Malam itu, Arianna berbual panjang dengan Iqram
sehinggakan Blackberry-nya kehabisan bateri. Entah pukul berapa mereka letak
telefon pun dia tidak perasan. Arianna melelapkan matanya bersama sebuah
senyuman bahagia.
Arianna terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa haus.
Aduh! Malasnya nak turun ke dapur. Dalam keadaan dirinya yang separuh sedar
itu, dia merasakan kehadiran seseorang dalam biliknya tidurnya. Arianna
seboleh-bolehnya mencelikkan matanya yang sememangnya tidak larat untuk di buka.
Apabila pandangan matanya sedah sedikit jelas, Arianna merasakan nyawanya
seakan sudah keluar meninggalkan tubuhnya. Qarl?! Macamana dia boleh ada dalam
bilik aku ni. Daddy! Mummy! Abang Is! Tolong Ari, tetapi Arianna hanya mampu
menjerit di dalam hati. Badannya sudah menggigil. Kakinya seakan di gam di
lantai. Dirinya hanya berdiri kaku di sisi katilnya. Otaknya tidak boleh
berfungsi dengan betul pada saat ini. Dilihatnya Qarl tersenyum memandangnya.
“Qarl? What are you doing here?” Arianna bertanya dengan
nada suara yang dirasakan sehabis tenang.
Qarl yang memandang dari meja solek Arianna mula
melangkah perlahan menuju ke arahnya. Nafas Arianna sudah tidak menentu.
“Sayang…” Qarl memanggil Arianna sambil mengusap
perlahan pipi gadis itu.
“Kau nak apa ni? Macamana kau boleh ada dalam bilik
aku?” Arianna sedaya upaya menyembunyikan debaran yang sudah hampir menyesakkan
dadanya.
“I’ve told you before…you’re mine. Takda siapa yang
boleh rampas apa yang sepatutnya jadi milik I.” Qarl terus memeluk Arianna dan
mendekatkan bibirnya ke bibir gadis itu. Dengan segala tenaga yang ada dalam
dirinya, Arianna berusaha untuk menolak tubuh Qarl. Tetapi dia tersilap langkah
apabila dirinya sudah jatuh terbaring di atas katil.
Qarl memandang Arianna dengan senyuman lebar apabila
melihatkan keadaan gadis itu. Mata Arianna sudah bergenang. Dia hanya mampu
berdoa dalm hati agar dirinya selamat.
“Tolonglah Qarl, jangan buat aku macam ni.” Arianna
merayu apabila Qarl sudah pun berada di atas dirinya. Arianna menangis teresak-esak.
“Daddy! Mummy! Abang Is!” Arianna menjerit sambil
meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Shhh…no one will hear you, sayang. Don’t you remember
where your room is?” Qarl mengingatkan Arianna kalau dia menjerit sekalipun
memang tiada siapa yang akan mendengarnya memandangkan bilik gadis itu berada
di tingkat atas sekali.
“Argh!! No!!” Arianna menjerit sekali lagi dan
berusaha untuk melepaskan dirinya. Dalam dirinya meronta-ronta, Arianna membuka
mata dan mendapati tiada sesiapa pun di dalam biliknya.
Arianna bingkas bangun dari katilnya dan menekan suis
lampu biliknya. Matanya liar memandang keadaan biliknya yang sudah terang
benderang itu. Arianna beristighfar di dalam hati. Dia melangkahkan kakinya
menuju ke bilik air. Arianna membasuh mukanya puas-puas. Dalam hatinya berasa
lega kerana dia hanya bermimpi.
Keluar dari bilik air, Arianna melihat jam yang
terletak di atas meja yang bersebelahan dengan katilnya. Huh! Baru pukul 3.30
pagi. Arianna duduk bersandar di atas katilnya. Matanya sudah tidak boleh lelap.
Ish! Apa nak buat ni. Tekaknya terasa kering. Dia tidak berani untuk turun
sendirian ke dapur setelah apa yang di alami sebentar tadi walaupun ianya
sebuah mimpi.
Arianna mencapai Blackberrynya dan mula mendail nombor
seseorang. Harap-harap dia tak tidur lagi, Arianna berkata dalam hati.
“Ari? What’s wrong? Are you okay?” tanpa sempat
memberi salam terus sahaja panggilan telefon Arianna di terjah.
“Daniel, slow down. I’m okay.” Arianna tergelak kecil.
Lega rasanya dapat bercakap dengan Daniel.
“You’re not a good liar Ari. It’s 3.30 in the morning.
Don’t tell me you are okay.” Daniel memang terkejut apabila menerima panggilan
daripada gadis itu. Mujurlah dia belum tidur lagi.
“I’m really okay, Daniel. It’s just that…hmmm.”
Arianna mengeluh perlahan. Kalau dia bercerita kepada Daniel, mesti lelaki itu
akan berasa risau. Tetapi kalau dia tak bercerita, dirinya pula yang akan
berasa tidak keruan.
“Spill, Ari. You know what I will do if you don’t tell
me now.” Daniel mula mengugut Arianna.
“Daniel…it’s nothing. It just that I couldn’t sleep
and I need someone to talked to.” Arianna cuba berdalih walaupun dia tahu
Daniel tidak akan mempercayainya.
“Ari, kalau you tak beritahu sekarang, I’ll be there
in less than 30 minutes, so what say you?” Daniel masih lagi tidak berpuas hati
dengan alasan yang Arianna berikan padanya.
“Okay,okay. I’ll tell you. Ish! Susahnya kalau
bercakap dengan you ni. Selagi tak dapat apa yang you nak selagi tulah you akan
dera I.” Arianna ketawa kecil bagi menghilangkan resah di hati.
“Speak Ari.” Daniel masih lagi memaksa agar Arianna
bercerita kepadanya.
“I just had a bad dream, that’s all.” Arianna berkata
perlahan.
“Bad dream? Tell me all about it, Ari.” Daniel masih
lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan Arianna.
“It’s him, Daniel. He’s here in my room and it felt so
real. Now I couldn’t sleep.” Arianna mengeluh perlahan.
“Are you really okay, Ari. Do you want me to be
there?” Daniel bertanya lembut. Sungguh dia amat risaukan gadis kesayangannya
itu.
“No! Kalau you datang sini pagi-pagi buta ni, nanti
family I ingat apa pulak even though I need you now.” Arianna berkata sayu.
Kedengaran Arianna teresak kecil. Daniel sudah tidak senang duduk di rumahnya.
“Okay. Calm down Ari. Breathe. I datang sekarang
okay.” Sebolehnya Daniel mahu berada di sisi Arianna pada saat ini.
“Daniel…I’m okay. Just stay on the phone, please.”
Arianna masih lagi teresak-esak.
“I will.” Daniel menjawab pendek. Mereka berbual dari
satu topik ke satu topik sehinggalah waktu subuh. Kemudian masing-masing
meletakkan telefon bagi mengerjakan solat subuh. Setelah mengerjakan solat
barulah Arianna berasa sedikit lega. Arianna sudah baring di atas katilnya.
Baru sekarang matanya terasa amat mengantuk. Sebelum dia melelapkan mata, dia
mencapai Blackberrynya dan mula menghantar mesej kepada Daniel.
~ Thank you Daniel for being with me the whole
night…ops morning. Love you.
Daniel yang baru selesai solat subuh terus saja
mengambil Samsung S3 nya yang berbunyi menandakan mesej masuk. Dia tersenyum
lebar apabila membaca mesej dari Arianna dan segera menaip sesuatu dan menekan
butang send.
~ You’re most welcome. I’d do anything for you. Love
you always.
“Ari!” Dato’ Seri Aidil memanggil Arianna sambil mengetuk
pintu bilik gadis itu bertalu-talu. Tak pernah-pernah si Arianna ni bangun
lewat begini, Dato’ Seri Aidil sudah gelisah. Apabila tiada sahutan daripada
Arianna, Dato’ Seri Aidil turun ke bawah untuk mencari kunci pendua bilik
anaknya itu.
“Kenapa daddy? You look worried.” Isqandar bertanya
dengan kerutan di dahi apabila melihat daddynya turun ke bawah dengan wajah
yang keresahan,
“It’s your sister…” Dato’ Seri Aidil masih lagi
mencari kunci pendua yang selalunya terletak di atas meja konsul yang terletak
di tepi tangga.
“Ari? Kenapa dengan dia?” Isqandar sudah pun berdiri
bersebelahan dengan Dato’ Seri Aidil.
“Daddy panggil banyak kali tapi tak jugak bangun adik
kamu tu. Itu yang daddy risau.” Ish! Mana pulak kunci ni, masa nak guna masa tu
lah tak jumpa, omel Dato’ Seri Aidil dalam hati.
“Biasalah tu daddy kalau hari ni Ari bangun lambat.
Mesti lepas subuh tadi dia tidur balik.” Isqandar memang masak benar dengan
perangai adik kesayangannya itu.
“Tapi selalu kalau daddy panggil dia mesti bangun.” Dato’
Seri Aidil masih lagi tidak berpuas hati.
“Daddy ni risau sangat. Come…Is tolong panggilkan.”
Isqandar sudah melangkah naik menuju ke bilik Arianna. Dato’ Seri Aidil
mengikuti Isqandar dari belakang.
“Arianna!” Sampai di depan bilik Arianna, Isqandar sudah
mengetuk pintu bilik sambil menjerit nama adiknya.
Arianna terpisat-pisat bangun apabila mendengar
namanya dipanggil tanpa henti. Ish! Ada aja yang nak kacau time tidur aku,
Arianna membebel. Arianna bingkas bangun dan memulas tombol pintu biliknya.
“Hmmm…Abang Is.” Apabila terpandangkan muka Isqandar,
Arianna melangkah kembali ke katilnya.
“Wahai cik Arianna, do you know what time now? Kalau
mak mertua tahu la menantunya ni bangun lewat….hmmm…memang reject terus tau.”
Isqandar memang suka menyakat Arianna.
“Abang Is, please. I don’t have enough sleep last
night la.” Arianna terus saja baring sambil menarik selimut. Sambung tidur lagi
bagus.
“Are you okay Ari?” Dato’ Seri Aidil mencelah.
“Huh! Daddy?” Arianna terkejut lantas terus bangun
dari baringnya. Aduh! Sakitnya kepala. Tulah bangun cepat sangat dari baring
tadi. Tangan Arianna sudah memegang sebelah kepalanya yang berasa sedikit
pening itu.
“Kenapa ni
Ari?” Dato’ Seri Aidil bertanya lembut sambil mengusap kepala anak
kesayangannya itu.
“Dah nak jadi mak orang pun nak manja lagi.” Isqandar
masih lagi meyakat adiknya sambil menggelengkan kepala.
“Abang Is sila jangan jelous ya.” Arianna menjelirkan
lidahnya kepada Isqandar kemudian dia terus memeluk lengan Dato’ Seri Aidil.
“Hmmm…Is keluar dululah daddy. Kalau tak…mahu Is
termuntah-muntah pulak kat bilik ni.” Isqandar terus melangkah keluar dari
bilik Arianna. Dato’ Seri Aidil hanya tersenyum melihatkan telatah
anak-anaknya.
"What's wrong anak daddy ni?" Dato' Seri
Aidil masih bertanya kepada Arianna yang kelihatan agak letih itu.
"Hmmm...I couldn't sleep last night."
Arianna mengadu perlahan sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Dato' Seri
Aidil.
"Ari buat apa sampai tak boleh tidur tu."
Dato' Seri Aidil memancing supaya Arianna bercerita kepadaya.
"Err..." Arianna sudah serba salah sama ada
mahu bercerita atau tidak apa yang di alaminya semalam.
"Sekarang ni daddy rasa Ari dah macam tak nak
bercerita dengan daddy aje." Dato' Seri Aidil
meluahkan rasa hatinya.
"It's not like that, daddy. Hmmm...I had a bad
dream last night. Tu yang tak boleh tidur lepas tu." Akhirnya Arianna
membuka mulutnya tapi tidak menceritakan secara keseluruhan apa yang di mimpikannya
itu.
"Mimpi kena kejar hantu ke sampai tak boleh tidur."
Dato' Seri Aidil sudah tergelak kecil apabila mendengarkan kenapa anaknya itu
kelihatan sangat mengantuk pada pagi ini.
"Daddy!" Jerit Arianna menjerit perlahan.
"Go take a shower. There are people waiting for
you downstairs." Dato' seri Aidil bangun dan
melangkah keluar dari bilik Arianna.
"Daddy wait. Who?" Arianna bertanya kerana
dia belum pun membuat sebarang janji untuk berjumpa dengan sesiapa hari ini.
Dato' Seri Aidil hanya memberikan senyuman bagi soalan yang di ajukan oleh
Arianna.
"Daddy!" Arianna menjerit sekali lagi
apabila Dato' Seri Aidil tidak menjawab pertanyaannya. Dato'Seri Aidil telah
pun berjalan turun ke bawah. Arianna bingkas bangun dari katilnya dan mencapai
tuala yang tergantung di penyidai. Ish! Siapa pulak yang gatal sangat nak jumpa
aku ni, Arianna membebel tidak puas hati. Huargh! Dahlah mengantuk lagi ni.
Setelah bersiap ala kadar, Arianna turun ke bawah dengan malasnya.
Arianna terus menuju ke ruang makan, tetapi tiada
sesiapa di situ. Kakinya melangkah menuju ke arah kolam renang apabila dia
terdengarkan seperti suara Faheem bergelak ketawa. Dari jauh dia dapat melihat
kelibat seseorang. Daniel? Arianna melajukan langkahnya. Tidak sabar rasanya
untuk berjumpa dengan lelaki itu.
“Daniel! Thank god you are here.” Lantas Arianna
memeluk erat lelaki itu seolah-olah segala apa yang di lalui semalam akan
hilang dari kepalanya.
“Ari…Iq’s here.” Daniel berkata perlahan di telinga
Arianna. Dia juga terkejut dengan tindakan gadis itu yang memeluknya walaupun
dia tahu Arianna memang sedikit manja dengannya. Tetapi apabila gadis itu
memeluknya di hadapan Iqram, dia berasa serba salah.
“Hah?” Arianna meleraikan pelukannya dan memusingkan
badan menghadap Iqram. Dia dapat melihat wajah Iqram yang sudah kemerahan
seperti menahan rasa marah dan cemburu.
“Hai.” Arianna menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aduh! Itulah lain kali toleh kiri kanan dulu barulah buat aksi yang
bukan-bukan, Arianna mengeluh di dalam hati.
Iqram hanya mendiamkan diri tanpa membalas teguran
dari Arianna. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dia rasa sekarang ini. Hendak
melepaskan rasa marahnya kepada Daniel tidak wajar pula pada fikirannya kerana
bukan Daniel yang memeluk Arianna tetapi sebaliknya.
“Okaylah I think I’d better go now.” Akhirnya Daniel
mengalah. Baiklah dia mengundurkan diri daripada berada di situasi yang agak
luar biasa ini.
“Daniel…you don’t have to. I think I’m the one who
should leave.” Iqram bersuara. Padanya Daniel tidak sepatutnya pergi. Dia pun
berhak untuk berjumpa dengan Arianna.
“It’s okay Iq.” Daniel menjawab pendek.
Arianna sudah tidak senang dengan keadaan sekarang
ini. Memang dia perlukan Daniel pada saat ini untuk menghilangkan risau dalam
dirinya akibat kejadian semalam. Tetapi apabila Iqram turut berada di situ, dia
sudah hilang pertimbangan, tidak tahu yang mana harus di utamakan. Argh!
Susahnya.
“Come I hantar sampai kereta you.” Arianna berasa
sedikit lega apabila Daniel memilih untuk tidak berada di situ buat masa ini
walaupun dalam hatinya meronta-ronta tidak membenarkan Daniel pergi. Setelah
itu Arianna berjalan beriringan dengan Daniel sehingga ke kereta lelaki itu
yang di parkirkan bersebelahan dengan kereta Iqram di halaman banglo.
“Are you really okay, Ari?” Daniel bertanya bagi memastikan
gadis kesayangannya itu benar-benar okay.
“You know that I need you now…but…hmmm.” Arianna
mengeluh kecil.
“Did he know?” Daniel bertanya sama ada Iqram
mengetahui atau tidak mengenai mimpi yang di alami oleh Arianna semalam.
“No.” jawab Arianna.
“Kenapa you tak beritahu dia? You should tell him, Ari
cause I won’t be around always. If you tell him, at least you have someone to
talk to.” Daniel merenung Arianna dengan bermacam rasa. Ingin saja dia memeluk
gadis itu bagi menghilangkan rasa risau yang bertapa di dalam dirinya
“Daniel…if I told him…well…for sure abang Is will know
about it too. Besides I’m not ready to tell him yet.” Arianna memberi alasan.
“If you say so…I tak boleh nak cakap apa. Okaylah I
balik dulu. Anything just called…and lain kali nak peluk I tu tengok keliling
dulu.” Daniel sudah melepaskan tawanya apabila melihat muka masam Arianna.
“Daniel! I tak sengaja okay.” Arianna menampar
perlahan lengan Daniel.
“I don’t mind kalau you nak peluk I. Hari-hari nak
peluk pun takpe.” Daniel masih lagi mengusik Arianna.
“Gatal eh you.”
“Dahlah I nak balik ni. Ingat pesan I. Take care…love
you. Assalamualaikum.” Daniel sudah pun masuk ke dalam keretanya.
“Bye…love you too. Waalaikumussalam.” Arianna
melambaikan tangan dan memerhatikan sehingga kereta Daniel keluar dari
perkarangan rumahnya. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke kolam renang
untuk berjumpa dengan Iqram.
Iqram hanya duduk di atas kerusi yang terletak di
bawah kanopi kecil berhadapan dengan kolam renang. Dia tidak tahu apa yang ada
dalam otaknya sekarang. Matanya merenung jauh ke dasar kolam renang. Sedaya
upaya dia cuba untuk menghilangkan apa yang di rasakan sekarang ini. Berapa
dalamkah hubungan Daniel dengan Arianna? Adakah dia akan menjadi orang ketiga
dalam hubungan mereka nanti? Pelbagai soalan yang muncul di dalam benaknya
sehinggakan dia tidak sedar bahawa Arianna telah pun duduk bersebelahan
dengannya.
“Iq.” Arianna memanggil perlahan.
“Hmm…” hanya itu yang keluar dari mulut Iqram. Arianna
berasa sedikit keresahan apabila mendengarkan perkataan dari mulut Iqram. Lalu
dia menggenggam tangan Iqram dan melabuhkan kepalanya di atas bahu lelaki itu
seperti meminjam sedikit semangat dari lelaki itu.
“Baby…is something wrong?” Iqram sedikit tersentak
dengan perbuatan Arianna. Dia berasa bimbang jika aksi mereka dilihat oleh
keluarga Arianna. Mana nak letak mukanya nanti. Arianna hanya mendiamkan diri.
“Baby…” Iqram memanggil lagi apabila tiada respons dari
Arianna.
“Just stay like this for a while, please.” Arianna
bersuara perlahan. Iqram menghembus nafas perlahan.
“Okay.” Ingin saja Iqram memeluk Arianna supaya dapat
menghilangkan resah yang berada di dalam jiwa gadis itu. Buat beberapa ketika
mereka berkeadaan seperti itu.
“Okay jom teman I makan. Lapar pulak.” Tanpa
melepaskan pegangan tangannya, Arianna bangun dari duduknya. Iqram mengerutkan
dahinya melihatkan telatah Arianna. Sungguh memeningkan apabila memikirkan
sikap Arianna yang sukar di jangka.
Iqram ikutkan sahaja kehendak Arianna. Mereka berjalan
beriringan masuk ke dalam dan terus menuju ke ruang dapur.
“Mak Jah!” Arianna memang suka mengusik pembantu
rumahnya sehingga terkejut orang tua itu di buatnya.
“Ari! Suka sangat usik mak Jah. Kenapa bawak Iq masuk
dapur ni? Kalau Ari nak makan, mak Jah bawakkan kat ruang makan tu ya?” Mak Jah
kelihatan serba salah apabila tetamu berada di ruang dapur.
“Relaxlah mak Jah. Ari makan kat dapur aja. Iq pun tak
kisah, kan?” jawab Arianna sambil memandang muka Iqram yang sudah kemerahan
itu. Kenapa muka tu merah sangat wahai Encik Iqram? Arianna bertanya sendiri.
“Iq tak kisah mak Jah. Sama je makan kat mana pun. Nak
temankan Ari je ni sebenarnya. Nanti tuan puteri ni tak nak makan, susah pulak
Iq.” Iqram cuba bergurau bagi menutup malunya.
“Kalau macam tu Ari dengan Iq duduk dulu. Mak Jah
ambilkan makanan.” Mak Jah dengan segera menyiapkan juadah untuk Arianna dan
Iqram.
“Why are you blushing?” Akhirnya keluar juga soalan
yang bermain di kepala Arianna. Iqram menghalakan pandangan matanya kepada
tangan mereka yang masih erat bertaut bagi menjawab pertanyaan Arianna. Apabila
Arianna terpandangkan tangannya yang masih memegang erat tangan Iqram dengan
segera dia melepaskannya. Ya Allah! Macamana boleh tak perasan ni. Sekarang ni
siapa yang sepatutnya berasa malu. Padanlah mak Jah daripada tadi
tersenyum-senyum memandang mereka. Muka Arianna pula yang merah seperti kena
bakar.
“Why are you blushing, baby?” Iqram sudah tersenyum
melihatkan muka Arianna yang sudah kemerah-merahan itu.
“Next time tell me earlier.” Arianna memuncungkan
bibirnya tanda tidak puas hati. Dia sebenarnya berasa malu apabila baru
tersedar atas kelakuannya itu. Mereka sudah pun duduk di meja makan yang
terletak di dapur.
“Baby…” panggil Iqram perlahan.
“Hmm…” jawab Arianna tanpa melihat wajah Iqram.
“Please don’t do that.” Kata Iqram perlahan sambil
merenung Arianna.
“Do what?” segera Arianna menoleh kepada Iqram bersama
kerutan di dahi.
“Jangan muncungkan bibir tu…cause it will make me want
to kiss you.” Iqram berbisik ke telinga Arianna.
“Iq!” segera Arianna memalingkan mukanya ke arah lain
bagi menghilangkan rasa malu dan juga debaran di hati.
Setelah menghidangkan makanan, mak Jah terus berlalu
pergi meningalkan mereka berdua. Iqram mencapai tangan Arianna dan di
genggamnya erat. Arianna tertunduk malu. Ish! Dah macam kena electric shock
pulak.
“Come…Iq suapkan baby makan.” Iqram mencapai pinggan
dan mencedokkan nasi lemak yang di hidangkan oleh mak Jah tanpa melepaskan
genggaman tangannya. Arianna hanya memerhatikan tingkah Iqram yang sememangnya
membuat dia di awang-awangan. Indahnya rasa.
Iqram memang suka memanjakan Arianna. Dia sanggup buat
apa saja untuk gadis itu. Apa sahaja yang membolehkan gadis itu berasa bahagia,
dia akan cuba melakukannya sebaik mungkin.
Arianna berasa sungguh bahagia ketika ini apabila
Iqram memanjakan dirinya. Hilang sudah rasa risau yang bertapa di dalam hati
sejak semalam. Hilang juga rasa mengantuk. Iqram menyuap Arianna sehingga
selesai. Tanpa mereka sedari kelakuan mereka di perhatikan oleh seseorang.
“Amboi manjanya. Makan pun nak bersuap ke?” Isqandar
tiba-tiba mencelah sambil ketawa.
“Abang Is.” Iqram menegur tanpa menoleh ke arah
Isqandar. Malu rasanya. Arianna tertunduk menahan malu.
“Abang Is rasakan…korang ni patut kahwin aja
cepat-cepat. Bolehlah orang tu nak bermanja sakan.” Kata isqandar lagi.
“Abang Is!!” jerit Arianna sambil mencapai sudu yang
telah di letakkan oleh Iqram tadi. Rasa macam nak baling aja sudu di tangannya.
Eee!! Geramnya. Isqandar terus berlalu dengan ketawa yang kuat.
Setelah melihat Isqandar hilang dari pandangan,
pandangan mereka kembali bertaut. Mereka diam membisu merasai masa yang
seolah-olah terhenti untuk mereka berdua.