Monday 30 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 13

“ Mummy Ari,” tiba-tiba Faheem meluru masuk ke bilik Arianna.

            “ Ish! Aeem ni, terkejut mummy Ari tau.” Sudahlah kejutan yang berlaku sebentar tadi pun belum hilang lagi. Arianna mengurut dadanya yang dirasakan sedikit sesak.

            “ Daddy Iq cakap, tak baik tau mummy Ari buat camtu tadi.” Faheem menyampaikan bagi pihak Iqram.

            “ Mummy Ari buat apa?” Arianna bertanya sambil memangku Faheem.

            “ Nanti kejap…siapa daddy Iq?” Arianna baru perasan akan panggilan yang di gunakan oleh Faheem tadi.

            “ Daddy Iqram la.” Faheem menjawab selamba.

            “ Hah! Sejak bila pulak dia jadi daddy Iq ni.” Arianna sudah sedikit pening memikirkan kemunculan Iqram di rumah keluarganya dan juga panggilan mesra yang di berikan oleh Faheem. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?

            “ Daddy Iq kata nanti dia nak kahwin dengan mummy Ari, jadi Aeem kena panggil daddy Iq la.” Faheem menerangkan dengan panjang lebar

            “ Hah?! Merepek ajelah Aeem ni, Bila yang mummy Ari nak kahwin dengan daddy Iq tu?” Memandai aja si Iqram ni. Bila masa pulak aku nak kahwin dengan dia? Bercinta pun tak, takkanlah takde angin takde ribut tup-tup nak kahwin. Cik Arianna…takkanlah nak kena tunggu angin dengan ribut baru nak kahwin.

            “ Entah, daddy Iq yang cakap. Mummy Ari pergilah tanya dengan daddy Iq.” Faheem turun dari pangkuan Arianna dan terus berlari keluar dari biliknya.

            “ Aeem!” Arianna menjerit kecil. Ish! Takkanlah nak pergi tanya pulak. Kalau tanya mesti jawapannya akan buat aku malu sendiri. Hmm lantaklah dia nak cakap apa. Tapi apa dia buat kat sini? Baiklah kau pergi tanya tuan punya badan daripada berteka-teki. Buat pening kepala aja. Argh!! Malas nak layan.

            Arianna bangun daripada katil dan menuju ke almari pakainnya. Arianna mengenakan seluar track bersama dengan tshirt ‘Edward Cullen’ kesayangannya. Awal lagi ni, sempat pergi jogging sekejap. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Arianna pun melangkah ke pintu biliknya. Tiba sahaja di pintu, dia terhenti seketika. Macamana nak keluar ni? Arianna membuka pintu biliknya sedikit sambil mengamati keadaan di luar biliknya bagi memastikan tiada berlakunya keadaan yang mencurigakan.

            Setelah pasti keadaan di luar biliknya lengang, Arianna terus sahaja meluru ke arah tangga untuk turun ke bawah. Sampainya di bawah, Arianna sudah tercungap-cungap kerana berlari agak laju juga tadi. Ish! Yang aku ni nak mengelak daripada dia tu kenapa?

            Malas hendak memikirkan hal itu. Arianna meneruskan langkah untuk keluar. Sudah lama dia tidak berjogging di kawasan sekitar banglo keluarganya. Sedang Arianna menghampiri pintu pagar, dia terpandang sebuah kereta yang dirasakan bukan milik ahli keluarganya.

            Arianna berjalan perlahan-lahan menghampiri kereta tersebut. Wah! Aston Martin Vanquish! Takkan abang Is tukar kereta pulak. Arianna melemparkan pandangan mencari Bentley Continental GT milik Isqandar. Takde pulak. Setelah puas mengelilingi dan membelek kereta yang menarik perhatiannya, Arianna meneruskan langkahnya untuk pergi berjogging.

            Iqram melangkah masuk kebiliknya setelah berasa puas mengusik gadis yang memang selamanya telah berada di hatinya. Bibirnya sudah tersenyum lebar apabila melihat wajah terperanjat Arianna apabila Faheem mengajaknya untuk mengejutkan Arianna sebentar tadi.

            Iqram merebahkan badannya di atas katil bersaiz king itu. Awal lagi ni nak bangun, baik tidur sekejap. Dalam ingin melelapkan mata, sempat lagi Iqram memikirkan apakah reaksi Arianna apabila dia akan memberikan sesuatu yang istimewa kepada Arianna sebelum bertolak ke Port Dickson nanti. Akhirnya Iqram lena bersama senyuman terukir di bibir.

            Setelah dirasakan agak lama dia berjogging, Arianna mula menghalakan lariannya untuk balik ke rumah. Sewaktu dia melalui garaj di hadapan banglonya, sekali lagi dia membelek kereta Aston Martin Vanquish tersebut. Mungkin Isqandar tukar kereta. Arianna meneka di dalam hati. Nampaknya bolehlah pinjam kereta abang Is ni. Itupun kalau abang Is bagilah. Arianna merasakan yang dia tidak akan dapat melaram dengan kereta tersebut kerana dia tahu Isqandar sangat kedekut untuk memberi sesiapapun menyentuh keretanya.

            Arianna melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang kerana khuatir akan bertemu dengan Iqram di ruang tamu. Kelihatan mak Jah sedang leka menyiapkan sarapan pagi. Arianna berjalan perlahan-lahan menghampiri pembantu rumahnya.

            “ Assalamualaikum mak Jah.” Arianna menegur mak Jah dengan suara yang sedikit kuat. Terperanjat orang tua tu di buatnya.

            “ Ish! Ari ni. Terperanjat mak Jah. Kamu ni dari mana pulak?” tegur mak Jah.

            “ Ari pergi jogging tadi. Dah lama rasanya tak pergi jogging. Badan ni pun dah rasa berat semacam. Rasa tak larat aja tadi nak balik.” Arianna tergelak-gelak kecil.

            “ Hmm…ingat pergi manalah tadi. Kamu pergilah bersihkan diri dan bersiap. Kejap lagi dah boleh sarap.”

            “ Baiklah mak Jah.” Lantas Arianna mencuit pipi mak Jah dan terus berlari untuk naik ke biliknya.

            Langkah Arianna terhenti di kaki tangga. Arianna mendongakkan kepalanya  ke atas dan mula meninjau-ninjau keadaan di tangga kerana bimbang akan terserempak dengan Iqram. Apabila di pasti yang tiada sesiapa pun di laluan yang akan di gunakan terus sahaja dia berlari naik ke atas sehingga terlanggar Isqandar yang baru sahaja hendak turun ke bawah.

            “ Ari! Slow down. Ni yang macam pencuri aja lari kenapa?”  Isqandar memandang pelik ke arah Arianna.

            “ Oops! Sorry abang Is, tak sengaja. Ari nak cepat ni. Nak mandi jap, rasa rimas sebab baru balik jogging.” Arianna bercakap dengan laju. Time ni lah boleh terlanggar abang Is. Arianna berdoa agar Iqram tidak turun ke bawah pada waktu itu.

            “ Kalau ya pun tak payahlah nak berlari. Berjalan pun bolehkan? Buatnya Ari jatuh, siapa yang susah? Iqram jugak yang susah,” dalam pada membebelkan Arianna sempat lagi Isqandar mengusik adiknya itu.

            “ Dahlah abang Is ni. Ari malas nak cakap lagi. Sikit-sikit Iqram aja yang dia sebut.” Arianna meneruskan langkah menuju ke atas dengan menghentak-hentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

            Arianna menghempaskan sedikit pintu biliknya. Huh! Sikit-sikit Iqram. Apa kena dengan semua orang ni? Dahlah mamat tu tiba-tiba aja muncul dalam rumah ni. Arianna duduk di birai katil sambil memikirkan hal Iqram. Eh! Yang aku ni nak fikirkan pasal dia kenapa pulak? Tak boleh jadi ni. Arianna bangkit dan menuju ke bilik air.

            Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Arianna turun ke bawah. Kali ini dia sudah bersedia jika terserempak dengan Iqram. Arianna menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Okay! Ready. Go.

            Arianna selamat tiba di ruang makan dengan selamatnya. Dia menarik nafas lega  kerana Iqram tidak berada di situ lagi. Semua ahli keluarganya sudah pun berada di tempat duduk masing-masing kecuali Isqandar. Kenapa abang Is duduk tempat lain pulak ni?

            “ Morning daddy.” Arianna melangkah menghampiri Dato’ Seri Aidil dan memberikan ciuman di pipi.

            “ Morning Ari.”

            “ Morning mummy.” Arianna pergi mendapatkan Datin Seri Alia pula yang duduk bersetentang dengan Dato’ Seri Aidil.

            “ Morning Ari. Lena tidur?” Datin Seri Alia sekadar berbasa basi.

            “ Mestilah lena mummy. Kan buah hati dia ada kat sini.” Isqandar pula menyampuk. Arianna sudah memberikan jelingan maut kepada Isqandar. Argh! Geramnya rasa.

            Arianna duduk di sebelah kanan daddynya. Siapa yang pandai-pandai atur tempat duduk ni? Kenapa abang Is tak duduk tempat biasa? Ni mesti ada kena mengena dengan Iqram. Hmm mana dia ni, semua orang dah ada. Macam anak raja pulak, turun lambat. Arianna mula merungut.

            Iqram mengenakan kemeja hitam  yang di padankan dengan seluar slack hitam. Setelah mengemaskan semua barang-barangnya dia pun keluar dari bilik dan melangkah untuk turun ke bawah.

            Masih ada beberapa anak tangga untuk sampai ke bawah apabila Iqram terdengar gelak ketawa di ruang makan yang berhampiran. Aduh! Semua orang dah ada ke? Tu la siapa suruh sambung tidur tadi, kan dah lambat. Iqram menyalahkan diri sendiri. Setelah meletakkan barang-barangnya di tepi tangga, Iqram berjalan dengan agak perlahan menuju ke ruang makan.

            Arianna terbuai seketika apabila terpandangkan Iqram yang baru sampai di situ. Aduhai!  Kenapalah kau handsome sangat hari ni? Ish! Bukan ke memang hari-hari handsome. Can I kiss you? Eh! Apa yang aku merepek ni. Arianna menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sendiri.

            Iqram terus menghampiri Dato’ Seri Aidil dan tunduk menyalami tangan orang tua itu kerana semasa dia sampai semalam Dato’ Seri Aidil telah pun masuk tidur.

            “ Assalamualaikum, daddy.”

            “ Waalaikumussalam, Iq.” Dato’ Seri Aidil menjawab ringkas. Kemudian Iqram pergi mendapatkan Datin Seri Alia pula.

            Arianna yang sedang minum itu terus sahaja menyemburkan air yang di minumnya.

            “ Kenapa Ari?” Alana bertanya kepada Arianna yang duduk bersebelahan dengannya sambil menggosok lembut belakang Arianna.

            “ Takde apa-apa. Air ni panas sangat.” Arianna cuba berdalih.

            “ Assalamualaikum, mummy,” lantas dia tunduk menyalami Datin Seri Alia.

            “ Waalaikumussalam, Iqram. Dah pergi duduk, kita breakfast dulu.”

            Daddy? Mummy? Aku salah dengar ke? Arianna hanya memandang akan gerak geri Iqram.

            Iqram sudah tersenyum kecil kerana dia dapat mengagak kenapa Arianna bereaksi seperti itu. Iqram mengambil tempat berhadapan dengan Arianna. Hmm dapatlah dia menatap puas-puas wajah kekasih hatinya itu..

            “ Abang Is…did you change your car? Arianna tidak dapat menahan lagi untuk mengetahui kereta yang telah menarik perhatiannya pagi tadi.

            “ Why would I change my car? Kereta abang Is tu kan baru lagi.” Isqandar menjawab pertanyaan Arianna tanpa menyedari perkara yang tersirat di sebalik soalan adiknya itu.

            “ So who’s own that Aston Martin Vanquish?” Arianna mengambil cawannya dan mula menghirup air perlahan-lahan. Takkan daddy punya pulak, Arianna berkata di dalam hati.

            “ It’s mine.” Kedengaran Iqram bersuara.

            Arianna sudah pun menyemburkan airnya buat kali kedua. Damn it! Apa kena dengan kau ni Arianna?

            “ Ari!” Semua sudah menjerit ke arahnya kecuali Iqram yang sudah tersenyum kecil. Ish! Sukalah tu kenakan aku.

            “ Sorry.”

            Mereka semua kembali menikmati sarapan pagi yang sedikit terganggu tadi. sesekali pandangan mata Arianna dan Iqram bertemu. Masing-masing seperti memendam rasa yang sudah mula bertapak di hati. Isqandar yang perasan akan aksi mereka tersenyum senang.

            “ Is nak bertolak pukul berapa nanti?” Dato’ Seri Aidil bertanya kepada Isqandar.
           
            “ Lepas breakfast ni, kami terus pergi daddy.”

            “ Abang Is nak pergi mana?” Arianna pula bertanya.

            “ Abang Is dengan Iq nak pergi Port Dickson. Ada meeting kat sana. Lepas tu nak pergi tengok site.”

            “ Hah?!” Apa hal kena pergi dengan Iqram pulak. Makin serabut kepala Arianna memikirkannya.

            Arianna terus mendiamkan diri. Nanti lagi banyak yang ditanya lagi banyak pula perkara yang memeningkan kepalanya. Baik dia diam saja.

            Setelah selesai bersarapan mereka beralih ke ruang tamu. Isqandar dan Iqram sedang menyiapkan barang-barang mereka untuk di bawa ke Port Dickson.

            “ Okaylah daddy, mummy…Is nak pergi ni.” Isqandar bersalam dengan kedua orang tuanya.

            “ Iq pergi dulu daddy, mummy.” Iqram turut menyalami tangan Dato’ Seri Aidil dan juga Datin Seri Alia.

            “ Drive safely Is. Jaga diri baik-baik Iq. Apa-apa hal jangan lupa call.” Dato’ Seri Aidil memberikan pesanan.

            Setelah itu Dato’ Seri Aidil naik ke tingkat atas untuk bersiap ke pejabat di ikuti oleh Datin Seri Alia. Tinggalah mereka berlima di situ.

            Arianna sudah mula tidak senang duduk apabila Isqandar pergi mendapatkan kak Alana dan Faheem. Tiba-tiba Iqram sudah berada di sebelahnya.

            “ Sayang…do you wanna see the car?” Iqram cuba mengumpan Arianna keluar dari rumah supaya dia berpeluang untuk berbual berdua walaupun untuk seketika.

            Aduhailah Iqram. Kalaulah macam ni selalu, mahu aku cakap dengan daddy dan mummy masuk meminang aja. Arianna menggumam perlahan.

            “ Okay, sure.” Arianna menjawab pendek dan seraya itu dia bangun menuju ke pintu. Iqram sudah tersenyum apabila Arianna bersetuju untuk pergi melihat keretanya.

            Mereka berjalan beriringan. Arianna sudah sedikit keresahan. Jantungnya sudah tidak tahu mendendangkan lagu apa. Cepatlah masa berlalu. Rasa dah macam berjalan atas angin aja ni.

            Arianna terus sahaja menghampiri pintu kereta di bahagian sebelah pemandu kereta kerana dia pasti yang Iqram akan pergi ke tempat pemandu kereta. Setelah alarm kereta di tekan, Iqram segera pergi ke tempat Arianna berdiri.

            Ish! Dia nak buat apa ni? Arianna sudah semakin tidak keruan. Iqram perasan akan perubahan wajah Arianna. Sayang ooii, relax okay. I am nervous too. Iqram sudah tersenyum.

            Iqram menghampiri Arianna perlahan-lahan. Arianna sudah berganjak sedikit ke belakang. Iqram membuka pintu kereta dan terus mengambil barang yang ingin di berikan kepada Arianna di dalam dashboard keretanya.

            Arianna terpandangkan barang yang berada di tangan Iqram. CD dan kotak Tiffany & Co. Wait…Tiffany & Co.? Is he proposing to me? OMG! Dia dah gila agaknya. Arianna sudah memandang Iqram dengan kerutan di dahi.

            Iqram menghulurkan barang yang di pegangnya dan menghulurkan kepada Arianna. Arianna hanya memandang sepi pemberian Iqram. Lalu Iqram mencapai tangan Arianna dan meletakkan pemberiannya di atas telapak tangan gadis itu. Dia tahu Arianna pasti terkejut dengan pemberiannya itu.

            “ What are you doing Iqram? Why are you giving me this? Are you…?” Arianna tidak dapat meneruskan kata-katanya. Ini bukan kejutan yang dia harapkan.

            “ Look baby…it’s not that. I mean…it’s not like what you’re thinking.” Iqram tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Arianna akan apa yang dia rasa terhadapnya.

            Baby? Aduhai En. Iqram. Bolehkah saya pengsan sekarang? Arianna berkata di dalam hati.

            “ Okay…what I’m thinking right now?’ Arianna bertanya kepada Iqram bagi menghilangkan debaran yang menggila di dadanya.

            “ Okay…let me explain. It’s not like I’m proposing to you. It just that…I want you to be someone special to me. You know I love you. Iq tak paksa baby pakai cincin tu. But if you think you’re ready…just wear it. At least I know where do I stand.” Iqram berasa puas setelah dapat meluahkan apa yang dia rasa.

            Arianna sudah tergamam. Is he for real? Susah untuk dia mempercayai kata-kata Iqram. Tapi tipulah kalau dia tidak terharu dengan kata-kata Iqram. Arianna tidak pernah mendapat layanan sebegini daripada mana-mana lelaki yang pernah cuba mendekati dirinya. Not even from Qarl.

            “ Baby? Are you okay?” Iqram berasa sedikit resah apabila Arianna hanya berdiri kaku tanpa sebarang reaksi.

            “ Hah?!” Arianna tersentak.

            “ Are you okay?” Iqram bertanya lagi.

            “ Do I look like I’m okay?” Arianna membalas dengan soalan juga.

            “ I’m sorry if you don’t like this. Tapi Iq dah cukup lama simpan benda ni. I just don’t want to lose you again.”

            “ But Iq this is way too fast. I need time. Lagipun kita baru aja kenal.” Arianna meminta agar Iqram memahami akan situasi dirinya sekarang ini, padahal di dalam hati sudah tersenyum gembira. Ish! Takkanlah nak terima terus. Nanti Iqram ingat memang aku ni dah memang suka kat dia pulak. Arianna membebel sendiri.

            “ Okay baby.” Iqram membalas pendek. Tanpa sedar Iqram telah menggenggam tangan kiri Arianna. Terasa seperti tidak mahu di lepaskan. Arianna hanya membiarkan sahaja perbuatan Iqram. Mereka hanya berdiri kaku tanpa berbicara. Lidah terasa kelu. Hanya mata sahaja berbicara.

            “ Can I see the ring?” Akhirnya Arianna bersuara bila di rasakan mereka agak lama berdiam diri.

            “ Sure.” Iqram melepaskan genggaman tangannya dan mengambil kotak yang berwarna biru turquoise itu dan membukanya untuk Arianna.

            “ Do you wanna try it?” Iqram cuba untuk mengumpan Arianna agar gadis itu memakai cincin pemberiannya. Arianna sudah sedikit tergamam apabila melihat cincin tersebut. Cincin platinum bertatahkan berlian berbentuk hati berwarna pink dan di kelilingi dengan berlian yang kecil.

            “ Okay.” Tanpa sedar Arianna terus sahaja menghulurkan tangannya kepada Iqram. Lantas Iqram terus menyarungkan cincin tersebut di jari manis Arianna. Iqram sudah tersenyum lebar.

            “ It’s so beautiful.” Arianna berkata sambil matanya merenung kepada cincin pemberian Iqram itu.

            Aksi mereka berdua sedang di intai oleh kedua-dua orang tua Arianna yang berada di atas. Mereka sudah tersenyum gembira apabila melihat Arianna boleh menerima Iqram walaupun masih lagi terlalu awal untuk mereka membuat sebarang spekulasi.

            “ Iq! Jom.” Isqandar memanggil Iqram kerana sudah sampai masanya untuk bertolak ke Port Dickson. Sebenarnya Isqandar sudah pun mengetahui rancangan Iqram pagi itu. Jadi dia sengaja memberikan Iqram sedikit masa untuknya agar berpeluang berbicara dengan Arianna.

            “ Okay abang Is.”

            Arianna tersentak sedikit dengan laungan Isqandar itu. Lalu dia terlihat cincin pemberian Iqram sudah pun tersarung di jari manis tangan kanannya. Ish! Bila masa aku pakai cincin ni pulak. Aduh! Buat malu aja. Dia segera ingin menanggalkan cincin yang di pakainya itu.

            “ Are you sure you want to do that?” Iqram segera bertanya kepada Arianna apabila dia terlihatkan akan gadis itu yang cuba menanggalkan cincin yang sudah sedia tersarung di jarinya.

            “ Do what?” Arianna bertanya kembali kepada Iqram.

            “ Do that.” Iqram menghalakan matanya ke arah tangan Arianna yang sedang cuba mengeluarkan cincin di jari manisnya.

            “ Yes!…I mean no!…I mean…I don’t know…” Damn! Arianna sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Lalu dia hanya membiarkan saja cincin itu di jarinya. Iqram sudah tersenyum lebar.

            “ Iq nak pergi ni. So baby please take a good care of yourself. Suruh Daniel temankan kalau baby nak pergi ke mana-mana. Don’t go wandering around the world  on your own okay. Jaga kereta Iq macam baby jaga hati Iq yang dah lama Iq beri pada baby.” Arianna hanya mengangguk apabila mendengar pesanan daripada Iqram.

            “ Love you.” Iqram menggenggam jari jemari Arianna sebelum bergerak menuju ke arah kereta Isqandar.

            “ Love you too, sayang.” Arianna berkata perlahan.

            “ I know.” Iqram berpaling lantas mengenyitkan matanya kepada Arianna. Ish! Macamana dia boleh dengar pulak ni. Sikit punya slow apa aku cakap. Arianna sudah tertunduk memandang lantai garaj. Dia merasakan yang mukanya sudah sedikit panas.

            Iqram masuk ke tempat penumpang di bahagian hadapan. Setelah menutupkan pintu kereta Iqram menurunkan cermin kereta agar dia dapat melihat wajah Arianna sebelum bertolak pergi.

            ‘ I’m gonna miss you, baby’ Iqram hanya berkata di dalam hati sambil merenung ke arah Arianna. Seolah-olah apa yang di kata itu dapat di dengar oleh Arianna. Iqram melambaikan tangannya ke arah Arianna.

            ‘ I miss you too.’ Arianna berkata di dalam hati seakan-akan menjawab kepada kata-kata Iqram itu. Arianna mengangkat tangannya untuk membalas lambaian daripada iqram. Aduhai! Hati kenapa terasa sayu melihat pemergian Iqram. Terasa ingin menangis. OMG! Arianna wake up! Arianna sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Apa kena dengan aku ni?

            Setelah kereta Isqandar hilang dari pandangan matanya, Arianna mengatur langkah untuk masuk ke dalam. Arianna terus sahaja naik ke atas untuk ke biliknya. sampai sahaja di biliknya, Arianna terus mengunci pintu bilik agar dia tidak mendapat gangguan daripada sesiapa terutama Faheem. Arianna segera meletakkan CD pemberian Iqram di dalam CD player. Arianna berjalan ke arah katil sebelum merebahkan badannya untuk mendengar apakah yang terkandung di dalam CD tersebut.

            Terdengar alunan irama yang sedikit membuai perasaannya. Arianna merenung cincin di jarinya sambil mendengar bait-bait lirik lagu yang sedang di mainkan.

Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Thursday 19 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 12


Malam itu, keluarga Arianna makan malam bersama. Rasa sungguh seronok apabila dapat berkumpul begini. Sudah lama rasanya Arianna tidak merasai suasana begini. Suasana di meja kelihatan amat meriah sekali dengan gelak ketawa mereka sekeluarga.

            Tetapi dalam keriuhan itu, Arianna masih dapat melihat dengan jelas pandangan Isqandar kepadanya yang amat sukar untuk diteka. ‘Apasal abang Is asyik tengok aku aja dari tadi ni?’ Arianna bersuara di dalam hati. ‘ Takkan dia tahu pasal kes tengahari tadi pulak?’ Teka Arianna lagi.

            “ Mummy Ari.” Dalam Arianna pening memikirkan pasal Isqandar, dia ditegur oleh anak buah kesayangannya yang baru berusia 4 tahun itu.

            “ Yes, Aeem.” Arianna membalas teguran Faheem sambil mencuit pipi gebu si kecil itu.

            “ Malam ni, Aeem nak tidur dengan mummy Ari, okay? Rindulah kat mummy Ari. Nanti kita main game PSP sama-sama nak? Lepas tu kita tengok DVD Spiderman yang baru tu.” Faheem menyatakan hasratnya itu.

            “ Amboi! Banyaknya request dia,” kata Arianna sambil tersenyum.

            “ Bolehlah mummy Ari.” Faheem masih lagi memujuk Arianna.

            “ For you…anything okay.” Arianna menyatakan persetujuannya.

            “ Hmm…tapi nanti jangan tidur lewat sangat okay. Kesian kat mummy Ari, esokkan dia kerja.” Kakak ipar Arianna pula menyampuk.

            “ Okay, mama.”

            Isqandar sekeluarga sememangnya tinggal bersama dengan Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang mengandungkan anak kedua mereka.

            “ Kak Alana, Ari nak tanya ni.” Arianna bercakap agak perlahan kerana khuatir semua yang ada di situ akan mendengar apa yang ingin ditanya.

            “ Apa dia?” Alana juga membalas dengan perlahan.

            “ Kenapa dari tadi abang Is asyik tengok Ari aja? Ari ada buat salah ke?”

            “ Entah, manalah akak tahu. Ari ada buat salah ke?” Kakak iparnya bertanya kembali pada Arianna.

            “ Ish! Mana ada Ari ada buat salah, apalah akak ni.” Arianna membalas dengan sedikit mencebik.

            “ Hmm…abang Is tengok maybe dia rindu dengan adik dia yang sorang ni kot. Yalah dah lama tak balik rumah daddy dengan mummy-kan.” Alana berkata sambil tergelak kecil.

            “ Yalah sangat rindu kat Ari.” Arianna masih tidak berpuas hati.

            Selesai sahaja makan malam tersebut, mereka sekeluarga berkumpul pula di ruang rehat yang berhadapan dengan kolam renang sambil menikmati kopi panas yang di bawa oleh pembantu rumah mereka sebentar tadi.

            Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia sangat seronok melihat anak cucunya semua dapat berkumpul bersama. Rasanya sudah agak lama mereka tidak berkumpul seperti malam ini.

            Sedang Arianna seronok duduk berborak dan bergurau senda, tiba-tiba Isqandar bersuara kepadanya.

            “ Malam ni kawan abang Is datang and tidur sini.”

            Arianna sedikit pelik kerana selama ini tidak pernah pun kawan Isqandar tidur di rumah mereka. Dan yang menjadi lebih pelik, kenapa nak beritahu aku pulak? Arianna memandang Isqandar dengan sedikit kerutan didahi.

            “ Siapa abang Is? Ari kenal tak? Handsome tak?” Arianna ingin cuba mengorek daripada Isqandar tentang kawannya itu.

            “ Ish! Ari ni, handsome aja yang dia tanya. By the way nanti sebelum tidur tu, please wear something proper ya cik Ari.” Isqandar mengingatkan adiknya itu kerana dia amat mengetahui yang Arianna suka tidur dengan shortnya sahaja.

            “ Erk…ya lah, nanti Ari pakai jubah masa nak tidur.” Arianna berkata sambil menjelirkan lidah tanda tidak puas hati. Apa kes sampai nak tidur pun kena bersopan santun pulak ni. Bukannya aku tidur kat luar pun. Arianna masih lagi membebel di dalam hati.

            “ And one more thing, jangan sibuk nak skodeng kawan abang Is tu sebab dia akan tidur kat guest room yang berdepan dengan bilik Ari tu.”

            “ Aduh! Banyaknya syarat-syarat, macam Ari pulak yang menumpang tidur kat sini.” Arianna sudah mencebikkan bibirnya tanda protes, menyampah pun ada jugak.

            “ Ari…jangan macam tu. Abang Is tu cuma bagi nasihat. That means he loves you.” Dato’ Seri Aidil yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba menyampuk.

            “ Okay, fine…whatever.” Arianna sudah mula rasa meluat pada kawan Isqandar walaupun belum bertemu muka. Mana taknya, dahlah datang tidur rumah orang, tuan rumah pulak kena syarat macam-macam. Hello! This is my house too, okay. Arianna hanya mampu meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di dalam hati sahaja.

            “ Dahlah…jom Aeem, kita naik atas main PSP lagi bagus.” Arianna segera mengajak Faheem untuk naik ke atas. Duduk kat sini lama-lama nanti entah apa-apa syarat pulak yang akan keluar dari mulut Isqandar. Baik blah cepat-cepat.

            “ Kejap…ada lagi satu,” cepat saja Isqandar memintas apabila mendapati Arianna seperti ingin melarikan diri dan dia sengaja ingin mengusik adiknya.

            “ Apa lagi ni abang Is?” Arianna sudah mempamerkan wajah yang sememangnya akan meletup bila-bila masa.

            “ Kalau abang Is nampak Ari skodeng kawan abang Is tu, abang Is suruh daddy dengan mummy pergi pinangkan terus kawan abang Is tu untuk Ari.” Isqandar berkata dengan muka yang selamba.

            “ What?!!! Are you insane?! I’m off. Malas nak layan abang Is lagi.” Arianna segera bangun dan ingin melangkah pergi ke biliknya. Lagi lama dia disitu, bertambah sakit hati jadinya.

            Arianna melangkah menghampiri kedua orang tuanya, lalu menyalami dan mencium pipi mereka.

            “ Good night, daddy. Love you.”

            “ Good night, Ari. Love you too.” Dato’ Seri Aidil  membalas dengan pelukan yang erat.

            “ Good night, mummy. Love you.”

            “ Good night. Love you too.” Datin Seri Alia member ciuman ke kedua-dua pipi anak bongsunya itu.

            “ Kak Alana, good night. Good night untuk baby jugak ya.” Arianna berkata sambil memegang perut kakak iparnya itu.

            Setelah itu dia terus memimpin tangan Faheem untuk sama-sama naik ke atas.

            “ Eh!...dekat abang Is tak wish good night pun.” Isqandar sengaja ingin menaikkan darah Arianna yang sedah sedia memndidih itu. Isqandar sudah tergelak-gelak kecil apabila melihat reaksi Arianna.

            “ Huh! Malas nak cakap dengan abang Is lagi.” Lantas dia terus berjalan menaiki tangga untuk ke tingkat tiga.

            “ Don’t forget to lock your bedroom door.” Isqandar masih lagi mahu mengusik Arianna dan dia sudah menghamburkan tawanya yang ditahan-tahan daripada tadi.

            “ Daddy!!!!” Jerit Arianna. Rasa marahnya sudah todak dapat ditahan lagi.

            “ Sudah-sudahlah tu abang. Nanti mengamuk pulak si Ari tu.” Alana bersuara apabila melihat yang suaminya itu sudah terlebih bergurau.

            “ Pukul berapa nanti Iqram sampai?” Datin Seri Alia pula bertanyakan kepada Isqandar.

            “ Mungkin lewat sikit mummy. Dia nak packing barang dulu. Nanti biar Is aja yang tunggu dia. Daddy dengan mummy pergilah rest dulu.”

            “ Ari tak tahu ke yang Iqram datang tidur sini?” Kali ini Dato’ Seri Aidil pula bersuara.

            “ Is sengaja tak beritahu dia. Saja nak surprise kat dia.” Isqandar tersenyum apabila memikirkan akan reaksi Arianna apabila melihat Iqram nanti.

            “ Ari dah tahu ke siapa Iqram?” Dato’ Seri Aidil masih lagi bertanyakan Isqandar mengenai hal Iqram dan Arianna itu.

            “ Is tak ceritakan lagi. Iq nak ceritakan sendiri nanti. Dia kata, biar surprise.” Isqandar memberi penjelasan.

            “ Hmm…apa-apa ajalah kamu semua ni. Jangan surprise tak menjadi sudah. Takut gigit jari aja si Iqram tu.” Datin Seri Alia menyampuk tiba-tiba.

            “ Insyallah mummy. Is tengok Ari tu pun macam suka aja kat Iqram. Kita berdoa ajalah semoga terbuka pintu hati dia untuk Iqram. Lagipun Iqram tu dah lama kita kenal. Cuma Ari aja yang tak perasan lagi.”

            “ Okaylah Is, daddy dengan mummy nak naik atas dulu. Jangan kamu tertidur pulak menunggu Iqram sampai.” Dato’ Seri Aidil dan Datin Seri Alia mula mengatur langkah menuju ke tingkat dua kediaman banglo tersebut.

            “ Okay daddy…mummy. Good night.” Isqaandar membalas pendek.

            “ Jom sayang. Kita naik atas. Tak elok baby tidur lambat.” Isqandar mengajak isterinya untuk naik ke atas kerana dia pasti yang isterinya juga ingin berehat.

            Setelah memastikan semua pintu dan tingkap yang berada di ruang bawah sudah dikunci dan alarm juga sudah di pasang, Isqandar dan Alana berjalan sambil berpimpin tangan untuk naik ke tingkat dua. Bilik tidur mereka juga terletak di tingkat yang sama dengan bilik tidur daddy dan mummynya.

            Sampai saja di bilik, Isqandar mencapai smartphonenya dan mendail nombor Iqram.

            “ Assalamualaikum Iq.” Isqandar memulakan bicara.

            “ Waalaikumussalam abang Is.”

            “ Nanti Iq sampai, Iq call abang Is, okay.” Isqandar terus sahaja menyatakan tujuannya menelefon Iqram.

            “ Okay, abang Is.”

            “ Okay. Assalamualaikum.”

            “ Waalaikumussalam.” Iqram membalas salam.

            Arianna masuk ke biliknya dengan perasaan yang sedikit sebal. Entah apa-apalah yang abangya merepek tadi. Geram dibuatnya. Ah! Malas nak fikir. Layan Faheem lagi bagus.

            “ Mummy Ari, cepatlah main PSP ni.” Faheem sudah mula tidak sabar.

            “ Okay, mummy Ari datang ni. Tapi malam ni kita main game aja ya. Lepas tu tidur.”

            “ Okay.” Faheem menjawab sepatah.


Bilik tidur Arianna de lengkapi dengan set home theathre dan juga video game. Sebab itulah Faheem suka tidur dengan Arianna apabila gadis itu pulang ke rumah.

Iqram sampai di rumah keluarga Arianna hampir ke tengah malam. Setelah meletakkan kereta kesayangannya di garaj yang terletak di hadapan banglo tersebut, Iqram segera melangkah keluar sambil membawa barang-barangnya. Dia berjalan menuju ke tempat Isqandar berdiri sambil menunggunya.

“ Assalamualaikum, abang Is. Sorry lewat sikit. Papa dengan mama kirim salam.” Iqram menyalami tangan Isqandar.

            “ It’s okay. Abang Is pun belum tidur lagi. Waalaikumussalam. Dah jom kita masuk.” Isqandar berjalan masuk ke dalam dan diekori oleh Iqram.

            Mereka sama-sama menuju ke tingkat atas sekali. Isqandar berhenti di hadapan pintu bilik tetamu yang terletak berhadapan dengan bilik Arianna.

            “ This is you room to be, so have a good rest.” Isqandar tersenyum apabila melihat reaksi Iqram. Bilik tetamu itu sepatutnya menjadi bilik Arianna kerana ia agak besar sedikit tetapi Arianna tidak mahu bilik itu.

            “ Ish! Room to be pulak abang Is ni. Tuan punya badan pun belum tentu setuju.” Ada sedikit nada kehampaan dalam suara Iqram itu.

            “ Insyallah Iq. Iq kenalah usaha lebih sedikit.”

            “ Hmm…yalah. Okaylah good night abang Is.” Lantas Iqram menutup pintu bilik dan melangkah ke katil yang bersaiz king itu. Tidak sabar rasanya untuk melihat Arianna esok. Sabarlah wahai hati. Takkan larinya gunung dikejar. Wei! Gunung tu memanglah tak boleh lari, yang larinya manusia.

            Arianna baru sahaja hendak melelapkan matanya apabila terdengar seperti orang berbual-bual dan membuka pintu bilik tetamu. Kawan abang Is dah sampai agaknya. Kalau skodeng best jugak ni. Tetapi apabila teringatkan kata-kata abangnya selepas makan malam tadi, dibatalkan sahaja niat murninya itu. Esok tengok ajalah puas-puas. Kalau handsome bolehlah buat calon boyfriend. Tapi Iqram nak letak kat mana pulak. Iqram?! Apa kes? Sah kau ni nak angau dengan si Iqram tu. Tidurlah wahai cik Arianna.

            Esok pagi, Arianna terjaga apabila alarm clock di BB-nya berbunyi setelah beberapa kali. Aduh! Malasnya nak bangun. Tangan Arianna meraba-raba di sebelah tempat tidurnya. Hmm…ni mesti dah turun pergi ke bilik papa dan mamanya.

            Arianna sudah menarik kembali comforter sehingga menutupi sebahagian dari mukanya. Sejuk-sejuk ni, sambung tidur best jugak. Eh! Tak boleh jadi ni, nanti ada yang terbabas tidur sampai ke tengahari. Arianna bergegas bangun dan terus menuju ke bilik air.

            Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Arianna mendengar ketukan di pintu biliknya. Ni mesti Faheem, Arianna meneka. Setelah meletakkan telekung dan sejadah yang telah dilipatnya, Arianna melangkah ke pintu. Arianna memulas tombol pintu biliknya dengan segera kerana dia pasti yang mengetuk pintu biliknya itu adalah si kecil gebu itu.

            “ Argh!!!!” Kedengaran Arianna menjerit. Lantas pintu biliknya ditutup akibat daripada terkejut.

            Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Iqram?! Arianna beristighfar sambil memegang dadanya yang dirasakan sudah sedikit huru-hara. Dia hanya duduk di birai katil. Tidak tahu hendak buat apa.

Tuesday 10 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 11


Isqandar menuju ke meja yang diduduki oleh Daniel bersama dengan Iqram. Terdapat sedikit kerutan di wajah Daniel. Isqandar sudah dapat mengagak yang Daniel akan bertanya bermacam soalan apabila terpandangkan kehadiran Iqram bersamanya. Ah! Biarlah Iqram yang menceritakan sendiri. Isqandar tidak mahu masuk campur, yang penting sekarang ini ialah Arianna.

“ Hai! Daniel.” Iqram terlebih dahulu menegur bersama sebuah senyuman yang cuba di maniskan.

“ Hai!” Daniel menjawab sepatah sambil bersalam dengan Iqram.

 “ Is.” Daniel menegur Isqandar. “ Daniel…sorry if we’re a bit late.” Isqandar bimbang jika kehadirannya agak terlewat walaupun dia pasti Daniel tidak berapa kisah.

 “ Takde hal-lah bro. Aku pun baru aja sampai ni. Eh! Pergilah beli minuman dulu. Nanti kalau dah duduk berborak…nak minum pun lupa pulak.” Daniel sengaja bergurau bagi menghilangkan gemuruhnya apabila teringatkan tujuan Isqandar ingin menemuinya petang ini. Dan yang lebih menjadi tanda tanya ialah mengapa Iqram turut bersama dengan Isqandar.

“ Abang Is nak minum apa…biar Iq yang belikan.” Iqram terus sahaja volunteer dirinya pergi membelikan minuman untuk mereka berdua. Dia sengaja berbuat begitu kerana dapat merasakan yang Daniel sudah mula memberikan pandangan yang penuh dengan persoalan di kepala.

“ Belikan abang Is dark mocha…panas okay.” “ Okay.” Iqram pun melangkah meninggalkan mereka berdua. Apabila Iqram sudah berjalan agak jauh, Daniel memandang Isqandar dengan seribu pertanyaan di wajah.

“ Is…what’s going on?”

“ What?” Isqandar bertanya kembali seolah-olah tidak mengerti akan persoalan yang bermain di fikiran Daniel itu. Tiba-tiba telefon Isqandar berbunyi menandakan ada mesej masuk. Terus sahaja Isqandar membaca mesej tersebut apabila mendapati yang Iqram menghantar mesej kepadanya.

~ Abang Is. Please don’t tell Daniel anything. Nanti Iq sendiri yang akan cerita kat dia.

“ Kenapa Is?” Daniel bertanya lagi setelah Isqandar masih lagi tidak menjawab pertanyaannya tadi.

“ Sekarang ni, aku jumpa kau pasal Arianna. So if you want to discuss anything besides Arianna…then you should ask him yourself, Daniel.”

Daniel terdiam seketika. Dia sepatutnya sedar yang sekarang ini hal Arianna yang lebih penting daripada persoalan-persoalan yang bermain di mindanya. Ah! Pasal Iqram tu lambat laun pasti dia akan tahu juga. Tidak lama kemudian Iqram menatang sebuah dulang bersama dengan dua minuman yang dibeli untuk dirinya dan juga Isqandar.

“ So Daniel, can you tell me what’s going on this afternoon?” Isqandar mula bertanya kepada Daniel kerana ingin mendengar cerita dari mulut Daniel sendiri.

Daniel mengeluh perlahan. Sebenarnya dia serba salah untuk memberitahu kepada Isqandar. Memang pada mulanya Daniel ingin memberitahu kepada Isqandar mengenai kemunculan Qarl di pejabatnya tengahari tadi. Tetapi apabila memikirkan Arianna, dia batalkan sahaja niatnya itu. Dia sendiri akan memastikan keselamatan Arianna terjaga.

“ Is…I think you’ve already know about it.” Daniel berkata sambil mengerling sekilas ke arah Iqram. Terbit pula rasa geram di hati. Kalau Iqram tak mengadu pada Isqandar pasti Isqandar tidak mengetahui pasal hal tengahari tersebut dan tak payahlah dia bersemuka dengan Isqandar pada petang ini.

“ Aku Cuma nak dengar dari mulut kau. And I’m sure Ari won’t let you to tell me kan?” Isqandar hanya meneka, tetapi dia pasti yang Arianna tidak membenarkan Daniel mengadu hal itu kepadanya.

“ Bukan macam tu Is. Aku Cuma tak nak kau risau. Lagipun aku dah suruh Ari balik rumah parents kau malam ni. Don’t worry…aku make sure Ari takde apa-apa. Kalau perkara ni aku dah tak boleh nak handle nanti aku bagitahulah kat kau.” Daniel memberikan kepastian kepada Isqandar.

Iqram sudah tersenyum sendiri apabila mendengar bahawa Arianna pulang ke rumah keluarganya. Dapatlah dia melepaskan rindu pada gadis itu sebelum dia pergi ke Port Dickson esok. Tidak sabar rasanya untuk melihat reaksi Arianna apabila melihat akan dirinya yang berada di bawah bumbung yang sama.

Daniel perasan akan tingkah Iqram yang sudah tersenyum-senyum sendiri itu. Eh! Apa kes pulak si Iqram ni? Aku ada buat lawak ke? Daniel membebel di dalam hati.

 “ I need a favor from both of you. Kalau boleh jangan biarkan Ari seorang diri. Make sure someone’s will always be with her. Aku tak nak insiden tahun lepas terjadi lagi.” Isqandar berkata bersama sebuah keluhan yang dirasakan amat berat sekali.

“ Don’t worry Is, I will always be around.” Memang selama ini pun Daniel yang sentiasa ada di sisi Arianna. Tetapi apabila Isqandar turut meminta Iqram agar turut menjaga akan keselamatan diri Arianna, hatinya sedikit terusik. Daniel akui memang dia cemburu kerana semenjak kemunculan Iqram, lelaki itu seolah-olah telah mencuri perhatian dari semua orang termasuklah Arianna.

“ So Iq?” Isqandar menoleh kepada Iqram.

“ Hah?! Apa dia abang Is?” Iqram sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tulah asyik berangan aja. Buat malu betullah kau ni Iqram.

“ Ish! Berangan pulak dia ni. Abang Is cakap…lepas ni make sure jangan biarkan Ari sorang-sorang. Make sure one of you ada dengan dia. And if anything happen terus inform.” Isqandar mengulangi lagi apa yang telah dia cakapkan tadi.

“ Iq, okay aje abang Is.” Mestilah okaykan. Yalah, bolehlah dia berkepit dengan Arianna selalu. Apalah kau ni iqram, ke situ pulak yang difikir.

“ Okay kalau macam tu aku balik dulu Daniel. Lagipun dah nak maghrib ni.” Lantas Isqandar bangun dan bersalam dengan Daniel.

“ Okay Is, jumpa lagi nanti. You too Iqram.” Daniel juga bangun dari duduknya kerana dia juga ingin pulang ke rumah.

 “ Okay Daniel.” Iqram turut bersalam dengan Daniel. Kemudian mereka melangkah menuju ke kenderaan masing-masing.

“ Abang Is balik dulu, Iq nak balik rumah…nak packing barang. Iq rasa lambat sikit kot Iq sampai rumah abang Is. Nanti Iq call abang Is eh.” Iqram berkata kepada Isqandar supaya Isqandar tidak ternanti-nantikan dia malam nanti.

“ Okay.” Iskandar menjawab sepatah.

Arianna sudah pun meletakkan keretanya di dalam garaj yang terletak agak ke belakang sedikit di dalam kawasan banglo milik keluarganya itu. Dia malas hendak meletakkan keretanya di garaj hadapan kerana Isqandar selalu meletakkan keretanya di situ. Dia memerhati garaj tersebut, hmm daddy dah balik. Dia melangkah keluar dari keretanya dengan perlahan sekali. Rasa macam hendak balik ke rumahnya saja. Dia masih belum bersedia untuk balik ke rumah ini lagi. Masih teringat-ingat akan pertengkaran yang berlaku antara dia dengan daddynya. Tetapi apabila memikirkan keadaan yang agak berbahaya, dia terpaksa akur juga untuk berada di sini.

Arianna berjalan menuju ke bahagian belakang rumah. Dia malas hendak masuk melalui pintu hadapan. Arianna masih lagi rasa gugup sekiranya dia berjumpa dengan daddynya di pintu hadapan. Masuk ikut dapur ajalah jawabnya.

Setibanya di pintu dapur yang sedikit terbuka itu, Arianna menjengukkan kepalanya ke dalam. Macam takde orang aja. Dia melangkah masuk dan tiba-tiba Mak Jah, pembantu rumahnya muncul entah dari mana.

“ Ya Allah! Budak bertuah ni. Terkejut Mak Jah. Apasal nak balik tak bagitahu ni.” Mak Jah sedikit terkejut melihatkan Arianna yang tiba-tiba muncul di dapur rumah itu.

“ Assalamualaikum Mak Jah. Saja je nak bagi surprise.” Arianna sengaja memberi alasan begitu. Dia tak nak seisi rumah ini tahu mengapa dia balik ke sini dalam keadaan terkejut.

“ Waalaikumussalam. Ha! Apa yang tercegat aja tu. Pergilah masuk. Takkan nak berdiri kat situ sampai esok pulak.” Arianna geli hati apabila mendengar bebelan pembantu rumahnya itu. Mummnya pun tak pernah membebel seperti itu.

“ Nak masuklah ni. Mak Jah yang tahan-tahan Ari.” Arianna sudah tersenyum-senyum.

“ Eh! Bila pulak mak Jah tahan kamu pulak ni Ari?” Mak Jah mula bertanya dengan riak tidak puas hati.

 “ Ala mak Jah ni, Ari gurau ajalah. Rindu betul nak dengar mak Jah membebel. Kat rumah tu dengar suara Arissa aja, tak best betul.” Arianna berkata sambil ketawa kecil.

“ Kalau rindu…kenapa tak balik selalu. Ni dah dekat tiga bulan baru nak nampak batang hidung. Tak payah lah nak merajuk lama-lama. Daddy Ari tu dah rindu sangat dengan Ari. Pergilah jumpa dia.” Mak Jah seakan memberi arahan kepada Arianna.

“ Hmm, yalah. Ari masuk dulu ya mak Jah. Tapi daddy dengan mummy kat mana mak Jah?” “ Daddy dengan mummy Ari kat depan kolam, tengah minum petang. Nanti mak Jah bawakkan air untuk Ari ya.” “ Okay mak Jah. Ari pergi dulu, nanti kita borak lagi eh.” Lantas Arianna melangkah menuju ke kolam renang yang terdapat di bahagian tepi banglo tersebut. Ish! Seram sejuk pulak dibuatnya.

“ Assalamualaikum mummy.” Arianna menegur Datin Seri Alia lantas dia menyalami dan memeluk tubuh mummy-nya itu. “ Waalaikumussalam. Rindunya mummy kat Ari. Kenapa tak call bagitau nak balik ni? Ada apa-apa ke?” Datin Seri Alia bertanya kerana tidak mempercayai Arianna tiba-tiba sahaja balik ke sini. Dia bimbang sekiranya terjadi perkara yang tidak elok ke atas anak bongsunya itu.

“ Dah lama Ari tak balikkan, dah rindu giler kat semua orang…tu yang Ari balik ni.” Arianna mencipta lagi alasan bagi menutup perkara yang sebenar. Kemudian dia berpaling kepada daddynya pula.

“ Assalamualaikum daddy.” Arianna menegur Dato’ Seri Aidil dengan nada yang cukup perlahan. Air mata sudah mula berlinangan. Arianna terlalu merindui lelaki itu. Dia akui memang dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Lalu dia tunduk menyalami tangan lelaki tersebut. Tiba-tiba dirinya dipeluk erat oleh Dato’ Seri Aidil.

 “ I’m sorry dad.” Terasa air matanya sudah pun mengalir di pipi.

“ Daddy tak pernah pun marahkan Ari. Maybe I’m a bit harsh to you, tapi Ari taukan yang daddy sayangkan Ari. Stop crying. Mari kita minum dulu.” Dato’ Seri Aidil mengusap perlahan kepala Arianna. Sayangnya terhadap anak bongsunya itu memang tidak berbelah bagi.

Arianna mengesat perlahan sisa air mata yang mengalir di pipinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Dato’ Seri Aidil sambil melentokkan kepalanya di bahu daddynya itu. Sudah lama rasanya dia tidak bermanja dengan Dato’ Seri Aidil. Tulah siapa suruh merajuk lama-lamakan? Padan muka. Arianna hanya membebel di dalam hati.

Datin Seri Alia hanya memerhatikan sahaja gelagat kedua beranak itu. Dia amat memahami akan kerinduan mereka. Sebenarnya suami dan anaknya itu sama sahaja, dua-dua degil. Apa yang di kata itulah yang mesti di dengar oleh semua orang. Dan pertengkaran yang terjadi tiga bulan lepas disebabkan ego masing-masing yang meninggi.

Setelah menghabiskan minuman petang, mereka semua berjalan masuk ke dalam rumah. Arianna berjalan sambil memegang erat lengan Dato’ Seri Aidil seolah-olah tidak mahu berpisah lagi. Datin Seri Alia hanya mengekori dari belakang sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kalau dah jumpa, macam tak boleh dipisahkan langsung. Tapi kalau dah bertengkar, nak pandang muka masing-masing pun tak nak. Datin Seri Alia membebel sambil tersenyum.

Friday 6 July 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 10


Tengahari itu, Iqram terus sahaja balik ke pejabatnya dan ingin menemui Isqandar. Rasa di hatinya sudah tidak boleh dibendung lagi. Dia harus memberitahu kepada Isqandar akan apa yang berlaku. Tetapi bimbang pula jika Arianna tidak menyukai akan apa yang dilakukan walaupun hakikatnya dia lebih bimbangkan keadaan diri Arianna itu.

            Sebenarnya Iqram sudah lama berhubungan dengan keluarga Arianna terutama sekali Isqandar. Segala kejadian yang berlaku kepada Arianna semuanya telah dikhabarkan sendiri oleh Isqandar kepadanya. Cuma Arianna sahaja yang belum mengetahui akan dirinya yang sebenar. Iqram sengaja meminta keluarga Arianna merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Arianna.

            Daripada tahun lepas lagi Iqram ingin mengajak keluarganya pulang ke Malaysia setelah agak lama mereka menetap di negara orang. Semenjak dia mengetahui yang Arianna mula berhubungan dengan Qarl, dia sudah tidak sabar-sabar ingin terbang balik ke Malaysia. Dan apabila Isqandar memberitahunya tentang kejadian yang menimpa Arianna, sakit hatinya makin meluap-luap. Rasa ingin saja dia melenyapkan Qarl dari muka bumi ini. Tetapi dia masih  lagi boleh berfikir dengan waras. Cuma sekarang ini dendamnya terhadap Qarl itu tidak akan padam. Kerana itulah dia berusaha sedaya upaya memujuk papa dan mamanya agar mereka pulang ke Malaysia.

            Apabila sekembalinya ke tanah air 3 bulan yang lepas, Iqram mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat kepunyaan keluarga Arianna buat sementara waktu. Tujuannya hanyalah untuk mendekatkan dirinya dengan Arianna. Tetapi perasaannya hampa apabila mendapati Arianna tidak bekerja di situ.

            ‘ Ish! Mana abang Is ni pergi pulak ni?’ Iqram sudah seperti cacing kepanasan di dalam bilik pejabatnya kerana menantikan Isqandar. Serba tidak kena sahaja dirinya ini.

            Akhirnya Iqram melangkah keluar dan ingin menjengah ke bilik Isqandar untuk melihat samada Isqandar sudah berada di biliknya ataupun tidak. Apabila ternampak sahaja akan kelibat Isqandar, Iqram terus meluru masuk tanpa sempat mengetuk pintu.

            “ Abang Is!.” Iqram memanggil Isqandar dengan nada yang sedikit kuat sambil menarik kerusi yang terletak berhadapan dengan meja Isqandar.

            “ Iq! Ish! Terkejut abang Is. Kenapa muka tu macam huru-hara aja abang Is tengok?” Isqandar bertanya kepada Iqram kerana melihatkan kekusutan yang terserlah di wajah anak muda itu.

            “ Erm…erm…” Aduh! Ni nak cakap ke tak nak ni. Iqram sudah mula rasa serba salah apabila dia mula terfikir samada tindakannya ini betul ataupun tidak.

            “ Hey! What’s wrong Iq? Sampai tergagap-gagap nak cakap.” Isqandar merenung akan diri iqram yang sedikit resah itu.

            “ I don’t know if I should say this to you, abang Is.” Iqram masih lagi rasa ragu-ragu.

            “ If this is concerning Arianna, then you should tell me.” Isqandar seperti dapat meneka apa yang ingin di perkatakan oleh Iqram.

            “ Okay. Iq akan beritahu but can you promise me that you won’t ask her about it?” Iqram meminta Isqandar berjanji agar tidak bertanyakan hal yang akan di beritahu itu kepada Arianna. Dia bimbang jika Arianna akan mula membencinya jika Arianna mengetahui bahawa dia yang memberitahu kepada Isqandar akan kejadian tengahari tadi.

            “ You have to tell me first, Iq. Then I’ll consider whether I should ask her or not.” Isqandar tidak mahu berjanji kerana khuatir jika dia tidak dapat mengotakan janjinya itu.

            Iqram mengeluh perlahan. Terasa dirinya berada dalam situasi yang amat sukar.

            “ Sebenarnya tengahari tadi Iq pergi jumpa Arianna.” Iqram memulakan cerita.

            “ Then?” sampuk Isqandar.

            “ Someone showed up.” Iqram masih lagi mahu berteka teki.

            “ Who? Wait…don’t tell me it was him.” Isqandar  sudah mula mengerutkan dahinya. Apabila terfikirkan tentang itu, Isqandar mula rasa panas.

            “ It was him, abang Is.” Iqram berkata dengan perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Isqandar.

            “ Damn it!” Isqandar menghentakkan mejanya dengan tangan.

            “ Daniel tahu pasal ni?” Isqandar bertanya kepada Iqram walaupun dia pasti yang Daniel sudah maklum akan hal tersebut.

            “ Daniel was there…thanks to him. Kebetulan dia nak cari Arianna, kalau dia takde tadi…Iq pun tak tahu apa nak jadi tadi. But abang Is jangan risau okay, Arianna takde apa-apa. She’s fine.” Iqram menerangkan dengan panjang lebar.

            “ No, she’s not fine Iq. Abang Is tahu sangat dengan Ari tu.” Isqandar sudah meletakkan tangan di dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

            “ Abang Is tengah fikir apa ni?” Iqram sudah tidak sabar-sabar ingin mengetahui apa yang berada di dalam fikiran Isqandar.

            Tanpa menjawab pertanyaan daripada Iqram, Isqandar terus saja mengangkat gagang telefon dan mendail nombor seseorang.

            “ Assalamualaikum, Daniel.” Isqandar memberi salam apabila talian di sebelah sana berjawab.

            “ Waalaikumussalam, Is. Anything I can help you?” Daniel terus bertanya kepada Isqandar walaupun di dalam hatinya sudah dapat meneka apa yang bakal dekehendaki oleh Isqandar daripadanya.

            “ Boleh jumpa aku tak petang ni? It’s urgent.” Isqandar tidak mahu menyatakan kenapa dia ingin menelefon Daniel kerana baginya hal ini tidak boleh dibincangkan melalui telefon sahaja. Bagi Isqandar, mereke bertiga perlu berbuat sesuatu agar Arianna tidak akan lagi ditimpa bermacam-macam lagi kejadian yang tidak diingini.

            “ Orait bro. Tapi nak jumpa kat mana? Tempat biasa ke?” Daniel terus menyatakan persetujuanb bersama sebuah keluhan.

            “ Yup…tempat biasa. Okay, see you then. Assalamualaikum.”

            “ Waalaikumussalam.”

            Daniel seolah-olah berada di dunianya sendiri apabila memikirkan tujuan Isqandar ingin berjumpa dengannya petang nanti mesti berkaitan dengan kejadian tengahari tadi telah membuatkan Daniel bertanya sendiri. Daripada mana Isqandar dapat tahu mengenai hal itu. Dia teringatkan seseorang, Iqram! Ini kerana hanya Iqram dan dirinya sahaja yang berada di situ. Tapi tak mungkinlah Iqram yang memberitahu kepada Isqandar. Daniel memikirkan hal itu tanpa menyedari kehadiran Arianna di dalam biliknya.

            Setelah meletakkan gagang telefon, Isqandar memandang Iqram yang sedang duduk dihadapannya.

            “ Abang Is nak Iq pun ikut sekali pergi jumpa Daniel petang ni.” Isqandar seakan-akan memberi arahan kepada Iqram.

            “ Tapi abang Is…” Iqram sudah kematian kata.

            “ Tapi apa pulak ni?” Isqandar mengerutkan dahinya.

            “ Daniel tak tahu yang selama ni Iq kerja dengan abang Is.” Iqram mula menggaru-garu keningnya kerana memikirkan apa yang dia cuba sembunyikan selama ini akan terbongkar juga. Tapi sampai bila dia nak rahsiakan daripada pengetahuan sahabatnya, lebih-lebih lagi Daniel. Lambat laun Daniel akan tahu juga. Cuma dia fikir masih belum tiba masanya untuk dia menceritakan segalanya kepada Daniel.

            “ Iq…lama-lama simpan, nanti Iq jugak yang akan pening sendiri. Maybe this is the time to tell everyone, especially Daniel. Kalau Iq masih tak nak Arianna tahu, takpelah. At least tell Daniel. Kalau tak mahu cerita semuanya, cerita sikit-sikit aja dulu.” Isqandar memberi pendapat kepada Iqram.

            “ Okay abang Is.” Iqram hanya menjawab pendek. Mungkin ada betulnya cakap Isqandar itu.

            “ One more thing abang Is…esok pagi atau malam ni kita pergi Port Dickson?” Iqram mula teringatkan yang mereka berdua harus pergi melawat ke tapak projek di Port Dickson esok.

            “ Kita pergi esok pagi aja. Kalau boleh iq tidur aja kat rumah abang Is malam ni. Senang sikit nak bertolak esok pagi. Tak payahlah nak kelam kabut.” Isqandar member cadangan kepada Iqram.

            “ Ish! Seganlah abang Is, nanti apa pulak kata uncle dengan aunty.” Iqram saja member alasan padahal dalam hati sudah bernyanyi riang.

            “ Aik…bukan dah kena panggil daddy dengan mummy ke?” Isqandar sudah tersenyum-senyum.

            “ Okaylah abang Is…Iq keluar dulu eh. Nak settelkan sikit lagi kerja tu.” Iqram merasakan wajahnya sudah kemerahan apabila mendengar Isqandar berkata begitu.

            “ Okay.” Isqandar masih lagi tersenyum-senyum memandang Iqram. Dia amat memahami apa yang di rasakan oleh Iqram sekarang ini. Yalah dia pun pernah melaluinya sewaktu ketika dahulu. Apabila orang yang dipuja selama ini masih belum dapat dimiliki, sudah tentu segala benda yang dibuat tidak akan menjadi.

            Mereka pun meneruskan kerja yang sedikit terganggu sebentar tadi sehingga ke petang. Isqandar mengerling sekilas jam ditangannya. Apabila dia pasti yang Daniel sudah pun pergi ke tempat yang dijanjikan, Isqandar pun mengemas mejanya dan bersiap-siap untuk pergi.

            Apabila dia keluar dari biliknya, terus sahaja dia melangkah menuju ke bilik Iqram yang berada tidak jauh dari biliknya. Isqandar mendapati pintu bilik Iqram terbuka, lalu dia terus saja masuk.

            “ Iq…dah settle ke semua? Kalau dah…jomlah kita pergi.” Isqandar mengajak Iqram pergi dengan segera kerana dia tidak suka orang ternanti-nanti.

            “ Okay…jom.”

            Mereka berjalan beriringan keluar dari pejabat. Sehingga di tempat parking, mereka terpisah kerana Iqram menunggang motosikal sementara Isqandar memandu kereta.

            “ Okay…jumpa kat sana abang Is.” Iqram berkata seraya mengangkat tangannya.

            “ Okay.”

            Petang itu setelah menemani Arianna sehingga sampai ke rumah keluarganya, Daniel terus menuju ke tempat yang dijanjikan.

            Apabila dia sampai di Starbucks Coffee yang terletak di Setia Tropika itu, Daniel meliarkan matanya mencari kereta Isqandar. Bimbang juga jika dia terlewat. Hmmm nasib Isqandar tidak sampai lagi.

            Setelah meletakkan keretanya di tempat yang disediakan, Daniel melangkah masuk ke dalam coffee house tersebut. Sudah agak lama juga dia tidak datang ke sini. Selalunya dia akan ke sini bersama Arianna serta Syam, Syed dan juga Zack. Cuma sekarang ini masing-masing sedikit sibuk dengan jadual harian yang padat.

            Daniel terus mencari tempat duduk yang dirasakan agak sesuai untuk mereka berbual. Sedang Daniel mula memikirkan kes tengahri tadi, dia melihat Isqandar berjalan menuju ke arahnya. Tetapi dia perasan yang ada seseorang bersama dengan Isqandar.  Daniel mengerutkan dahinya. Apa Iqram buat bersama dengan Isqandar? Adakah Iqram juga yang memberitahu kepada Isqandar akan kejadian tengahari tadi? Semakin pening Daniel memikirkannya apatah lagi semenjak kemunculan Iqram.