudian masing-masing meletakkan telefon bagi mengerjakan solat subuh. Setelah mengerjakan solat barulah Arianna berasa sedikit lega. Arianna sudah baring di atas katilnya. Baru sekarang matanya terasa amat mengantuk. Sebelum dia melelapkan mata, dia mencapai Blackberrynya dan mula menghantar mesej kepada Daniel.

~ Thank you Daniel for being with me the whole night…ops morning. Love you.

Daniel yang baru selesai solat subuh terus saja mengambil Samsung S3 nya yang berbunyi menandakan mesej masuk. Dia tersenyum lebar apabila membaca mesej dari Arianna dan segera menaip sesuatu dan menekan butang send.

~ You’re most welcome. I’d do anything for you. Love you always.

“Ari!” Dato’ Seri Aidil memanggil Arianna sambil mengetuk pintu bilik gadis itu bertalu-talu. Tak pernah-pernah si Arianna ni bangun lewat begini, Dato’ Seri Aidil sudah gelisah. Apabila tiada sahutan daripada Arianna, Dato’ Seri Aidil turun ke bawah untuk mencari kunci pendua bilik anaknya itu.
“Kenapa daddy? You look worried.” Isqandar bertanya dengan kerutan di dahi apabila melihat daddynya turun ke bawah dengan wajah yang keresahan,

“It’s your sister…” Dato’ Seri Aidil masih lagi mencari kunci pendua yang selalunya terletak di atas meja konsul yang terletak di tepi tangga.

“Ari? Kenapa dengan dia?” Isqandar sudah pun berdiri bersebelahan dengan Dato’ Seri Aidil.

“Daddy panggil banyak kali tapi tak jugak bangun adik kamu tu. Itu yang daddy risau.” Ish! Mana pulak kunci ni, masa nak guna masa tu lah tak jumpa, omel Dato’ Seri Aidil dalam hati.

“Biasalah tu daddy kalau hari ni Ari bangun lambat. Mesti lepas subuh tadi dia tidur balik.” Isqandar memang masak benar dengan perangai adik kesayangannya itu.

“Tapi selalu kalau daddy panggil dia mesti bangun.” Dato’ Seri Aidil masih lagi tidak berpuas hati.

“Daddy ni risau sangat. Come…Is tolong panggilkan.” Isqandar sudah melangkah naik menuju ke bilik Arianna. Dato’ Seri Aidil mengikuti Isqandar dari belakang.

“Arianna!” Sampai di depan bilik Arianna, Isqandar sudah mengetuk pintu bilik sambil menjerit nama adiknya.

Arianna terpisat-pisat bangun apabila mendengar namanya dipanggil tanpa henti. Ish! Ada aja yang nak kacau time tidur aku, Arianna membebel. Arianna bingkas bangun dan memulas tombol pintu biliknya.

“Hmmm…Abang Is.” Apabila terpandangkan muka Isqandar, Arianna melangkah kembali ke katilnya.

“Wahai cik Arianna, do you know what time now? Kalau mak mertua tahu la menantunya ni bangun lewat….hmmm…memang reject terus tau.” Isqandar memang suka menyakat Arianna.

“Abang Is, please. I don’t have enough sleep last night la.” Arianna terus saja baring sambil menarik selimut. Sambung tidur lagi bagus.

“Are you okay Ari?” Dato’ Seri Aidil mencelah.

“Huh! Daddy?” Arianna terkejut lantas terus bangun dari baringnya. Aduh! Sakitnya kepala. Tulah bangun cepat sangat dari baring tadi. Tangan Arianna sudah memegang sebelah kepalanya yang berasa sedikit pening itu.

“Kenapa  ni Ari?” Dato’ Seri Aidil bertanya lembut sambil mengusap kepala anak kesayangannya itu.
“Dah nak jadi mak orang pun nak manja lagi.” Isqandar masih lagi meyakat adiknya sambil menggelengkan kepala.

“Abang Is sila jangan jelous ya.” Arianna menjelirkan lidahnya kepada Isqandar kemudian dia terus memeluk lengan Dato’ Seri Aidil.

“Hmmm…Is keluar dululah daddy. Kalau tak…mahu Is termuntah-muntah pulak kat bilik ni.” Isqandar terus melangkah keluar dari bilik Arianna. Dato’ Seri Aidil hanya tersenyum melihatkan telatah anak-anaknya.

"What's wrong anak daddy ni?" Dato' Seri Aidil masih bertanya kepada Arianna yang kelihatan agak letih itu.

"Hmmm...I couldn't sleep last night." Arianna mengadu perlahan sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Dato' Seri Aidil.

"Ari buat apa sampai tak boleh tidur tu." Dato' Seri Aidil memancing supaya Arianna bercerita kepadaya.

"Err..." Arianna sudah serba salah sama ada mahu bercerita atau tidak apa yang di alaminya semalam.

"Sekarang ni daddy rasa Ari dah macam tak nak bercerita dengan daddy aje." Dato' Seri Aidil
meluahkan rasa hatinya.

"It's not like that, daddy. Hmmm...I had a bad dream last night. Tu yang tak boleh tidur lepas tu." Akhirnya Arianna membuka mulutnya tapi tidak menceritakan secara keseluruhan apa yang di mimpikannya itu.

"Mimpi kena kejar hantu ke sampai tak boleh tidur." Dato' Seri Aidil sudah tergelak kecil apabila mendengarkan kenapa anaknya itu kelihatan sangat mengantuk pada pagi ini.

"Daddy!" Jerit Arianna menjerit perlahan.

"Go take a shower. There are people waiting for you downstairs." Dato' seri Aidil bangun dan
melangkah keluar dari bilik Arianna.

"Daddy wait. Who?" Arianna bertanya kerana dia belum pun membuat sebarang janji untuk berjumpa dengan sesiapa hari ini. Dato' Seri Aidil hanya memberikan senyuman bagi soalan yang di ajukan oleh Arianna.

"Daddy!" Arianna menjerit sekali lagi apabila Dato' Seri Aidil tidak menjawab pertanyaannya. Dato'Seri Aidil telah pun berjalan turun ke bawah. Arianna bingkas bangun dari katilnya dan mencapai tuala yang tergantung di penyidai. Ish! Siapa pulak yang gatal sangat nak jumpa aku ni, Arianna membebel tidak puas hati. Huargh! Dahlah mengantuk lagi ni. Setelah bersiap ala kadar, Arianna turun ke bawah dengan malasnya.

Arianna terus menuju ke ruang makan, tetapi tiada sesiapa di situ. Kakinya melangkah menuju ke arah kolam renang apabila dia terdengarkan seperti suara Faheem bergelak ketawa. Dari jauh dia dapat melihat kelibat seseorang. Daniel? Arianna melajukan langkahnya. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan lelaki itu.

“Daniel! Thank god you are here.” Lantas Arianna memeluk erat lelaki itu seolah-olah segala apa yang di lalui semalam akan hilang dari kepalanya.

“Ari…Iq’s here.” Daniel berkata perlahan di telinga Arianna. Dia juga terkejut dengan tindakan gadis itu yang memeluknya walaupun dia tahu Arianna memang sedikit manja dengannya. Tetapi apabila gadis itu memeluknya di hadapan Iqram, dia berasa serba salah.

“Hah?” Arianna meleraikan pelukannya dan memusingkan badan menghadap Iqram. Dia dapat melihat wajah Iqram yang sudah kemerahan seperti menahan rasa marah dan cemburu.

“Hai.” Arianna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh! Itulah lain kali toleh kiri kanan dulu barulah buat aksi yang bukan-bukan, Arianna mengeluh di dalam hati.

Iqram hanya mendiamkan diri tanpa membalas teguran dari Arianna. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia rasa sekarang ini. Hendak melepaskan rasa marahnya kepada Daniel tidak wajar pula pada fikirannya kerana bukan Daniel yang memeluk Arianna tetapi sebaliknya.

“Okaylah I think I’d better go now.” Akhirnya Daniel mengalah. Baiklah dia mengundurkan diri daripada berada di situasi yang agak luar biasa ini.

“Daniel…you don’t have to. I think I’m the one who should leave.” Iqram bersuara. Padanya Daniel tidak sepatutnya pergi. Dia pun berhak untuk berjumpa dengan Arianna.

“It’s okay Iq.” Daniel menjawab pendek.

Arianna sudah tidak senang dengan keadaan sekarang ini. Memang dia perlukan Daniel pada saat ini untuk menghilangkan risau dalam dirinya akibat kejadian semalam. Tetapi apabila Iqram turut berada di situ, dia sudah hilang pertimbangan, tidak tahu yang mana harus di utamakan. Argh! Susahnya.

“Come I hantar sampai kereta you.” Arianna berasa sedikit lega apabila Daniel memilih untuk tidak berada di situ buat masa ini walaupun dalam hatinya meronta-ronta tidak membenarkan Daniel pergi. Setelah itu Arianna berjalan beriringan dengan Daniel sehingga ke kereta lelaki itu yang di parkirkan bersebelahan dengan kereta Iqram di halaman banglo.

“Are you really okay, Ari?” Daniel bertanya bagi memastikan gadis kesayangannya itu benar-benar okay.

“You know that I need you now…but…hmmm.” Arianna mengeluh kecil.

“Did he know?” Daniel bertanya sama ada Iqram mengetahui atau tidak mengenai mimpi yang di alami oleh Arianna semalam.

“No.” jawab Arianna.

“Kenapa you tak beritahu dia? You should tell him, Ari cause I won’t be around always. If you tell him, at least you have someone to talk to.” Daniel merenung Arianna dengan bermacam rasa. Ingin saja dia memeluk gadis itu bagi menghilangkan rasa risau yang bertapa di dalam dirinya

“Daniel…if I told him…well…for sure abang Is will know about it too. Besides I’m not ready to tell him yet.” Arianna memberi alasan.

“If you say so…I tak boleh nak cakap apa. Okaylah I balik dulu. Anything just called…and lain kali nak peluk I tu tengok keliling dulu.” Daniel sudah melepaskan tawanya apabila melihat muka masam Arianna.

“Daniel! I tak sengaja okay.” Arianna menampar perlahan lengan Daniel.

“I don’t mind kalau you nak peluk I. Hari-hari nak peluk pun takpe.” Daniel masih lagi mengusik Arianna.
“Gatal eh you.”

“Dahlah I nak balik ni. Ingat pesan I. Take care…love you. Assalamualaikum.” Daniel sudah pun masuk ke dalam keretanya.

“Bye…love you too. Waalaikumussalam.” Arianna melambaikan tangan dan memerhatikan sehingga kereta Daniel keluar dari perkarangan rumahnya. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke kolam renang untuk berjumpa dengan Iqram.

Iqram hanya duduk di atas kerusi yang terletak di bawah kanopi kecil berhadapan dengan kolam renang. Dia tidak tahu apa yang ada dalam otaknya sekarang. Matanya merenung jauh ke dasar kolam renang. Sedaya upaya dia cuba untuk menghilangkan apa yang di rasakan sekarang ini. Berapa dalamkah hubungan Daniel dengan Arianna? Adakah dia akan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka nanti? Pelbagai soalan yang muncul di dalam benaknya sehinggakan dia tidak sedar bahawa Arianna telah pun duduk bersebelahan dengannya.

“Iq.” Arianna memanggil perlahan.

“Hmm…” hanya itu yang keluar dari mulut Iqram. Arianna berasa sedikit keresahan apabila mendengarkan perkataan dari mulut Iqram. Lalu dia menggenggam tangan Iqram dan melabuhkan kepalanya di atas bahu lelaki itu seperti meminjam sedikit semangat dari lelaki itu.

“Baby…is something wrong?” Iqram sedikit tersentak dengan perbuatan Arianna. Dia berasa bimbang jika aksi mereka dilihat oleh keluarga Arianna. Mana nak letak mukanya nanti. Arianna hanya mendiamkan diri.
“Baby…” Iqram memanggil lagi apabila tiada respons dari Arianna.

“Just stay like this for a while, please.” Arianna bersuara perlahan. Iqram menghembus nafas perlahan.

“Okay.” Ingin saja Iqram memeluk Arianna supaya dapat menghilangkan resah yang berada di dalam jiwa gadis itu. Buat beberapa ketika mereka berkeadaan seperti itu.

“Okay jom teman I makan. Lapar pulak.” Tanpa melepaskan pegangan tangannya, Arianna bangun dari duduknya. Iqram mengerutkan dahinya melihatkan telatah Arianna. Sungguh memeningkan apabila memikirkan sikap Arianna yang sukar di jangka.

Iqram ikutkan sahaja kehendak Arianna. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam dan terus menuju ke ruang dapur.

“Mak Jah!” Arianna memang suka mengusik pembantu rumahnya sehingga terkejut orang tua itu di buatnya.
“Ari! Suka sangat usik mak Jah. Kenapa bawak Iq masuk dapur ni? Kalau Ari nak makan, mak Jah bawakkan kat ruang makan tu ya?” Mak Jah kelihatan serba salah apabila tetamu berada di ruang dapur.

“Relaxlah mak Jah. Ari makan kat dapur aja. Iq pun tak kisah, kan?” jawab Arianna sambil memandang muka Iqram yang sudah kemerahan itu. Kenapa muka tu merah sangat wahai Encik Iqram? Arianna bertanya sendiri.

“Iq tak kisah mak Jah. Sama je makan kat mana pun. Nak temankan Ari je ni sebenarnya. Nanti tuan puteri ni tak nak makan, susah pulak Iq.” Iqram cuba bergurau bagi menutup malunya.

“Kalau macam tu Ari dengan Iq duduk dulu. Mak Jah ambilkan makanan.” Mak Jah dengan segera menyiapkan juadah untuk Arianna dan Iqram.

“Why are you blushing?” Akhirnya keluar juga soalan yang bermain di kepala Arianna. Iqram menghalakan pandangan matanya kepada tangan mereka yang masih erat bertaut bagi menjawab pertanyaan Arianna. Apabila Arianna terpandangkan tangannya yang masih memegang erat tangan Iqram dengan segera dia melepaskannya. Ya Allah! Macamana boleh tak perasan ni. Sekarang ni siapa yang sepatutnya berasa malu. Padanlah mak Jah daripada tadi tersenyum-senyum memandang mereka. Muka Arianna pula yang merah seperti kena bakar.

“Why are you blushing, baby?” Iqram sudah tersenyum melihatkan muka Arianna yang sudah kemerah-merahan itu.

“Next time tell me earlier.” Arianna memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati. Dia sebenarnya berasa malu apabila baru tersedar atas kelakuannya itu. Mereka sudah pun duduk di meja makan yang terletak di dapur.

“Baby…” panggil Iqram perlahan.

“Hmm…” jawab Arianna tanpa melihat wajah Iqram.

“Please don’t do that.” Kata Iqram perlahan sambil merenung Arianna.

“Do what?” segera Arianna menoleh kepada Iqram bersama kerutan di dahi.

“Jangan muncungkan bibir tu…cause it will make me want to kiss you.” Iqram berbisik ke telinga Arianna.
“Iq!” segera Arianna memalingkan mukanya ke arah lain bagi menghilangkan rasa malu dan juga debaran di hati.

Setelah menghidangkan makanan, mak Jah terus berlalu pergi meningalkan mereka berdua. Iqram mencapai tangan Arianna dan di genggamnya erat. Arianna tertunduk malu. Ish! Dah macam kena electric shock pulak.
“Come…Iq suapkan baby makan.” Iqram mencapai pinggan dan mencedokkan nasi lemak yang di hidangkan oleh mak Jah tanpa melepaskan genggaman tangannya. Arianna hanya memerhatikan tingkah Iqram yang sememangnya membuat dia di awang-awangan. Indahnya rasa.

Iqram memang suka memanjakan Arianna. Dia sanggup buat apa saja untuk gadis itu. Apa sahaja yang membolehkan gadis itu berasa bahagia, dia akan cuba melakukannya sebaik mungkin.

Arianna berasa sungguh bahagia ketika ini apabila Iqram memanjakan dirinya. Hilang sudah rasa risau yang bertapa di dalam hati sejak semalam. Hilang juga rasa mengantuk. Iqram menyuap Arianna sehingga selesai. Tanpa mereka sedari kelakuan mereka di perhatikan oleh seseorang.

“Amboi manjanya. Makan pun nak bersuap ke?” Isqandar tiba-tiba mencelah sambil ketawa.

“Abang Is.” Iqram menegur tanpa menoleh ke arah Isqandar. Malu rasanya. Arianna tertunduk menahan malu.

“Abang Is rasakan…korang ni patut kahwin aja cepat-cepat. Bolehlah orang tu nak bermanja sakan.” Kata isqandar lagi.

“Abang Is!!” jerit Arianna sambil mencapai sudu yang telah di letakkan oleh Iqram tadi. Rasa macam nak baling aja sudu di tangannya. Eee!! Geramnya. Isqandar terus berlalu dengan ketawa yang kuat.

Setelah melihat Isqandar hilang dari pandangan, pandangan mereka kembali bertaut. Mereka diam membisu merasai masa yang seolah-olah terhenti untuk mereka berdua.

10 comments:

  1. izzati:kak leena..ade typing error...

    Apabila pandangan matanya (sedah)sedikit jelas...
    *patutnya (sudah)...

    btw,best...cepat2lah smbung lagi..hehehe

    ReplyDelete
  2. Asal aku tersengih sensorang ni?..hihih.....kalau Tie suka giler kt Iq tu kan...I pulak crazy over Daniel....hihiih.....Daniel..I lap you deep deep...ahaksss....

    ReplyDelete
  3. Awwwwwww sweetnya........suka suka suka !!!!!!

    ReplyDelete
  4. kan3 kak Rozie kan....Daniel 2 pon leyh tahan ape baik pon baik...sp la yang bakal jadi buah ati pengarang jantung dia 2 agaknye yeh...kite kot kak muhahahahha

    ReplyDelete
  5. bile nak sambung lagi..lamenye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimie...mmg nak sambung cuma masa je terhad sikit...anyway tq coz sudi baca

      Delete
  6. lamanya tunggu n3 baru..... tak sabar nak tahu kisah seterusnya....

    ReplyDelete