Friday 29 June 2012

Cinta Miss Ego - Cover Photo


Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 8


Jam sudah menunjukkan hampir ke waktu lunch. Daniel mengerling sekilas ke arah tempat duduk Arianna dan daripada pagi lagi Daniel mendapati yang tingkah Arianna sedikit pelik. Tidak seperti seperti selalu lagaknya. Mesti ada sesuatu yang berlaku, kalau tak takkanlah sepanjang hari perempuan tu senyap sepanjang hari. Selalunya mulut dialah yang paling bising di office ni, Daniel membebel sendiri.

            Daniel mula mengemas mejanya yang sedikit berselerak dan mula mengatur langkah ke tempat duduk Arianna. Hmm nampak sangat fikiran si Arianna ni berada di luar kawasan yang sewaktu dengannya. Yalah selalunya belum lagi waktu lunch dialah orang yang akan terpacak di hadapan meja Daniel. Nampak gayanya aku kena siasat jugak apa yang telah berlaku, Daniel masih rasa tidak puas hati.

            Setelah sampai di meja Arianna, Daniel terus saja duduk di sisi meja.

            “Ehem!” Daniel berdehem agak kuat sehingga menyebabkab Arianna sedikit tersentak.

            “ Ish! You nikan Daniel. Suka sangat buat I terkejut. Macam ni hari-hari…confirm I dah masuk wad kat hospital tu.” Arianna bekata dengan rasa tidak puas hati.

            “ Dah tak nak pergi lunch ke sayangku?” Daniel bertanya kepada Arianna.

            “ Hah?!” Ish! Kalau ya pun Arianna janganlah nampak sangat kau ni gelabah semacam bila Daniel bertanyakan pasal lunch tu. Relax okay.

            “ You ni kenapa? Daripada pagi I tengok lain macam aje.” Daniel mula ingin membuat edisi siasat terhadap Arianna.

            “ Lain macam apa. Mana ada. I macam biasa je.” Arianna masih lagi ingin menidakkan kebenaran pada kata-kata Daniel itu.

            “ Takpelah kalau macam tu. Jom kita pergi lunch, I dah lapar ni.” Daniel masih lagi mengajak Arianna.

            “ Ermm…you turun dulu, nanti I datang kejap lagi okay.” Arianna masih lagi ingin berdalih.

            “ You are so weird today Arianna.” Daniel berkata sambil merenung muka Arianna.

            “ Are you having a lunch date today?” Daniel bertanya pada Arianna.

            “ Hah?!...Ish! Mana ada and whom I should be dating, Daniel?” Aduh! Arianna you are really in big trouble. Macam tahu-tahu saja si Daniel yang Iqram hendak berjumpa dengannya pada tengahari ini.

            “ Okay. If you say so…I tunggu you kat tempat biasa. Jangan lambat.” Daniel mula berdiri dan mengatur langkah untuk keluar daripada office.

            “ Okay.” Arianna menjawab sepatah. Fuh! Lega. Tapi macamana kalau Daniel nampak iqram dekat bawah nanti. Aduh! Masak aku macam ni, Arianna mula rasa macam nak lari aje. Hmm nanti lama-lama Daniel tahu jugak. Ah! Lantaklah.

            Arianna mengambil purse Coach-nya berserta Blackberry dan juga Galaxy Note. Apalah banyak sangat nak bawak tu ya Cik Arianna. Arianna membelek BB-nya sambil berjalan menuju kea rah lif. Si mamat ni pun bukannya tahu nak mesej apa-apa pasal tengahari ni. Entah jadi entah tidak. Arianna mula membebel di dalam hati. Dia ingat aku ni nak jadi pak pacak agaknya nak tunggu. Tapi yang aku pun beria-ia sangat tu kenapa. Arianna hanya menggelengkan kepala apabila memikirkan perkara tersebut.

            Setibanya di bawah, Arianna terus melangkah keluar dengan harapan yang Iqram sudah berada di situ. Jangan Daniel pun ada sekali sudahlah. Arianna berkata dalam hati.

            Arianna meliarkan mata memandang ke kiri dan kanan untuk mencari wajah Iqram. Hampeh betul. Itulah yang kau beria-ia sangat percaya cakap dia tu kenapa. Mulalah Arianna geram. Lepas ni memang tak nak layan dah, tapi sanggup ke kalau tak nak layan.

            Baru sahaja Arianna ingin melangkah pergi dari situ, dia ternampak sebuah motorbike masuk ke perkarangan meletakkan kenderaan yang berhadapan dengan bagunan pejabat di situ.

            Wow! Who is riding that new Ducati Diavel? Hmm very impressive. Arianna hanya berdiri tempat tadi semata-mata ingin melihat siapakah gerangan yang menaiki motorbike itu.

            Apabila si penunggang motorbike itu turun dan membuka helmet full face-nya dan memandang Arianna sambil tersenyum manis, Arianna dengan tiba-tiba menutup mulutnya dengan tangan. Iqram?! Arianna sudah kehilangan kata-kata. Kenapalah suka membuat hatiku ini sering mendendangkan rentak yang lintang pukang. Arianna mengeluh sedikit. Kalau macam ni hari-hari, harus aku melarikan diri daripada berjumpa dengan dia.

            Iqram mula mengaturkan langkah menuju ke arah Arianna. Arianna hanya memerhatikan gaya Iqram dari tempatnya berdiri. nasib dia memakai sunglasses Ed Hardy-nya, jadi takdelah nampak sangat yang dia memerhatikan si Iqram.

            “ Assalamualaikum.” Iqram menyapa Arianna apabila tiba di hadapannya.

            “ Waalaikumussalam.” Arianna menjawab ringkas.

            “ Lama ke you tunggu?”

            “ Lama jugak, dari semalam.” Ish! Arianna ni. Cubalah jawab tu elok-elok.

            Iqram hanya tergelak kecil apabila mendengarkan jawapan daripada Arianna. Dia sebenarnya suka pada cara Arianna yang begitu walaupun ada sesetengah orang yang tidak boleh menerimanya. Padanya Arianna menunjukkan sikapnya yang sebenar. Bukan macam segelintir perempuan yang suka menyembunyikan keadaan diri mereka sebenar.

            “ Jomlah, nanti lambat pulak you masuk office.” Iqram mengajak Arianna.

            Terdapat sepasang mata yang memerhatikan gelagat Arianna dan Iqram dari tempat yang tidak berapa jauh. Hatinya berasa sungguh sakit apabila melihatkan kemesraan yang dipamerkan oleh pasangan itu. Hmm sudah ada mangsa terbaru ya Miss Arianna. Dia terus saja melangkah ingin mendapatkan Arianna dan dia juga tidak peduli akan apa yang bakalterjadi seterusnya.

            “ Hai! Sayang.” Lelaki itu menyapa dan tanpa memikirkan keadaan sekeliling terus saja memeluk Arianna.

            Arianna tergamam dengan tindakan lelaki tersebut lantas dia menolak kuat sehingga lelaki itu terdorong ke belakang sedikit. Hatinya sungguh sakit apabila sewenang-wenangya diperlakukan sebegitu di tempat terbuka apatah lagi di hadapan Iqram. Nanti apa pula tanggapan Iqram terhadapnya.

            “What the hell are you doing?!!” Arianna terus bertanya dengan suara yang sedikit meninggi kepada lelaki tersebut. Tetapi apabila dia melihat gerangan yang memeluknya, matanya seakan-akan hendak terkeluar. Qarl!! Damn it.

            “ You?!” Arianna sudah mengeluh di dalam hati. Apalah nasib aku hari ni. Kenapalah si mangkuk ayun ni boleh ada kat sini. Aduh! Makin serabut kepalanya.

            Iqram yang memerhatikan dari tadi sudah mengerutkan dahinya. Sudahlah persoalan-persoalan yang lepas pun masih belum berjawab. Ini ditambah lagi dengan persoalan yang baru. Mahu pecah kepalanya memikirkan hal tersebut.

            “ What are you doing here? Apa yang you nak lagi ni?” Arianna sudah sedikit berasa geram. Mahu sahaja dia mengajak Iqram melangkah pergi dari situ.
           
            “ Sayang, kenapa you nak marah-marah ni? I miss you a lot sebab tu I datang sini. Lagipun you asyik mengelak aja dari jumpa I.” Qarl sengaja hendak menaikkan darah Arianna.

            “ Eh! You dengar sini baik-baik ya Mr. Qarl cause I won’t say it again. I’m not avoiding you but I don’t want to see you again…ever?”  Setelah itu Arianna menarik lengan Iqram untuk mengajaknya beredar dari situ. Lagi lama dia dekat situ lagi huru-hara dirasakan harinya. Iqram hanya mengikut langkah Arianna.

            “ Arianna…janganlah sombong sangat. Oh! I know it. Sebab you dah ada mangsa barukan. That’s why you are avoiding me.” Qarl masih lagi tidak berpuas hati.

            Apabila mendengarkan kata-kata Qarl itu, langkah Arianna tiba-tiba sahaja terhenti. Ish! Memang nak kenakan jantan ni. Namun Iqram pula yang menarik tangan Arianna supaya mereka pergi dari situ kerana dia dapat merasakan akan berlakunya pekara yang tidak elok. Tetapi tindakan Iqram hanyalah sia-sia apabila Arianna sudah memusingkan badannya menghadap Qarl.

            “ Eh! Kalau aku ada mangsa baru pun apa kau peduli. Jangan nak menyibuk dalam hidup aku lagi boleh tak?!” Arianna rasa macam mahu menumbuk saja muka Qarl itu. Sungguh kalaulah dia tahu akan berlakunya perkara ini sudah pasti dia tidak akan turun makan tadi.

            “ Miss Arianna…you listen here. You are mine. And I will make sure no one will ever get you.” Qarl berkata sambil tangannya ingin menyentuh pipi Arianna.

            “ Don’t touch me! And get lost!.” Arianna menepis tangan Qarl agak kasar. Arianna sudah dapat merasakan yang dia tidak boleh lagi mengawal emosinya. Dan dia paling tidak suka kalau dia berasa teramat marah kerana air matanya mulalah akan melimpah macam air hujan. Bukan kerana rasa sedih tapi kerana rasa marah yang tidak tahu sudah sampai ke tahap mana.

            “ Wei! She said don’t touch her…don’t you understand Mr?” Iqram yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati mula bersuara. Hatinya juga sakit apabila melihat orang yang dia suka diperlakukan begitu.

            “ Eh! Who the hell are you to interfere? Ini antara aku dengan dia.” Qarl bersuara dengan lagaknya.

            “ Well…her problem is also mine.” Iqram juga menjawab dengan rasa yang sedikit marah.

            Mereka merenung antara satu sama lain dan tangan masing-masing sudah bersiap sedia untuk melepaskan amarah. Arianna yang dari tadi mendiamkan diri mula menarik tangan Iqram untuk mengajaknya pergi dari situ bagi mengelakkan perkara yang bukan-bukan terjadi.

            Arianna berpaling untuk pergi dari situ. Tetapi dengan pantas Qarl memegang bahunya menghalang daripada dia pergi dari situ. Iqram yang melihatkan perkara itu terus saja melepaskan tumbukan ke muka Qarl. Hmm nak sangatkan rasa penumbuk aku, Iqram berkata dalam hati.

            Qarl sudah hamper terjatuh apabila menerima tumbukan free daripada Iqram. Kurang ajar! Desis Qarl. Dia ingin membalas tumbukan Iqram. Dia mula mengepal tangannya.

            “ Qarl! Back off!” Daniel menjerit apabila melihatkan pergaduhan yang melibatkan dua manusia yang amat dia kenali itu. Daniel mula mengeluh di dalam hati. Arianna. Spontan nama itu disebutnya dalam hati lantas dia menoleh kepada Arianna. Apabila terpandangkan wajah Arianna, Daniel turut merasakan beban yang di tanggung oleh gadis itu sekarang ini.

            Daniel melangkah merapati Arianna, Iqram dan juga Qarl. Seketika dia berpandangan dengan Arianna. Walaupun mata Arianna di tutupi oleh sunglassesnya, Daniel dapat merasai yang mata Arianna sudah pun dipenuhi dengan air mata yang hanya menunggu masa untuk berjuraian. Daniel seolah-olah menyuruh Arianna pergi dari situ walaupun tanpa bersuara.
           
            Arianna ingin melangkah pergi apabila memahami isyarat mata daripada Daniel. Dia berpaling ingin pergi dari situ. Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila tangannya digenggam oleh Iqram. Arianna menoleh seketika kerana terkejut. Arianna hanya membalas genggaman tangan Iqram dan sebelah lagi tangannya menunjukkan BB-nya kepada Iqram seolah-olah berkata kepada lelaki itu supaya menghubunginya melalui alat itu sahaja.

            Setelah kelibat Arianna hilang dari pandangan mata mereka bertiga, Daniel mula memandang Iqram dan Qarl silih berganti.

            “ Iqram, I think you better go. Petang nanti kita jumpa okay.” Daniel berkata kepada Iqram sambil menyalami tangan lelaki itu.

            “ Okay.” Iqram membalas pendek. Dia pun sudah malas untuk berada di situ apatah lagi lunch date-nya dengan Arianna telah pun rosak. Dia pun melangkah pergi mendapatkan motorbike-nya dan terus menderum laju.

            “ So what are you really doing here Qarl?” Daniel mula menyoal kepada Qarl. Dia berasa sedikit hairan apabila melihat lelaki itu berada di sini. Setahunya Qarl sudah pun pergi ke London selepas kejadian tahun lepas. Itupun setelah di beri warning oleh keluarga Arianna.

            “ What I’m doing here is none of your concern Daniel.” Qarl berkata sambil mencebik. Sudahlah dia sakit hati melihat Arianna bersama lelaki lain tadi. Ini terpaksa mengahadap muka Daniel pulak. Dia bukannya tak tahu yang Daniel memang ada hati dengan Arianna daripada dulu lagi.

            “ If your existence here just to do more damage to Arianna…well…it is my concern, Mr. Qarl.” Memang tak reti bahasa agaknya si Qarl ni.

            “ Well…well…well. Aku tak sangka kau ni masih lagi sayangkan Arianna walaupun dah terang-terang dia tolak kau. Kau ni jenis tak tahu malu ke?” Qarl mula mengenakan Daniel. Sebenarnya dia sedkit geram apabila Daniel sentiasa berada di sisi Arianna dari dulu sampailah sekarang.

            “ Malu atau tidak, itu bukan urusan kau dan aku rasa lebih baik kau pergi dari sini.” Daniel mula menghalau Qarl. Dengan lelaki seperti Qarl ni tak payahlah nak berbudi bahasa sangat. Buat menyakitkan hati aja.

            “ Eh! Kau ingat aku ni suka sangatlah nak menghadap muka kau tu. But one more thing…tell her that this isn’t over yet.” Qarl member amaran kepada Daniel. Qarl terus berpaling dan melangkah pergi dari situ.

Wednesday 27 June 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 7


Arianna memandu agak laju pada pagi ini. Mana taknya, dia sudah terlewat. Sepatutnya pada waktu begini dia sudah pun sampai di office. Itulah semalam asyik berangan pasal Iqram aje, sampai bangun pun terlajak. Nasib bajunya sudah siap bergosok semalam, kalau tidak mahu huru-hara Arianna pada pagi ini.

            Setibanya di tempat parking, Arianna dengan segera memarkirkan Mini Cooper S-nya di tempat biasa. Hmmm…nasib tak kena ambil tempat ni, kalau tidak terpaksalah dia berjalan agak jauh untuk ke officenya. Sudahlah dia sedikit vogue hari ini, kalau kena menapak jauh mahu lencun bajunya dengan peluh.

            Setelah memasukkan Samsung Galaxy Note-nya ke dalam handbag Mulberry yang sering di gunakan untuk ke poffice, Arianna melangkah keluar dari kereta. Arianna terpaksa melangkah dengan lebih berhati-hati pada hari ini kerana pakaiannya yang sedikit luar biasa.

            Arianna mengenakan strappy heels berwarna merah yang mempunyai ketinggian 4 inci itu. Sudah agak lama juga dia tidak memakai heels tersebut. Hari ini Arianna telah mengenakan skirt separas lutut berwarna merah dan dipadankan dengan kemeja long sleeves berwarna putih. Untuk menambahkan lagi gaya supaya kelihatan vogue, Arianna memakai skaf berwarna merah yang telah diikat dan di atasnya di letakkan ‘corsage’ berwarna merah juga. Entah apa mimpi Arianna sehingga berpakaian yang sedikit luar dari kebiasaannya itu dia pun tidak pasti. Mungkin mengharapkan berjumpa dengan Iqram pada hari ini.

            Arianna menuju ke arah lif yang terdapat di ruang lobby bangunan pejabat berkenaan. Setelah memboloskan dirinya ke dalam lif, tiba-tiba pintu lif itu telah di hadang oleh tangan seseorang. Apabila pintu lif kembali terbuka, Arianna segera menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menghadang tadi. Mulut Arianna hampir-hampir ternganga apabila melihat tuan punya badan yang berada di hadapan matanya. Iqram!!

            “ What are you doing here, Iqram?” Arianna tanpa sempat memberi salam terus saja menyoal Iqram ataupun sebenarnya dia ingin menutup perasaannya yang sedikit terkejut daripada di kesan oleh Iqram.

            “Assalamualaikum, my love Arianna.” Iqram memberi salam kepada Arianna seolah-olah memerlinya juga.

            “Waalaikumussalam.” Arianna menjawab salam dengan perasaan yang sedikit malu. Ish! Tulah tak sempat-sempat nak tanya sampai salam pun lupa nak bagi.

            Arianna masih sempat menilik penampilan Iqram. Iqram memakai kemeja putih lengan panjang yang Arianna rasa sengaja tidak dibutangkan di bahagian atas dan dipadankan dengan seluar slack biru gelap. Kenapalah kau nampak handsome sangat hari ni Iqram? Dan di tangannya Arianna mendapati Iqram memegang helmet full face. Wait…is he riding a bike? Padanlah rambutnya sedikit tidak terurus. Tapi penampilan macam tulah lagi membuatkan Arianna bertambah gila bayang.

            “ I datang sini nak jumpa sumber inspirasi I lah.” Iqram menjawab soalan Arianna tadi.
                       
            “Hah?!” Sumber inspirasi? Siapa? Soalan-soalan itu hanya berlegar-legar di dalam kepala Arianna sahaja. Takkanlah dia nak tanya pulak. Nanti nampak sangat yang dirinya berasa sedikit cemburu walaupun Iqram tidak menyebut siapakah sumber inspirasinya itu.

            “I just need to see you this morning.” Iqram berkata lagi setelah melihat Arianna yang sedikit blur itu.

            “Hah?!”  Ish! Apa kena dengan kau ni Arianna. Aduhai iqram kalaulah hari-hari macam ni mau I ajak you kahwin terus. Erk.

            “Sayang…which floor do you wanna go?” Iqram bertanya sambil tersenyum sinis.

            “Hah?!” Arianna sedikit terkejut dengan pertanyaan Iqram terus menoleh ke arah butang lif yang terdapat di situ. Ya Allah! Aku tak tekan daripada tadi. Aduh! Buat malu aja.  Arianna segera menekan tingkat 25 untuk ke pejabatnya.

            “ Sorry a bit blues today.” Arianna menjawab bagi menutup malu.

            “ Miss me kot, tu yang blues aja.” Iqram tersenyum-senyum.

            “ Aah miss gila kat you.” Arianna menjawab selamba. Wei gila betul aku ni. Arianna berkata dalam hati. Ah! Lantaklah. Asyik dia aja nak kenakan aku, ingat aku pun tak boleh nak kenakan dia jugak ke.

            Iqram tergelak kecil apabila mendengar jawapan Arianna. Alangkah bahagianya jika apa yang diperkatakan Arianna itu betul. Boleh berangan ajalah kau Iqram.

            Pintu lif terbuka setelah sampai ke tingkat 25. Arianna ingin segera keluar daripada lif tersebut kerana sudah tidak tertanggung rasanya akan apa yang dia rasa. Degupan jantungnya memang sudah hilang rentak daripada mula kemunculan Iqram.

            “ Okay bye Iqram.”  Arianna berkata sambil memberikan senyuman yang paling manis dirasakan.

            “ Bye my love.”

            Arianna melangkah keluar daripada lif. Baru beberapa tapak melangkah Arianna mendengar Iqram memanggilnya. Pantas dia menoleh.


            “ Sayang…don’t forget our lunch date today okay.” Iqram berkata sambil mengenyitkan matanya dan pintu lif pun tertutup.

            “ Hah?!” ternganga mulut Arianna apabila mendengar Iqram berkata begitu. Ish! Bila pulak aku buat lunch date dengan dia ni. Alah cakap ajelah yang kau pun suka sebenarnya.

            Arianna melangkah masuk ke pejabatnya dengan hati yang berbunga-bunga. Bak kata Adnan Sempit, dalam hati ada taman. Ini bukan taman aje yang ada, siap ada rama-rama lagi.

            Daniel daripada tadi sudah memerhatikan gelagat Arianna yang sudah tersenyum-senyum seorang diri.  Ini mesti ada kejadian yang menarik, kalau tak takde maknanya Arianna nak tersenyum-senyum. Daniel segera berjalan mendekati Arianna.

            “Ehem!” Daniel berdehem agak kuat sehingga Arianna terkejut. Daniel sudah ketawa apabila melihatkan reaksi Arianna.

            “ Ish! You nikan Daniel. Boleh kena heart attack tau kalau macam ni.” Arianna menampar perlahan lengan Daniel. Sukalah tu buat aku terkejut, gumam Arianna.

            “ Yang you pagi-pagi dah tersenyum-senyum tu kenapa? Something that you must tell me?” Daniel berkata sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

            “ Mr. Daniel kan bagus kalau I senyum pagi-pagi. Barulah kerja berjalan dengan aman dan sentosa. And one more thing…what and why should I tell you something?” takkan nak bercerita pulak dengan Daniel pasal Iqram tadi. Walaupun Daniel sangat rapat dengannya tetapi Arianna merasakan yang dia ingin menyimpan sendiri apa-apa yang berlaku antara dia dan Iqram. Arianna, you are so in love with that guy. Aduh!

            “ Okay fine if you won’t tell me. But I’ll make sure I will know it sooner or later.” Daniel berkata sambil tersenyum seolah-olah sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku.

            “ Dah…dah…pergi balik kat tempat duduk you…jangan nak mengular aja.” Arianna berkata sambil menjelirkan lidah kepada Daniel. Kalau si Daniel ni bercakap lebih-lebih takut pulak rahsia terbongkar. Baik dia suruh Daniel pergi dari situ secepatnya.

            “  Ya lah…ya lah…I nak pergi ni. And lunch as usual okay.”

            “ Hah?!” Aduh! Macamana ni. Arianna memang selalunya akan keluar bersama dengan Daniel untuk makan tengahari. Tapi kalau Iqram hanya bergurau dengan dia macamana. Ish! Ini yang susah ni. Kalau dia bertanyakan terus pada Iqram, nanti nampak sangat yang dia pun rasa sangat teruja untuk makan tengahari bersama. Apa yang perlu dia buat sekarang ni?

Thursday 21 June 2012

Cinta Miss Ego ( Keira ) - Chapter 6


Arianna tiba di  apartmentnya sewaktu azan Maghrib berkumandang. Hmm sedang eloklah tu. Manakala Arissa belum balik lagi daripada berdating. Ke manalah agaknya dia pergi, Arianna berkata dalam hati. Ah! Lantaklah dia nak pergi mana pun, bukannya si Arissa tu budak kecil lagi.

            Setelah membuka semua lampu yang ada di ruang tamu, dapur dan juga biliknya, Arianna merebahkan badan di atas sofa yang bertentangan dengan home teater kesayangannya. Arianna memejamkan mata buat seketika. Ni kalau terus tidur ni best jugakkan. Mengenangkan yang dirinya masih belum lagi menunaikan solat Maghrib maka dengan segera dia bangkit menuju ke biliknya.

            Arianna terus mencapai tuala yang berada di penyidai dan mula melangkah ke bilik air. Belum pun sempat Arianna masuk ke bilik air, dia terdengar BB-nya berbunyi. Siapalah call time Maghrib ni, Arianna membebel. Lantas dia mengambil BB-nya dan mendapati Arissa yang membuat panggilan telefon. Hmm tahu pun nak call, ingat tak tahu tadi. Arianna dengan malas menjawab panggilan tersebut.

            “ Hello, Arissa. Ha! Kenapa call ni?” Arianna terus sahaja bertanya.

            “ Adoi! Tak boleh ke aku call ni? Aku nak bagitau yang aku balik lambat sikit. Kau tak payahlah tunggu aku balik okay.”

            “ Okay. Tapi nanti kalau kau balik tu, suruh si Ben hantar kau sampai depan pintu. Takut apa-apa jadi pulak.” Arianna berpesan kepada Arissa.

            “ Eh! Sayang jugak kau dekat aku ek.” Kedengaran Arissa tergelak kecil.

            “ Aah! Aku kan sayang gila dekat kau. Dahl ah aku nak bersiram ni. Okay selamat berdating ya cik Arissa.”

            “ Okay, bye.”

            Setelah menamatkan perbualannya dengan Arissa, Arianna mendapati terdapat satu mesej di Blackberry Messenger-nya. Lalu Arianna terus menekan icon Blackberry Messenger untuk melihat apakah mesej tersebut. Arianna mendapati satu friends request di situ dan apabila dia melihat nama yang tertera itu terus sahaja bibirnya menguntumkan senyuman. Akhirnya dapat jugak pin number saya ya Mr. Iqram. Namun di dalam hati tertanya-tanya siapakah yang sungguh berbaik hati memberikan Iqram pin numbernya itu. Hmm ini mesti Abang Is atau Daniel atau mungkin jugak Ben. Alah lantaklah dia dapat dari mana pun. Tetapi Ariann tidak terus menekan icon ‘Accept’, dia biarkan sahaja request daripada Iqram itu. Kejap lagi ya saya ‘Accept’ wahai Mr. Iqram ku sayang. Arianna masih ingin bermain tarik tali dengan Iqram. Rasa seronok pulak.

            Arianna meletakkan BB-nya di atas katil dan dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan jugak bersolat.

            Dalam bilik air pun Arianna sudah tersenyum-senyum apabila mengingati si Iqram. Beginilah agaknya kalau orang yang tengah hangat bercinta. Setiap masa aja akan tersenyum sendiri. Dah macam orang terlebih makan ubat lagaknya. Setelah selesai bersiram dan memakai baju, Arianna terus bersolat Maghrib.

            Selesai saja bersolat, Arianna menghampiri wardrobenya untuk memilih pakaian yang hendak di pakai pada keesokan hari. Maklumlah esokkan hari bekerja. Hmm asyik pakai pants aja, apakata esok kita pakai sesuatu yang lain, Arianna berkata sendirian sambil tersenyum. Arianna mencapai baju yang sudah di pilih dan segera menbawa ke iron board yang terdapat di dalam biliknya. Baiklah dia menggosok baju dulu, lepas tu bolehlah dia merehatkan diri sambil menonton tv. Arianna terlupa seketika mengenai ‘friends request’ Iqram itu.

            Arianna melangkah keluar menuju ke ruang tamu dan mencapai remote Astro Beyond-nya lantas terus menekan button on. Sambil menunggu rancangan kegemarannya bersiaran, Arianna membelek-belek BB-nya. Aduh! Baru dia teringat tentang request yang telah dihantar oleh Iqram itu. Arianna masih berfikir samada mahu menerima ataupun tidak. Ish! Orang dah send request tu kau pulak yang mengada-ngada. Argh! Accept ajalah. Bukannya dia ada depan mata pun.

            Setelah itu Arianna meletakkan BB-nya di sisi kerana rancangan kegemarannya sudah pun bermula, apa lagi kalau bukan NCIS:LA. Walaupun siri tersebut adalah siaran ulangan, Arianna tetap juga mahu melihatnya. Janganlah cuba-cuba menghalang Arianna daripada melihat rancangan kegemarannya itu, mahu boleh meletus perang dunia.

            Sedang asyik mengadap NCIS:LA, Arianna dapat mendengar BB-nya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Arianna sudah tersenyum lebar walaupun dia belum melihat siapakah yang menghantar mesej tersebut seperti seakan pasti siapa orangnya. Arianna dengan segera menekan icon BBM. Ha! Kan sudah dijangkakan, senyuman Arianna semakin melebar bahkan dia sudah tersengih apabila melihat nama yang tertera di chat box-nya, Iqram-lah siapa lagi.

~ Salam my dear.

            Aduhai Iqramku janganlah terlebih mengayat daku, nanti susah jadinya.

~ Salam.

            Arianna hanya membalas pendek. Takkanlah dia nak letak my love pulak. Nanti Iqram perasan pulak yang dia memang menyukai dirinya.

~ What are you doing now?

~ Watching my boyfriend.
~ Huh? Come again.

            Arianna sudak tersengih apabila melihat Iqram menghantar emoticon question mark itu.

~ Tengah tengok NCIS:LA la.

~ Oh. I thought apalah tadi.

            Arianna pun tahu bermacam-macam andaian dan persoalan yang berada dalam kepala Iqram, sebagaimana begitu juga dengan dirinya.

~ So don’t u wanna know where I’ve got ur pin number.

~ I don’t want to know besides it doesn’t matter.

            Alahai Arianna cakap ajalah yang kau tu memang sangat nak tahu siapa yang sungguh baik hati bagi pin number kau tu.

~ Esok you kerja kan.

~ Aah. Kenalah pergi kerja. I takde pulak gazette bagi cuti esok.

            Ish! Arianna ni, tak pernahnya nak jawab elok-elok.

            Iqram hanya menghantar emoticon big smile.

~ Okaylah Arianna. Ive got to go, lagipun I baru sampai rumah. Even though I still have a lot to ask you and I know you need a rest too.

~ Okay. Take care and good nite Iqram.

~ Sweet dreams. Love you.

            Huh?! Si iqram ni biar betul. Arianna hanya membiarkan saja mesej terakhir yang dihantar Iqram tanpa membalas apa-apa. Ish! Takkanlah aku nak jawab pulak. Ini namanya terlebih sudah.

            Selepas meletakkan BB-nya di sisi, hajat di hati Arianna ingin menyambung kembali menonton tv. Tapi sudah terang lagi bersuluh. Matanya saja yang mengadap tv tetapi fikirannya melayang entah kemana. Sudahlah tersenyum-senyum sendiri macam ada cerita lucu pulak. Hai! Sudahlah Arianna baiklah kau masuk tidur. Lantas Arianna menekan butang off di remote Astro-nya dan terus menapak ke bilik.

            Arianna terus merebahkan badan di atas tilam empuknya. Nak tidur pun Arianna masih tersengih-sengih lagi. Hmm susah kalau orang dah tersampuk sawan angau ni. Tidur ajalah Arianna ooiii. Semoga bermimpikan saya ya Mr Iqram.

Tuesday 19 June 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 5


Arianna hanya diam seribu bahasa. Di dalam kepalanya masih lagi terbayangkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Ish! Macamana nak main bowling ni kalau fikirannya tidak menentu. Fokus Ariana, fokus. Jangan di fikirkan sangat. Nanti kau tahu jugak jawapannya. Aduhai nak tunggu tahu jawapan tulah yang akan membuatkan keadaan akan bertambah huru-hara.

            “ So sayangku, nak main berapa game ni?” Daniel bertanya secara tiba-tiba.

            Arianna segera menoleh kepada Daniel dan dia perasan yang ‘the boys’ yang lain semuanya sudah sampai. Bila mereka sampai pun dia tak pasti. Tulah asyik memikirkan sangat hal tadi sampai mereka datang pun Arianna tidak bertegur sapa lagi.

            “ Macam biasa ajalah.” Arianna menjawab pertanyaan Daniel tadi. Lantas Arianna pergi mendapatkan ‘the boys’ dan bersalam dengan mereka.

            “ Eh korang ni kalau datang tak pernahnya cepat ek. Apa nak kena make-up dulu ke?” Arianna bertanya kepada Zack, Syed dan Syam.

            “ Ala relaxlah makcik, ni kan dah sampai.” Syed menjawab bagi pihak mereka semua.

            “ Eh Arianna, tu siapa?” Zack bertanya sambil memuncungkan bibir kea rah Iqram.

            “ Tu bakal boyfriend aku. So korang jangan cuba nak goda ya.” Arianna berkata sambil tergelak-gelak.

            “ Wei! Kau ingat kita ni speisis apa nak goda dia pulak. Sengal betul.” Syam tiba-tiba bersuara.

            “ Ala aku bergurau senda pun tak boleh ke? Yang kau terlebih rasa ni kenapa Syam? Datang bulan ke?” Arianna masih lagi mahu menyakat Syam sambil ketawa. Hmm hilang sudah persoalan-persoalan yang berada dibenaknya kini. Kehadiran mereka amat disenangi oleh Arianna.

            Iqram hanya memerhati tingkah laku Arianna bersama rakan-rakan lelakinya yang lain. Ada sesuatu yang mengusik hatinya. Takkanlah cemburu pulak. Sedangkan mereka baru sahaja berjumpa. Iqram merasakan Arianna sangat susah untuk didekati. Tapi apabila melihat betapa mesranya Arianna dengan rakan-rakan lelakinya membuatkan dia berasa sedikit cemburu.

            “ Dah…jom, kita borak sambil main bowling. Nanti kalau berbual aja sampai tahun depan pun tak habis.” Arianna berkata lantas memusingkan badannya menghadap Daniel dan Iqram. Arianna terkaku seketika apabila mendapati Iqram merenungnya. Ish! Janganlah main renung-renung macam tu Iqram. Arianna cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Nanti kalau pandang lama-lama mahu dia bertindak di luar batas pulak. Sabar ya wahai Cik Arianna.

            Mereka kemudiannya mengadakan sesi suai kenal dengan Iqram. Arianna hanya mendiamkan diri. Malas hendak mengganggu sesi suai kenal tu. Selalunya Arianna tidak begini. Tingkah laku Arianna menjadi perhatian Daniel. Daniel juga merasakan yang Arianna berada di luar kebiasaan dirinya. Selalunya Ariannalah orang yang paling kecoh bertanyakan itu dan ini jika ada member baru yang bersama mereka. Macam ada sesuatu yang tidak kena sahaja.

            “ Hari ni kan kenapa ada orang tu macam terkena sampuk aja.” Daniel berkata sambil memandang Arianna. Tapi ternyata Arianna seperti berada di tempat lain. Hanya dirinya saja yang berada di sini. ‘The Boys’ juga turut menoleh kepada Arianna.

            “ Wei! Kau ni apa kes pulak? Daripada tadi termenung sana termenung sini.” Syed menyergah Arianna.

            “ Huh?!” Arianna terkebil-kebil apabila di sergah oleh Syed. Aduh! Macamana aku boleh berangan tak habis ni. Arianna berkata di dalam hati.

            “ Sorry guys. Dah jomlah kita start. Cepat habis cepat sikit aku boleh balik.” Dan cepat jugak aku boleh stabilkan jantung aku ni, sambung Arianna di dalam hati.

            “ Hmm memang peliklah aku tengok kau hari ni Arianna.” Syam pulak bersuara.

            “ Apa yang pelik pulak?”

            “ Mana tak pelik. Selalunya kaulah orang yang paling last balik. Itupun lepas kitorang ni paksa kau balik. Kalau tak paksa balik mau tidur dalam kereta.” Syed menambahkan lagi perisa. Riak muka Arianna sudah berubah sedikit. Malu, marah, geram dan macam-macam rasa yang dia rasakan sekarang ini.

            “ Guys please. Cukup-cukuplah tu. Nanti pusat bowling ni bertukar jadi apa pun tak tau. Kali ni bukan ribut aje yang datang. Mau puting beliung terus.” Tiba-tiba Iqram menyampuk bersama senyuman mengusik yang sudah pastinya ditujukan khas untuk Arianna.

            Wah! Lelaki ini makin berani mengenakan diri Arianna. Ini nak melancarkan perang ke apa. Arianna hanya mampu menjeling sekilas ke arah Iqram. Arianna malas hendak menyerang balas kata-kata Iqram. Baginya belum masanya lagi atau sebenarnya dia tidak mahu berbuat begitu kerana lelaki ini sudah mengusik sedikit hatinya.

            Setelah itu mereka pun memulakan permainan bowling. Arianna berasa sedikit tidak selesa kerana dia merasakan setiap gerak-gerinya menjadi perhatian Iqram. Walaupun begitu Arianna masih mampu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu perasaanya bagaimana. Rasa mahu sahaja dia balik ke rumah. Bertahanlah Arianna.

            Setiap kali balingan bola bowling berjaya menjatuhkan kesemua pin yang ada, Arianna akan ber’high five’ dengan mereka semua kecuali Iqram. Reaksi Arianna telah membuatkan Iqram berasa sedikit cemburu. Arianna juga dapat merasakannya daripada reaksi wajah Iqram.

            Akhirnya tamatlah permainan bowling mereka. Mereka pun mengemaskan barang masing-masing. Setelah itu mereka pun melangkah keluar daripada pusat bowling tersebut. Dalam pada itu sempat juga si Iqram mengambil beg bowling Arianna untuk dibawanya sehingga ke kereta Arianna.

            “ What are you doing?” Arianna bertanya kepada Iqram kerana sedikit terperanjat dengan aksi lelaki tersebut.

            “ Biar I bawak beg you. Lagipun beg ni berat. I taknaklah you cedera pulak nanti.” Iqram menjawab perlahan.

             “ Hmm suka hati youlah.” Arianna kononnya malas nak layan tetapi dalam hati dah terloncat-loncat kesukaan.

            Daniel mengajak mereka makan tengahari di sebuah restoran yang terdapat berhadapan dengan Danga Bay. Arianna pada mulanya rasa serba salah kerana dia merasa seperti tidak cukup oksigen saja bila terpaksa berdepan dengan Iqram. Tetapi setelah dipujuk oleh ‘the boys’ akhirnya dia mengalah juga.

            Sampai di kereta, Arianna segera membuka bonet bagi memudahkan Iqram meletakkan beg bowling di situ.

            “ Thanks Iqram.”

            “ For you sayang, anything.” Iqram menjawab sambil mengenyitkan matanya ke arah Arianna. Setelah itu dia terus berlalu mendapatkan Daniel. Kalau diikutkan rasa hatinya mahu sahaja Iqram menaiki kereta bersama Arianna kerana dia tahu gadis itu datang berseorangan tadi.

            Aduhai En. Iqram janganlah buat hatiku ini berdebar-debar. Sudah tidak sanggup rasanya untuk mempertahankan apa yang dia rasa daripada pengetahuan Iqram. Sabarlah wahai Arianna. Takkan lari gunung dikejar. Memanglah gunung tu tak lari, yang larinya tu manusia. Aduh! Ada-ada aja si Arianna ni.

            Setelah itu mereka masing-masing menuju ke tempat yang telah di cadangkan oleh Daniel. Arianna hanya memandu seorang diri. Buat masa ini dia perlukan masa untuk bersendirian walaupun perjalanan ke Danga Bay itu tidaklah jauh mana.

            Arianna sengaja memandu keretanya dengan perlahan. Mahu sahaja dia balik ke rumah terus. Tetapi memandangkan yang dia sudah berjanji dengan ‘the boys’ yang dia akan menyertai mereka, maka dia pergi juga dengan hati yang tidak keruan.

            Arianna merupakan orang yang terakhir sampai di restoran tersebut. Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan, Arianna keluar dari keretanya dengan langkah yang amat perlahan sekali. Setibanya di dalam restoran itu, Arianna meliarkan matanya mencari di mana mereka duduk.

            Apabila Arianna menghampiri meja mereka dia dapati hanya satu tempat duduk sahaja yang belum diduduki. Arianna terpaksa duduk di antara Iqram dan Daniel kerana hanya kerusi itu sahaja yang kosong. Tentu ini kerja ‘the boys’ ataupun kerja Iqram. Ariann mengerling sekilas ke arah Iqram dan lelaki itu seperti menyembunyikan senyuman yang terukir dibibir. Sah! Ini mesti kerja dia. Arianna mendengus di dalam hati. Argh! Geramnya dia rasa.

            Arianna and ‘the boys’ menikmati makanan masing-masing sambil berbual dan bergurau senda. Telatah Arianna di meja makan pun menjadi perhatian Iqram. Iqram berasa cemburu apabila Arianna asyik berkongsi makanan dan minuman bersama mereka. Kelihatan hubungan mereka dengan Arianna sangat rapat. Hmm dia kena membuat sesuatu agar dirinya diberi perhatian yang sama oleh Arianna.

            Sedang Arianna ingin mencapai gelas minumannya, tiba-tiba dia merasakan ada seseorang terlebih dahulu mencapainya dan dengan selamba orang itu menyedut airnya sehingga tinggal setengah gelas. Mulut Arianna hamper saja ternganga setelah mendapati Iqram yang mengambil minumannya.

            “ That’s my drink, you know?” Arianna bercakap agak perlahan dan dia tidak mahu yang lain mendengar sekiranya dia naik angin sebentar nanti.

            “ I know.” Iqram menjawab selamba.

            “Habis tu kenapa you minum jugak.”

            “ Well, miss Arianna…sharing is caring.” Iqram sengaja ingin melihat sejauh mana kemarahan Arianna.

            “ What?!!” suara Arianna sedikit meninggi. Dalam hati Arianna sudah berbuku-buku menahan geram. Aduh! Kenapalah mamat sorang ni boleh buat aku hangin satu badan ni. Relax Arianna. Jangan bertindak di luar kewarasan kau. Control ayu sikit. Nak control ayu apanya lagi kalau dia dah mula buat aku geram. Nasib baik ‘the boys’ tak perasankan mereka. Arianna terus menjeling Iqram dengan wajah yang sememangnya nampak tersangat marah. Arianna menyambung makan makanannya dengan perasaan yang sedikit panas.

            “ Arianna, what’s wrong?” Daniel bertanya kepada Arianna apabila mendapati riak muka Arianna sedikit berubah seperti menahan marah.

            “ Nothing Daniel.” Arianna menjawab pendek.

            Nak tak nak Arianna terpaksa juga menghabiskan baki minumannya yang tinggal separuh itu. Arianna dapat lihat dengan jelas yang Iqram melihatnya sambil tersenyum. Ish! Ada jugak yang kena backhand ni, getus Arianna.

            Arianna meminta diri untuk pulang ke rumah apabila mereka semua selesai menghabiskan makanan masing-masing. Hari pun telah menginjak ke petang. Elok sangatlah kalau dia dapat pulang ke rumah dan merehatkan badannya yang terasa kepenatan seteleah seharian keluar. Lagipun esok merupakan hari bekerja.

            “ Okay, guys see you around soon.” Lantas Arianna bersalaman dengan mereka semua, tidak terkecuali Iqram juga. Takkanlah dia tidak mahu bersalam dengan Iqram, nanti timbul pula syak wasangka di dalam kepala ‘the boys’ tu.

            Daniel dan Iqram menghantarnya sehingga ke keretanya. Macamlah aku ni tak boleh berjalan sendiri ke kereta. Tapi setelah mengenali Daniel sekian lama, Arianna pasti lelaki itu tidak akan sama sekali membenarkan Arianna berjalan seorang diri.

            “ Drive safely okay Arianna, love you.” Daniel berkata kepada Arianna

            “ I will Daniel, bye…love you.” Arianna membalas kata Daniel.

            “ Love you too.” Tiba-tiba Iqram menyampuk sambil tersenyum.

            “ Huh?!” Ah! Malas nak layan mamat sengal ni. Arianna terus saja memboloskan diri ke dalam keretanya dan dia perlahan-lahan memandu keretanya keluar daripada kawasan letak kereta itu dan menuju ke apartmentnya.



P/s: thank you for reading this……..muuuaaaahhhhhssss

Cinta Miss Ego (Keira) - Commercial Break.....


“ That’s my drink, you know?” Arianna bercakap agak perlahan dan dia tidak mahu yang lain mendengar sekiranya dia naik angin sebentar nanti.

    “ I know.” Iqram menjawab selamba.

    “Habis tu kenapa you minum jugak.”

    “ Well, miss Arianna…sharing is caring.” Iqram sengaja ingin melihat sejauh mana kemarahan Arianna.


Friday 15 June 2012

Cinta Miss Ego ( Keira ) - Chapter 4



Sampai saja ke tempat yang telah dijanjikan, Arianna terus meletakkan keretanya di tempat yang telah disediakan. Hmm nasib tak banyak kereta hari ni, selalunya pada hujung minggu begini pasti tempat bowling ini sudah dipenuhi ramai. Mungkin hari masih awal lagi.

Dari dalam kereta Arianna meninjau-ninjau kawasan sekitar mencari kereta-kereta ‘the boys’. Tapi satu kereta pun dia tak nampak. Dia yang cepat sampai atau salah time ni.

Sedang berkira-kira mahu menelefon salah seorang dari ‘the boys’ tu, Arianna terpandang kelibat sebuah kereta yang dikenali masuk ke tempat meletak kereta pusat bowling itu. Hmm panjang pun umur si Daniel ni. Tapi macam pelik pulak, selalu Daniel orang pertama yang akan sampai kalau ada sebarang’social meeting’ yang akan diadakan. Mungkin dia ada hal kot, Arianna membuat andaian sendiri.

            Arianna keluar daripada kereta dan membuka bonet kereta untuk mengambil bowling bag. Setelah itu Arianna terus menuju ke arah kereta Daniel untuk mendapatkan lelaki itu.

            Baru beberapa tapak melangkah dari keretanya, Arianna terhenti apabila terpandangkan seseorang yang melangkah keluar dari kereta Daniel.Ya Allah! Apa Iqram buat kat sini? Kenapa dia ada bersama dengan Daniel? Bukan ke dia sepatutnya ikut Arissa dengan Ben? Apa kena mengena dia dengan Daniel? Bertalu-talu soalan yang keluar dari dalam fikiran Arianna. Takkan nak patah balik. Aduh! Macamana ni. Relax Arianna, tarik nafas dalam-dalam okay. Cool. Jangan biar Iqram tengok kau dah menggelabah semacam. Mahu tak gelabah, jantung ni dah macam rasa nak terkeluar aja ni. Arianna berpatah balik ke keretanya dan terus membuka bonet kereta seolah-olah tertinggal sesuatu. Hmm bijakkan.

            Iqram hanya bersandar di tepi kereta Daniel dengan sebelah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar jeansnya sambil menantikan Daniel mengeluarkan barang daripada bonet kereta. Janganlah buat pose macam tu Encik Iqram. Aduhailah hati ini, bawa-bawalah bersabar.
           
            Setelah itu Arianna terus menutup bonet kereta dan kakinya melangkah ke arah Daniel dan Iqram.

            “ Hai! sayangku Arianna.” Ish! Si Daniel ni time nilah nak bersayang-sayang dengan aku pulak. Tapi aku dengan Daniel pun memang selalunya macam tu pun. Arianna tahu yang Daniel memang menyukainya dari dulu lagi. Tapi nak buat macamanakan, kalau dah hati ni tak boleh nak terima si Daniel tu.
           
            “ Hai! My love Daniel.” Arianna hanya mengikut rentak Daniel. Arianna dapat melihat sedikit kerutan di wajah Iqram. Dalam hati Arianna tersenyum suka apabila melihat perubahan wajah Iqram. Hmmm mesti dalam fikiran Iqram itu telah terdapat bermacam version mengenai hubungan Arianna dengan Daniel. Fikirlah Iqram. Jangan otak tu terkeluar dari kepala sudah.

            “ And Arianna meet my friend Iqram.” Daniel memperkenalkan Iqram kepada Arianna macamlah mereka itu tidak mengenali antara satu sama lain.

            “ Actually Daniel, we’ve met before and we’ve dinner yesterday…together.” Iqram mencelah sambil tersenyum-senyum

            Ish! Sibuk betul si Iqram ni menjawab. Cakap je lah belum kenal. Si Daniel ni bukannya boleh kalau ada member-member dia yang dah kenal dengan aku ni. Nanti mulalah sesi orientasi akan bermula.

            “ Really! Well, what a surprise? Si Arianna ni bukannya senang kau nak ajak date.” Daniel berkata kepada Iqram tetapi wajahnya di halakan kearah Arianna dengan kening terangkat seolah-olah bertanya kepada Arianna ‘What’s going on?’

            “ Actually we had dinner with my friend Arissa and Ben…not just the two of us okay.” Arianna mulalah rasa sedikit menyampah dengan Iqram. Tapi menyampah sayang gitu.

            “ So Iqram, you kenal Arissa dengan Ben ke?” Daniel bertanya pada Iqram.

            “ Yup. I rapat dengan Ben.”

            “ Oh!.” Daniel berkata sepatah

            “ So sayangku Arianna, kenapa susah sangat nak jumpa you sekarang ni? Kalau I tak beria-ia buat game harini, memang payahlah nak nampak batang hidung you tu.” Daniel bertanya dengan rasa tidak puas hati.

            Memang benar kata Daniel. Sejak kebelakangan ini memang Arianna sedikit sibuk. Sibuk dengan apa, itu memang tidak dapat dipastikan. Bukannya sibuk pun Cuma malas nak keluar rumah. Duduk melepak aje dekat rumah.

            “ Ala relaxlah sayangku, nikan I dah datang. Eh! Mana yang lain. Tak nampak bayang pun lagi.  Masing-masing bersiap mengalahkan anak dara.” Arianna mula membebel.

            “ Jomlah kita masuk dulu. Kejap lagi diorang sampailah tu. Si Arianna ni pun bukannya boleh duduk lama-lama berpanas kat luar ni. Nanti mulalah angin monsun semua tiba.” Daniel berkata sambil tergelek-gelak. Arianna mengerling Iqram sekilas dan mendapati lelaki itu pun turut sama menggelakkan dirinya.

            “ Eh! Tahu pun you ek Mr. Daniel. Yalah nanti my parents pelik pulak masa I baby dulu cerah macam bulan mengambang tu and bila dah besar tiba-tiba jadi gelap gelita pulak.”

            “ Dah jom masuk. Tu baru cakap sikit dah datang ribut. Kalau cakap banyak-banyak nanti tak tau apa yang datang pulak nanti.” Iqram tiba-tiba menyampuk.

            Oh! Lelaki ini sudah pandai nak mengenakan aku ya. Well let’s see. Arianna berkata dalam hati. Mereka bertiga melangkah masuk ke pusat bowling tersebut. Sampai saja di dalam Arianna mendengar jeritan seseorang yang amat dikenali.

            “ Arianna!” Seorang lelaki menjerit dan melambai ke arah Arianna. Arianna yang pada mulanya rasa agak terkejut terus melebarkan senyuman setelah melihat siapakah gerangan yang menjerit itu. Arianna mengeluh kecil di dalam hati. Kenapalah terjumpa time macam ni. Masalah betul. Arianna cuba bereaksi setenang mungkin. Sure kena lecture lagi ni.

            “ Excuse me Daniel, Iqram. I nak jumpa someone kejap. You guys go ahead okay.” Arianna berkata sambil memandang Daniel seperti meminta supaya Daniel membawa Iqram jauh dari situ.

            “ Jom Iqram, kita pergi sebelah sana.” Daniel seperti memahami keadaan Arianna dengan segera mengajak Iqram pergi dari situ. Hanya Daniel sahaja yang tahu kenapa Arianna bertindak begitu. Daniel saja yang mengetahui apa-apa saja yang berlaku dalam hidup Arianna. Mereka berdua memang sangat rapat dan Arianna menberi kepercayaan yang penuh kepada Daniel.

            Dari kejauhan Iqram masih lagi memerhatikan gerak geri Arianna. Bermacam-macam persoalan yang timbul di dalam fikirannya. Persoalan semalam pun Iqram masih belum mendapatkan jawapan, di tambah pula dengan kejadian sebentar tadi. Orang yang tak pernah kena migraine pun boleh kena kalau asyik memikirkan soalan-soalan yang belum tentu boleh diperolehi jawapannya.

            Setibanya Arianna di depan lelaki itu, dia tunduk menyalami dan mencium tangan lelaki tersebut. Kemudian tidak semena-mena lelaki tersebut memeluk Arianna tetapi tidak lama.

            “ What happened to you? Kenapa dah lama tak balik rumah? Abah miss you a lot, you know. We’re miss you a lot too, Arianna.” Isqandar bertanya kepada adiknya yang seorang itu.

            Arianna kelihata serba salah. Lagipun kawan-kawan abangnya ramai yang berada di situ. Arianna tidak mahu dirinya di lecture oleh Isqandar di hadapan kawan-kawannya.

            “ Abang Is, please…can we talk about this some other time? Nanti Arianna baliklah, okay.” Arianna mula merayu kepada Isqandar.
           
            “ Promise.” Isqandar menyuruh Arianna berjanji kepadanya.

            “ Promise.” Arianna berjanji hanya untuk meyedapkan hati Isqandar saja.

            “ Okay Abang Is…I have to go. Really miss you Abang Is. Okay guys, good to see you all today.” Arianna menegur rakan-rakan abangnya.

            “ Come…I walked you there.” Isqandar berkata kepada Arianna.

            “ No!” Arianna terjerit kecil apabila Isqandar berkata begitu.

            “ Why? It’s Daniel isn’t it? Abang Is pun nak jumpa Daniel jugak, dah lama tak jumpa dia.” Isqandar memberikan alasan.

            “ Okay Abang Is.” Arianna terpaksa juga membenarkan Isqandar menemaninya ke tempat Daniel dan Iqram berada. Dalam hati tak tau nak explain macamana dah.

            Isqandar mengiringi Arianna sehingga berhadapan dengan Daniel dan Iqram.

            “ Hai Daniel…Iqram.” Isqandar menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Daniel dan Iqram.

            ‘Wait…did Abang Is mention Iqram’s name?’ Aduh! Ni sudah masuk kes berat ni. Macamana abang Is boleh kenal pulak dengan mamat ni. Arianna ingin saja bertanya kepada Isqandar tetapi memandangkan keadaan yang tidak sesuai jadi dia diamkan saja beribu solan yang berada dalam kepalanya itu.

            “ Hai…Abang Is.” Iqram membalas teguran Isqandar.

            “ Isqandar…well long time no see you, man?” lantas Daniel memeluk Isqandar seperti sudah lama tidak berjumpa.

            ‘Abang Is”. Arianna mendengar Iqram memanggil Isqandar dengan panggilan abang. Wei! Ini memang sudah kes berat. Siapakah Iqram sebenarnya?

            “ Nanti datang rumah Daniel. Dah lama kau tak lepak kat rumah. Ajak Iqram sekali.” Isqandar mengajak Daniel dan Iqram.

            Arianna sudah tidak terkata. Dia hanya mampu mendengar saja. Arianna pun tak tahu reaksi wajahnya macamana sekarang ini. Rasa macam hendak mengajak Isqandar pergi ke tempat lain supaya senang dia bertanyakan pasal Iqram. Tapi nanti nampak macam desperate sangatlah pulak. Jadi dia hanya membisu seribu bahasa, macam ayam berak kapur pun ada juga.

            “ Okay…I will Isqandar.” Daniel hanya menjawab pendek.

            “ Okay, got to go. And please watched her Daniel.” Isqandar member pesan kepada Daniel supaya menjaga Arianna. Hmmm macamlah Arianna tu budak kecil lagi. Kemudian Isqandar memeluk Arianna sebelum dia melangkah meninggalkan mereka.

            “ Take care, okay. I love you.” Isqandar berkata kepada Arianna

            “ I love you too, Abang Is.” Arianna hanya mampu memandang Isqandar melangkah pergi meninggalkan mereka untuk bersama-sama dengan rakan-rakannya. Fikiran Arianna sudah terbang hilang entah kemana. Ini semua gara-gara kejadian yang berlaku sebentar tadi.

P/s: Hope you will enjoy reading it as much as I've enjoy writing it..................muaaahhhhhssss

Wednesday 13 June 2012

Cinta Miss Ego (Keira)

This is the face of Iqram as per miss Tie Tinie want....hehehe

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 3


Arianna berada di sebuah taman yang sangat cantik. Terdapat berbagai-bagai warna bunga tulip di sekeliling taman itu. Cantik sungguh pemandangan. Terdapat juga beberapa buah kanopi semacam ada parti saja. 

            Arianna berjalan di sekitar taman itu sehingga menjumpai sebuah pintu gerbang yang sangat cantik. Terdapat bunga ros yang melingkari pintu gerbang itu. Sedang Arianna asyik melihat kecantikan pintu gerbang tersebut, Iqram secara tiba-tiba sudah berada di sisinya.

            “ Hai, my love.” Iqram menegur seraya menggenggam jari jemarinya.

            Arianna tersentak apabila diperlakukan begitu. Ish betul ke ni. Arianna hanya memandang Iqram dengan senyuman. Tolonglah beritahu yang ini adalah kejadian benar ataupun rekaan semata-mata.

            “ Why are you staring at me, my love?” Iqram bersuara lagi.

            “ I’m sorry….it just that….hmmm I mean…I’m a little bit confuse right now.” Aduhai tergagap-gagap pulak.

            “ What is it? Please tell me.” 

            “ Apa kita buat dekat sini and is this all are real?” Arianna bertanya kepada Iqram.

            Iqram hanya memandang Arianna dengan senyuman yang akan membuatkan jantung Arianna melompat keluar. Please stop smiling like that Iqram. Sedang Arianna menantikan jawapan daripada Iqram, tiba-tiba terdengar sayup-sayup Arissa memanggilnya.

            “ Arianna !”

            Arianna menoleh ke kiri dan kanan mencari-cari kelibat Arissa. Setelah beberapa ketika mencari, akhirnya Arianna terpandangkan Arissa yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Arianna membalas kembali lambaian tangan Arissa itu.

            “ Arianna!” Arissa memanggil lagi. Ish si Arissa ni tak nampak aku ke. Arianna mendengus. 

            “ Wei! Arianna! Bangunlah.” Arissa menggoncang-goncang bahu Arianna serta menampar tangannya secara tiba-tiba.

            “ Ish! Apahal ni, Arissa?” Arianna bangun dengan muka yang terpinga-pinga.

            “ Eh! Iqram mana?”

            “ Banyaklah kau punya Iqram ek…ni dah angau tahap maksimum sampai termimpikan si Iqram ni?” Arissa menegur sambil ketawa kecil.

            Arianna hanya mendiamkan diri. Aduh! Ni sudah kes berat ni sampai boleh termimpi-mimpi pulak. 

            “ Dah pergi siap cepat, jom kita keluar.” Arissa memberi arahan sambil berjalan keluar dari bilik Arianna.

            Arianna yang masih terpinga-pinga terus bangun dengan rasa tak puas hati. Dalam berkira-kira untuk menuju ke bilik air, baru dia teringat yang hari ni dia dah berjanji dengan ‘the boys’ nak pergi main bowling. Arianna bergegas keluar dari bilik mencari Arissa.

            “ Eh! Arissa, aku rasa hari ni aku tak boleh ikut kau la sebab aku dah janji dengan diorang nak main bowling. Lagipun malaslah aku nak kacau kau dengan Ben. Nanti aku pulak terlebih rasa.”

            “ Rugilah kalau kau tak ikut hari ni.” Arissa berkata sambil tersenyum-senyum.

            “ Kenapa pulak? Cepatlah cerita kat aku.”
           
            “ Actually si Iqram pun ada sekali nanti ikut aku dengan Ben sebab tulah aku ajak kau ni.” 

            “ Ish! yang dia tu nak menyibuk kau berdating tu apahal pulak. Time aku dah berjanji dengan orang, time tulah ada aje agenda-agenda penting yang nak jadi. Geram betul.” Arianna mengomel dengan mimik muka yang tak puas hati.

            “ Hmm…takpelah Arissa, dah takde rezeki aku goda dia hari ni, nak buat macamanakan. Tapi kau pesan dekat dia, jangan cuba-cuba nak main mata dengan perempuan lain tau.” Arianna berkata sambil tergelak besar.

            “ Wei! Makcik…ni berani mati punya statement ke apa.”

            “ Eh! Aku main-main ajelah. Takkan lah aku nak suruh kau cakap macam tu pulak. Kau ni pun sengal boleh tahan jugak ek. Dah, aku nak menyiapkan diri aku yang tak berapa nak siap ni. Kalau layan kau….hmmm…sampai esok pun tak habis.”

            “ Betul ni tak nak ikut aku. Tak menyesal?” Arissa saja nak membakar perasaan Arianna.

            “ Betullah. I’ve never break my promise tau. Dah berjanji dengan orang, tak baik mungkir janji. Lain kali diorang boikot aku pulak sebab mungkir janji.” Arianna menjelaskan dengan panjang lebar. Arianna terus berlalu masuk ke dalam bilik untuk bersiap. 

            Hampir satu jam juga Arianna perlu menyiapkan dirinya. Setelah memastikan penampilan diri cukup memuaskan hatinya, Arianna melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Arissa sedang duduk di sofa, tengah tunggu si Ben ni agaknya, teka Arianna. 

            “ Aku tengok kau ni alau nak bersiap sikit punyalah lama, tapi kau pakai macam ni aje ke.” Arissa tidak puas hati dengan penampilan Arianna.

            “ Alah bukannya nak pergi mana pun. Nak pergi main bowling ajakan. Kau nak suruh aku pakai baju apa?”

            “ Kau nikan Arianna, nasib baiklah rambut kau tu panjang tau, kalau rambut kau tu pendek…hmmm…orang pun tak boleh nak beza kau ni perempuan ke lelaki.”

            “ Wei! Ini cari gaduh nampak. Tapi kalau aku rambut pendek pun, selera aku masih pada lelaki, okay.” Arianna membela diri. Okay apa aku pakai hari ni, seluar jeans dipadankan dengan tshirt yang penuh dengan gambar skull dan kasut converse. Aku ni salah pakai baju ke.

            “ Cubalah pakai macam perempuan sikit. Macamanalah orang nak tergoda dengan kau ni.”

            “ Alah tak payah nak pakai macam perempuan pun orang akan tergoda punya dengan aku. Kau tengok nanti aku goda si Iqram tu ya. Kalau dia tak tergoda jangan panggil aku Arianna okay.” Aduh berlagak pulak si Arianna ni. Tahap keceluparan dah tak boleh nak dikawal lagi. 

            “ Hmmm…apa-apa ajelah. Jangan esok kau tergoda dengan dia, tapi dia tak pandang kau pun.” 

            “ Kalau dah takde rezeki aku nak buat camnekan.” Arianna menjawab malas.

            “ Okaylah Arianna, aku pergi dulu….tu Ben dah sampai kat bawah.” 

            “ Eh! Turun sekalilah dengan aku.” Arianna terus mencapai tote bag Coach yang baru dibeli bulan lepas dan menyandangnya di bahu. Mereka sama-sama keluar dari rumah dan menuju ke lif untuk turun ke bawah.
           
            “ Nanti apa-apa roger aku okay.”

“ Okay. Kirim salam rindu, sayang kat Iqram ya.” Arianna berkata sambil ketawa kecil. Apa-apa ajalah si Arianna nikan.

            Setelah melambaikan tangan kepada Arissa, Arianna terus menuju ke arah keretanya. Tanpa membuang masa Arianna terus memandu keluar keretanya untuk menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.


P/s: I think I'm in love when doing this..........muuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhssssssss

Monday 11 June 2012

Cinta Miss Ego (Keira) - Chapter 2


Dalam kereta Arianna dan Arissa hanya membisu melayan perasaan sendiri sambil mendengar radio yang telah sedia terpasang. Arianna menjeling sekilas ke arah Arissa. Ish boleh membuta pulak dia ni. Arianna membebel sendiri.

            “ Wei Arissa….tidur pulak, macam jauh sangat kita ni nak balik rumah agaknya.”

            “ Hmm…apa dia. Aku bukannya tidur pun, saja lelapkan mata. Penat sangat harini.” Arissa menjawab perlahan.

            “ Hah…kenapa kau panggil aku tadi. Dah panggil lepas tu senyap pulak. Kau ni tengah berangan ke cik Arianna ooiii.” Arissa bertanya setelah agak lama juga Arianna berdiam diri.
           
            “ Takde apa-apalah.” Arianna agak keberatan untuk menyuarakan soalan yang hendak ditanya. Rasa malu pulak.

            Entah apalah yang ada dalam kepala Arianna tu agaknya. Lantaklah. Pada mulanya Arissa malas nak memikirkan pasal Arianna tu tapi dia tidak jadi melelapkan mata kerana dia dapat merasakan Arianna ingin bertanyakan sesuatu kepadanya tapi seperti Arianna teragak-agak. Tapi sejak bila pulak si Arianna ni pandai malu dengan Arissa. Sejak kemunculan Iqram agaknya. Susah juga kalau orang dah angau ni.

            “ Kau ni nak tanya pasal Iqram ke?” teka Arissa.

            “ Aku nak tanya pasal dia nak buat apa.” Arianna berdalih bagi menyembunyikan rasa yang sebenar dihati. Cakap ajalah yang hati tu dah dicampakkan kat Iqram tu.

            “ Alah tak payahlah nak cover line kau tu Arianna. Macamlah aku ni kenal kau baru semalam.”

            “ Hehehehe…...kaulah kawan sejati aku Arissa, tapi sebenarnya aku tak tau nak tanya apalah.” Hish baru jumpa dah angau separuh mati. Apa kena dengan kau ni Arianna.
           
            “ Betul ke dia tu takde sesiapa lagi?” Akhirnya terkeluar juga soalan yang hendak ditanya.

            “ Takde sesiapa? Meaning?” Arissa bertanya seolah-olah tidak memahami soalan yang ditanyakan kepadanya.

            “ Ish sajalah tu buat-buat tak faham.” Arissa ketawa kecil mendengarkan Arianna yang tidak berpuas hati dengannya.

            “ Setahu aku, takde kot. Takpe nanti aku cuba tanya-tanyakan pada dia okay.”

            “ Eh! Janganlah tanya dekat dia pulak, nanti dia mesti tahu aku yang suruh tanyakan.” Arianna membantah cadangan si Arissa. Agak-agaklah si Arissa ni kalau ya pun.

            Akhirnya mereka pun tiba di perkarangan pintu masuk apartment tempat mereka tinggal.  Apartment yang mereka tinggal ini adalah milik Arianna. Arissa pada mulanya agak keberatan untuk tinggal bersama dengan Arianna tanpa membayar sewa. Tapi tahu sajalah tahap kedegilan Arianna. Kalau dah A katanya, maknanya A-lah sampai bila-bila.
Kalaulah Iqram tahu yang Arianna tinggal di apartment yang boleh dikatakan mewah ni….lagi menimbunlah soalan-soalan dalam kepalanya tu.

            Setelah meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya, mereka pun berjalan keluar menuju ke lif. Di dalam lif masing-masing membisu seribu bahasa. Si Arianna dengan berangannya tak sudah.

            Sampai saja di rumah, Arianna dan Arissa merebahkan badan di atas sofa yang berada di ruang tamu.
           
            “ Eh Arissa tadikan Iqram mintak pin number BB akulah.”

            “ Habis tu kau bagi tak.”

            “ Aku tak bagi pun.”

            “ Huh! Kau biar betul tak bagi. Orang dah nak, dia pulak yang jual mahal. Habis tu kau cakap apa dengan dia?” Arissa mula membebel.

            “ Aku cakap…try to get it by yourself but not from me.” Arianna berkata sambil tergelak.

            “ Kau cakap macam tu. Dia nak dapatkan dari siapa kalau bukan kau sendiri yang bagi. Adoi la Arianna.”

            “ Hehehehe….pandai-pandai dialah. Nak seribu dayakan.”
                       
            “ Hmm sukahatilah cik Arianna. Okaylah, good night…..aku nak bersiram lepas tu nak terus tidur. Esok kita sambung pasal Iqram lagi okay.” Sempat lagi tu si Arissa berkata kepada Arianna sebelum menghilangkan dirinya di dalam bilik.

            “ Okay, good night.” Arianna menjawab pendek.

            Setelah memastikan keadaan rumah yang sudah tersedia kemas, pintu dan tingkap-tingkap yang sudah di kunci, barulah Arianna melangkag masuk ke biliknya untuk membersihkan diri sebelum tidur.

            Setelah itu Arianna terus mencapai tuala yang tersangkut di atas penyidai dan berlalu masuk ke dalam bilik air yang tersedia ada di dalam biliknya sambil tersenyum-senyum.

            Selesai mandi dan bersiap-siap untuk beradu, telinga Arianna dapat mendengar bunyi menandakan ada mesej masuk di BB-nya. Dengan pantas Arianna mencapai BB-nya kerana mengharapkan Iqram yang menghantar mesej tersebut. Eh Cik Arianna, macamanalah Iqram nak hantar mesej kalau kau pun tak bagi pin number BB kau tu. Aduhai Arianna.

~ Cik Arianna…sudah2 lah tu berangan. Pergi masuk tidur sana. Hehehehe

            Aduh…hampeh punya Arissa.

~ Ya lah wahai Cik Arissa. Kalau tak kacau aku, kau tak boleh tidur eh.

~ Okaylah. Good night. Selamat bermimpikan Iqram ya. Hehehehe.

~ Good night.

            Setelah itu Arianna pun merebahkan badan di atas tilam empuknya. Wahai Iqram…please come into my dream tonight. Susah kalau dah sawan satu badan dengan si Iqram ni.


P/s: It's quite interesting to do something different...............to my friends..........enjoy reading..............