Monday 29 October 2012

You're Mine! (Keira) - Chapter 1



“Excuse me, miss. Someone give you this.” Tiba-tiba seorang pelayan di kafe itu memberikan sesuatu kepada Melia. Melia yang sedang berbual sambil bergelak ketawa bersama dua rakannya, Tinie dan Aina terdiam seketika. Dahinya sudah berkerut-kerut memandang name card yang dihulurkan oleh gadis pelayan itu.

“Siapa bagi, Yatie?” Melia bertanya kepada gadis yang bernama Yatie itu tanpa mengambil name card yang masih di pegang elok olehnya. Yatie segera memusingkan sedikit badannya agar Melia dapat melihat siapakah gerangan yang memberinya name card itu.

Melia segera menoleh ke tempat yang di duduki oleh seorang lelaki. Tengku Ryan?! Apabila terpandangkan lelaki itu, Melia membuat muka menyampah dan mencebikkan bibirnya. Kalau setakat jantan tu, memang ke tong sampah ajalah name card tu.

“Siapa yang bagi Melia?” Tanya Tinie kepada Melia apabila dia mendapati rakannya itu tidak mengambil name card yang dihulurkan oleh Yatie.

“Bak sini aku tengok name card tu.” Lantas Aina terus mengambil name card yang masih berada di tangan Yatie. Setelah itu Yatie mula meninggalkan meja mereka bertiga.

“Tengku Ryan?” Tinie dan Aina bersuara serentak.

“Wei!...kau tak nak ke. Sebelum ni sibuk sangat mengadu takde orang nakkan kau. Ni dah depan mata jual mahal pulak. Tengku lagi tu.” Tinie mula dengan ceramah motivasinya. Melia diam tidak memberi sebarang respons.

“Eh! Kalau setakat the most eligible and richest player in this country, baik tak payah.” Melia berkata dengan geram. Tapi kenapa dia nak rasa geram pulak atau selama ini dia ada menaruh hati pada Tengku Ryan.

“Player? Macamana kau tahu dia tu player ke tidak?” Aina pula bertanya dengan rasa tidak puas hati. Dia dapat merasakan Melia ada menyembunyikan sesuatu darinya dan juga Tinie.

“Hmmm…akukan ada WiFi, tentulah aku tahu.” Melia cuba berdalih. Memang selama ini dia mengikuti segala perkembangan mengenai Tengku Ryan.

“Dah. Bak sini name card tu.” Melia terus merampas name card yang berada di tangan Aina. Melia mengambil pen di dalam sling begnya dan menulis sesuatu di belakang name card tersebut. Kemudian Melia memanggil Yatie. Yatie dengan segera menghampiri meja mereka.

“Yatie tolong bagi balik name card ni pada dia.” Melia meminta Yatie untuk memulangkan name card itu pada tuan punya badan.

“Okay.” Yatie mengambil name card yang dihulurkan oleh Melia.

“Thanks Yatie.” Sempat Melia mengucapkan terima kasih kepada Yatie sambil tersenyum. Setelah itu Yatie melangkah pergi menuju ke arah Tengku Ryan.

Setelah melihat Yatie berlalu pergi, Melia sudah tersenyum-senyum. Rasa nak ketawa pun ada jugak tapi ditahan sahaja.

“Yang kau ni tersengih-sengih, apahal pulak?” Tinie bertanya sambil memandang Melia dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

“Hmmm takde apa-apalah. Eh! Jomlah balik, banyak lagi kerja aku kat kedai tu.” Melia ingin melarikan diri dari di tanya oleh Aina dan Tinie. Diorang ni kalau dah mula bertanya, silap-silap sampai petang dia tersangkut kat sini.

“Macamlah dia sorang yang banyak kerja.” Tinie menyampuk. Melia sudah tersengih-sengih. Kemudian mereka semua bangun untuk balik ke pejabat masing-masing.

Melia mencapai sunglasses Rayban yang dihadiahkan oleh abangnya dan menyarungkan ke mukanya. Dia bukan suka sangat pun nak pakai sunglassesnya itu tetapi ada agenda di sebaliknya. Tinie dan Aina hanya mengekori dari belakang sambil menggelengkan kepala. Apa kenalah dengan si Melia ni? Tinie dan Aina berpandangan sesama sendiri. Lantaklah Melia.

Sewaktu mereka menghampiri meja yang diduduki oleh Tengku Ryan, mata Melia sempat mengerling ke arah lelaki itu. Melia dapat melihat wajah Tengku Ryan yang berkerut apabila melihatkan name card yang telah dikembalikan kepadanya. Ingat semua perempuan bboleh termakan ke dengan cara kau tu, well I’m not one of them okay, Melia berkata dalam hati. Dalam hati Melia sudah ketawa kemenangan. Melia memberikan senyuman sinis apabila tiba-tiba Tengku Ryan memandangnya.

Tengku Ryan berasa amat terkejut apabila pelayan kafe tadi mengembalikan name card miliknya itu semula. Kemudian dia terpandangkan tulisan di belakang name cardnya.

~ Thanks but no thanks.~

What the hell? Tidak pernah sepanjang hidupnya berlaku kejadian seperti ini. Dia merasakan dirinya seolah-olah di hina. Apa tak cukup ke dengan wajahnya yang dirasakan memang menjadi kegilaan semua perempuan, name card itu sekadar info sampingan aja supaya perempuan-perempuan itu semua mengetahui siapa dia. Tapi kali ini ternyata modus operandinya tidak menjadi. Tengku Ryan mengangkat wajahnya dan melihat ke arah gadis yang terang dan nyata sangat berani memulangkan name cardnya itu dan dia terpandangkan senyuman sinis gadis itu kepadanya. You’re mine! Desis Tengku Ryan.

Melia, Tinie dan Aina terus sahaja melangkah keluar dari kafe yang memang selalu menjadi tempat mereka melepak pada waktu makan tengahari. Sampai di luar kafe, mereka berpecah haluan. Aina menuju ke pejabatnya yang terletak berhampiran di kawasan itu manakala Melia dan Tinie melangkah menuju ke sebuah kedai buku dan juga kafe kecil yang terletak di seberang jalan.

Kedai buku berserta kafe itu kepunyaan Melia, stelah menamatkan pengajiannya setahun yang lepas dia meminta izin daripada keluarganya untuk membuka perniagaan sendiri. Berserta sedikit duit peninggalan arwah ayahnya dan juga sokongan daripada ibu, kakak dan abangnya akhirnya tercapai cita-cita Melia untuk memiliki perniagaan sendiri walaupun secara kecil-kecilan pada mulanya.

Sekarang ini dia berasa cukup bahagia apabila dapat melakukan perkara yang dia amat suka dalam hidupnya dan lebih membahagiakan apabila perniagaannya berkembang maju. Pada mulanya kedai yang di miliki hanya satu lot sahaja dan pada awal tahun dia telah mengambil satu lagi lot kedai yang bersebelahan bagi mengembangkan perniagaannya. Kini dia mempunyai dua orang pekerja dan juga Tinie yang membantu menguruskan perniagaannya.

Di dalam kedai buku tersebut terdapat kafe kecil dan beberapa buah meja dan kerusi bagi memudahkan pengunjung yang ingin membaca sambil menikmati secawan kopi. Kafe itu hanya menyediakan minuman dan makanan ringan sahaja seperti sandwich dan juga beberapa jenis kek.

Melia terus berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya yang terletak di bahagian belakang. Keluasan biliknya sederhana sahaja, tetapi cukup memuatkan kerusi dan juga meja untuknya bekerja. Terdapat juga dua buah sofa  kecil untuk tetamu yang datang.

Melia terus membuka laptop yang memang tersedia di atas mejanya. Hari ini banyak stok novel baru yang sampai. Nampaknya dia dan Tinie terpaksalah balik sedikit lewat dari biasa. Kedai bukunya menjual novel dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Ini kerana dia amat gemar membaca novel di dalam kedua-dua bahasa tersebut.  Terdapat juga sedikit buku biography dan juga travel guide. Dalam Melia sibuk megemaskini stok novel-novelnya yang baru sampai itu, kedengaran ketukan di pintu biliknya.

“Masuk.” Melia bersuara tanpa mengalihkan wajahnya daripada laptop. Siapa lagi kalau bukan Tinie yang ingin berjumpa dengannya.

Tinie memulas tombol pintu dari luar dan melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Melia dan duduk di salah satu sofa yang terdapat di situ. Mata Melia masih lagi terpaku menghadap laptopnya. Sibuk sangatlah tu, gumam Tinie.

“Mel.” Tinie memanggil perlahan.

“Hmm…” Hanya itu tindakbalas daripada Melia.

“Banyak lagi ke kerja kau tu.” Tinie bertanya lagi.

“Hmm…” lagi sekali Melia menjawab begitu.

“Kau keluar sekejap boleh tak?’ Tinie cuba berkias.

“Kenapa?’ Melia memandang Tinie dengan rasa pelik.

“Keluar ajalah. Sekejap je.” Tinie masih lagi cuba memujuk agar Melia bersetuju untuk keluar.

“Banyak lagi ni nak siapkan. Kalau cepat siap cepatlah boleh balik nanti.” Melia cuba memberikan alasan kepada Tinie.

“Hmm…takpalah macam tu. Aku keluar dulu.” Akhirnya Tinie mengalah dan berlalu keluar.

Melia hanya memerhati Tinie keluar dari biliknya. Dia bersandar di kerusinya memikirkan perangai Tinie yang sedikit pelik. Yang nak suruh aku keluar beria-ia tu kenapa pulak? Melia bertanya sendiri. Akhirnya dia bangun dan meninggalkan kerjanya buat seketika. Setelah keluar dari biliknya Melia mula mencari-cari kelibat Tinie. Ish! Mana pulak dia ni pergi. Setelah terpandangkan kelibat Tinie, Melia melangkah menghampirinya.

“Wei! Kau ni intai siapa?” Melia menyergah Tinie dari belakang.

“Ish! Kau ni kalau ya pun janganlah nak sergah macam tu.” Tinie memasamkan sedikit mukanya.

“Sorry, sorry.” Melia meminta maaf walaupun dia tahu Tinie bukannya marah sangat pun pada dia.
“Yalah.” Balas Tinie.

“Hah yang kau suruh aku keluar dari tadi tu kenapa? Ada gossip panas ke?” Melia bertanya kepada Tinie apakah yang menyebabkan dia terpaksa keluar dari biliknya.

“Tu…cuba kau tengok siapa?” Tinie memuncungkan bibirnya ke arah sebuah meja dan kerusi yang terletak berhampiran dengan tingkap kedainya. Melia menoleh. What?! Tengku Ryan!!

“Bila dia sampai?” Melia sudah mengerutkan dahinya. Apa dia nak sebenarnya? Tak faham bahasa ke apa yang aku tulis tadi? Melia mula memerah otaknya supaya berfikir dengan lebih efisien.

“Baru je. Aku rasa dia memang betul-betul nak kenal dengan kau lah Mel. Sebab tu dia datang sini.” Tinie cuba mengagak.

“Tak payahlah nak berangan sangat yang dia tu nak kenal dengan aku. Kalau ya pun…hmmm tak ingin aku.” Melia mencebikkan bibirnya.

“Yalah…sekarang tak nak. Esok kalau dah terjatuh hati baru padan muka kau.” Bidas Tinie.

“Dahlah, malas aku nak layan. Banyak lagi kerja aku tu.” Kata Melia lalu berlalu pergi meninggalkan Tinie.
Melia menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi. Dalam sedar tak sedar jam sudah menunjukkan hampir 8 malam. Melia masih lagi sibuk menyusun novel-novel yang baru sampai. Sedang dia asyik membuat kerjanya, tiba-tiba Tinie datang berdiri di sebelahnya.

“Hmm ni nak apa berdiri tercegat sebelah aku ni. Daripada kau tercegat macam tu ada baiknya kau tolong aku ni.” Melia menegur Tinie yang masih lagi berdiri di sebelahnya tanpa sebarang kata-kata.

“Err…Mel…boleh tak aku balik sekarang…aku dah janji dengan Aina tadi nak tengok wayang kejap lagi. Tapi nanti kau tinggal sorang pulak kat kedai.” Tinie agak serba-salah untuk meninggalkan Melia seorang diri di kedai memandang hari sudah menginjak malam tetapi dia sudah berjanji dengan Aina untuk menonton wayang pada malam ini.

Melia tidak memberi sebarang respons, malah mukanya sengaja di seriuskan. Melia sengaja hendak mendera Tinie. Tangannya masih lagi lincah menyusun novel-novel di rak buku. Dalam hati nak ketawa pun ada jugak apabila melihat muka Tinie sedikit berubah.

“Mel…” panggil Tinie dengan lembut.

“Ish! Kau ni panggil aku macam tu, berdiri semua bulu roma yang ada kat aku ni tau.” Akhirnya tawa Melia meledak apabila melihat wajah Tinie yang seperti hendak menangis.

“Mel!! Kau ni memang suka buli aku kan.” Tinie menampar perlahan lengan Melia tanda tidak puas hati.

“Alah tu bukan bulilah. Tu namanya aku nak bermanja dengan kau.” Melia masih lagi dengan sisa-sisa tawanya.

“Aku pergi dulu eh. Kau tak nak ikut kitorang ke?” Tinie masih lagi meminta izin dari Melia.

“Pergilah. Malas aku nak ikut. Lagipun tinggal sikit aja ni. Kita jumpa malam nanti kat rumah.” Melia memang jarang sekali mengikuti Tinie dan Aina menonton wayang.

“Okay. Tapi kau jangan lama sangat kat kedai. Lagipun dah malam ni. Budak berdua tu pun dah balik. Risau pulak aku nak tinggalkan kau sorang-sorang ni.” Tinie mula memberi ceramah percumanya.

“Daripada kau bagi ceramah free kat sini lebih baiklah kau pergi cepat. Selama ni bukan aku tak pernah balik lambat pun. Kau janganlah risau, kejap lagi aku balik.” Melia berjanji kepada Tinie yang dia tidak akan pulang lewat.

“Okay, aku pergi dulu…bye. Apa-apa call.” Tinie berjalan meninggalkan Melia dan melangkah keluar dari kedai.

Setelah Tinie hilang dari pandangannya, Melia menyambung kembali kerja-kerjanya. Sesekali tangannya mengurut perlahan tengkuknya. Melia melihat jam di pergelangan tangannya. Hmm dah pukul 8.30 malam. Penatnya rasa hari ni. Apabila terpandangkan beberapa kotak yang masih belum di usik, Melia mengeluh perlahan. Sambung esok ajalah, Melia berkata di dalm hati.

Melia berhenti dari menyusun novel dan berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Setelah mengemas meja kerjanya, Melia mencapai sling begnya dan menutup suis lampu bilik. Setelah menutup pintu bilik pejabat dan memastikan semua suis lampu sudah di padamkan  Melia berjalan menuju ke pintu kedai. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Ish! Kenapa rasa lain macam pulak ni. Sedang Melia mengunci pintu kedainya, tiba-tiba dia merasakan seseorang berdiri di belakangnya. 

Monday 22 October 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 17



Setelah selesai bercakap di telefon, Iqram berjalan menuju ke arah Arianna yang berdiri kaku memandangnya. Betul kata Isqandar, Arianna sendiri akan datang kepadanya. Hmmm, mungkin sudah hilang rasa marah gadis itu kepada dirinya. Rasa ingin sahaja dia memeluk Arianna ketika ini bagi menghilangkan rasa rindu yang menebal.

Arianna hanya berdiri kaku apabila Iqram menghampiri dirinya. Mukanya sudah terasa membahang. Jantungnya sudah tidak tahu mendendangkan rentak apa. Arianna menundukkan wajahnya apabila Iqram betul-betul berdiri di hadapannya. Tidak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan Iqram. Ish! Apa dah jadi dengan kau ni Arianna.

“Baby…” Iqram memanggil Arianna dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Arianna mendongak dan memandang wajah Iqram. Iqram membelai pipi Arianna dengan ibu jari kanannya.

“I miss you.” Arianna terbuai seketika. Masa seolah-olah terhenti buat mereka berdua. Iqram mendekatkan wajahnya dengan wajah Arianna. Arianna memejamkan matanya apabila merasakan wajah mereka terlalu hampir. Bibir mereka hampir bertaut apabila kedengaran pintu bilik Iqram di ketuk dari luar. Iqram menghela nafas perlahan sebelum membuka matanya. Iqram mengusap perlahan bibir Arianna dengan ibu jari kanannya. Arianna tergamam seketika. Setelah menurunkan tangannya Iqram berjalan menuju ke pintu biliknya.

“Iq.” Panggil Isqandar apabila Iqram membukakan pintu dari dalam.

“Abang Is…anything you need?” Iqram bertanya sambil bagi menghilangkan debaran di dada. Isqandar yang terkaku seketika mula menguntumkan senyuman.

“Iq…it’s okay…this thing can wait…please continue your discussion…abang Is pergi dulu and be careful Iq.” Isqandar sudah pun ketawa kecil apabila terpandangkan Arianna berada di situ.

‘Be careful?!’ Telinga Arianna sudah terasa panas apabila mendengar pesanan Isqandar kepada Iqram. Ingin saja Arianna menjerit ke arah Isqandar. Argh!! Geramnya rasa.

“And nice to see you here Ari.” Sempat lagi Isqandar memerli adiknya itu lalu dia terus keluar dari bilik Iqram.

“Abang Is!!!” akhirnya Arianna menjerit ke arah Isqandar. Dia tahu yang Isqandar memerlinya. Ingin saja dia membaling Isqandar dengan sesuatu tapi di tahan saja kerana dia masih berada di bilik Iqram. Iqram! Apabila teringatkan lelaki itu, Arianna lantas menoleh memandang Iqram. Iqram memandangnya bersama senyuman yang cukup membuatkan dirinya cair macam icecream yang dibiarkan tidak di makan. Ish! Ini tak boleh jadi ni, sebelum aku terjebak dengan melakukan benda yang di luar kawalan baik aku ajak Iqram pergi dari sini, Arianna berkata di dalam hati.
“Iq…can we go to same place safe?” Arianna bertanya kepada Iqram.

“Safe?” terkejut Iqram mendengarkan pertanyaan Arianna itu.

“Yup…you tak dengarkan abang Is pesan kat you, be careful tadi. Besides I don’t know if I can control the heat. So it’s better for you that we go somewhere else.” Sebenarnya I yang takut tinggal berdua dengan you kat sini, Encik Iqram ooii. 

“Okay.” Iqram sudah menggelengkan kepalanya sambil ketawa apabila mendengarkan jawapan Arianna. Itulah yang membuatkan dirinya sangat merindui gadis itu. Walaupun kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulut Arianna akan menyakitkan hati tetapi padanya Arianna tidak bermuka-muka. Apa yang di kata itulah yang dirasanya. Iqram dengan segera mengemas mejanya dan mencapai kunci kereta yang terletak elok di situ.

“Hello…abang Is. Iq nak balik ni, so anything you need?” Iqram bertanya kepada Isqandar kerana bimbang jika Isqandar memerlukan pertolongannya.

“Okay, assalamualaikum abang Is.” Setelah mendengarkan jawapan dari Isqandar, Iqram terus melangkah menuju ke pintu biliknya.

“After you ma’am.” Iqram membuka pintu biliknya dan menyuruh Arianna keluar dahulu. Hmm sangat gentleman ya Mr Iqram. Arianna melangkah keluar dari bilik Iqram dengan sebuah senyuman di bibir. Apabila berada di luar bilik itu baruArianna merasakan yang dirinya dapat bernafas dengan sempurna.

Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat Iqram dan menuju ke arah lif. Di dalam lif nafas Arianna sudah sedikit sesak apabila sekali lagi dia hanya berdua dengan Iqram. Sesakali pandangan mereka bertaut. Ish! Lamanya lif ni nak sampai bawah, Arianna membebel di dalam hati. Bibir Iqram sudah menguntumkan senyuman. Entah apalah yang di fikirkannya. Mungkin terfikirkan kejadian yang berlaku di dalam bilik tadi agaknya. Apabila teringatkan kejadian itu, muka Arianna kembali panas.

Apabila sampai di tingkat 15 lif berhenti dan terbuka. Lega sedikit rasanya apabila kelihatan beberapa orang masuk ke dalam perut lif. Eh! Ramailah pulak. Arianna dan Iqram terpaksa mengundurkan diri kebelakang dan kedudukan mereka tersangatlah rapat. Wahai jantung bersabarlah, pujuk Arianna. Arianna menoleh sekilas ke arah Iqram dan dia mendapati Iqram sudah tersenyum lebar. Argh!! Geramnya kerana dia merasakan yang Iqram sangat menyukai keadaan mereka sekarang ini. Arianna sudah pun menjeling kepada Iqram.

“That’s not funny, Iq.” Arianna berkata dengan nada yang geram lantas dia memeluk tubuhnya dengan muka yang mencuka.

“Baby…please, sorry okay. Bukan salah Iq pun kita macam ni.” Iqram cuba memujuk tetapi bibirnya masih tersenyum. Arianna tidak memberi sebarang tindak balas. Mukanya masih lagi masam.

Akhirnya lif sampai di bawah. Arianna menarik nafas lega dan laju sahaja kakinya melangkah keluar dari lif. Tiba-tiba Arianna terasa seperti lengannya di pegang seseorang. Dia menoleh dan mendapati Iqram yang menarik lengannya.

“Ish! Ni apa main tarik-tarik lengan orang ni.” Arianna menarik lengannya supaya lepas dari pegangan Iqram.

“Sorry, I have to. Baby tu nak pergi mana? Menonong aja jalan. My car is over there.” Seraya itu Iqram menunjuk ke arah tempat keretanya terletak. Aduh! Malunya muka. Itulah asyik sangat nak layan rasa marah, muka Arianna sudah merah padam. Mereka berjalan menuju ke kereta Iqram.

“Why do you have to parked your car so far Iq? Wait…daddy tak bagi you special parking ke?” Arianna merungut apabila kakinya sudah terasa sedikit lenguh. Arianna sudah pun menghentikan langkahnya. Dahlah cuaca sedikit panas pada petang ni. Mengada-ngada betul.

“Pagi tadi Iq terlambat…so kenalah parking jauh sikit. Daddy bagi but I don’t like to use it cause people will be gossiping about it. Come bukannya jauh lagi pun.” Iqram mencapai tangan Arianna dan menggenggam erat seolah-olah tidak mahu di lepaskan. Aduh! Macam nak pengsan rasanya apabila Iqram menggenggam erat tangannya.

Iqram membukakan pintu di bahagian penumpang untuk Arianna apabila mereka sampai di keretanya. Setelah menghidupkan enjin kereta, Iqram memandu keluar keretanya bagi menuju ke destinasi yang tidak pasti. Arianna menekan button radio yang terdapat di ruang hadapan kereta kesayangan Iqram. Lama-lama kalau duduk diam aja, memang boleh mati lemas, Arianna mengomel di dalam hati. Kedengaran lagu OST Saiful Nita berkumandang. Hmmm sedap jugak lagu ni. Sedang Arianna mendengar bait-bait lagu itu, tiba-tiba Iqram meraih jari-jemarinya dan menggenggam erat. Arianna menjeling sekilas ke arah tangannya yang di dalam genggaman Iqram sebelum memandang ke luar.  Tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Masing-masing hanya melayan perasaan yang masih di pendamkan.

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

Monday 8 October 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 16

Hampir sebulan Arianna tidak melayan panggilan telefon ataupun mesej daripada Iqram semenjak dari malam BBQ. Dia pun tidak pasti mengapa dia begitu marah kepada Iqram. Mungkin dalam hatinya sudah ada bunga-bunga cinta untuk lelaki itu. Arianna melihat jam di tangan, baru pukul 4 petang. Kalau hari ni nak balik awal, agak -agak Daniel bagi tak? Arianna bertanya di dalam hati. Arianna sudahpun bangun menuju ke bilik Daniel.

"Daniel..." Arianna memanggil perlahan setelah mengetuk pintu bilik pejabat lelaki itu

"Yes." Daniel mendongakkan wajahnya dan memandang kepada Arianna.

"Boleh tak I balik awal harini." Arianna bertanya dengan nada suara yang sengaja di manjakan.

"What's wrong? You nak balik dengan siapa? Kan pagi tadi I yang ambil you kat rumah." Daniel sengaja ingin membuat edisi siasat. Bukan dia tidak tahu yang gadis di hadapannya ini sudahpun merindui Iqram.

"Hmmm...I ada hal sikit. I will take a cab okay."

"Miss Ari...you know that I'm your guardian kan. So unless you tell me what you're up to, you are not going anywhere." Daniel mula menggunakan kuasa yang di berikan oleh Isqandar kepadanya.

"It's not fair!" Arianna sudah pun membuat muka tidak puas hati dan terus berlalu pergi. Geram sungguh hatinya.
Daniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Arianna memang seorang yang sangat degil. Daniel melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke meja Arianna. Di lihat gadis itu sudah pun memasamkan mukanya. Daniel menarik kerusi yang terletak di hadapan meja Arianna.

"Look Ari...I tak nak apa-apa jadi kat you. It's not just Isqandar I've to answered if anything happened to you." Daniel memberikan alasan yang memang dirasakan tersangat masuk di akal.

Arianna memandang Daniel dengan perasaan serba salah. Kalau dia memberitahu hal sebenar, malulah dia. Mana nak letak muka ni. Mau kena bahankan aja.

"I nak jumpa Isqandar." Arianna berkata perlahan. Dia tahu itu bukanlah alasan yang paling bernas. Tetapi Arianna sudah kehabisan idea.

Daniel mengerutkan dahinya apabila mendengar akan jawapan dari mulut Arianna. Nak jumpa Isqandar? Pelik. Daniel masih memikirkan jawapan Arianna seolah-olah tidak memahami apa yang di beritahu oleh Arianna sebentar tadi. Setelah agak lama menggerakkan otaknya supaya berfungsi dengan efficient, akhirnya Daniel mengukirkan senyuman.

"Okay." Daniel menjawab pendek lantas dia bangun dari duduk dan berlalu menuju kebiliknya.

Arianna berasa sedikit terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Daniel. Okay aja. Arianna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ish! Mesti Daniel dah dapat agak aku nak jumpa siapa. Arianna sedar dia sebenarnya tidak boleh menyembunyikan apa-apa pun daripada pengetahuan Daniel. Nak tak nak dia harus juga memberitahu Daniel. Arianna melangkah dengan lemah menuju ke bilik Daniel.

"Daniel." Arianna memanggil perlahan setelah mengetuk pintu bilik lelaki itu. Arianna duduk di hadapan Daniel dengan muka yang serba salah.

"Yes my dear." Daniel sudah tersenyum memandang Arianna.

"Actually I...err...hmmm..." lidah Arianna sudah kelu untuk berkata-kata.

"You don't have to explain it to me...it's about time pun you pergi jumpa dia. Janganlah marah dia lama-lama sangat, nanti you dengan I jugak yang susah." Daniel menjawab bagi pihak Arianna.

"Kenapa pulak I dengan you yang susah?" Arianna bertanya pelik.

"Yalah...I susah because I have to look at your sullen face everyday...and it make me losing my mood too. And as for you...you susah sebab menanggung rindu lama sangat." Daniel menerangkan panjang lebar sambil tersenyum.

"You!!!" Ada aje Daniel nak mengenakan dirinya tapi memang betul jugak apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Cuma dia saja yang menafikan. Sampai bila kau nak macam ni Arianna, ego tak bertempat, kata hatinya. Arianna tersenyum sendiri apabila memikirkan apa yang telah dia buat sejak kebelakangan ini.

"Kalau nak senyum sorang-sorang baiklah you pergi sekarang. Nanti I pulak yang datang angin tengok you." Daniel berasa sedikit cemburu melihatkan gelagat Arianna.

"Okaylah. I pergi dulu. Love you Daniel." kata Arianna seraya bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

Daniel melepaskan keluhan kecil apabila Arianna berlalu pergi. Sampai bila aku harus menunggu Arianna. Dengan kemunculan Iqram sekarang lagilah dirasakan harapannya amat tipis sekali untuk menawan hati Arianna. Tapi selagi Arianna tidak terikat dengan mana-mana ikatan, Daniel merasakan dirinya masih berpeluang.

"Ari!" Daniel memanggil Arianna apabila gadis itu sudah pun hampir ke muka pintu untuk keluar.

"Yes." Arianna menoleh apabila terdengarkan panggilan dari Daniel. Dirinya berasa pelik apabila Daniel berjalan ke arahnya dengan memegang kunci kereta di tangannya. Eh! Daniel ni nak buat apa pulak.

"Come, I hantar you." Lantas tangannya membukakan pintu untuk Arianna.

"No need Daniel. I boleh naik cab aje." Ish! Takkanlah nak suruh Daniel hantar pulak.

"I insist, Ari. I tak nak apa-apa jadi kat you." Daniel sudah berjalan menuju ke lif.

Di dalam kereta mereka hanya diam melayan perasaan masing-masing. Arianna memandang Daniel. Dia berasa terharu dengan layanan yang diberikan oleh lelaki itu. Padanya Daniel merupakan seorang lelaki yang di rasakan mempunyai pakej yang cukup lengkap. Semua yang diimpikan oleh setiap lelaki di muka bumi ini rasanya ada pada Daniel. Daniel bagi Arianna sudah cukup kacak di pandangan matanya ditambah pula dengan kerjaya yang ada memang di rasakan cukup sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Tapi apabila Daniel meluahkan rasa hati pada dirinya, Arianna menolak. Dia pun tidak pasti kenapa dia tidak boleh menerima Daniel di dalam hatinya.

"Enough staring at me, Miss Ari?" Daniel bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"I don't know what I'm gonna do without you Daniel. If I've ever lost you...I'm sure I will not survive." Arianna meluahkan apa yang dirasakan sekarang seolah-olah dia akan kehilangan Daniel satu hari nanti.

"Don't worry Ari, I will stick to you until you had enough with me." I'm the one who will not survive if I've lost you, Ari...Daniel menyambung dalam hati. Bilakah harinya akan tiba? Daniel mengeluh perlahan.

"I wil never had enough of you, Daniel." Memang betul Arianna sentiasa memerlukan Daniel supaya sentiasa berada di sisinya.

Kemudian mereka mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing. Setelah sampai di Menara Tropez, Daniel pun memberhentikan keretanya berhampiran pintu masuk. Arianna mengucapkan terima kasih kepada Daniel kerana bersusah payah menghantarnya. Arianna tahu yang Daniel menyayangi dirinya dan sanggup melayan apa saja kerenahnya.

"Call me if you need anything even though you won't need it right now." Daniel sempat berpesan kepada Arianna bersama sebuah senyuman.

"I will and love you Daniel. Bye. Assalamualaikum." Arianna berjalan masuk apabila kereta Daniel hilang dari pandangannya. Baru beberapa langkah menuju ke arah lif yang terletak di lobi bangunan tersebut, Arianna berhenti tiba-tiba. Eh! Apa aku buat kat sini? Betul ke apa yang aku buat ni? Arianna kelihatan serba salah. Dia segera berpaling untuk pergi dari situ. Apabila dia berpaling, matanya menangkap pandangan Dato' Seri Aidil yang betul-betul berdiri berhadapan dengannya. Opsss..kali ini dia tersilap langkah. Arianna sudah tersengeh memandang daddynya.

"Daddy..." Arianna menegur Dato' Seri Aidil lantas memeluk erat lengan orang tua itu bagi menghilangkan debaran di dada.

"Ari? What are you doing here?" Dato' Seri Aidil bertanya kerana dia berasa pelik apabila Arianna tiba-tiba muncul.

"Hmm...saja je Ari datang sini, lagipun dah lama Ari tak melawat kawasan." Arianna memberikan jawapan yang dirasakan memang tak masuk akal. Ah! Lantaklah. Kemudian mereka masuk ke dalam lif bersama. Arianna hanya mendiamkan diri, tidak tahu hendak berbual apa dengan daddynya dalam keadaan begini. Aduh! Malunya.

"Ari nak jumpa Iq ya?" tiba-tiba Dato' Seri Aidil bertanya sambil memandang anak gadisnya dengan senyuman.

"Daddy!!" Arianna menjerit perlahan. Mukanya sudah terasa bahang. Malu apabila daddynya dapat meneka apa yang ingin dilakukan.

"Ari, you shouldn't be ashamed of what you are doing right now. It's about time you say sorry to him. Come, daddy tunjukkan bilik Iq.” Dato’Seri Aidil terus melangkah keluar apabila lif tersebut sampai di tingkat yang sepatutnya.

"Wait…he's in the same floor with you and abang Is…wow! I'm impressed.” Iqram, siapakah kau sebenarnya sehinggakan kau mampu berada di tingkat ini? Arianna mula pening memikirkan situasi yang mungkin tiada jawapannya pada masa ini.

"Well, he is a very impressive young man and more over he's my future son in law. Memanglah sepatutnya dia berada di sini.” Dato’Seri Aidil memberikan kenyataan yang mengejutkan Arianna.

"Seriously dad…that is not funny.”Future son in law? Biar betul daddy ni. Seram sejuk dibuatnya. Makin lama makin pening Arianna memikirkan mengenai Iqram.

Apabila sampai di hadapan pintu bilik yang tertera nama Iqram bin Tan Sri Dzulqarnain. What? Dia anak Tan Sri? Patutlah. Tapi kenapa yang sibuk sangat kerja dengan daddy ni. Bertambah pening kepala Arianna dibuatnya.

"Sitie, Iqram ada tetamu tak?”Dato’Seri Aidil bertanya kepada setiausaha Iqram.

"Tak ada Dato’Seri. Dato’Seri nak jumpa dia ke?”Sitie bertanya kembali kepada Dato’Seri Aidil. Dato’Seri Aidil hanya mengangguk. Sitie sudah pun mengangkat telefonnya untuk menyatakan kedatangan Dato’Seri Aidil kepada Iqram.

Arianna yang berdiri di sebelah Dato’Seri Aidil memandang ke arah setiausaha Iqram. Hmm cantik orangnya, bertudung litup, bersopan santun, mesti Iqram suka dapat setiausaha macam ni. Jealous ke, cik Arianna? Ish! Arianna menggelengkan kepalanya. Kemudian Sitie berjalan untuk membuka pintu bilik Iqram.

"Silakan Dato' Seri." Sitie memberikan senyuman manis ke arah Dato’Seri Aidil dan juga Arianna. Arianna berjalan perlahan di belakang daddynya. Debaran di dada sudah semakin huru hara. Rasa macam nak berlari keluar dari sini saja.

"Iq.”Dato' Seri Aidil menegur Iqram yang sedang asyik membuat kerja.

"Daddy.”Iqram segera bangun dari tempat duduknya dan melangkah mendapatkan Dato’Seri Aidil.

"Ada orang nak jumpa Iq.”Lantas Dato’Seri Aidil memalingkan sedikit tubuhnya. Iqram dan Arianna sudah tergaman melihatkan diri masing-masing. Dato' Seri Aidil yang berada di antara mereka berdua hanya tersenyum melihatkan mereka berdua.

"Ehem…" Dato' Seri Aidil berdehem bagi mengembalikan fikiran mereka berdua yang telah hilang entah kemana.

"I will give you two some privacy to talk. Iq…daddy pergi dulu.”Dato’Seri Aidil berpaling pula kepada Arianna.

"Ari…talk nicely…and please do not make a scene here.”Dato’Seri Aidil berkata dengan agak perlahan sebelum melangkah pergi.

"And please don't fight again." Sempat lagi Dato' Seri Aidil berpesan kepada mereka berdua sebelum menutup pintu bilik Iqram.

Suasana sepi menyelebungi mereka berdua seolah-olah mereka berada di dunia yang lain ataupun masing-masing menahan apa yang dirasakan dalam diri sendiri. Akhirnya kebisuan mereka di kejutkan oleh bunyi telefon bimbit Iqram. Iqram yang baru tersedar segera menjawab panggilan telefon tersebut. Arianna yang juga baru sedar dari khayalannya mula berasa seperti cacing kepanasan. Ish! Tak boleh jadi ni.