Thursday, 20 October 2016

Cinta Miss Ego - Bab 1



BAB 1
~ Love is always in the air, isn’t it? ~
“Ish!…lembab betullah perempuan ni nak sampai.” Arianna mula membebel bila waktu yang dijanjikan tidak ditepati.
“Perut aku ni dahlah mula berdondang sayang, si Arissa ni pulak dok terhegeh-hegeh” Bisik hati kecil Arianna lagi.
Hampir sejam Arianna berdiri di hadapan Secret Recipe, AEON Tebrau City menantikan kedatangan sahabat baiknya, Arissa bersama dengan kekasih separuh matinya Ben. Ikut sedap mulut dia ajekan buat perumpamaan, sengih Arianna. Naik angin juga Arianna dengan dua manusia yang tidak menepati masa ni.
Sedang Arianna membelek-belek dengan tekun handphone yang memang dari tadi tak lepas dari genggaman tangan sambil tersenyum-senyum sendiri macam orang dah terkena sawan, akhirnya muncul jugak orang yang dinanti-nantikan. Dari jauh Arianna dapat melihat kedatangan Arissa bukan berdua tapi bertiga.
“Well... well... well... who is that? Yummy...” Mulalah Arianna cuba untuk mengontrolkan ayunya. Haih, habis rosak bahasa kau buat Arianna oii.
Apabila mereka sampai di depan Arianna, Arissa terus memperkenalkan si jejaka yang bolehlah di kategorikan handsome tu kepadanya. Bolehlah? Apa maknanya tu? Arianna dah tergeleng-gelengkan kepala.
“Hai Ari, sorry we all lambat sikit, we all pergi ambil mamat bajet handsome ni. So Arianna, this is our friend Iqram. Iqram, meet my boyfriend best friend forever, Arianna.” Arissa memperkenalkan lelaki itu kepada Arianna.
“Iqram, nice to meet you.” Iqram mengenalkan dirinya dengan senyuman manis.
“Hai, Arianna, nice to meet you too.” Jantung Arianna mula berdegup kencang sambil control ayu. Ayu ke? Tapi kenapa macam ada rasa sesuatu di situ apabila matanya menangkap senyuman yang di ukirkan oleh lelaki itu. Terasa seperti senyuman dari seseorang yang telah lama dia kenal.
 “Jomlah guys, kita makan dulu. Ari is extremely starving.” Arissa sengaja nak mengenakan Arianna.
“Weh! apasal aku pulak, bukan kau ke yang dah tak sabar nak makan.” Arianna mulalah tidak puas hati. Extreme dia kata kat aku. Si Arissa ni memang nak kena.
Tanpa membuang masa, mereka semua masuk ke dalam Secret Recipe. Tapi tangan Arianna pantas menarik lengan Arissa sehingga badannya terdorong ke belakang sedikit. Mereka berjalan perlahan-lahan di belakang dua jejaka Malaya itu.
“Weh….kau ni apa kes pulak main tarik-tarik ni,” teriak Arissa.
“Hei!... kalau ya pun slow la sikit volume kau tu.” Bisik Arianna sambil menampar lengan Arissa.
“Ha…apa kes….cerciter, cerciter.” Arissa mula mengajuk Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.
“Takdelah…Cuma a bit curious. As far as I know, kau tak pernah pun mention kat aku pasal si Iqram tu.”
“Memanglah aku tak pernah mention, sebab dia bukan kawan aku. Dia kawan Ben and for your info Miss Arianna, dia baru je pulang ke pangkal jalan.” Kali ini Arissa pulak sesuka hati mengatakan yang si Iqram tu pulang ke pangkal jalan.
“Huh? Pulang ke pangkal jalan?” Arianna bertanya dengan dahi yang berkerut. Biar betul si Arissa ni tapi apabila mendengar ketawa yang tercetus dari mulut Arissa, tahulah dia yang BFFnya itu saja mengenakannya.
“Weh! Kau ni saja je kan.”
“Yang kau ni serius sangat apa kes? Dia baru balik dari over the sea lah. Puas hati.”
“Eh mana boleh puas hati lagi, dah ada girlfriend ke, ada wife ke, ada skandal ke…..cuba habaq mai kat aku.” Arianna sudah pun mencebikkan mulutnya tanda tidak puas hati.
“Yang kau ni dah macam Desperate Wives je aku tengok, apa kes?” perli Arissa
“Ish…mulut kau ni kan memang takde insurans kan.” balas Arianna.
“Dahlah…kita makan dulu. Lepas tu balik tidur. Aku penat la, hari ni banyak kerja kat opis.”
“Eh, bukan tadi janji nak tengok movie ke?” Arianna cuba memancing Arissa.
“Erk….bila pulak aku buat janji macam tu ek?” Arissa buat muka blur.
“Hehehehe…..just try my luck, mana tau kau nak pergi tengok movie ke lepas ni.”
Arianna memang pasti si Arissa ni takkan nak pergi punya tengok movie kalau keesokan harinya tak bekerja, muka pun dah macam tapai basi. Tak baik betul tau si Arianna ni. Dia lah kawan yang sanggup bertahan dengan perangainya yang entah apa-apa tu.
Setelah mengambil tempat duduk masing-masing, seorang pelayan pun datang sambil menghulurkan menu dan berlalu pergi.
Mereka mula menilik satu-persatu menu tersebut dan membuat pesanan. Selepas itu, Ben mula menyambung perbualan dengan Iqram tentang bisnesnya.
“Time makan pun nak bincang pasal kerja ke.” gerutu hati Arianna. Hmmmm sungguh membosankan, Arianna pun apa lagi laju je mengeluarkan Samsungnya dan mula membaca segala mesej yang ada di ‘Whatsapp’. Arissa mula membuat muka bila Arianna tidak mengendahkannya dan tidak gemar bila Arianna mula ber ‘Whatsapp’.
“Eh…Ari, kalau tak mengadap Samsung kau tu satu hari agak-agak boleh mati ke?” Arissa mulalah mengeluarkan ayat-ayat cintanya pada Arianna.
“Alah yang kau sakit hati sangat tu kenapa? Bukan kau pun ada ke?”
“Memanglah aku pun ada, tapi takdelah 24 jam pun nak menghadap benda tu. Dahlah tu, simpanlah Samsung tu, naik menyampah aku tengok.”
“Ya lah, ya lah……demi kau tau ni, aku letak tepi sekejap.” Arianna pun meletakkan Samsung kesayangannya di atas meja. Arianna sempat melihat sekilas kepada Iqram yang mengerling sedikit ke arahnya apabila dia meletakkan smartphone di atas meja.
Arianna baru sahaja hendak memulakan perbualan dengan Arissa, tetapi terbantut apabila seorang pelayan mula membawa pesanan makanan ke meja mereka.
Sebelum mereka makan, Iqram dengan rela hati membaca doa makan. Hmmm rela ke? Atau nak control macho depan dua orang Perempuan Melayu Terakhir ni. Adoi! Anak siapalah yang mula perasan terlebih ni? Lebih lama aku mengadap si Iqram ni, lagi huru-hara hormon dalam badan aku ni. Ish! Cepatlah sikit masa berlalu. Tapi sedapnya suara dia. Setelah itu mereka pun mulakan santapan sambil diselang-selikan dengan borak kosong.
“So Arianna, sekarang ni you tengah buat apa?” Iqram memulakan soalan yang dituju khas kepada Arianna.
“Tengah buat apa? I tengah makan lah ni…” Arianna menjawab selamba. Tapi betullah kan apa yang dia jawab tu. Dalam hati dah berbakul-bakul dia ketawa. Jahatnya dia ni kan.
“Ish…Ari, kau ni memang suka betul jawab macam tu.” Arissa menunjukkan tidak puas hatinya pada Arianna.
“Betul apa aku jawab tu.” Balas Arianna.
“I taulah you tengah makan. What I mean is what are you doing for a living? Dah kerja ke or masih study?” Iqram bertanya kembali.
“Oh, kalau pasal tu….I dah kerja…kalau tak kerja, harta siapa pulak yang I nak habiskan.” Ish! kenapalah aku boleh jawab macam tu. Hmmm something is very wrong with me today.
“Ari ni memang macam ni Iq, so kau janganlah ambil hati dengan jawapan dia yang memang menyakitkan hati tu.” Ben tiba-tiba menyampuk.
“Mr Ben, did I say something wrong or when is it I ever hurt you?” Arianna menjeling kepada Ben.
“It’s ok no harm done here.” Iqram bersuara.
“See…Mr. Ben, you aje yang terasa lebih-lebih.” Arianna menjawab sinis.
Hampir satu jam baru mereka selesai menghadap makanan. Bila dah kenyang ni mulalah malas nak bergerak. Kalau boleh nak suruh orang dukung je sampai ke kereta. Mata pun dah mula mengantuk.
“Okay guys, jomlah balik…I’m really tired today.” Arissa bersuara. Si Arissa ni dia punya penat mengalahkan buat kerja berat pulak.
“Jomlah…eh kau ni nak balik dengan siapa Arissa? Nak suruh Ben hantar ke nak balik dengan aku sekali?” Arianna bertanya pada Arissa.
“Dengan kau ajelah. Ben mesti nak melepak lagi dengan si Iqram tu.”
“Okay.” Arianna menjwab sepatah.
Mereka mula bangun dan bergerak keluar dari Secret Recipe dan mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta. Arissa berjalan beriringan bersama dengan Ben. Ish ni yang lemah ni. Habis aku ni nak jalan dengan siapa lagi kalau bukan Iqram. Hai-lah hati, bawak-bawaklah bersabar ya. Jangan kau terkeluar sudah.
 “So…can I have your number?” tanya Iqram tiba-tiba setelah agak lama mereka berjalan tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun.
Arianna terpaksa menahan diri dari melompat suka apabila Iqram bertanyakan soalan itu. Sabar ya Arianna. Control please.
“What for? I mean…” kata-kata Arianna tergantung di situ. Cewah what for konon. Menggedik betul.
“In any circumstances ke that I need to contact you.” Banyaklah kau punya any circumstances tu Iqram.
“So…”
“So?” Arianna bertanya sambil menaikkan sebelah keningnya, ala-ala penyanyi Ziana Zain tu.
“Your numberlah, baby. Slow pulak you ni.” Erk…aku ni tak salah dengarkan. Buat tak tahu ajaleh Arianna. Dia saja je tu, jangan perasan sangat okay.
“May I know what the meaning of any circumstances tu?” Arianna cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka kerana dia rasakan terlalu cepat untuk Iqram berada dalam hidupnya walaupun hanya sebagai kawan. 
“Hmm... maybe one fine day I’ll need your help ke. ” Iqram masih lagi mencuba untuk mendapatkan nombor Arianna walaupun dia boleh saja dapatkannya dari sumber yang lain.
“Hmm... maybe je kan.” Arianna masih juga bermain tarik tali. Seronok juga rasanya macam ni.
“Hmm... “ Itu sahaja yang terluah di bibir Iqram. Nampak gayanya dia terpaksa menggunakan sumber-sumber yang tersangat di percayai untuk mendapatkan nombor gadis yang dah lama bertahkta di hatinya ini.
Mereka terus berjalan ke tempat membayar parking. Kebetulan Arianna dan Ben meletakkan kereta di tempat yang sama.
Arianna dapat melihat riak muka Iqram yang tersenyum apabila melihat kereta yang dibawanya. Mesti dalam kepala Iqram tu sudah mengata bermacam-macam terhadap dirinya. Lantaklah apa yang dia nak fikir.
“Okay, see you around Arianna and really nice meeting you. But your number mana?” Sempat lagi Iqram bertanya mengenai hal tersebut.
“Try to get it by yourself but not from me. And really really nice meeting you.” Arianna berkata perlahan sambil tersenyum. Isk terasa macam nak cium pipi awak ajekan Iqram. Anak siapalah ni. Oi! Sudah-sudahlah tu berangan Arianna. Wake up, please.
“Okay B, nanti sayang sampai rumah, sayang call okay.” Arissa berbicara dengan Ben. Arianna mulalah membuat memek muka macam nak muntah. Eleh nak muntah ke jeles. Yalah siapa nak panggil kau sayangkan. Sedih sungguh rasa.
“Okay sayang.” Ben menjawab. Arianna memandang Ben sambil mencebik. Yalah aku tahulah kau sayang kat dia Ben.
“See you Arianna.” Ben berkata pada Arianna.
“See you Ben.”
Arianna dan Arissa mula masuk ke dalam kereta. Belum sempat Arianna masuk, terdengar Iqram bersuara.
“Drive safely, okay. And I’ll definitely get your number.” Iqram berkata sambil mengenyitkan matanya.
“Well good luck then.” Arianna berkata sambil tersenyum dengan rasa berlagaknya tapi rasanya dia berhak untuk menjual mahal pada Iqram kerana tak naklah nampak macam perempuan yang lebih teruja daripada lelaki.
Kemudian Arianna terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Dan mereka terus keluar dari ruang parking AEON Tebrau City.
Kenapa rasa macam sedih sahaja nak berpisah dengan Iqram tu. Haish! Over sungguhlah kau ni ya.

Saturday, 5 September 2015

Cinta Miss Ego - Prolog

"Will you marry me?"

"Huh?!" Terjerit Arianna apabila mendengarkan soalan yang keluar dari mulut lelaki dihadapannya ini. Ish! Biar betul lelaki ni. Salah soalan ke?

Lelaki itu hanya tergelak kecil apabila melihat reaksi gadis yang duduk bertentangan dengannya ini.

"Will you marry me?" Di ulangnya soalan yang sama agar gadis itu mendengar dengan jelas.

"Is it the wrong question? Or am I the right person?" Arianna menjawab dengan soalan juga sambil matanya menatap wajah lelaki yang di rasakan gila apabila bertanyakan sesuatu yang di luar jangkaan.

"Both answers are right." Balas lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.

"Huh?" Mulalah nak blur so Arianna ni. Mahunya tak blur bila tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba ada seorang lelaki bertanyakan 'will you marry me?'. Nasiblah dirinya sedang duduk elok di atas kerusi, inipun dah sipi-sipi rasa macam nak jatuh tergolek bila dengar soalan luar alam tu.

"That's the right question. And you are the right person." Daniel memandang wajah yang sudah lama mengganggu ketenteraman hidupnya.

Arianna terdiam kaku apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir lelaki yang sering saja muncul di banglo kediamannya. Cuma dia saja yang tak pernah peduli dengan kehadiran lelaki itu.

"Okay...but I think that is the most awkward question I have ever heard." Arianna mengalihkan pandangannya. Kalau tengok lama-lama mau cair-bair jawabnya.

"Awkward? Meaning?" Daniel tahu apa yang bermain di dalam fikiran gadis yang membuatkan malamnya sering terganggu.

"Hmm...meaning...we were just met and never introduce properly and now you asking me to marry you...so memanglah awkward question kan?" Memang betullah kan aku punya meaning tu, gumam Ari perlahan.

Daniel tergelak kecil apabila mendengarkan penjelasan dari Arianna.

"Why are you laughing?" Geram juga Arianna apabila melihatkan lelaki itu mentertawakan dirinya.

"Sorry. I didn't meant to." Daniel masih dengan sisa tawanya.

Arianna meneruskan suapannya yang terhenti buat seketika tadi. Kalau asyik sangat merenung lelaki did depannya ini...mahu cair bair dia nanti. Mencari bala namanya tu.

"Takdelah awkward sangat soalan tu my dear. I've known you like years ago cuma you aje yang tak aware about it. I know your name and I know your mood swing pretty well." Sudah lama juga Daniel menyimpan hajat untuk mendekati gadis ini tetapi masa yang tidak sesuai dirasakannya.

"Excuse me...my mood swing? Ish! Ini mesti my annoying brother yang bawak cerita kan?" Arianna mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"It's not good tau to making assumptions macam tu. Your brother is a great person... young lady." Daniel membela sahabat baiknya itu.

"Hmm..." Hanya itu yang keluar dari bibir Arianna.

"Anyway...will you marry me...is not an awkward question. If I ask you...may I know you....it would be a very cliche question because at the end of the day we will end up married. Am I right?" Daniel bertanya dengan sebelah keningnya terangkat.

"Erk..." Confident sungguhlah mamat ni kan. At the end of the day we will end up married...gila punya statement tapi take mustahil wahai cik Arianna. Akhirnya Arianna tergelak apabila memikirkan ayat yang masuk ke dalam ruang fikirannya itu.

"By the way...I'm Daniel." Daniel memperkenalkan dirinya walaupun dia tahu pasti gadis ini sudah pun mengetahui namanya.

"I know." Balas Arianna dengan senyuman manis.

"See what I meant by cliche...you already know my name. It shouldn't be may I know you between us." Arianna mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Daniel.

"Arianna."

"Daniel."

Akhirnya mereka berdua tertawa gembira. Entah apa yang lucu pun tidak pasti tetapi rial wajah masing-masing menggambarkan hati yang sedang berbunga riang.

Saturday, 15 August 2015

August 2015....

Start a day with a good book and a very yummylicious breakfast..... #goodmorning
#happysaturday
#happyweekend
#happyreading
#lovenovel
#lovereading
#mycollections
#mybookshelves
#august2015
#sejutanafascintamu
#kaydelaila
#intens

Friday, 7 August 2015

Having a good time.....

Lets have a very super yummylicious lunch today......

#lunch
#happy
#familia
#bondingtime
#syawal1436h
#aug2015
#themarcopolokitchen
#italianoburger
#tenderloin
#brownieswithicecream

Monday, 27 July 2015

11 Syawal 1436H

Today's story.... ingat nak masuk opis baru....sekali bukak je laptop...microsof office dah outdated.... so kita sambung cuti...kita masuk opis masterchef pulak....nasib ada banyak opis ni....hahaha 😄

#newoffice
#myoffice
#syawal1436h
#july2015
#moodrayalagini

Sunday, 26 July 2015

10 Syawal 1436H

Semalam punye cerita..... wrap it wrap it wrap it..... dah bersampul baru boleh baca....

#happyreading
#mine
#mylibrary
#mycollections
#mybookshelves
#jemariseni
#karyaseni
#ideakreatif

Friday, 24 July 2015

8 Syawal 1436h

Safely arrived.... @roziesharon best tak.... 😄... tak tau la bila nak habis baca.....

#lovenovel
#gilernovel
#lovereading
#happyreading
#july2015
#syawal1436h
#hangatnyaraya
#syukurselalu